Perkongsian seorang ibu mengenai gelagat anak lelakinya yang bantu pakcik potong kuku baru-baru ini mencuri perhatian warganet sehingga meraih sejuta tontonan di platform Threads.
Siapa sangka, tindakan sederhana seorang anak dalam membantu orang lain tanpa mengharapkan sebarang balasan bukan sahaja menyentuh hati ibunya, malah turut mengundang rasa terharu dalam kalangan warganet.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh pemilik akaun Threads @cikjah_pekjah, wanita berkenaan pada mulanya sekadar ingin mengambil anak lelakinya, Muhammad Faith Zaarif, selepas menjalani latihan bola sepak.
Namun, perhatiannya terarah kepada gelagat Faith yang kelihatan sedang terbongkok-bongkok dari kejauhan.
Sebaik sahaja mengetahui apa yang sedang dilakukan oleh anak lelakinya itu, wanita berkenaan tersentuh hati lantas berkongsi momen tersebut di media sosial.
Terharu Lihat Anak Bantu Pakcik Potong Kuku
Rupa-rupanya, Faith sedang menghulurkan bantuan kepada seorang pakcik dengan memotong kuku lelaki berkenaan.
“Pegi amik anak teruna training bola, dari jauh nampak dia terbongkok-bongkok. Ingat dok buat apa, rupanya dia tengah tolong seorang pakcik ni potongkan kuku.
“Semoga terus jadi orang baik wahai anak lelakiku,” tulisnya.
Ads
Meskipun kelihatan seperti satu pertolongan kecil, tindakan Faith itu cukup bermakna buat si ibu yang dapat menyaksikan sendiri kebaikan anak lelakinya.
Pastinya, sebagai seorang ibu, melihat anak membesar dengan sifat prihatin dan ringan tulang dalam membantu orang lain merupakan antara perkara yang cukup membahagiakan.
Tak Sangka Ramai Titip Doa Buat Anak
Apa yang lebih menarik, perkongsian yang pada awalnya sekadar luahan rasa terharu seorang ibu itu mendapat sambutan luar jangka daripada warganet.
Malah, wanita berkenaan mengakui terkejut apabila mendapati telefon bimbitnya dipenuhi notifikasi pada keesokan paginya.
Siapa sangka, perkongsian mengenai anaknya yang bantu pakcik potong kuku itu mendapat perhatian ramai sehingga begitu banyak doa yang baik-baik dititipkan buat Faith.
Ads
“Ya Allah, terkejut maminya pagi ni tengok fon banyak notifications. Saya share sebab terharu saja, tak sangka ramai yang doakan anak lelaki saya.
“Semoga jadi asbab kebaikan dan Allah perkenankan doa yang baik-baik dari kalian untuk Muhammad Faith Zaarif,” kongsinya.
Dalam hantaran susulan itu, dia turut mendoakan agar segala doa baik yang dititipkan buat anak lelakinya dikembalikan kepada warganet serta anak-anak mereka.
“Semoga doa-doa itu berbalik pada kalian dan anak-anak kalian juga. Amin Allahumma amin.”
Semoga sikap baik yang ditunjukkan Faith ini menjadi inspirasi buat anak-anak lain untuk terus menyemai sifat prihatin terhadap insan di sekeliling mereka.
Setakat ini, perkongsian mengenai Faith yang bantu pakcik potong kuku tersebut telah meraih sejuta tontonan di Threads dengan rata-rata warganet turut menitipkan doa yang baik-baik buatnya.
Semoga Faith terus membesar menjadi insan yang baik hati, membanggakan kedua-dua ibu bapanya dan sentiasa dipermudahkan segala urusan.
Sumber: Threads @cikjah_pekjah
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pantang dapat notification sales di telefon pintar. Laju je klik dan shopping!
Rata-rata dalam perintah kawalan pergerakan ini kita akan membeli belah secara online dan tanpa sedar berbeg-beg parcel sampai je depan rumah.
Ini kerana kuasa membeli generasi baru kini lebih terarah kepada pembelian secara talian atau online shopping. Malah, sebelum ini juga kerajaan telah memperkenalkan bantuan kredit RM150 dalam Program eBelia khas untuk golongan belia dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia.
Bagi merancakkan kembali ekonomi negara yang tidak ketinggalan terjejas susulan pandemik COVID-19 yang melanda dunia. Bahkan masa kini, bukan sahaja pelbagai jenis barangan yang ditawarkan dalam talian malah segala macam servis juga boleh dibeli dan dipesan menerusi telefon pintar sahaja.
Tapi awas ye!
Ahli psikoterapi telah membuktikan bahawa ketagih membeli-belah dalam talian merupakan satu masalah kesihatan mental. Menurut Dr. Müller yang merupakan seorang pakar psikoterapi di Hannover Medical School dari German ini berkongsi tentang kajian yang dilakukan oleh dirinya dan juga rakan sekerja.
Berdasarkan kajian bersama 122 orang pesakit yang mendapatkan bantuan tentang masalah yang mereka hadapi iaitu ketagihan membeli-belah dalam talian yang teruk.
Kadar tekanan dan anxiety yang tinggi
Semasa kajian dijalankan, para saintis mendapati pesakit yang berlawan dengan rasa ketagih yang teruk selalunya mempunyai kadar tekanan dan anxiety yang tinggi. Para pengkaji percaya rasa ketagih untuk membeli barangan dalam talian menjadikan individu tersebut berubah kepada shopaholic.
Individu shopaholic ini pula sanggup menghabiskan masa berjam-jam menghadap telefon atau komputer mereka semata-mata ingin mencari barang yang di minati tanpa rasa perlu bergaul dengan masyarakat serta tanpa perlu keluar dari rumah mereka sendiri.
Punca Ketagih Membeli-Belah Dalam Talian
Pakar mendapati individu yang ketagih membeli-belah secara dalam talian ini gemar mendapatkan tawaran promosi di dalam talian ini kerana promosi di dalam talian tidak sama seperti di stor fizikal. Dengan membeli di dalam talian, mereka akan mendapati barang yang berkualiti dengan harga yang jauh lagi murah berbanding membeli di kedai fizikal.
Kalau korang nak tahu, gejala-gejala yang dialami oleh individu seperti ini memerlukan perhatian kesihatan yang serius oleh pakar. Ini kerana kesan ke atas kesihatan mental kepada diri individu tersebut akan membawa kepada rasa tekanan yang ekstrem serta pelbagai masalah psikologi yang lain.
Perlu Dapatkan Rawatan
Paling bahaya, penyakit ini mampu membuatkan kehidupan menjadi sukar dan serabut seperti masalah dalam perhubungan, hutang-piutang dan keadaan rumah yang semak dengan pelbagai barangan yang di beli.
Kini tiba masa masalah BSD dikenali sebagai salah satu masalah mental yang serius agar dapat membantu pesakit-pesakit agar tidak menjadi lebih kronik.
Ish takut pulak sebab penulis pun pantang nampak sales online juga…hiks!
Dr Amalina Che Bakri hari ini telah mengumumkan yang dia telah melahirkan anak sulungnya minggu lalu. Wanita berusia 35 tahun itu berkongsi perkara itu di dalam Instagramnya hari ini.
Dalam foto yang dimuat naik itu, Dr Amalina kelihatan mendukung anak sulungnya sambil mengadap bangunan Palace of Wesminster dalam suasana matahari yang sedang memancar cantik.
“Kami dengan sukacitanya memperkenalkan puteri sulung kami, Arabella Mia. Dia dilahirkan minggu lalu di Hospital St. Thomas.
“Kami memujanya dan menghargai setiap saat dengan kegembiraan kecil kami ini. Kami teruja untuk melihat apa yang akan datang, Alhamdulillah. Lots of love,” tulis Dr Amalina mewakili dirinya dan suami.
Setakat ini hantaran tersebut telah menerima lebih 86 ribu tanda suka. Antara personaliti popular yang mengucapkan tahniah kepada mereka seperti Vivy Yusof, Mira Filzah dan Nicole Ann David.
Dr Amalina berkahwin dengan Alexander Charles dan mereka diijabkabulkan pada 31 Mac 2021 di sebuah masjid di London.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Amerika Syarikat (AS) merupakan antara negara terbesar dunia dan sudah tentu banyak tempat menarik yang boleh dilawati oleh para pelancong. Namun, agak jarang untuk kita melihat perkongsian tentang percutian di negara AS ini kan?
Amerika Syarikat terkenal sebagai bandar bertaraf dunia, dimana kecanggihan teknologi dan kepesatan pelbagai sektor industri dipelopori oleh negara itu. Maka, tidak hairanlah sekiranya korang bakal jatuh cinta setelah menjejakkan kaki di bumi AS.
Bagi yang ingin melancong ke sana, berikut kami senaraikan antara lima tempat menarik yang boleh dikunjungi, hasil perkongsian daripada rakyat Malaysia yang menetap di AS dikenali sebagai Saif Suhairi.
Yosemite mendapat status taman negara pada tahun 1890 dan terletak di bahagian California. Keunikan di taman negara ini adalah bentuk muka buminya yang cantik dipenuhi hutan, air terjun dan gunung berbatu yang indah. Pasti cantik jika korang mahu merakamkan foto kenangan di sini.
Antara lokasi popular di AS dan kami pasti ramai yang sudah tahu tentang kewujudan dan keindahan gua batu semula jadi ini. Pemandangan indah dengan liku sungai Colorado dan berada di utara Arizona menjadikan taman nasional ini sering mendapat perhatian pelancong.
Kira-kira dua jam dari San Francisco, Yellowstone merupakan taman negara yang mempunyai keunikan air mata pelangi. Korang pasti terpukau dengan keindahan ciptaan Tuhan yang menakjubkan ini.
Waktu paling cantik adalah paling musim luruh, sehinggakan boleh dikatakan pada setiap minggu pasti akan ke lokasi ini. Lihat sahaja gambar yang telah dikongsikan oleh Saif ini, cantik bukan? Rugi kalau tak singgah ke sini sekiranya korang berada di AS.
Kalau korang nak lihat glaciers, beruang kutub utara, bison dan haiwan lain yang tidak ada di tempat biasa, disinilah tempat untuk melihat kesemuanya. Memang menakjubkan!
Jika ada rezeki dan peluang untuk ke Amerika Syarikat, mungkin korang boleh pertimbangkan lokasi-lokasi ini dalam senarai percutian. Selamat bercuti!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Graduan autisme USM, Ong Zhi Lin raih PNGK 3.82 dan Anugerah Pingat Emas, membuktikan setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk mencapai kejayaan.