Kali ini Netflix kembali dengan drama siri terbaru yang bertajuk Abyss menggabungkan Park Bo-Young dan Ahn Hyo-Seop sebagai pelakon utama. Jalan penceritaan kali ini, bersifat fantasi. Ala, ada iras Goblin yang jalan ceritanya tak masuk akal langsung tapi korang still ‘layan’.
Bagi penggemar K-Drama, pasti sudah menonton episod satu dan dua yang kini sudah ditayangkan di Netflix.
Kisah seorang pengasas kosmetik yang berjaya iaitu Cha Min (Ahn Hyo-Seop) dan seorang Pendakwa Raya cantik Ko Se-Yeon (Park Bo-Yong) terlibat dalam kemalangan ‘kecil’ batu Abyss yang boleh merubah wajah manusia bergantung kepada personaliti individu tersebut.
Ads
Maknanya kalau orang tu buruk tapi berhati mulia, wajah mereka akan menjadi kacak atau cantik lah?! 😛
Tentu sekali Cha Min yang pada awalnya berwajah buruk menjadi kacak kerana mempunyai sifat mulia terhadap keluarga dan masyarakat. Manakala Ko Se-Yeon pula terperangkap dalam wajah yang berbeza kerana personalitinya yang kurang menyenangkan umum.
Ads
Ads
Menariknya drama ini, dua watak utama ini sebenarnya berkawan rapat dan Cha Min pernah menyimpan perasaan terhadap Ko Se-Yeon. Macam menariknya je story line cinta kali ini?
Walaupun drama baru saja bermula, akan tetapi ia telah mendapat sambutan menarik dan jalan ceritanya pun mengujakan. Ini yang tak sabar nak tunggu episod 3 di Netflix ni!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkongsi satu lagi pembaharuan masa terdekat yang akan dijalankan oleh kerajaan.
Mereka akan mengecilkan jumlah kementerian sedia ada kerana ada beberapa buah kementerian yang dilihat ‘redundant’ dari segi skop kerja. Antaranya termasuklah Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Namun, beliau tidak menyatakan kementerian lain yang bakal terlibat dalam pemansuhan tersebut.
Satu persoalan yang bermain di minda ramai penjawat awam pada saat ini adalah, apa akan jadi dengan nasib mereka sebagai pekerja? Adakah mereka juga akan dipecat setelah kementerian masing-masing dimansuhkan?
Tun M dalam sidang media memberi jaminan jumlah penjawat awam tidak akkan dikurangkan. Sebagai alternatif, mereka akan dipindahkan mengikut kesesuaian agensi, mungkin ke kementerian lain ATAUPUN ke sektor swasta.
“Kita tidak akan gugurkan mereka selepas mereka bekerja sekian lama dengan kerajaan. Kita akan cari kaedah untuk tempatkan mereka di jabatan dan agensi lain. Ini bagi mengelakkan mereka hilang pekerjaan.
“Apabila jumlah kementerian semakin kecil, Ketua Setiausaha juga akan berkurangan,” jelas Tun M.
Tambah beliau lagi, situasi seperti ini bukanlah kali pertama berlaku. Dahulu, apabila Telekom diswastakan, kakitangan Telekom juga telah dipindahkan ke syarikat swasta untuk mengurangkan jumlah pekerja dalam kerajaan. Mereka masih mempunyai kerja, cuma dalam bangunan dan persekitaran yang berbeza.
* * * * *
Dalam pada itu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini menafikan penamatan sebarang kontrak penjawat awam seperti yang ditularkan melalui media sosial.
Bagaimanapun, JPA tidak menolak kemungkinan berlaku penamatan disebabkan kontrak telah tamat tempoh, satu perkara biasa yang terjadi dalam perkhidmatan awam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Akibat tidak penuhi salah satu rukun nikah, perkahwinan pasangan penyanyi Indonesia terkenal ini diputuskan tidak sah oleh Pengadilan Agama Jakarta Selatan.
Menurut portal Kapan Lagi, jurucakap Pengadilan Agama Jakarta Selatan, H. Suryana berkata, wali yang menikahkan pasangan ini bukan wali yang berhak dan itulah yang menjadi sebab pihak majlis hakim mengambil keputusan tersebut.
“Dari hasil pemeriksaan, majlis hakim mengambil keputusan pernikahan yang dilaksanakan mendapati salah satu rukun nikah tidak terpenuhi.
“Salah satunya adalah wali yang menikahkan mereka bukan wali yang berhak,” katanya kepada media, hari ini.
Menurut Suryana, wali nikah yang menikahkan Rizky dengan Mahalini adalah seorang ustaz, tetapi pemilihan individu terbabit bertentangan peraturan ditetapkan dalam undang-undang.
“Setelah dia (Mahalini) mualaf kemudian bernikah, secara automatik memang orang tua pengantin perempuan juga bukan muslim, di situ bererti walinya bukan orang tuanya
“Dalam persidangan ditemukan fakta ternyata yang menikahkannya adalah seorang ustaz dan dia menikahkan dengan menamakan dirinya sebagai wali hakim,” ujarnya.
Menurut Suryana lagi, berdasarkan peraturan Menteri Agama Nombor 30 Tahun 2005, wali hakim yang sah adalah pihak yang persetujui Menteri Agama dan didelegasikan pelaksanaannya oleh ketua setempat.
Dua Jenis Wali
Menurut Undang-Undang Perkahwinan di Indonesia, wali dalam pernikahan terbahagi kepada dua jenis, yakni wali nasab dan wali hakim iaitu wali nasab adalah wali yang memiliki hubungan saudara dengan mempelai perempuan.
Wali hakim pula digunakan dalam kes tertentu seperti pengantin perempuan tidak memiliki wali nasab atau wali nasab tidak diketahui keberadaannya.
Namun, dalam kasus Rizky dan Mahalini, majlis hakim menemukan bahawa proses pengangkatan wali hakim tidak memenuhi kriteria undang-undang.
“Hal ini yang menjadi dasar keputusan bahawa pernikahan mereka tidak sah secara hukum,” ulasnya.
Suryana menjelaskan, menegaskan keputusan pengadilan dilakukan mengikut prosedur undang-undang iaitu fakta persidangan dan aturan perundangan sedia ada.
Nikah Sekali Lagi
Kini Rizky Febian dan Mahalini harus mengikuti langkah berikutnya sama ada membuat semakan semula atau menjalani proses pernikahan sekali lagi mengikut ketetapan perundangan.
Terdahulu, pasangan terbabit bernikah pada awal pagi Jumaat pada 10 Mei lalu di Hotel Raffles, Jakarta, manakala resepsi berlangsung di hotel sama sebelah malamnya. Untuk info, Mahalini yang berasal dari Bali dan beragama Hindu memeluk agma Islam sebelum mereka berkahwin.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sahaja tidak mengenali kumpulan K-Pop terkenal ini? Dianggotai oleh 4 orang wanita hebat, kumpulan tersohor ini kekal di carta teratas tiap kali lagu baru mereka dikeluarkan.
Namun, langit tak selalunya cerah apabila kumpulan penyanyi Korea Selatan ini dihentam teruk oleh outlet media Perancis dek kerana kualiti persembahan yang tidak memuaskan.
Pada 2 September, Le Parisien dari Perancis menerbitkan ulasan semua konsert yang diadakan di State De France dan Arena Paris La Défense sepanjang musim panas yang lalu. Akhbar itu menyatakan bahawa senarai itu dibuat secara objektif.
“Oleh kerana senarai ini benar-benar objektif, sesetengah orang akan gembira, cemburu, atau sakit hati setelah membacanya,” jelas Le Parisien.
Le Parisien mendakwa bahawa konsert Encore Julai BLACKPINK adalah yang paling teruk di antara aksi konsert antarabangsa. Akhbar itu turut mendedahkan mengapa mereka memberikan kumpulan itu tangga paling terendah dalam senarainya.
“Hanya kerana penonton memenuhi State De France (lokasi konsert) tidak bermakna persembahan yang diberikan adalah bagus. Apa yang kami nilai selepas meninggalkan konsert BLACKPINK ialah koreografi terlalu rigid, dan mereka sesama ahli sering tersilap langkah di hadapan satu sama lain kerana miskomunikasi,” jelas mereka.
Penerbitan itu kemudian meneruskan kritikannya terhadap konsert tersebut dan seolah-olah tidak berpuas hati dengan interaksi berlebihan di antara ahli kumpulan BlackPink dengan peminat mereka.
“Semasa bahagian akhir persembahan, Jennie tiba-tiba meninggalkan pentas, dan ahli yang selebihnya mula berinteraksi dengan peminat menerusi poster yang dipegang penonton. Ini bukan persembahan yang setaraf dengan populariti mereka,” komen outlet media tersebut.
Sebelum ini, BLACKPINK membuat persembahan di State De France pada 15 Julai di mana ianya berjaya menarik hampir 55,000 peminat.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: DISPATCH
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!