
Pembedahan lutut bagi pemain bola sepak mesti biasa kita dengar, tapi koma selepas pembedahan lulut selama 39 tahun sesuatu perkara yang agak ‘rare’.
Hal ini berlaku keatas Jean-Pierre Adams, iaitu bekas pemain bola sepak Perancis yang koma selama 39 tahun berikutan pembedahan lututnya pada tahun 1982.

Adams dilaporkan tidak pernah sedarkan diri daripada tidur selepas dibius untuk pembedahan lutut di sebuah hospital di Perancis. Alamak…
Hal ini merupakan kesilapan pasukan perubatan. Memetik laporan AFP, doktor anaestetik Adams ketika itu perlu menangani lapan pesakit lain dan menyerahkan Adams dalam pengawasan seorang pelatih. Kedua-dua mereka didapati bersalah oleh mahkamah pada tahun 1990-an dan dikenakan denda 750 euro (sekitar RM 3,700) beserta sebulan tempoh percubaan.
Semalam, bekas pemain pertahanan itu meninggal dunia di Nimes pada usia 73 tahun, meninggalkan seorang balu dan dua orang anak.

Di era kegemilangannya, Adams pernah bermain untuk pasukan Nice dan Paris Saint-Germain serta muncul dalam 22 perlawanan antarabangsa.
RIP Adams, lama dia tidur selama 39 tahun…korang-hati-hati kalau mengambil ubat bius tu tau…huhu
Sumber: AFP
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Dapat Paut Tangan Tapi Ombak Deras”, Remaja Kongsi Kisah Tragis Selamatkan Abang Mati Lemas

Tiada apa lebih menyedihkan apabila menyaksikan abang kandung maut di depan mata. Inilah pengalaman paling sedih dikongsi oleh seorang remaja, Muhammad Raihan Muhammad Jelani, 16 tahun yang berkongsi cubaan dirinya menyelamatkan abangnya dari mati lemas ketika mencari kerang di Muara Sungai Haji Dorani.
Laporan Sinar Harian, seorang remaja terpaksa berpaut pada sampan untuk terapung di laut selepas cuba menyelamatkan abangnya yang terjatuh di Muara Sungai Haji Dorani di sini semalam.
Bagaimanapun, Muhammad Raihan Muhammad Jelani,16, terselamat dalam kejadian itu manakala agnya, Muhammad Rasul,23, ditemui lemas dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi semalam.
Menceritakan detik cemas itu, Muhammad Raihan berkata, dia bersyukur masih terselamat dalam kejadian itu, namun sedih kejadian meragut nyawa abangnya dalam sekelip mata.
"Pada waktu kami keluar mencari kerang, kebetulan angin kencang serta laut bergelora menyebabkan sampan kami naiki bergoyang sebelum abang tiba-tiba terjatuh dari sampan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Muhammad Raihan berkata, dia yang terkejut dengan kejadian itu tiba-tiba panik dan terjun ke laut cuba menyelamatkan Muhammad Rasul.
"Tangan kanan saya sempat mencapai tangan abang, manakala tangan kiri saya berpaut pada sampan, namun kudrat saya tak mampu apabila ombak besar menarik arwah jauh daripada saya dan kemudian terus ditelan ombak," katanya.


Menurutnya, dia terkilan kerana tidak sempat menyelamatkan nyawa abangnya itu, namun bersyukur kerana masih terselamat.
"Walaupun sedih saya syukur kerana ALLAH masih panjangkan umur saya pada waktu itu yang sempat diselamatkan nelayan yang melalui kawasan berhampiran," katanya.
Bapa mereka, Muhammad Jelani Othman,51, berkata, dia tidak menyangka arwah anaknya itu pergi buat selamanya.
Muhammad Jelani berkata, sebelum kejadian, anak kedua daripada empat beradik itu sempat mencuci sampan di Jeti Sungai Haji Dorani sebelum pulang ke rumah mereka di Kampung Tebuk Marso.
"Namun selepas bersarapan arwah dan seorang lagi adiknya terus ke jeti semula untuk menangkap kerang," katanya.
Menurutnya, luluh hatinya sebaik Muhammad Raihan menghubungi isterinya, Rozilah Nanyan,43, memaklumkan Muhammad Rasul hilang selepas terjatuh dari sampan kira-kira jam 10 pagi semalam.
"Saya reda dengan kejadian ini dan saya perlu kuat menghadapi dugaan ini," katanya.
Sementara itu, Rozilah menyifatkan Allahyarham Muhammad Rasul seorang anak bertanggungjawab dan taat kepada ibu bapa.
"Arwah seorang anak mendengar kata malah dia sering menemani saya ke mana-mana saya pergi.
"Kehilangan arwah amat dirasai, lebih-lebih lagi dia manja dan suka mengopek isi ketam untuk hidangan kami sekeluarga," katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, seorang lelaki yang hilang ketika keluar mencari kerang ditemui lemas di Muara Sungai Haji Dorani di sini hari ini.
Ketua Zon 7 Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Muhd Raffanjani Rahim berkata, mayat Muhammad Rasul Zailani,23, ditemui kira-kira satu batu nautika dari kawasan pencarian mangsa dilaporkan terjatuh.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Maruah Diaibkan”, Lelaki Jawap Soalan Salah Tentang PRU Ini Dahulunya Anak Orang Kaya Sebelum…

Semalam tular di media sosial berkaitan seorang pekerja minyak sebuah stesen minyak di Johor Bharu (di bajunya tertulis stesen BHP). Dalam satu temuramah berkaitan politik, lelaki berkenaan ketika diajukan berkaitan politik tetapi telah memberikan satu jawapan yang begitu berbeza dengan soalan ditanyakan.
Akibatnya baik akak bawang dan abang bawang telah memberikan komen-komen negetif seolah-olah mempersendakan “IQ” lelaki berkenaan.
Rentetan dari berita dianggap cubaan memalukan abang kandungnya yang dipercayai pernah alami tekanan beberapa kali, adik kepada mangsa buli siber ini, Syiqin Yahya telah membuat rayuan agar video yang telah viral itu didelete kerana dia mengakui abang kandungnya iaitu Mohd Baharudin bin Yahya begitu tertekan dengan “hinaan” masyarakat. Malah dalam post itu juga katanya, abangnya mungkin bakal kehilangan kerja.

Ini rayuannya di facebook miliknya kira-kira 18 jam yang lalu.
slm ..tlg hide an yee..
sy sedih gile ari ni..
video abg sy yg kerja bhp tu viral..
ramai yg kecam..
sedih la..
ari ni abg sy dtg jumpe sy mgamuk2..
mukin dy kne buli xpon kne buang kje..
xpon org hina-hina dy..
“dy sakit..drpd video pon korg dh blh agak dy ok ke x..
dy jd mcm tu sbb jge kami adk bradik..
dulu ayah kami kaya kontraktor..
bile satu tahap ayah sy jatuh bankrup..
abg sy ni la yg jge kami..dy xdpt smbng bljr..
abg sy ni baik dan xkacau org..
dy jadi mcm tu sbb xblh nk bdikari dan terima hakikat..
yla dugaan kami tlapau berat..
ad satu masa tu makn ubi je..
ad satu mase tu xmkn langsung..
setiap manusia ad dugaan masing2..
dan sy pon xsangka abg sy blh jd mcm ni..
mukin rezeki abg sy bkn kat dunia ni tp kat syurga nti..
allah dh jnji org istimewa akn ke syurga..
nak cerite pjng lebar pon xguna..????
cume nk mtk admin viral an la..
dan kwn2 yg lain tlg la share2 ye..
kpd admin2 page2 sy mohon tlg delete video tu..
sekian.

Menurut Syiqin, dahulu keluarganya kaya tetapi suatu masa, Allah menguji keluarganya dan perniagaan diusahakan bapanya jatuh. Malah abangnya itulah yang telah tampil membantu keluarga dalam segala segi. Tidak dapat sambung belajar selepas kejadian itu. Malah katanya lagi abangnya itu baik dan tak pernah kacau orang.
Mungkin merasakan buli siber ini keterlaluan dan lelaki yang membuat rakaman itu tahu “kekurangan” abangnya, namun video itu tetap dirakam dengan satu niat yang tidak pasti. Ekoran kejadian itu, keluarganya telah membuat satu laporan polis demi memastikan kehormatan abangnya dipelihara dan bukannya dimalukan di media sosial sebegitu rupa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gadis 17 Tahun Ini Giat Ikuti Latihan Dengan NASA, Bakal Jadi Manusia Pertama Ke Marikh

Pada usia 17 tahun kita sibuk mempersiapkan diri untuk menduduki peperiksaan SPM, tapi bagi Alyssa Carson pula, dia kini sedang menjadikan impiannya untuk ke planet Marikh menjadi kenyataan.
Sejak kecil lagi, Carson memang seorang yang meminati bidang angkasawan dan seawal usia 3 tahun, dia susah memberitahu ayahnya yang satu hari nanti dia kan menjadi seorang angkasawan dan bakal menjadi salah seorang yang akan menjejakkan kaki ke Marikh.
Memegang kata-kata itu, gadis yang berasal dari Louisiana ini sedang giat menjalani latihan bersama NASA untuk menjadi sebahagian daripada misi manusia pertama ke Marikh pada 2033.
Antara senarai pencapaian terbaik Carson adalah dia pernah menjadi individu paling muda yang lulus di Advanced Space Academy. Gadis ini juga teleh melengkapkan ketiga-tiga NASA Space Camps yang berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Turki).
Tidak hanya itu, Carson juga merupakan individu pertama yang melengkapkan Program Passport NASA setelah melawat kesemua 14 pusat pelawat NASA yang terletak di sembilan buah negeri di Amerika Syarikat.
Pada Januari 2013, dia telah dijemput untuk menyertai panel MER 10 TV NASA di Washington untuk membincangkan misi masa hadapan ke Marikh dan kemudiannya terpilih sebagai salah seorang duta besar untuk Mars One, sebuah misi untuk menubuhkan penempatan manusia pertama dia planet merah nanti.
Shallow Water Egress Training blindfolded. Day 1 a success
A post shared by Alyssa Carson (@nasablueberry) on
Walau bagaimanapun, Carson kini masih meneruskan pelajarannya seperti biasa dan mengambil semua subjek mata pelajaran sekolah dalam empat bahasa (Inggeris, Cina, Perancis dan Sepanyol).
“Cabaran terbesar yang perlu saya hadapi adalah segala-galanya dilakukan pada usia muda, ketika masih sekolah menengah. Meneruskan latihan angkasawan dalam usia yang mudah ini lebih sukar tetapi saya telah melakukannya dengan baik setakat ini,” jelasnya.
Bila ada masa lapang, Carson juga menjadi seorang public speaker dengan tujuan ingin menggalakkan anak-anak muda lain untuk meneruskan matlamat hidup.
“Always follow your dream and don’t let anyone take it from you.”
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

