Dunia bisnes makanan memang tak pernah lurus. Hari ini ramai, esok belum tentu bertahan.
Itulah realiti yang terpaksa diterima oleh Ayam Gepuk Netizen, jenama makanan milik pempengaruh terkenal Haqiem Stopa, apabila mengumumkan penutupan rasmi operasi di Kuala Lumpur bermula hari ini.
Keputusan ini mengejutkan ramai pelanggan setia, terutama dalam kalangan netizen yang sering menyokong jenama tempatan. Namun di sebalik penutupan ini, tersimpan satu realiti pahit tentang cabaran sebenar bisnes F&B di bandar besar.
Dalam satu kenyataan terbuka kepada pelanggan dan penyokong setia, Haqiem menjelaskan bahawa keputusan untuk menutup operasi Ayam Gepuk Netizen di Kuala Lumpur bukanlah kerana kurang sambutan. Malah, sambutan yang diterima sebelum ini boleh dikatakan memberangsangkan.
Namun begitu, tekanan kos operasi yang semakin tidak masuk akal menjadi punca utama. Faktor paling berat ialah kadar sewa tapak perniagaan yang melonjak secara mendadak dalam tempoh singkat.
Kadar Sewa Melambung Jadi Beban Utama
Menurut Haqiem, sewa premis yang pada asalnya sekitar RM4,000 sebulan meningkat kepada RM6,000. Lebih mengejutkan, terdapat tawaran sewaan lain yang mencecah sehingga RM15,000 sebulan.
Bagi sebuah bisnes F&B berskala kecil yang bergantung kepada jualan harian dan margin keuntungan yang tipis, kadar sebegitu bukan lagi satu cabaran biasa tetapi satu beban besar yang sukar ditanggung.
Ads
“Untuk bulan-bulan biasa, terutamanya selepas Raya, kita rasa memang tak boleh,” jelas Haqiem secara jujur, menggambarkan tekanan sebenar yang dihadapi pengusaha makanan tempatan.
Selain faktor sewa, Haqiem turut mengakui terdapat beberapa insiden lain yang tidak menyenangkan sepanjang mengendalikan operasi di Kuala Lumpur. Namun, beliau memilih untuk tidak mendedahkan perkara tersebut kepada umum.
Pendekatan Haqiem jelas tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak, tidak membuka aib sesiapa, dan tidak menjadikan isu ini sebagai bahan kontroversi. Sebaliknya, beliau memilih untuk menerima hakikat dan terus melangkah ke hadapan.
Walaupun operasi tetap di Kuala Lumpur dihentikan, Haqiem menegaskan bahawa jenama ini tidak akan ditutup sepenuhnya. Ayam Gepuk Netizen masih diteruskan, cuma dengan pendekatan yang lebih fleksibel dan realistik.
Ads
Haqiem dan pasukannya kini merancang untuk bergerak dengan konsep tour jualan bergerak. Tanpa tapak tetap buat masa ini, mereka bersedia membawa setup perniagaan ke mana-mana lokasi yang mempunyai permintaan tinggi.
Antara negeri yang disebut termasuk Johor, Kelantan, Perak dan beberapa lokasi lain yang berpotensi.
Buat masa terdekat, peminat masih berpeluang menikmati menu daripada Ayam Gepuk Netizen di Street Harbour Melaka Food Festival. Acara tersebut berlangsung dari 5 hingga 8 haribulan, bermula jam 2 petang hingga 12 malam.
Ads
Kehadiran mereka di festival ini menjadi bukti bahawa jenama tersebut masih aktif dan terus mencari ruang untuk bertemu pelanggan secara langsung.
Di akhir kenyataannya, Haqiem mengucapkan terima kasih kepada semua yang pernah menyokong, membeli dan memberi peluang kepada Ayam Gepuk Netizen KL.
“Kita dah berjuang sehabis baik. Kita dah cuba semampu yang boleh.”
Kisah ini bukan sekadar penutupan sebuah gerai ayam gepuk. Ia adalah gambaran sebenar realiti bisnes F&B di bandar besar di mana sokongan pelanggan sahaja tidak mencukupi jika kos asas seperti sewa terus menghimpit pengusaha kecil.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anak kepada pengarah dan penerbit terkenal, Datuk A. Aida, Azeva Natassha memilih untuk tidak bercinta sebelum berkahwin kerana menyedari hukumnya haram di sisi Islam.
Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Azeva menegaskan bahawa segala cerita yang mengaitkannya dengan mana-mana lelaki hanyalah sekadar hubungan persahabatan.
“Saya Tak Suka Couple, Haram”
Dalam penjelasannya, Azeva secara terbuka menyatakan pendiriannya yang tidak gemar menjalinkan hubungan cinta sebelum berkahwin.
“Kalau nampak ada cerita-cerita saya dengan lelaki, itu semua kawan saja. Saya tak suka couple. Haram. Kalau nak, terus kahwin saja.
“Tapi tak nak sekarang. Saya nak fokus pada kerjaya. Tapi kalau dah tuhan bagi rezeki awal, nak buat macam mana. Cuma saya bukan jenis yang bercinta,” katanya.
Fokus Kerjaya, Namun Terbuka Soal Jodoh
Dalam pada itu, Azeva tidak menolak jika ditakdirkan berumah tangga seawal usia 25 tahun, namun mengakui mahu memberi fokus terhadap pembinaan kerjaya terlebih dahulu.
Pesan Wanita Jangan Bergantung Pada Lelaki
Selain itu, Azeva sempat menitipkan pesanan agar golongan wanita tidak terlalu bergantung harap kepada lelaki selagi belum bergelar isteri yang sah.
“Biarlah lelaki di luar sana. Kita tak perlukan lelaki dalam hidup kita. Kita ada kawan-kawan, mak, kakak, adik.
“Jangan buat apa-apa untuk lelaki. Kalau dah jadi isteri barulah pergi keluar bersama, belikan suami hadiah,” jelasnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wanita anggun ini tidak perlu diperkenalkan lagi namanya, Intan Ladyana yang merupakan seorang pelakon dan juga model terkenal merupakan isteri kepada Harris Alif.
Mengikat tali pernikahan pada 5 Februari 2021, pasangan sama cantik sama padan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Eviee Khadija.
Perkahwinan antara Intan dan juga Alif terlebih dahulu menjadi bukti bahawa cinta itu tidak mengenal usia, jarak 17 tahun bukanlah penghalang untuk bahagia.
Terbaharu, dalam hantaran di laman Instagram Harris, dia memuat naik sebuah gambar yang menampilkan dirinya dan juga isteri bersama anak sedang menikmati percutian di atas sebuah kapal layar. Apa yang menarik perhatian adalah penampilan Intan yang berhijab.
Penampilan Intan yang cantik menggayakan tudung dan blaus rona kelabu dan berseluar hitam ternyata menarik perhatian dan ramai yang memuji gayanya berhijab.
Walaupun begitu, tiada pengesahan yang menyatakan selebriti ini sudah berhijab sepenuhnya atau belum.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilanjutkan selama 4 minggu lagi (WHOA!) sehingga 9 Jun kelak.
Walaupun kelonggaran telah diberikan kepada rakyat, namun PKPB masih diutamakan bagi membendung sebarang kemungkinan berkaitan penularan wabak Covid-19.
Menerusi PKPB, kebanyakan perniagaan dapat beroperasi semula mengikut SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Cumanya, satu perkara yang membuatkan ramai terkilan adalah larangan balik ke kampung sempena musim perayaan utama yang ditetapkan oleh kerajaan.
Ini termasuuklah perayaan Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.
“Minta maaf banyak-banyak. Saya mohon ampun, demi menjaga keselamatan dan kesihatan kita semua. Perjalanan balik kampung merentas sempadan negeri untuk beraya tidak dibenarkan.
“Walaupun negara kita sudah mencatatkan perkembangan positif dalam memerangi wabak Covid-19, kita masih belum berjaya sepenuhnya.
“Stesen TV dan radio bolehlah mainkan lagu Dendang Perantau sekali-sekala. Kalau dimainkan selalu, saya pun berasa sayu juga. Saya tahu ramai yang sedih tak dapat balik berhari raya di kampung. Bersabarlah, bila keadaan kembali pulih sedikit masa lagi, saudari-saudara bolehlah balik ke kampung halaman.
“Saya percaya, rakyat akan memahami keputusan ini dan berharap kerajaan terus mengambil langkah yang wajar untuk memerangi wabak ini,” jelasnya lagi.
Bersabarlah gaiss, ada rezeki kita akan bertemu juga dengan ahli keluarga masing-masing okay.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjelang detik bahagia yang semakin hampir, pasangan selebriti dan politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Bella Astillah dijangka berkongsi lebih banyak perincian mengenai...