Baru berusia 21 tahun, bekas juara remaja dunia, Goh Jin Wei telah pun mengumumkan persaraannya daripada sukan badminton menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman YouTubenya, dua hari selepas tidak tersenarai dalam skuad Piala Sudirman.
Antara sebab keputusannya itu adalah kerana tempoh pemulihan yang panjang selepas menjalani pembedahan akibat sakit dalam pada tahun 2019.
“Saya telah bersama pasukan kebangsaan untuk tujuh tahun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua di Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk peluang dan juga kepada semua rakan dan peminat. Saya harap semua kekecewaan dan impian saya, akan dapat diteruskan oleh rakan-rakan seperjuangan, Lee Zii Jia dan Lai Pei Jing,” katanya.
Sabtu lalu, BAM tidak menyenaraikan Jin Wei dalam skuad Piala Sudirman disebabkan tidak bersedia daripada segi fizikal untuk kejohanan berpasukan campuran itu, tetapi menyenaraikannya untuk Piala Uber.
Ads
Untuk rekod, Jin pernah menjuarai Piala Dunia Remaja pada edisi Lima 2015 (Peru) dan Markham 2018 (Kanada), Jin Wei juga memenangi gelaran di Sukan Olimpik Remaja Buenos Aires 2018 dan Sukan SEA Kuala Lumpur.
Tidak dinafikan persaraan di usia yang masih muda merupakan satu kerugian besar buat negara. Namun, apa daya dek masalah kesihatan, pemain remaja ini perlu untuk mengutamakan dirinya terlebih dahulu. Apa-apa pun kami ucapkan selamat maju jaya buat Goh Jin Wei dan semoga terus sukses dalam setiap apa yang dilakukannya selepas ini.
Papadom, memang enak bila dimakan bersama nasi kandar atau pun nasi briyani. Keropok ini sememangnya sinonim dijual di kedai-kedai mamak dan tidak sah tidak memakannya. Rasanya yang agak enak membuatkan papadom diterima sebagai penambah selera ketika menikmati nasi mamak!
Tapi pada penggemarnya, selepas ini, kenalah berhati-hati ya. Ini kerana ujian makmal yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati papadom sebenarnya sangat bahaya jika dimakan dalam kadar banyak.
Papadom antara keropok yang biasa dimakan dengan nasi setiap kali ke kedai mamak
Penggemar kerepek rangup yang dikenali sebagai papadom dinasihatkan agar mengurangkan pengambilannya kerana kandungan garam yang tinggi.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris berkata, dalam ujian makmal yang dijalankan ke atas 11 sampel papadom, kesemuanya mengandungi lebih 1,000mg/100 gram garam.
Menurutnya, empat daripada sampel tersebut mengandungi lebih 2,000mg/100 gram garam.
“Pengambilan papadom yang banyak dalam makanan akan menyebabkan kandungan garam dalam badan tinggi. Ia akan menyebabkan tekanan darah tinggi, meningkatkan risiko strok dan serangan jantung.
“Sekeping papadom mengandungi 260 mg garam. Bayangkan jika satu hidangan, anda mengambil lima keping papadom, maknanya kandungan garam yang diambil adalah 1,300mg,” katanya kepada media tadi.
Kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang mendapati selepas ujian makmal dilakukan, papadom mengandungi garam yang tinggi
Jelasnya, walaupun papadom boleh dianggap tidak memudaratkan, pengambilan berlebihan akan menyebabkan sembelit dan perut berangin.
Sehubungan itu, CAP menggesa Kementerian Kesihatan menetapkan kadar garam dalam papadom agar pengambilan perasa itu dapat dikawal.
So korang, janganlah setiap kali makan nasi mamak, korang hentam ini ya, kalau dah sakit, nanti diri sendiri yang merana.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Antara yang terawal untuk memberikan ucapan takziah termasuklah Miss Universe 2018, Catriona Gray dari Filipina dan Miss Universe 2019, Zozibini Tunzi.
Pemergian hos penyiaran ExtraTV, Cheslie Kryst yang juga merupakan Miss USA 2019 yang mewakili Amerika Syarikat ke pertandingan Miss Universe 2019 di Atlanta, Georgia masih mengejutkan ramai pihak.
Bukan saja wajah beliau dikenali dalam kalangan peminat dunia ratu cantik, Cheslie, 30 juga terkenal sebagai individu yang sering menemubual sebilangan besar selebriti terkenal Hollywood sepanjang berkhidmat dengan ExtraTV termasuklah Rihanna, Taylor Swift dan Lady Gaga.
Susulan perkhabaran mengejutkan yang dipercayai bersifat kes bunuh diri ini, ratu-ratu dari seluruh dunia tampil memberikan ucapan takziah mereka terhadap keluarga serta kenalan rapat Cheslie sambl berharap mereka tabah berdepan insiden ini.
.
.
Harnaaz Sandhu, Miss Universe 2021
“Ini amatlah mendukacitakan dan sukar untuk dipercayai. (Cheslie) merupakan inspirasi kepada ramai pihak. Rest in Peace, Cheslie.”
.
.
Zozibini Tunzi, Miss Universe 2019
“Sahabat saya, Cheslie, saya amat sedih. Saya tidak mampu melelapkan mata, terperangkap antara tidak mampu mempercayi berita ini dan juga sedang cuba memahami apa yang telah berlaku.
“Kamu sepatutnya menghantarkan kepada saya foto-foto persalinan yang akan kamu sarungkan ke sebuah majlis perkahwinan Sabtu lalu dan bercerita mengenainya kepada saya. Anda mengejutkan saya, Cheslie. Saya tidak bersedia untuk hidup dalam dunia tanpa kewujudan kamu lagi.
“Saya berharap kamu sedang berehat sekarang. Kamu bermakna kepada ramai orang dan sentiasa kekal begitu. Kamu telah meninggalkan impak kepada dunia ini dan telah menyentuh hati ramai piihak. Kami raikan hidup kamu. Saya amat sayangkan kamu, sahabat dan Miss USA. RIP.”
.
.
Catriona Gray, Miss Universe 2018
“Ches, saya tidak percayai berita ini. Berehatlah di sana, bidadari. Dunia akan merindui betapa cerianya kamu.
“Sekiranya kamu atau seseorang yang kamu kenali sedang ‘mempertimbangkan’ perbuatan membunuh diri, tolong hubungi talian National Suicide Prevention atau layari suicidepreventionlifeline.org. Juga, hubungilah rakan dan mereka yang kamu sayangi. Kita masih berada dalam waktu-waktu di mana kita perlu mengasingkan diri (disebabkan pandemik Covid-19). Jangan kita perlekehkan kepentingan komunikasi dalam hidup setiap individu.”
.
.
Demi-Leigh Tebow, Miss Universe 2017
“Kecewa dan tidak boleh percaya! Rest in Peace, Cheslie. Doa dan ucapan takziah saya kepada keluarga anda.”
.
.
Iris Mittenaere, Miss Universe 2016
“Hati saya amat sedih. Berehatlah dengan tenang, bidadari. Anda akan dirindui.”
“Gorgeous sister! Anda akan selamanya berada dalam hati saya. Kita bejalan bersama-sama pada peringkat Top 20. Saling bergandingan tangan, menari dan bergelak tawa. Rest in peace. Saya masih berharap agar seseorang memberitahu saya ini adalah tidak benar.”
.
.
Francisca Luhong James, Miss Universe Malaysia 2020
“Saya berharap kamu akhirnya menemui ketenangan yang kamu cari. RIP. Jika kamu sedang bergelut dengan keinginan untuk membunuh diri atau mempunyai kesihatan mental yang terganggu, carilah bantuan daripada Befrienders.org.my.”
.
.
Frederika Cull, Miss Universe Indonesia 2019
“Hari ini kita kehilangan insan yang istimewa. Saya ingat lagi kamu ialah peserta Miss Universe 2019 pertama yang saya berani untuk mengajak berbual. Saya terpesona pada pandangan pertama akan kecerdasan dan karisma kamu sewaktu kamu berkata-kata.
“Kata-kata kamu cukup hebat dan kamu menggunakan ‘hadiah’ tersebut untuk menyuarakan ketidakadilan yang kam lihat berlaku di dunia (sebagai seorang peguam). Ini benar-benar mengajar saya bahawa kemurungan dan ketidakstabilan kesihatan mental bleh menjejaskan sesiapa. Silalah berhubung dengan keluarga dan rakan anda secara lebih kerap. Kita tidak tahu jika mereka memerlukan bantuan kita.”
.
.
Julia Horta, Miss Universe Brazil 2019
“Tidakkkkkk. Sukar untuk saya percayainya. Dia meninggalkan saya tanpa sebarang kata dan dengan hati yang ancur. Anda merupakan seorang wanita hebat yang pernah saya temui. Seorang yang kuat dan apabila mula berkatapkata semua orang akan berhenti sekitaka untuk mendengarnya. Kecantikan anda, kewujudan anda, kepintaran anda, cara anda berkomunikasi. Saya akan mengagumi anda selama-lamanya.”
.
.
Shweta Sekhon, Miss Universe Malaysia 2019
“Saya masih tidak dapat mempercayainya. Salah seorang insan paling riang pernah saya temui di pentas Miss Universe. Reace in peace sister.”
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah tersebarnya infografik yang menyenaraikan 10 Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia dengan jumlah pelajar bergelar Sugar Baby tertinggi baru-baru ini, Ketua Pegawai Operasi (CEO) Sunway University memandangnya sebagai dakwaan yang mengecewakan.
Menerusi satu kenyataan umum rasmi yang dimuat naik di Facebook Sunway University, Profesor Elizabeth Lee memberikan respon pantas terhadap dakwaan tersebut.
Ini berikutan Sunway University diletakkan pada tangga pertama IPT Malaysia dengan sejumlah 3105 orang pelajar yang didakwa bergelar Sugar Baby demi mencari sumber kemewahan.
“Kami amatlah kecewa apabila membaca artikel mengenai sebuah syarikat yang ingin mencabar moraliti komuniti dan anak muda kita. Pada masa yang sama, mereka ingin mempromosikan dan mengambil untung daripada aktiviti tidak bermoral serta besar haram ini.
“Ini merupakan percubaan untuk menjatuhkan aspek moral dan tata tertib pelajar kami serta komuniti pendidikan secara amnya. Bayangan yang tidak tepat terhadap pelajar kami dan beberapa lagi institusi pengajian tinggi yang dihormati ramai telah melemahkan usaha kolektif kami semua untuk melahirkan masyarakat yang baik dan negara yang prograsif.
“Kami sekeras-kerasnya mengutuk percubaan syarikat ini yang mengajar anak muda terlibat dalam perbuatan tidak bermoral mereka dan menormalkan perbuatan tersebut tanpa memikirkan kesan kesihatan mental terhadap mereka yang terlibat akibat dakwaan ini.
“Kami tahu komuniti pelajar kami di Sunway adalah golongan yang bekerja keras, berdedikasi dan mereka tidak layak untuk menerima persepsi negatif akibat artikel ini.
“Buat ibu bapa, kami bersama-sama anda akan terus mengutuk sebarang dakwaan negatif yang dilontarkan kepada pelajar yang kami sayangi,” jelas beliau.Kenyataan penuh daripada Profesor Elizabeth Lee.
Terdahulu, infografik yang dikeluarkan oleh laman bertemu jodoh, Sugarbook itu juga turut menyenaraikan 2 IPT Awam iaitu Universiti Malaya dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam senarai 10 IPT tersebut.