Pemilihan R’Bonney memberi isyarat kepada era baharu pertandingan Miss Universe di mana peserta tidak lagi sekadar perlu memperagakan ‘catwalk’ menarik dalam pusingan pakaian mandi dan gaun malam. Peserta pada era ini juga perlu bijak dalam berkata-kata dan mempunyai misi tertentu untuk bergelar seorang ratu cantik.
Tidak hairanlah apabila sebahagian daripada 16 orang wakil terbaik yang dipilih bagi memenuhi slot Top 16 pada 14 Januari lalu tidak disangka-sangka oleh pemerhati ratu cantik. Rata-rata ramalan mereka meleset dan negera-negara yang popular dengan gelaran ‘powerhouse’ seperti Filipina, Thailand, Indonesia dan Mexico gagal menembusi senarai Top 16.
(Dari kiri) Wakil dari Mexico, Irma Miranda; Anna Sueangam-iam (Thailand) dan Celeste Cortesi (Filipina).
Ini kerana 50 peratus daripada pemarkahan penuh mereka pada pusingan awal (preliminary) diambil daripada sesi temuduga tertutup bersama barisan juri. Sedangkan pusingan pakaian mandi hanya mengambil kira 25 peratus dan selebihnya terletak pada prestasi mereka sewaktu pusingan gaun malam.
Menariknya pada edisi ke-71 ini, organisasi Miss Universe menerusi pemilik baharunya iaitu Anne Jakapong Jakrajutatip ataupun Anne JKN (nama syarikatnya) mengambil inisiatif segar untuk mendedahkan sebahagian daripada sesi temuduga bersama wakil yang bertanding. Ini secara tidak langsung memberi penjelasan mengenai pemilihan beberapa negara yang mencipta kejutan seperti Laos, Kanada dan Australia.
Dalam video temuduga bersama wakil Kanada, Amelia Tu yang dimuat naik pada 25 Januari 2023, gadis berdarah kacukan Cina-Kanada itu seakan menutup mulut-mulut pengkritik apabila sesinya berjalan dengan amat lancar.
Antara topik yang disentuh oleh Amelia yang juga merupakan seorang graduan University of California, Berkeley adalah mengenai koleksi set penjagaan kulit organik dan pakaian ‘sustainable’ yang diusahakannya, sama ada dia pernah berdepan kritikan kerana menyertai pertandingan Miss Universe dan apakah suatu elemen daripada budayanya yang disemat dekat di hatinya.
“Saya datang daripada latar belakang keluarga Cina dan saya amat berbangga bergelar gadis Cina-Kanada. Di Kanada, masyarakatnya amat terbuka dan menerima kehadiran imigran dari seluruh dunia.
“Saya berpendapat, kepelbagaian budaya yang kami terapkan di sini adalah sesuatu yang amat saya hargai. Sejak saya dilahirkan di Montreal, saya telah diterima sebagai sebahagian daripada komuniti Kanada. Dan saya belum pernah lagi berdepan isu perkauman dan sebagainya di sana,” ulasnya.
Ads
Melihat ke arah cara Amelia menjawab setiap soalan yang diajukan dengan lancar dan yakin, tidak hairanlah dia terpilih ke peringkat Top 16!
Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet memuji betapa jelasnya misi Amelia sejak menyertai pertandingan Miss Universe Kanada.
“Saya langsung tidak yakin mengapa dia terpilih semasa acara berlangsung. Tapi disebabkan video ini, saya sekarang boleh menilai sebab utamanya. Dia berjaya membuatkan barisan juri tertarik untuk mendengar apa yang ingin disampaikannya.” – Onya Mark
“Amelia mempunyai keperibadian yang asli dan tidak dibuat-buat.” – Glazn Flip
Ads
“Dia mempunyai fakta, data dan berkomunikasi dengan jelas. Dia bukan sekadar membaca skrip.” – 7.5M Views
“UC Berkeley ialah salah satu universiti terkemuka di dunia. Amelia mewakili Kanada dengan bangga, bijak, pandai bertutur, ikhlas dan merendah diri. Miss Universe telah menetapkan standard yang lebih tinggi.” Sarah Chung with an accent
Kini, platform YouTube Miss Universe sedang perlahan-lahan memuat naik video-video temuduga wakil negara lain. Tak sabar nak lihat jika video Miss Universe Malaysia, Lesley Cheam akan dikongsikan ataupun tidak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahun 2002 menjadi tahun bersejarah bagi Rusia dalam arena ratu cantik antarabangsa. Mana tidaknya, tahun itu wakilnya di pentas Miss Universe, Oksana Federova berjaya menjadi pemenang bagi pertandingan tersebut.
Oksana yang berusia 25 tahun ketika memenangi mahkota yang diimpikan ramai wanita seluruh dunia itu walau bagaimanapun hanya sempat menjadi Miss Universe selama empat bulan sebelum kemenangannya ditarik balik.
Miss Universe Panama, Justin Pasek yang merupakan pemenang tempat kedua menjadi penggantinya sebagai Miss Universe 2002. Walaupun begitu, Justin tidak popular seperti Oksana. Sehingga kini ratu cantik dari Rusia itu masih dianggap sebagai Miss Universe 2002 dan insiden yang mana kemenangannya ditarik balik menjadi tanda tanya.
Menurut pemilik francais Miss Universe ketika itu, Donald Trump seperti kenyataan yang disiarkan oleh CNN berkata, “Kami fikir dia sangat cantik dan sangat baik, tetapi dia tidak dapat memenuhi tugasnya oleh itu, kami tidak mempunyai pilihan selain memecatnya.”
Menggayakan gaun putih Gucci by Tom Ford sebagai gaun petangnya. Kredit foto: Instagram Oksana Federova
Biarpun banyak gosip liar yang disebarkan apabila kemenangannya ditarik balik, Oksana berpegang bahawa dia tidak dipecat sebaliknya dia meletakkan jawatan. Menerusi temu bual bersama Miss Universe 2005, Natalie Glebova, Oksana berkongsi kisah mengapa gelarannya sebagai Miss Universe 2002 ditarik balik.
Beliau sebenarnya bertindak mengikut kata hatinya untuk menamatkan kontrak kerana ingin meneruskan pengajiannya dalam bidang undang-undang. Setelah empat bulan menghabiskan waktu sebagai Miss Universe, dia mula memikirkan apakah kehidupan selepas itu.
Kredit foto: Instagram Oksana Federova
Keputusannya untuk tidak meneruskan gelaran sebagai Miss Universe memberikan seribu satu makna. Dia berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat kedoktoran dan bergelar Doktor Falsafah dalam bidang Undang-Undang Awam. Dia seterusnya mengajar di Saint Petersburg University of the Ministry of Interior of Russia.
Kekal anggun pada usia 44 tahun. Kredit foto: Instagram Oksana Federova
Selain bergelar pendidik, Oksana juga aktif dalam bidang seni terutamanya di dalam bidang pengacaraan, nyanyian, peserta rancangan realiti dan juga artis alih suara. Kini pada usia 44 tahun, wanita yang masih lagi mengekalkan keanggunannya ni bahagia bersama suami dan dua orang anaknya.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ada yang memilih untuk meluruskan rambut, ada pula yang bertambah keyakinan diri mereka apabila mengerintingkan rambut menjadi ikal. Apa jua stail rambut yang korang pilih, impak paling besar yang boleh seseorang itu kecapi menerusi rambut mereka adalah dengan – well – memotongnya.
Kebelakangan ini, semakin ramai selebriti wanita yang memilih sama ada untuk beralih dari rambut panjang ke rambut pendek atau sebaliknya; hanya demi mengekalkan imej yang segar di mata para peminat.
Penyanyi dan pengacara, Sissy Iman merupakan selebriti terbaru yang sanggup menukar gaya rambut secara drastik dari panjang kepada potongan bob.
Imej rambut panjang Sissy sudah sinonim dengan dirinya sejak awal kemunculan dalam industri nyanyian lagi.
Begitupun, Sissy berpendapat sudah tiba masa untuknya beralih ke fasa seterusnya yang lebih ‘fresh’ dengan menukar imej rambut.
Jom kita lihat lima lagi selebriti wanita yang tidak gentar untuk menyertai skuad #ShortHairDontCare.
JANNA NICK
AYDA JEBAT
ANNA JOBLING
SCHA ALYAHYA
MIMI LANA
Adakah korang rasakan mereka lebih sesuai berimej rambut panjang atau tampil ranggi dengan potongan pendek?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama Anna Jobling kini meniti dibibir-bibir peminat dunia hiburan. Bukan hanya di Malaysia, bahkan bintangnya turut bersinar di negara seberang. Lakonannya dalam drama Melur Untuk Firdaus benar-benar mencipta fenomena, jadi tidak hairanlah jika dirinya menjadi rebutan banyak jenama terkenal untuk berkolaborasi.
Terbaharu, pemenang tempat keempat Dewi Remaja 2018/19 ini telah dipilih untuk menghiasi kempen fesyen jenama tempatan terkenal iaitu Alia Bastamam bagi koleksi ready-to-wear mampu milik iaitu ALIA B sempena Aidilfitri yang bakal tiba nanti.
Menjenguk ke laman Instagram Anna, dia memuat naik video dirinya menggayakan busana-busana tersebut dengan kapsyen berbunyi, “Playing a different character for the multi-faceted forever.”
Koleksi yang dinamakan Forever ini menawarkan seleksi pakaian yang lengkap untuk musim perayaan dan untuk digayakan pada masa hadapan. Pilihan Baju Kurung yang dimodenkan ini disuntik dengan estetika resort Alia dalam siluet lilitan dan sarung yang mudah, serta pemilihan fabrik yang memberikan suasana keagungan yang sederhana.
Di dalam kempen fesyen tersebut, gadis berusia 23 tahun ini melakonkan watak dalam ensembel pakaian penuh sofistikated serta karya ultra-feminin yang ‘beralun’ dengan setiap pergerakannya.
Selain Anna, bekas atlet gimnastik negara, Farah Ann turut menghiasi kempen fesyen ini. Melihat kepada keseluruhan koleksi, apa yang menarik adalah rekaan-rekaan cukup versatile dan tidak tertakluk kepada siluet tradisi semata-mata.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!