Belum pun menamatkan pengajian di universiti, seorang pemuda sudah mampu menjana pendapatan sendiri sehingga RM3,000 sebulan menerusi perkhidmatan pemasangan, pembersihan dan pembaikan penyaman udara di sekitar Lembah Klang.

Lebih membanggakan, usaha yang dilakukan bukan sahaja membantu menampung perbelanjaan hariannya, malah membuka peluang kepada rakan sekampus untuk turut memperoleh pendapatan apabila dia mula mengambil mereka bekerja bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Pemuda berkenaan, Aizad Haikal Marzukee, 24, merupakan penuntut semester empat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Sistem Penyejukbekuan dan Penyaman Udara Industri) di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Malaysia France Institute (MFI).

Baru Semester Empat UniKL, Pemuda Ini Raih RM3,000 Sebulan Servis Aircond, Rezeki Turut Dikongsi Dengan Rakan Kampus!

Bermula Dengan Modal Kecil, Hantaran Media Sosial Raih Sambutan Luar Jangka

Menurut Aizad menerusi laporan media tempatan, dia mula menawarkan khidmat berkenaan sejak awal Mei lalu sebagai usaha memanfaatkan ilmu serta kemahiran yang dipelajari di universiti, selain tidak mahu terlalu bergantung kepada elaun pinjaman pembiayaan yang diterimanya.

Pada awalnya, Aizad menguruskan semua tempahan seorang diri. Namun, permintaan pelanggan yang semakin meningkat menyebabkan dia mengambil inisiatif mengupah rakan sekampus yang mempunyai kelapangan untuk membantunya menjalankan kerja-kerja servis penyaman udara.

Menariknya, sambutan memberangsangkan itu mula diterima selepas dia mempromosikan perkhidmatannya menerusi media sosial baru-baru ini.

“Walaupun sudah lima bulan bermula, baru sekarang dapat sambutan kerana sebelum ini pendapatan tak menentu.

“Saya anggap ini rezeki daripada Allah SWT kerana sebelum berkongsi hantaran di media sosial, duit dalam tangan saya ada RM10 saja. Nak minta emak dan ayah tak sampai hati kerana waktu itu pertengahan bulan.

“Jadi bila emak tanya ada duit atau tidak, saya kata esok ada kerja walaupun tiada tempahan slot pun.

Ads

“Malam hari yang sama, saya cuba kongsi hantaran dengan tawarkan servis di media sosial tapi tak sangka perkongsian dimuat naik itu ‘meletup’ hingga ramai berminat mendapatkan perkhidmatan saya,” katanya kepada pemberita.

Baru Semester Empat UniKL, Pemuda Ini Raih RM3,000 Sebulan Servis Aircond, Rezeki Turut Dikongsi Dengan Rakan Kampus!

Susun Jadual Kerja Agar Tidak Ganggu Pengajian

Dalam pada itu, Aizad turut menjelaskan bahawa dia sentiasa memastikan jadual kerja sambilan disusun dengan baik supaya tidak mengganggu komitmen sebagai seorang mahasiswa.

Malah, keluarganya juga mengetahui mengenai usaha tersebut dan memberikan sokongan selagi dia tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap pelajaran.

“Kelas saya setiap Isnin, Selasa dan Khamis manakala Jumaat secara dalam talian.

“Rabu tiada kelas, jadi saya fokus untuk mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan tugasan diberikan oleh pensyarah.

Ads

“Waktu hujung minggu dikhususkan untuk bekerja. Kebiasaannya servis dengan datang ke rumah pelanggan dan saya bergerak menaiki Proton Wira pemberian emak dan ayah.

“Caj dikenakan pula bergantung dengan jenis servis kerana yang asas bermula RM90 manakala RM330 bagi pemasangan penyaman udara satu hos,” katanya yang juga anak kedua daripada enam beradik.

Baru Semester Empat UniKL, Pemuda Ini Raih RM3,000 Sebulan Servis Aircond, Rezeki Turut Dikongsi Dengan Rakan Kampus!

Pernah Jual Air Balang, Kini Mahu Terus Berdikari

Bagi Aizad, usaha mencari pendapatan sendiri bukanlah sesuatu yang asing kerana dia sudah mula melakukan pelbagai pekerjaan sejak dahulu lagi demi mendapatkan duit poket.

Antara pengalaman yang pernah dilaluinya termasuk bekerja sebagai ejen dropship produk kosmetik dan menjual air balang di tepi jalan.

Malah, galakan daripada bapanya untuk mencuba bidang keusahawanan dan tidak hanya bergantung kepada pekerjaan makan gaji turut menjadi antara pembakar semangat untuknya terus berusaha.

Ads

Baru Semester Empat UniKL, Pemuda Ini Raih RM3,000 Sebulan Servis Aircond, Rezeki Turut Dikongsi Dengan Rakan Kampus!

“Sebelum ini, saya pernah kerja sebagai ejen ‘drop ship’ produk kosmetik dan menjual air balang di tepi jalan.

“Jadi tak ada masalah, malah keluarga jadi pendorong untuk mencari rezeki kerana ayah pernah beri galakan bekerja sendiri dan keluar daripada ‘makan gaji’.

“Alhamdulillah, Allah SWT buka jalan untuk saya dan rezeki yang ada sekarang satu permulaan untuk terus berusaha.

“Sekurang-kurangnya saya dapat praktikkan apa yang dipelajari di kampus selain menimba pengalaman dan beri kepuasan kepada pelanggan,” katanya.

Usaha Aizad ini membuktikan bahawa usia muda dan status sebagai seorang mahasiswa bukan penghalang untuk seseorang mula membina kerjaya serta menjana pendapatan sendiri.

Malah, lebih manis apabila rezeki yang diperoleh turut dapat dikongsi bersama rakan-rakan yang membantunya mencari pendapatan sampingan. Tahniah Aizad!

Baru Semester Empat UniKL, Pemuda Ini Raih RM3,000 Sebulan Servis Aircond, Rezeki Turut Dikongsi Dengan Rakan Kampus!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Metro Online

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads