Setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk mencapai kejayaan. Bagi graduan autisme Universiti Sains Malaysia (USM), Ong Zhi Lin, berada dalam spektrum autisme bukanlah penghalang untuk dirinya mencipta kecemerlangan dalam bidang akademik.

Pada usia 24 tahun, Zhi Lin berjaya menamatkan pengajian dalam program Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.82.

Lebih membanggakan, anak muda ini turut menerima Anugerah Pingat Emas USM bagi kategori Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) pada majlis konvokesyen universiti berkenaan.

Pencapaian graduan autisme ini membuktikan bahawa setiap individu mempunyai potensi tersendiri untuk mencipta kejayaan dalam bidang yang diceburi.

Utamakan Pemahaman, Bukan Sekadar Menghafal

Graduan Autisme Raih PNGK 3.82, Ong Zhi Lin Buktikan Kejayaan Hadir Dalam Pelbagai Cara

Menariknya, Zhi Lin yang mengikuti pendidikan di sekolah aliran perdana sejak kecil mempunyai pendekatan pembelajaran tersendiri dalam menghadapi cabaran akademik.

Berbanding menghafal semata-mata, dia lebih gemar memahami bagaimana ilmu yang dipelajari dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Pendekatan tersebut membantunya mengikuti sesi kuliah yang panjang serta menghadapi sesi ulang kaji sehingga lewat malam.

Ads

“Kita belajar untuk mengaplikasikan ilmu dalam kehidupan dan pekerjaan, bukan sekadar menghafalnya,” katanya.

Anak kedua daripada tiga beradik kepada pasangan penoreh getah, Ong Kim Huat, 63, dan suri rumah, Gan Yee Wai, 53, itu turut mengamalkan rutin belajar antara dua hingga tiga jam setiap hari secara konsisten.

Perkongsian graduan autisme ini turut memberikan gambaran bahawa setiap pelajar mempunyai kaedah pembelajaran yang sesuai dengan diri masing-masing.

Ada yang lebih mudah memahami sesuatu melalui pembacaan, manakala ada juga yang memerlukan pendekatan praktikal untuk menguasai ilmu yang dipelajari.

Apa yang penting adalah mengenal pasti kaedah pembelajaran yang bersesuaian serta mengamalkannya secara konsisten sepanjang tempoh pengajian.

Graduan Autisme Raih PNGK 3.82, Ong Zhi Lin Buktikan Kejayaan Hadir Dalam Pelbagai Cara

Aktif Dalam Aktiviti Kampus

Bukan sahaja cemerlang dalam akademik, Zhi Lin juga aktif melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti kelab sepanjang pengajiannya di universiti.

Ads

Menurutnya, rakan-rakan sekuliah hanya mengetahui bahawa dirinya berada dalam spektrum autisme ketika musim peperiksaan, meskipun mereka telah berinteraksi dan menjalani kehidupan sebagai mahasiswa bersama-sama sepanjang tempoh pengajian.

Selain menimba ilmu di dalam bilik kuliah, pengalaman menyertai aktiviti kemahasiswaan turut memberikan peluang kepada pelajar untuk membina kemahiran komunikasi, mengenali rakan baharu dan mengembangkan potensi diri.

Sudah Bergelar Penganalisis, Berhasrat Sambung Pengajian

Graduan Autisme Raih PNGK 3.82, Ong Zhi Lin Buktikan Kejayaan Hadir Dalam Pelbagai Cara

Kejayaan menggenggam segulung ijazah bukanlah titik noktah buat Zhi Lin.

Ads

Kini, dia sudah melangkah ke alam pekerjaan sebagai penganalisis di EasyParcel sejak Ogos lalu dan berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana selepas memperoleh pengalaman profesional.

Pengalaman di alam pekerjaan juga merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran yang membolehkan seseorang individu mengaplikasikan pengetahuan serta mengembangkan kemahiran dalam bidang yang diceburi.

Setiap individu berhak diberikan ruang dan peluang untuk mengembangkan potensi diri, tanpa dibatasi oleh stereotaip masyarakat.

Tahniah, Zhi Lin! Semoga terus mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Sumber : Guang Ming Daily, Facebook Universiti Sains Malaysia

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik. 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads