Baru menjuarai dan muncul juara Kejohanan Badminton Terbuka India, salah seorang pemain beregu lelaki nombor satu negara Nur Izzuddin Mohd Rumsani kini menjadi bualan.
Satu video memaparkan pemain beregu badminton Malaysia iaitu Nur Izzuddin elak bersalaman dengan wanita bukan mahram sewaktu majlis penyampaian pingat kejohahan Badminton Terbuka India 2025 telah meraih perhatian ramai.
Dapat dilihat dalam video tersebut, Izzuddin tidak bersalaman dengan penyampai hadiah yang merupakan seorang wanita itu tetapi sebaliknya hanya meletakkan tangan di dada sebagai tanda hormat.
Ads
Tindakan yang dipaparkan oleh pemain badminton tersebut telah meraih perhatian ramai, di mana rata-ratanya memuji sikap Izzuddin yang mengekalkan imej Islam dengan baik dalam sukan.
Bukan itu saja, malah ramai juga memuji Izzuddin kerana sering menjaga auratnya sepanjang permainan berlangsung.
Ads
Sekadar info, Izzuddin bersama pasangan regunya, Goh Sze Fei-Nur berjaya merangkul gelaran juara di Kejohanan Badminton Terbuka India, di mana ia juga telah membanggakan seluruh rakyat Malaysia.
Nampaknya semalam hangat di media sosial mengenai isu Lesbian, Gay, Biseksual & Trangender atau singkatannya (LGBT) apabila Datin Paduka Marina Mahathir bersuara mengenai nasib golongan ini.
Hak kesamarataan ke sekolah, mendapatkan rawatan di hospital, pekerjaan dan perlindungan keselamatan tanpa sebarang diskriminasi yang disoalnya ternyata mendapat respon yang bukan sedikit dari rakyat Malaysia yang mempersoalkan kembali kenyataan dikeluarkannya. Marina dalam satu kenyataannya berkata golongan LGBT hanya mahukan itu dan bukannya tambahan yang boleh mencabar undang-undang, misalnya seperti menghalalkan perkahwinan sejenis.
“Apa saya maksudkan hak sama rata ialah hak di bawah perlembagaan kita. Mereka (komuniti LGBT) adalah rakyat Malaysia dan manusia juga. Hak asasi manusia seperti nak pergi ke sekolah, nak pergi hospital, takkanlah itu semua tak boleh?
“Mereka ketika ini hadapi diskriminasi dari segi kehidupan seharian. Orang yang menentang sangat, apa hak yang mereka nak ambil daripada golongan ini? Soalnya. (BACA SINI).
Kenyataan Marina yang membuatkan ramai orang mempertikaikannya kerana selama ini tiada isu berbangkit mengenai ke sekolah dan hospital buat LGBT
Ternyata responnya mendapat perhatian dari Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang berkata andai golongan LGBT ini diiktiraf, ia bermaksud kumpulan ini dihalalkan.
Bukan saja Mufti bertanya tetapi isu ini mendapat respon yang bukan sedikit dari rakyat Malaysia. Ini termasuklah seorang doktor perubatan, Nur Ilyani Mohamed Nawawi yang menulis surat terbuka buat Marina mengenai isu dibangkitkannya.
Sebagai doktor, katanya dia sendiri merawat golongan ini yang merupakan penyumbang tertinggi bagi HIV yang mana penularan kuman ini hanya berlaku apabila hubungan seks dan seks songsang dilakukan oleh pasangan.
Namun mungkin kerana merasa diri mereka terancam dan terdesak dengan surat terbuka ini, post yang ditulis oleh Dr Ilyani yang mendapat 4 k likes dan 2.7 k share serta 200 komen telah ditutup oleh pihak FB selepas aduan dilakukan oleh golongan ini. Namun “perjuangan” doktor ini tidak menemui penamatnya kerana ia direpost kembali oleh rakan-rakan seperjuangannya.
Lihat juga respon-respon dilakukan oleh masyarakat yang mengutuk golongan ini. Video yang dibuat secara terbuka oleh Akmal Dahalan yang mengakui videonya sudah di delete kerana keterbukaannya bercakap mengenai isu LGBT ini.
Wabak COVID-19 bukan sahaja menjadikan udara alam semesta bertambah baik disebabkan hampir seluruh dunia berhenti melakukan aktiviti dan pekerjaan, malah keadaan ini juga nampaknya memberi ‘ketenangan’ buat hidupan liar juga.
Di Afrika Selatan, selepas perintah lockdown diisytihar, kelihatan beberapa ekor singa berada di jalanan yang sepertinya sedang selesa berbaring di atas jalan raya.
Menurut portal CNN, foto daripada Taman Negara Kruger di Afrika Selatan memaparkan sekumpulan singa itu juga langsung tidak terganggu dengan kehadiran jurugambar.
Gambar-gambar tersebut turut dikongsi oleh laman twitter Kruger National Park.
Kruger visitors that tourists do not normally see. #SALockdown This lion pride are usually resident on Kempiana Contractual Park, an area Kruger tourists do not see. This afternoon they were lying on the tar road just outside of Orpen Rest Camp. 📸Section Ranger Richard Sowry pic.twitter.com/jFUBAWvmsA
Sekumpulan singa berbaring di atas jalan raya di luar Kem Orpen Rest. Ini adalah sesuatu yang luar biasa kerana biasanya, akan ada kereta yang melintas dan haiwan-haiwan tersebut akan berlari ke dalam semak-samun.
Jurucakap taman negara tersebut juga menasihatkan kepada orang ramai agar berwaspada dengan kawasan itu kerana ia merupakan sangat luar dan hidupan liar akan lebih aktif tanpa kehadiran manusia.
Ha, macam bagus juga singa tu berbaring atas jalan raya kan, barulah orang takut nak keluar dan duduk diam-diam di rumah. Hiks!
Apa-apa pun diharap agar wabak COVID-19 ini berhenti daripada terus menular. Semoga situasi sekarang menjadi satu pengajaran buat penduduk dunia untuk lebih menghargai dan menjaga satu sama lain.
Kata pengguna Twitter @fxwxb, dia terserempak dengan Lee Peng semasa berada di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan serta-merta dapat mengecam perkataan ‘Harimau Malaya’ pada baju T polo yang dipakai Lee Peng. Mana tidaknya, hanya atlet negara sahaja yang akan memakai baju tersebut sewaktu latihan dan kejohanan.
@fxwxb turut mendapati atlet wanita yang berkerusi roda itu memegang helaian artikel surat khabar yang menunjukkan dirinya dengan tajuk berita berbunyi, “Bekas Perenang OKU Paralimpik OKU Dicemuh”.
Menurut Berita Harian, beliau pernah dikecam dan tidak diendahkan sewaktu menjual kertas tisu di Bukit Mertajam beberapa tahun lalu; di mana masyarakat pada waktu itu pernah menuduhnya sebagai agen sindiket serta pendatang haram dari negara Vietnam, Thailand atau Filipina.
Someone was selling this tissue cover in Bukit Bintang yesterday. She was in her wheelchair, & wearing the recognizable ‘Harimau Malaya’ polo shirt.
She was holding a torn up laminated newspaper, and I could only make up what the title was-
Sewaktu pertemuan itu, Lee Peng tidak malu untuk memperkenalkan dirinya sebagai seorang bekas atlet dari Pulau Pinang. Biarpun dahulu beliau pernah bergelar salah seorang atlet paralimpik harapan negara, beliau tidak malu dengan pekerjaan semasanya sebagai penjual kertas tisu.
Bukan bermakna beliau ‘sukakan’ perkerjaan itu. Satu ketika dahulu, Lee Peng pernah mendapatkan pekerjaan pejabat. Namun disebabkan keadaan bangunan syarikat tersebut yang tidak mempunyai kemudahan lif, beliau tidak kekal lama di sana.
*
Dengan isu yang sedang melanda atlet Malaysia termasuklah pemotongan peruntukan, elaun dan sesetengahnya dibiarkan saja tanpa bantuan sewajarnya walaupun mereka pernah membanggakan negara, satu-persatu kisah hidup seperti yang melanda Koh Lee Peng ini mula mendapat perhatian masyarakat.
Jujurnya, gelaran ‘atlet kebangsaan’ tidak menjamin kehidupan selesa. Situasi ini jelas sukar untuk dihadam warganet yang selama ini merasakan atlet kebangsaan mendapat pembelaan walaupun selepas mereka bersara daripada arena sukan.
Apa yang ditakutkan adalah jumlah individu berbakat dalam bidang sukan yang selepas ini enggan mendedikasikan diri mereka serta mewakili negara dalam kejohanan disebabkan isu kebajikan atlet yang seakan tidak berkesudahan ini.
Usah kita berfikiran sempit mengenai hal kebajikan atlet. Kebajikan di sini tidak semestinya bermaksud bantuan wang tunai atau barangan secara ‘one off’ sewaktu mereka memerlukannya. Masa depan para atlet negara jauh melebihi semua itu.
Sebagai contoh, antara solusi yang boleh dikaji oleh pihak berkaitan adalah bagaimana bekas atlet kebangsaan seperti Koh Lee Peng boleh menyumbang semula kepada negara dalam skop atau cabang lain dalam kem sukan. Mereka yang berpengalaman ini boleh ditawarkan dengan jawatan yang berkait rapat dengan kebolehan serta ilmu dalam bidang sukan yang mereka ada.
Sekurang-kurangnya, bukan saja kebajikan mereka terbela dengan mempunyai punca pendapatan setelah bersara sebagai atlet.
Malah mereka dapat melalui kehidupan dengan positif apabila mengetahui pekerjaan yang mereka lakukan itu bermakna dan dekat dengan hati mereka. Tidak bermakna pekerjaan menjual tisu itu tidak bermakna. Namun untuk atlet seperti Koh Lee Peng terjun dari bidang sukan paralimpik ke pekerjaan tersebut adalah ibarat langit dan bumi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ketika kebanyakan penghantar makanan memilih menggunakan motosikal untuk memudahkan urusan menghantar pesanan, seorang ibu tunggal, Nur Rahimah Alia Salehuddin pula memilih untuk berjalan kaki...