Untuk mereka yang baru pertama kali nak mengundi, mesti rasa excited dan terbayang-bayang bagaimanakah situasi sebenar di tempat pengundian nanti.
Apa nak buat? Macam mana kalau aku ‘lost’ nanti?
Jangan risau gais. Bagi yang pertama kali nak keluar mengundi tu, berikut merupakan panduan yang korang boleh rujuk.
1. Menyemak status pendaftaran sebelum hari mengundi
Semak nama korang dalam Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) di www.spr.gov.my, telefon ibu pejabat SPR di talian 03-88856565 atau melalui perkhidmatan SMS: taip SPR No. kad pengenalan dan hantarkan ke 15888.
2. Datang awal ke pusat mengundi dan bawa salah satu daripada dokumen pengenalan diri berikut:
– Kad pengenalan (MyKad)
– Pasport antarabangsa
– Resit kad pengenalan sementara bergambar
– Resit laporan kehilangan kad pengenalan bergambar yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
– Lesen memandu bergambar
– Kad kuasa yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerajaan
Ads
3. Tunjuk dokumen pengenalan diri korang kepada Kerani Penyemak Daftar Pemilih (KPDP) di Barung SPR pusat mengundi.
Dapatkan slip nombor saluran tempat mengundi dan beratur menunggu giliran untuk ke bilik tempat mengundi yang betul.
4. Tunjukkan slip nombor saluran tempat mengundi dan dokumen pengenalan diri kepada Kerani Pengundi Pertama (KP1)
– Selepas dibenarkan masuk, serahkan dokumen pengenalan diri berserta slip semakan kepada KP1 supaya nama korang di tanda sudah hadir mengundi.
– Tunjuk jari telunjuk kiri untuk diperiksan dan pastikan tidak ada sebarang tanda dakwat kekal di jari.
Ads
5. Celup dakwat kekal
– Setelah disemak dokumen pengenalan diri oleh KP1, KP2 akan mencelup dakwat kekal di hujung jari telunjuk kiri.
– Kalau ada y ang mendakwa pengundi boleh mengundi lebih dari sekali jika dakwat kekal dihilangkan adalah tak benar sama sekali sebab KP1 dah pun menandakan nama mereka yang sudah membuang undi.
6. Dapatkan kertas undi
Selepas jari telah ditandakan dengan dakwat kekal, bergerak ke KP3 untuk mendapatkan kertas undi.
7. Buang undi
Ads
– Bergerak ke petak mengundi untuk menanda kertas undi dengan tanda X di ruang bersebelahan logo parti.
– Paling penting, pilih satu calon saja okay. Kalau tak ia akan menjadi undi rosak.
8. Selesai, yeay!
– Bila dah buat pilihan yang betul, korang kena lipat kertas undi dengan dua kali lipatan dan bergerak ke peti undi bagi memasukkan kertas undi mengikut peti Undi Parlimen atau Peti Undi Negeri.
– Keluar dari tempat mengundi dengan segera supaya tak mengganggu proses pengundian dan petugas SPR.
Mudah je kan? Tak payah la rasa nervous sangat gais. Nanti petugas SPR dekat situ pun boleh bantu kalau-kalau ada yang korang tak pasti.
Selamat mengundi. Buatlah pilihan dengan bijak. Hiks!
Sejak semalam viral kisah seekor gajah bunting yang mati akibat cedera di mulut selepas memakan nenas berisi mercun diberikan oleh manusia.
Ramai yang mengecam tindakan tidak berperikamanusiaan itu dan menganggap ia tindakan bodoh kerana menyeksa haiwan itu dengan mengumpan memberikan makanan.
Selepas kejadian ini tular, polis Kerala, India nyata bertindak pantas apabila berjaya menahan dua orang lelaki bagi menjalankan siasatan kes yang mencetuskan simpati satu dunia ini.
Dalam kejadian yang berlaku di Taman Nasional Silent Vallet, Daerah Palakkad ini, pihak polis dari daerah Manakadu mengganggap ia satu perbuatan keji seperti dilaporkan oleh Gulf News.
Menurut Sub Inspektor TK Ramachandran, Jabatan Perhutanan akan menyiasat hal ini dan terbukti bila mana dua orang lelaki berjaya ditahan semalam.
Berdasarkan laporan doktor haiwan yang merawat haiwan yang bunting ini ia dilakukan oleh penduduk tempatan bagi menghalau gajah-gajah ini dari merosakkan tanaman dan pertanian mereka. Gajah berusia 15 tahun itu selepas memakan nenas mengalami luka parah di rahang atas dan bawah, selain lidahnya luka parah kerana bahan peledak itu. Ia hanya mampu bertahan dua hari dengan berendam di dalam air sebelum disahkan mati.
Walau pelbagai usaha dilakukan bagi menyelamatkannya namun ia sudah tidak bergerak dan akhirnya ditemui mati,” kata seorang penduduk desa.
Menteri Perhutanan India, Prakash Javadekar berjanji insiden ini akan disiasat . “Pihak kerajaan menganggap ia satu insiden serius membunuh haiwan kelaparan ini seperti kejadian berlaku di Mallapuram, Kerala,” tegas Javadekar dalam tweetnya.
Malah dia berjanji akan membawa pelakunya menerima hukuman berat.
“Ia bukan budaya negara ini memberi makan binatang yang dipasang mercun dan kemudian membunuhnya,” kata Menteri itu lagi. Apa yang pasti kematian gajah bunting itu menimbulkan kemarahan masyarakat dan meminta agar pelakunya dihukum sekeras-kerasnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Banjir apabila melanda tidak mengenal siapa. Dato ke Sri Paduka ke, tak kira kaum, tak kita parti, semua akan terlibat dan terjejas. Mahu tak mahu semua orang perlu bergandingan untuk terus hidup.
Semalam, hujan lebat lebih dua jam bermula jam 2 petang semalam menyebabkan beberapa kawasan ditenggelami air termasuk Masjid Jamek, Jalan Raja Alang Kampung Bharu, Lebuh Ampang dan Genting Klang.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat lebih-lebih lagi kepada pemandu wanita kerana mungkin mereka akan lebih panik berbanding pemandu lelaki. Jadi, jika berhadapan dengan situasi ini korang tak perlu cemas lagi ok? Ikut sahaja saranan yang telah diberikan.
Jadi kalau berhadapan dengan situasi ini, sebaiknya korang lakukan 9 tip berikut:
1. Jangan redah banjir jika tidak pasti kedalamannya. Jadikan kaki lima, pembahagi jalan dan papan tanda di tepi jalan sebagai penanda.
2. Jika mahu redah juga, pastikan korang melalui bahagian yang paling tinggi.
3. Pandu pada kelajuan yang sangat perlahan supaya tidak menyebabkan gelombang di hadapan. Biarkan kenderaan di depan melepasi korang terlebih dahulu.
4. Pastikan korang dapat melihat laluan daratan dengan jelas supaya tidak berhenti dengan mengejut di tengah-tengah air.
5. Pemanduan yang laju adalah sangat bahaya untuk kenderaan lain, terutamanya bagi pejalan kaki dan penunggang motosikal. Ini boleh menyebabkan korang hilang kawalan akibat masalah aquaplaning iaitu situasi tayar kenderaan tidak mencecah permukaan jalan kerana terdapat lapisan air di antara kedua-duanya.
6. Pandu dengan jarak yang selamat di antara kereta dibahagian depan.
7. Jangan memandu melepasi air atau banjir yang sedang mengalir deras kerana korang berisiko untuk dihanyutkan air.
8. Uji brek kereta korang selepas melepasi banjir.
9. Jika enjin mati, jangan cuba hidupkan enjin semula kerana boleh menyebabkan kerosakan lebih teruk berlaku. Sebaiknya, minta bantuan sama ada pihak insurans untuk menghantar tow truck atau bantuan daripada kenalan rapat.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat lebih-lebih lagi kepada pemandu wanita kerana mungkin mereka akan lebih panik berbanding pemandu lelaki. Jadi, jika berhadapan dengan situasi ini korang tak perlu cemas lagi ok? Ikut sahaja saranan yang telah diberikan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hebat juga penangan mereka. BTS pula pasal, satu Malaysia kecoh!
Semalam, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah melaporkan kepada rakan media mengenai perancangan kerajaan untuk membawa masuk kumpulan K-Pop paling hangat pada masa ini, BTS ke Malaysia.
Semuanya gara-gara untuk menarik masuk para pelancong dalam negara dan pelancong asing sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.
Semua tahu, bukan senang untuk membawa kumpulan popular Korea itu ke sini. Pada konsert jelajah Asia yang lalu, mereka memilih Singapura berbanding Kuala Lumpur untuk membuat persembahan.
Jadi menurut beliau, pihak kementerian akan bekerjasama dengan pihak promoter yang berkaitan dengan BTS, syarikat hibran Live Nation dan dengan pihak Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia iaitu Tony Fernandes bagi menjayakannya.
Bagaimanapun, tak semua orang memberikan respon yang positif..
Penyanyi rock tanah air, Awie sebagai contoh merasakan perancangan itu hanya akan memusnahkan periuk nasi penyanyi tempatan dalam jangka masa panjang.
“Kan bagus waktu sekarang ini bantu artis tanah air yang banyak membantu negara. Tunjukkanlah sedikit rasa cinta pada bangsa dan budaya kita.
“Bukan tak ada artis yang bagus dalam Malaysia ini. Asyik nak banggakan orang luar saja. Beruk di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan,” antara yang diperkatakan oleh beliau dalam status Facebook miliknya.
Rata-rata netizen juga berpendapat ada benarnya kenyataan Awie tersebut.
Ramai artis Malaysia yang bagus untuk mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2020
Usah ulangi kesilapan ke atas Tan Sri P Ramlee
Untuk pengetahuan semua, sebelum ini Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar pernah menyatakan hasrat untuk menjemput kumpulan Radiohead ke Malaysia bagi menjayakan konsert mereka. Sekarang BTS pula..
Hhm, apa pendapat korang sendiri?
Adakah ia satu strategi yang bagus untuk menjemput BTS ke Malaysia ataupun penyanyi di Malaysia sendiri sudah memadai untuk memenuhkan sebuah stadium dengan peminat mereka?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kerajaan Selangor tawar kelas bahasa percuma Selangor bermula 2026 melibatkan Mandarin, Tamil dan bahasa antarabangsa secara dalam talian untuk semua rakyat.