Jaguh berbasikal trek negara, Dato’ Mohd Azizulhasni Awang menyifatkan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pembangunan Sukan) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai satu amanah untuk terus menyumbang kepada masyarakat dan negara.
Beliau menerima pengiktirafan tersebut yang dikurniakan oleh Canselor UKM merangkap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sempena Majlis Konvokesyen UKM ke-54 yang berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak.
Menerusi perkongsian di media sosial, atlet yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu meluahkan rasa syukur atas penghormatan yang cukup bermakna dalam perjalanan hidupnya.
“Alhamdulillah, satu penghormatan yang amat besar dan bermakna dalam perjalanan hidup saya.
“Menjunjung kasih atas perkenan DYMM Tuanku Canselor menyempurnakan penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pembangunan Sukan) sempena Majlis Konvokesyen UKM ke-54,” tulisnya.
Anggap Pengiktirafan Sebagai Amanah Untuk Terus Berbakti
Dalam perkongsian sama, Azizulhasni turut merakamkan penghargaan kepada seluruh kepimpinan dan warga UKM atas pengiktirafan serta kepercayaan yang diberikan kepadanya.
Ads
Tidak melupakan individu yang sentiasa berada di belakang kejayaannya, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada keluarga, pasukan dan seluruh rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberikan sokongan sepanjang perjalanan kariernya.
“Terima kasih juga kepada keluarga, pasukan dan seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan serta menyokong perjalanan saya.
“Semoga penghormatan ini menjadi amanah dan dorongan untuk saya terus menuntut ilmu, memperbaiki diri dan berbakti kepada sukan negara,” katanya.
Ads
Untuk rekod, Azizulhasni merupakan antara atlet berbasikal trek paling berjaya dalam sejarah Malaysia dengan pencapaian membanggakan di pentas antarabangsa.
Antara kejayaan terbesar beliau termasuk meraih pingat gangsa dalam acara keirin di Sukan Olimpik Rio 2016 dan pingat perak bagi acara sama di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Beliau juga pernah mengharumkan nama negara apabila muncul juara dunia acara keirin pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI 2017 di Hong Kong.
Ads
Penganugerahan ijazah kehormat ini sekali gus menjadi satu lagi detik membanggakan dalam perjalanan Azizulhasni yang telah banyak berjasa dalam mengangkat martabat sukan berbasikal negara.
Tahniah, Dato’ Azizulhasni Awang! Semoga pengiktirafan ini terus menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk mengejar impian dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Februari dianggap sebagai bulan cinta kerana hari memperingati kekasih jatuh pada tanggal 14 Februari. Istimewanya kali ini, sebuah filem romantis berjudul ‘Marry Me’ bakal ditayangkan di seluruh pawagam pada 11 Februari depan, jadi korang bolehlah ambil peluang ini untuk menonton bersama yang tersayang.
Dibintangi oleh Jennifer Lopez, Owen Wilson, Maluma, John Bradley-West dan Sarah Silverman, Marry Me menceritakan tentang kisah seorang Bintang Latin, Kat Valdez, bersedia untuk berkahwin dengan pasangannya di atas pentas, Bastian, di hadapan seluruh peminatnya. Namun, beberapa saat sebelum membuat ikrar perkahwinan, dia telah mendapati dirinya ditipu dan membuat keputusan untuk berkahwin dengan orang yang tidak dikenalinya.
Charlie, seorang lelaki yang memegang papan tanda “Marry Me” dalam ribuan peminat yang menonton mereka, adalah pilihannya sebagai pengantin lelaki baharunya.
Wah, drama betul kan. Hiks!
Kami ingin mengajak korang untuk menonton tayangan perdana Marry Me dengan hanya menjawab soalan-soalan mudah.
Tarikh: 8 Februari 2022 Masa: 8.00 malam Lokasi: GSC The Starling
Penyertaan hanya dibuka kepada individu yang tinggal di Lembah Klang dan sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19. Pemenang bertuah akan diumumkan di DM instagram. Korang berpeluang memenangi sepasang tayangan perdana secara percuma dan pastikan akaun Instagram korang boleh diakses secara umum.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat korang yang tengah nak beli kereta, beberapa jenama kereta termasuk keluaran luar negara mencatatkan penurunan harga antara RM2,000 hingga RM3,000 selepas perlaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan sekurang-kurangnya lima jenama kenderaan termasuklah model Perodua, Honda, Toyota, BMW dan Volkswagen akan turun harga.
Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin, berkata berdasarkan struktur cukai baru, hampir semua model Perodua akan menyaksikan harga lebih rendah.
Wah, kalau macam ni ada chance la korang nak tukar kereta baru kan. Hiks!
Jom kita tengok antara senarai kereta yang bakal diturunkan harga.
1. Perodua Axia
Harga: RM40,390
Sebelum ini: RM41,497
2. Perodua MyVi 1.5
Harga: RM54,090
Sebelum ini: RM55,300
3. Honda Jazz 1.5
Harga: RM83,633
Sebelum ini: RM85,750
4. Toyata Vios
Harga: RM93,200
Sebelum ini: RM93,980
5. BMW
Harga: RM185,800
Sebelum ini: RM188,800
6. Volkswagen Polo
Harga: RM74,900
Sebelum ini: RM76,888
Moga dengan penurunan harga kereta ni dapatlah sedikit sebanyak membantu korang untuk beli kereta sendiri. Namun begitu, ukur baju di badan sendiri ya. Jangan sebab harga kereta turun, korang pergi beli yang diluar kemampuan pula.
Angka 17 menjadi angka bertuah buat Danish Adham Nuqman Soon, 17 tahun.
Pelajar seni kulinari di Kolej Vokasional Langkawi itu telah membanggakan negara setelah memenangi 17 pingat di Kejohanan Chef Dunia 2019 minggu ini. Kejayaan itu tidak disangka oleh remaja itu sendiri apabila namanya dipanggil berulang kali untuk ke hadapan menerima hadiah sehinggakan para juri terkejut.
"Saya sendiri tak menyangka akan memenangi kategori-kategori itu kerana saya berhadapan dengan pesaing yang lebih berpengalaman. Kejayaan ini adalah momen manis untuk saya dan keluarga," kata Danish yang ingin meneruskan cita-citanya menjadi seorang chef selebriti.
Di samping kategori serius yang dimenanginya, Danish turut membawa pulang trofi untuk kategori 'Outstanding Hot Cooking Chef'. Peserta termuda dalam kejohanan itu sering mendapat galakan daripada guru dan ibu bapanya untuk mengikuti pertandingan memasak ketika di sekolah.
Penyertaan itu bukan saja untuk bertanding semata-mata tetapi ia juga memberikan keyakinan kepada Danish untuk mengatasi masalah anxiety yang dihadapinya.
Tahniah!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Belum pun menamatkan pengajian di universiti, seorang pemuda sudah mampu menjana pendapatan sendiri sehingga RM3,000 sebulan menerusi perkhidmatan pemasangan, pembersihan dan pembaikan penyaman udara...