Peminat filem Marvel pastinya kecewa apabila filem Thor: Love And Thunder dikatakan akan ditunda lagi bagi tayangan di Malaysia. Tarikh asal filem ini ditayangkan pada 7 Julai 2022 namun telah ditunda dan pihak pawagam juga terpaksa membuat refund kepada penonton yang sudah membeli tiket wayang.
Walau bagaimanapun, tayangan filem Thor ini dilaporkan akan dipinda kepada tarikh 21 Julai, namun sekali lagi telah ditunda dan kali ini tiada tarikh baharu yang diberikan.
Hal ini telah disahkan sendiri oleh pihak TGV dan GSC yang menjelaskan tiada lagi tarikh baharu yang ditetapkan oleh Walt Disney bagi tayangan filem Thor Love And Thunder.
Ads
“Walt Disney Studios Malaysia telah mengesahkan bahawa tayangan filem Thor: Love And Thunder di Malaysia kini akan ditunda ke satu tarikh yang tidak dinyatakan,”
Untuk info, filem ini sudah pun ditayangkan di seluruh dunia termasuk di negara jiran seperti Singapura dan Thailand. Walau bagaimanapun, masih belum ada kenyataan lanjut mengapa filem ini ditunda di Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak tahu siapa yang masih lagi belum move on, Justin Bieber ataupun peminat-peminat Jelena. Semalam, selain daripada JB berjenaka April Fool dengan khabar bahawa isterinya Hailey Baldwin sedang mengandung, benar-benar mengemparkan industri hiburan Hollywood, WALAUPUN ianya hanya gurauan semata.
Post pertama merupakan gambar ultrasound seorang bayi di dalam perut, namun peminat masih ragu-ragu, kerana perut Hailey tidak sebesar bentuk bayi gambar tersebut. Malah peminat menjumpai gambar yang sama di Google. Selang beberapa minit, Justin memuat naik gambar isterinya sedang melakukan pemeriksaan dengan berkapsyen,
Menjadikan peminat mula percaya dan mengucapkan tahniah pada pasangan muda itu. Sejam kemudian, Justin memuat naik gambar ultrasound dengan gambar anjing,
Walaupun ada segelintir peminat yang berang, namun ada juga yang terhibur dengan gurauan tersebut.
Walaubagaimanapun, REMAJA lebih tertarik dengan posting yang dimuat naik oleh fanpage @Justinsoutfits pada 1 April dengan 10 keping gambar dalam satu post.
“Some rares/ unseen pics of Justin choose your favourite”
Selain daripada gambar JB ketika awal kemunculannya, turut terselit gambar dirinya dan cinta pertamanya Selena Gomez. Apa yang membuatkan ia menjadi hot topic, Justin Bieber LIKE post gambar tersebut. WOW!
Ini menyebabkan peminat Jelena dan Jailey berbalah di ruang komen posting tersebut, ada yang memberi ingatan kepada Hailey bahawa wanita itu mungkin memiliki nama keluarga Justin, namun hati Justin hanya milik Selena seorang.
Ada juga yang memarahi Justin kerana “like” gambar tersebut yang mencetuskan kontroversi, dan menyuruh lelaki itu move on dari bekas kekasihnya.
Ini mengingatkan kembali terhadap posting Justin bertarikh 25 Mac dengan memuat naik gambar isterinya. Seorang peminat meninggalkan komen pedas bahawa Justin tidak mencintai Hailey dan menuduh isteri penyanyi tersebut meniduri Shawn Mendes.
Terpukul dengan komen tersebut, JB membalas,
“Orang waras tidak bercakap atau berfikir dengan cara ini. Kamu harus malu dengan diri sendiri. Saya akan sentiasa sayang Selena. Kenangan bersama dia tersemat dalam satu ruang di dalam hati saya, tetapi isteri saya mengatasi segala-galanya, dia adalah perkara yang paling TERBAIK yang pernah berlaku dalam diri saya.”
Dengar tu Jelena? Rasanya, peminat dah boleh move on kot, dan biarkan Justin bersama kehidupan bahagianya bersama Hailey.
Persoalannya sekarang ni, betul ke Hailey mengandung?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun korang baru saja mengikuti drama sensasi HBO, Game of Thrones sejak musim kelapan, korang pasti mudah untuk menjadi fanatik dan tak sabar menantikan episod seterusnya!
Kini hanya tinggal SATU episod saja lagi sebelum drama bersiri Game of Thrones terbitan HBO bakal menutup tirai. Musim kelapan dan terakhirnya ini merupakan antara musim yang mencatatkan rating tertinggi disebabkan anticipation penonton yang tak putus-putus sejak episod pertamanya.
Sumber: HBO Asia
Sumber: HBO Asia
Istimewa mengenai musim kelapan, sebaik saja drama ini akan berakhir pada 20 Mei ini (Isnin waktu Malaysia yang akan disiarkan pada 9 pagi di HBO, saluran Astro Ch 411/431 HD), penonton tak akan ditinggalkan tergantung begitu saja. HBO sudah menyediakan episod khas dokumentari selama 2 jam untuk peminat Game of Thrones.
Dokumentari berjudul Game of Thrones: The Last Watch ini akan menyaksikan pelbagai paparan ‘Di Sebalik Tabir’ sepanjang penggambaran musim kelapan drama ini. Dan berdasarkan kepada trailer yang dimuat naik 2 hari lepas, REMAJA dapat rasakan korang tak mahu untuk melepaskan tayangan dokumentari tersebut.
Sumber: HBO Asia
Sumber: HBO Asia
Ini adalah LIMA sebab utama korang WAJIB menonton Game of Thrones: The Last Watch (walaupun korang bukan peminat tegar).
01
Tayangan Back-To-Back
That is YOUR PERFECT REASON untuk mengajak kawan ke rumah dan raikan slumber party.
Sebelum dokumentari ini mula ditayangkan pada Isnin, 27 Mei pada jam 9 pagi di saluran HBO (Astro 411/431 HD), korang boleh menonton semula episod finale Game of Thrones pada hujung minggu sebelum tu iaitu Sabtu & Ahad, 25 & 26 Mei pada jam 12 tengah hari juga di saluran yang sama.
It is a TWO-FOR-ONE partaaayy.
Sumber: HBO Asia
Sumber: HBO Asia
02
Sediakan Tisu
Ya, dokumentari Game of Thrones: The Last Watch akan ditayangkan penuh BEREMOSI.
Lihat sajalah pada klip trailer The Last Watch di bawah.
Kit Harington a.k.a Jon Snow dilihat menitiskan air mata. Orang penting di sebalik Game of Thrones iaitu D.B.Weiss juga dengan sedih berkata, “Ini ada sesi ‘table read’ terakhir. Saya seperti sedang melihat ke arah keluarga sendiri.”
03
Action Packed
Tayangan dokumentari Game of Thrones: The Last Watch ini adalah seperti menonton episod terbaru drama tersebut kerana ia bakal dipenuhi dengan aksi menarik di sebalik penggambaran musim kelapan ini!
Korang juga dapat menonton kepayahan dan cabaran yang dilalui oleh kru produksi untuk menghasilkan drama kegemaran korang ini.
Sumber: HBO Asia
Sumber: HBO Asia
04
Penutup Terbaik
Selepas tempoh 11 tahun, masih sukar untuk kru produksi memuaskan hati semua peminat drama Game of Thrones dengan versi jalan cerita terbaik. Peminat A mungkin akan menyukai pengakhirannya dan pada waktu yang sama, akan ada Peminat B yang mempertikaikan mengapa karakter kegemaran mereka dimatikan oleh pengarah.
NAMUN, dengan adanya dokumentari khas ini, ia seakan satu penutup terbaik setelah 8 musim berlalu.
05
Dan Bukan Itu Saja…
Khas sempena episod terakhir Game of Thrones dan dokumentari selama 2 jam ini, REMAJA & HBO Asia ingin memberikan hadiah istimewa kepada korang.
Tunjuk betapa hebatnya korang sebagai peminat tegar dengan menyertai peraduan mudah Game of Thrones x REMAJA di Instagram.
Caranya mudah saja, seperti yang tertera di bawah.
HADIAH EDISI TERHAD GAME OF THRONES yang bakal dimenangi adalah:
GRAND PRIZE
1 x set Monopoly Game of Thrones
1 x beg tote klasik Field & Co
1 x botol air kayu
1 x kusyen
1 x baju T
TEMPAT KEDUA & KETIGA
1 x beg tote klasik Field & Co
1 x botol air kayu
1 x kusyen
1 x baju T
10 HADIAH SAGUHATI
1 x beg drawstring
1 x kusyen
1 x baju T
Jom, try your luck okay.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang terkenal yang popular menerusi ‘The Rocky Horror Picture Show’, Tim Curry baru-baru ini dilaporkan meninggal dunia pada usia 80 tahun. Pemergian pelakon kelahiran England itu sekaligus menutup tirai perjalanan seni beliau sebagai seorang figura ikonik yang cukup sinonim dengan watak-watak eksentrik, flamboyan dan penjahat berkarisma dalam dunia filem, televisyen serta teater.
Menerusi sebuah kenyataan yang dikongsikan oleh publisiti Sean Katz bagi pihak pengurus serta sahabat lamanya, Marcia Hurwitz, Curry atau pemilik nama sebenar Timothy James Curry dilaporkan menghembuskan nafas terakhir secara aman di kediamannya di Toluca Lake, Los Angeles pada Selasa. Kenyataan tersebut turut mengenang peribadi mendiang sebagai seorang insan yang memiliki pemikiran luas, sifat ingin tahu yang tinggi serta hati yang pemurah dan lembut sehingga ke penghujung hayatnya.
Pada masa sama, Jabatan Polis Los Angeles memaklumkan pihak berkuasa menerima laporan siasatan kematian membabitkan seorang lelaki berusia lingkungan 80-an di sebuah alamat di Los Angeles sekitar jam 11.20 malam waktu tempatan. Jabatan Bomba Los Angeles juga mengesahkan pasukan kecemasan telah dikerahkan ke lokasi berkenaan lebih awal susulan satu insiden perubatan, sebelum individu terbabit disahkan meninggal dunia.
Antara watak-watak yang pernah diterajui oleh Tim Curry menerusi beberapa filem dan drama bersiri.
Setakat ini, punca kematian Curry belum diumumkan kepada umum. Namun, mendiang sebelum ini dilaporkan mengalami strok serius pada tahun 2012 dan berdepan beberapa cabaran kesihatan selepas insiden tersebut, termasuk menggunakan kerusi roda pada tahun-tahun terakhir kehidupannya.
Dilahirkan pada 19 April 1946 di Grappenhall, England, beliau mula membina impian sebagai seorang pelakon selepas berpindah ke London bersama keluarganya. Selepas menamatkan pengajian dalam bidang teater pada 1968, Curry memulakan kerjaya profesional menerusi produksi muzikal Hair sebelum mendapat peluang yang mengubah keseluruhan perjalanan seninya apabila dipilih oleh Richard O’Brien untuk membintangi ‘The Rocky Horror Show’ pada 1973.
Watak Dr. Frank-N-Furter kemudiannya menjadi simbol terbesar kerjayanya apabila pementasan tersebut diadaptasi menjadi filem ‘The Rocky Horror Picture Show’ pada 1975. Meskipun filem itu tidak mencatat kejayaan besar pada peringkat awal tayangannya, karya berkenaan akhirnya berkembang sebagai fenomena budaya pop global dan menjadikan penampilan Curry sebagai antara yang paling ikonik dalam sejarah filem kultus.
Selain itu, Curry turut meninggalkan impak menerusi pelbagai watak lain termasuk Lord of Darkness dalam Legend, Wadsworth dalam Clue dan Pennywise dalam miniseri IT pada 1990. Keupayaannya membawa karakter yang unik dan luar biasa membuatkan beliau kekal dikenang oleh peminat merentasi beberapa generasi, manakala rakan-rakan dalam industri turut memberi penghormatan atas keberanian serta keaslian yang dibawanya sepanjang berada dalam dunia seni.
Pemergiannya kini meninggalkan kekosongan besar dalam industri hiburan, namun legasi Tim Curry pastinya akan terus hidup menerusi karya-karya yang pernah dibintanginya. Seperti yang pernah diluahkan pelakon Carol Burnett mengenai sahabatnya itu, “Tiada siapa yang mampu melakonkan watak penjahat yang disayangi penonton sebaik Tim Curry,” satu penghormatan yang cukup menggambarkan keunikan seorang pelakon yang sukar dicari ganti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!