Rezeki Allah memang tidak disangka-sangkakan. Sering disebut jika kita memudahkan urusan orang lain, maka Allah akan memudahkan urusan kita juga. Jika bukan hari ini, esok lusa atau tulat, janji Allah itu pasti.
Perkongsian dari Puan Natipah Abu yang banyak membantu anak-anak yatim dengan kerja-kerja kebajikannya ini sesungguhnya boleh memberi pengajaran yang baik kepada kita.
Sebabnya di bulan Ramadan ini, tanpa disangka rezekinya datang berganda apabila dapat menunaikan ibadah puasa di Makkah yang menjadi dambaan ramai umat Islam untuk mengerjakan umrah di bulan puasa.
Kebaikan hatinya yang memudahkan insan lain dengan mencukupkkan wang hantaran ternyata dibalas dengan kebaikan apabila dia dapat mengerjakan umrah hari ini sedangkan kalau ikutkan niatnya hanya mahu berbuat demikian pada tahun hadapan.
Puan Natipah Abu mendapat rezeki tidak disangka apabila diberi kesempatan menunaikan umrah di Makkah selepas berbuat kebaikan mencukupkan wang hantaran seorang sahabat yang adiknya tidak cukup wang untuk berkahwin
Baca kisah seperti mana dikongsi di laman fbnya, Natipah Abu.
SALAM KEMAAFAN ….
Ads
Alhamdulillah …
Dijemput lagi menjadi tetamu Allah dalam keadaan tidak disangka dan tidak dirangka. 3 May – 27 Syaaban 1440 Hijrah yang lalu.
Jam 10.30 pagi menerima mesej dari sahabat di KL yang juga berkenalan di FB dan menjadi sahabat baik sejak 5 tahun lalu . Memberitahu telah bertanya kepada travel agen tentang plan kami mengerjakan umrah bulan Mac tahun depan . Jawapan Kak Pah .. “ lambat lagi, sekarang baru habis April. Setahun lagi nu. Nanti kita sembang lain.” Kami pun ketawa sama-sama.
Jam 11 . 30 pagi, Kak Pah menerima panggilan telefon dari seorang lagi sahabat di Perlis yang juga asalnya kenal dari FB tetapi kemudiannya berkawan baik. Dalam tangisan beliau memaklumkan bahawa walimah adiknya bakal berlangsung esok, tetapi wang hantaran masih belum cukup. Memikirkan ia melibatkan maruah banyak pihak maka Kak Pah terus mendopositkan jumlah berbaki yang diperlukan.
Jam 3 petang, datanglah jemputan dari-Nya menerusi seorang sahabat yang juga mula kenal FB dan bersahabat baik sejak tiga tahun lalu. Lebih dari itu, kedua pasangan suami isteri ini juga antara yang banyak membantu kerja-kerja Kak Pah di belakang tabir selama ini. Dalam masa tiga jam saja urusan keberangkatan di proses dan selesai. Alhamdulillah, atas rezeki yang tidak disangka ini.
Ads
Dapat berpuasa di Makkah antara impian ramai umat islam kerana suasananya jauh berbeza.Beginilah suasana berbuka puasa di Makkah
Sekejap lagi Kak Pah bakal berlepas ke Tanah Suci tanpa waris terdekat melainkan berserah kepada Allah sahaja untuk menemani dan melindungi diri yang kerdil dan hina ini.
Untuk makluman, urusan sedekah jariah kita akan berjalan setiap hari seperti biasa kerana akan diurskan oleh mereka yang telah sudi memikul amanah Kak Pah dan juga amanah kita.
Kepada semua sahabat handai tualan di luar sana, mohon ampun dan maafkanlah segala salah dan silap yang mungkin telah melukai hati kalian atau yang mengaibkan kalian. Mohon halalkan juga atas segala yang termakan dan terminum selama ini.
Doakan Kak Pah dipermudahkan segala urusan di sana, selamat pergi dan selamatlah kembali . Akhir kata, Salam kemaafan dengan penuh kasih sayang …
“لَبَّيْكَ اللّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ، لاَشَرَيْكَ لَكَ.”
“Wahai Tuhan kami, kami datang semata-mata dengan ikrar setia dan taat kepada perintah-Mu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagi-Mu kami sahut seruan-Mu, sesungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan, kesemuanya adalah bagimu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagi-Mu.”
Sumber FB : Natipah Abu
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam Malaysia mencatatkan 858 lagi kes positif COVID-19 dan di Selangor sahaja mencapai 101 kes, manakala Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur mencatatkan 6 kes positif.
Ekoran daripada peningkatan kes positif COVID-19 yang semakin membimbangkan, kerajaan sedang mengkaji kemungkinan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di seluruh Lembah Klang.
Kredit foto: Sinar Harian
Menurut Astro Awani, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Yaakob berkata pilihan lain adalah dengan mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) di kawasan terbabit dalam usaha mengawal penularan virus tersebut.
Walau bagaimanapun, keputusan ini bergantung kepada saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kementerian berkaitan kerana tindakan seumpama itu memerlukan penilaian teliti di semua pihak.
Jika PKPD dilaksanakan, semua orang tidak boleh keluar rumah, makanan dihantar ke rumah dan aktiviti ekonomi juga perlu dihentikan.
Kenyataan ini nampaknya mendapat beberapa kritikan dan pandangan daripada rakyat ekoran kesesakan mereka jika tidak dapat pergi bekerja.
Namun begitu, ada juga individu yang menyokong tindakan ini kerana menyifatkan masih ramai yang tidak mengikut arahan PKPP dan berlegar di luar.
Memang sukar untuk memenuhi segala permintaan rakyat kerana masing-masing melalui situasi yang berbeza. Apa-apa pun diharap agar kerajaan buat keputusan yang tepat bagi menangani isu ini.
Pada masyarakat di luar sana, terus kekal duduk rumah dan elakkan berada di luar jika tidak mempunyai apa-apa urusan penting.
Sejak kebelakangan ini, pastinya korang perasan cuaca di negara kita terasa sangat panas dan bahang. Ya kebiasaannya di awal tahun, Malaysia berada dalam ‘musim panas’ sehinggakan pada waktu malam ketika tidur pun kita berasa tidak selesa dengan cuaca yang agak bahang.
Gambar hiasan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah memuat naik kenyataan di Twitter, cuaca panas yang dialami pada ketika ini adalah satu fenomena biasa sepanjang tempoh Februari hingga April setiap tahun. Sehingga kini, suhu tertinggi bagi bulan 2021 adalah 36.2 darjah Celsius, manakala pada tahun 2020 adalah 37.4 darjah Celsius yang dicerap di Stesen Meteorologi Kuala Kangsar, Perak.
Gambar hiasan
Malaysia kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac 2021. Dalam tempoh ini, taburan hujan adalah agak rendah di Semenanjung Malaysia, terutamanya di utara Semenanjung.
Taburan hujan yang rendah dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan cuaca agak panas, terutamanya pada waktu malam apabila terdapatnya litupan awan.
Justeru itu, masyarakat dinasihatkan agar mengambil langkah penjimatan dalam penggunaan air dan mengelakkan aktiviti pembakaran terbuka. Korang juga dinasihati supaya mengurangkan aktiviti-aktiviti luar dan minum air secukupnya.
Gambar hiasan
Waktu-waktu pandemik seperti ini, memang sebaiknya korang duduk sahaja di rumah jika tidak ada urusan penting di luar sana. Lagi pun, dalam keadaan cuaca panas sekarang ini, risau pula jika ada yang jatuh sakit. Jangan lupa banyakkan minum air kosong ya?
Bergelar seorang mahasiswa bukan mudah bagi individu menghadapi masalah kesihatan mental, namun Nurul Yusra Afiqah, 22 membuktikan dirinya boleh berjaya dalam apa yang diceburi dan menamatkan pengajian dalam tempoh ditetapkan.
Mengakui bukan satu perkara yang mudah dan beliau terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dan halangan. Graduan Ijazah Sarjana Psikologi dengan Kepujian (Psikologi Kanak-kanak & Keluarga) yang berasal dari Alor Setar, Kedah ini juga mengakui amat berbangga dengan dirinya kerana berjaya melakukan yang terbaik sehingga tamat pengajian.
raduan orang kurang upaya (OKU) mental, Nurul Yusra Afiqah Anuar buktikan tiada yang mustahil. – Foto UMS
Hasil semangat tidak pernah luntur, akhirnya dalam tempoh tiga tahun Nurul Yusra berjaya merangkul segulung ijazah dengan memperoleh CGPA 3.53 pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) kali ke-24, di sini, semalam.
Bercerita mengenai masalah kesihatan yang dihadapi, menurutnya dia mendapat status OKU sejak 2017, dan ketika keadaan kesihatannya teruk dia pernah cuba membunuh diri. Malah, kebanyakan penyakit mental yang dihidapi adalah disebabkan trauma, kebimbangan (anxiety) dan tekanan.
“Memegang status OKU mental, cabaran yang saya sering terima adalah stigma masyarakat yang mengatakan saya tidak kelihatan seperti seorang OKU,” katanya.
Selama tiga tahun bergelar penuntut prasiswazah, Yusra mengakui pernah berasa putus asa, namun beliau akan minta bantuan di saluran yang betul.
Kini Merawat OKU Mental
Menurutnya, dia kini sudah bekerja di Pusat Rehabilitasi OKU Mental USM sebagai pengurus kes.
“Sekarang ini saya sudah bekerja dalam bidang yang saya sendiri merawat OKU mental. Semua pesakit serta pelatih di bawah pemantauan saya juga adalah OKU mental dan saya memahami apa yang dirasakan,” katanya.
Nurul berkata, dia ingin membuktikan kepada pesakitnya yang dia boleh mengatasi masalah dihadapi, sekali gus menjadi dorongan kepada mereka untuk menamatkan pengajian memandangkan majoriti golongan ini tidak berjaya melakukannya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!