
Pelumba cilik, Maleeq Dragster membuka kalendar musim 2024 dengan langkah kanan selepas menewaskan pesaing di peringkat antarabangsa untuk menjuarai Kejuaraan Run Bike Series (RCS) Jepun 2024 yang berlangsung di Fuji Marine Pool baru-baru ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Sapu Bersih Kejuaraan MiniGP, Qabil Irfan Pelumba Cilik Raih Gelaran Juara Dunia Di Usia 11 Tahun

Kejayaan itu menambah koleksi terbaharu Maleeq atau nama penuhnya, Wan Ayden Maleeq Wan Mohd Muzri selepas mencipta sejarah menjadi anak Malaysia pertama membawa pulang trofi RCS Jepun musim ke-12 pada November tahun lalu.
Presiden The M8 Cycling Club, Datuk Seri Wan Mohd Muzri Ramli yang juga bapa kepada Maleeq berkata, kejayaan itu amat bermakna buat komuniti ‘pushbike’ yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada barisan pelumba.

“Perlumbaan kali ini sangat mencabar kerana bukan sahaja persaingan antara pelumba, tetapi juga keadaan cuaca hujan pada kedua-dua hari pertandingan. Apabila hujan, suhu menjadi semakin sejuk dan Maleeq berlumba dalam keadaan kesejukan.
“Untuk mengekalkan kejuaraan adalah sesuatu yang mendebarkan dan merisaukan kami sebagai ibu bapa. Tahniah dan bangga kerana ini adalah permulaan terbaik Maleeq untuk tahun 2024.

“Membawa nama Malaysia dan pasukan M8 ke peringkat lebih tinggi adalah satu tanggungjawab yang besar. Tanpa usaha dan pengorbanan tidak mampu kita ukir kejayaan. Sejarah berulang lagi kali ini buat Maleeq,” katanya dalam satu kenyataan.
Kejayaan Maleeq turut menerima pujian daripada Presiden RCS, Yuuki Takahira yang mengakui Malaysia berjaya melahirkan juara, selain mendapat liputan daripada media Jepun seperti Tokyo Chinichi Sports dan Majalah RCS.

RCS Jepun adalah kejohanan terbaik di Asia yang mengumpulkan juara-juara ‘pushbike’ dari seluruh dunia antaranya tuan rumah, China, Taiwan, Thailand dan Malaysia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Kita Serumpun, Tak Perlu Gaduh” Fans Malaysia Balas Tuduhan Tiru Ratu Negara Jiran
Semangat #GirlPower itu sepatutnya diraikan, bukannya menjadi ‘bahan’ untuk warga net bergaduh dan saling mencerca.
Setiap kali tiba musim pertandingan ratu cantik seperti Miss Universe, pastinya orang ramai tanpa mengira lelaki ataupun perempuan saling menyatakan favoritism mereka ke atas negara masing-masing.
Satu-persatu negara mengumumkan siapakah wakil ratu cantik mereka ke pentas Miss Universe 2019 kelak, besar kemungkinan bakal dilangsungkan pada bulan Disember nanti. Untuk Malaysia, Miss Universe Malaysia Organization (MUMO) telahpun menabalkan gadis kelahiran Kuala Lumpur, Shweta Sekhon sebagai wakil kita pada tahun ini.
BACA: Congrats Shweta! Inspirasi Baru Wanita Muda Ke Miss Universe 2019
Di Indonesia pula, mereka akan diwakili oleh atlet ragbi bawah 20-tahun Indonesia yang juga bergelar model iaitu Frederika Alexis Cull. Kedua-duanya cantik, pintar, mempunyai personaliti menarik, pandai mengatur kata, mesra dan paling penting, mewakili negara masing-masing dengan baik setakat ini.
Namun biasalah, apabila melibatkan pertandingan di kalangan perempuan, pasti ada suara nakal yang gatal untuk ‘mencucuk’ peminat pertandingan ratu cantik untuk saling bertelingkah bagi mempertahankan wakil negara sendiri.
Situasi di antara Miss Universe Malaysia dan Indonesia ini tercetus disebabkan perkara yang remeh saja. Hanya disebabkan Shweta (Malaysia) dan Frederika (Indonesia) digayakan seakan sama baru-baru ini bagi sesi photoshoot berbeza, warga net pantas menghakimi “who wore it better”.

Frederika (kanan) menggayakan stail kemeja putih di dalam dan korset di luar ini terlebih dahulu untuk sesi penggambaran sebuah portal bernama NJL Indonesia.
Setelah beberapa minggu, Shweta (kiri) pula menyarungkan stail seakan sama tetapi kali ini dengan skirt kembang. Keseluruhan gaya tersebut adalah hasil rekaan Syamil Fazwan dan ia adalah untuk sesi penggambaran fesyen bersama Majalah Nona bagi keluaran isu Ogos 2019.
Entah bagaimana, peminat pertandingan ratu cantik membandingkan kedua-dua ratu itu setelah foto Shweta dimuat naik ke media sosial. Haihh, sukakan nak hangatkan perkara yang tak mempunyai isu pun.
Menariknya, ramai yang berharap agar warga net menghentikan ‘perang komen’ di akaun masing-masing. Ini kerana stail kemeja bersama korset bukanlah stail baharu. Ia telah lama digayakan oleh personaliti wanita seluruh dunia termasuklah Agnes Monica, Patricia Gouw, Jennie Blackpink dan Rebel Wilson.
Kami orang biasa pun pernah pakai seperti inilah! Tak ada isu pun.


Lihat sajalah komentar warga net yang berharap agar isu “siapa lebih cantik” dan “Shweta curi gaya Frederika” tidak diperdebatkan lagi.



Buat masa ini, kedua-dua wakil rantau ASEAN itu memilih untuk tidak mengeluarkan komen mengenai situasi tersebut.
Shweta belum memuat naik apa-apa foto daripada sesi penggambaran Majalah Nona itu manakala Frederika juga tidak memuat naik video ‘Behind The Scene’ bersama jurufoto antarabangsa, Wong Sim (seperti di bawah).
View this post on Instagram
Selamat hari raya idul fitri..
A post shared by Lambe pageants (@lambe.pageants) on
Tak perlulah nak gaduh-gaduh atau buat perbandingan. Lebih baik korang sokong semua wakil negara ASEAN. Mana tahu ada di kalangan kita yang akan dinobatkan sebagai Miss Universe 2019 kelak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Ramai Orang Kerja Keras Tetapi Masih Miskin,” – Trevor Noah Kecam Nasihat Kim Kardashian Buat Wanita
Baru-baru ini Kim Kardashian telah mengeluarkan satu kenyataan yang menimbulkan kecaman dalam kalangan warganet. Menerusi temubualnya bersama Variety itu, bintang realiti tersebut berkongsi mengenai rahsia dan tip untuk berjaya.
Ujarnya, “Saya ada nasihat untuk wanita dalam bisnes, angkat diri kamu dan berkerja keras. Kelihatannya tiada siapa yang mahu bekerja kebelakangan ini. Kelilingi diri anda dengan orang yang mahu berkerja. Elak persekitaran kerja yang toksik dan munculkan diri untuk melakukan kerja.”

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Kim yang juga seorang ahli perniagaan berjaya mengguris hati banyak pihak. Terutamanya seolah-olah wanita masa kini tidak cukup berkerja keras dalam kehidupan mereka.
Pengacara dan juga pelawak popular, Trevor Noah dalam satu siaran menerusi The Today Show antara yang membincangkan isu ini. Dia menyatakan yang dia faham kenyataan tersebut dari sudut pandangan Kim Kardashian.

Namun dia turut menyatakan yang Kim juga tidak memandang perspektif itu dari sudut berbeza, kerana tidak semua orang bertuah sepertinya.
“Ini adalah satu perkara yang Kim tidak faham, perkara itu boleh jadi satu hal yang merendahkan untuk memberitahu wanita yang punca mereka tidak berjaya kerana mereka terlalu malas untuk mengangkat diri mereka dan bekerja keras.
“Ya, Kim Kardashian bekerja keras tetapi tahukah anda siapa lagi yang bekerja keras? Kebanyakan wanita! Namun apa yang mereka tiada adalah tuah seperti Kim yang dilahirkan dalam keluarga yang kaya dengan ayah sebagai peguam terkenal dan juga bapa tiri yang merupakan Olimpian, dan semua hubungan yang dimilikinya yang hadir hanya kerana dilahirkan dalam keluarga seperti itu.
“Fikirkannya, jika anda bertuah untuk memiliki kelebihan itu, maka ada peluang cerah untuk kerja keras anda menjadikan anda orang yang berjaya. Tetapi jangan lupa tentang berapa banyak tuah yang menyebabkan punca kejayaan tersebut,” ujarnya panjang lebar tentang isu tersebut.
BACA JUGA: Kanye Diserang Simptom ‘Ex Tak Boleh Move On’? Hantar Setrak Bunga Pada Kim Kardashian

Menambah lagi tentang isu tuah, jejaka berusia 38 tahun ini menyatakan yang ramai orang lupa tentang perkara ini.
Kongsinya lantang, “Sesiapa sahaja yang cakap, hanya kerja kuat, semuanya akan menjadi. Orang tersebut lupa yang satu komponen penting untuk berjaya adalah tuah. Ramai orang bekerja keras namun masih susah, malahan jika orang itu lagi susah sebenarnya ada kemungkinan mereka telah bekerja lebih keras.”
Ada benar yang dikatakan oleh Trevor, satu nasihat itu harus melihat dari banyak persepektif. Kita tidak boleh pukul rata tentang sesuatu isu terutamanya tentang kerja dan kejayaan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Hampir 8 Tahun. Ini Pertama Kali Tengok Surat Ini Semula,” Usaha Pengirim Surat Layang Kes Zulfarhan Dipuji Warganet
Terbaru, tular mengenai penemuan individu yang juga pengirim surat layan kes pembunuhan pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan, 7 tahun yang lalu.
Lelaki yang dikenali sebagai Aiman Aufa telah menarik perhatian masyarakat di media sosial dan dia turut dihujani ucapan terima kasih daripada rakyat Malaysia atas usahanya yang cuba membantu menyelamatkan arwah Zulfarhan pada ketika itu.
Aiman memberi respon menerusi aplikasi Instagram pada 25 Julai selepas akaun media sosialnya menjadi bualan warganet sejak kebelakangan ini.

“Setelah hampir 8 tahun. Ini pertama kali saya tengok semula surat ini. Selepas saya letak pada hari itu, saya tidak pernah lagi melihat surat itu sehingga sekarang.”
“Ini pun saya tak pasti bagaimana boleh sampai ke public. Apa pun, Al-Fatihah buat keluarga arwah. Kita manusia hanya mampu berikhtiar dan berusaha. Allah penentu segalanya.”

Sekadar info, Aiman Aufa ketika itu berusia 22 tahun ada memberitahu mahkamah bahawa dia menulis dua pucuk surat layang untuk memaklumkan pihak atasan UPNM mengenai Zulfarhan sedang didera oleh sekumpulan pembuli.
Surat layang pertama diselipkan di pagar Rumah Sakit Angkatan Tentera (RESAT) pada 23 Mei 2017. Manakala, surat kedua pula diletakkan di bawah pintu bilik seorang jurulatih pada 24 Mei 2017 iaitu keesokan harinya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

