Banjir Hatyai memaksa ramai pelancong Malaysia menangguhkan percutian mereka selepas bandar popular itu dilanda banjir besar luar biasa baru-baru ini. Walaupun ramai sudah merancang trip hujung tahun atau cuti sekolah, keadaan sebenar di Hatyai masih belum stabil dan berada dalam fasa pemulihan menyeluruh.
Hatyai yang biasanya meriah dengan kedai makan, pasar dan pusat beli-belah kini berdepan kerosakan besar, infrastruktur lumpuh serta operasi perniagaan terganggu. Menjadikan kunjungan pelancong tidak sesuai buat masa ini.
Pemandangan udara guna dron menunjukkan kereta yang diletak di jambatan bagi mengelak ditenggelami air di daerah Hatyai. – Foto REUTERS
Pemulihan Dijangka Hingga Akhir Januari Tahun Depan
Presiden Persatuan Pelancongan dan Perdagangan Halal Thailand-ASEAN, Aida Oujeh, menjangkakan sektor pelancongan Hatyai hanya akan pulih sepenuhnya menjelang akhir Januari tahun depan. Menurutnya, banjir Hatyai menyebabkan penyusutan pelancong yang ketara kerana banyak kemudahan asas termasuk hotel, pusat beli-belah dan restoran terpaksa ditutup untuk kerja pembaikan.
Kerosakan besar ini turut memberi kesan kepada ekonomi tempatan. Industri pelancongan Hatyai dijangka mengalami kerugian antara 30 hingga 40 juta Thai Baht (RM3.9–RM5.2 juta) hanya untuk bulan ini.
Hatyai, Thailand antara tempat tumpuan pelancong dari Malaysia
Kerosakan Besar, Paras Air Cecah 15 Meter Di Sesetengah Kawasan
Antara punca kelewatan pemulihan adalah tahap kemusnahan yang berlaku. Paras air banjir Hatyai di beberapa lokasi dilaporkan mencecah sehingga 15 meter, merosakkan hotel, kediaman dan kawasan tumpuan pelancong Malaysia seperti pasar dan pusat beli-belah.
Ads
Buat masa ini:
Banyak lokasi masih dipenuhi sisa banjir membentuk timbunan besar seperti ‘bukit runtuhan’.
Kerajaan Thailand sedang melakukan operasi pembersihan berskala besar.
Beberapa kawasan masih belum selamat dikunjungi kerana risiko struktur dan keselamatan.
Kerajaan Turut Fokus Kawalan Kesihatan Awam
Selain kerja pembersihan, langkah pencegahan penyakit selepas banjir turut dipertingkat. Sanitasi persekitaran, pemantauan komuniti dan penyemburan anti-kuman dilakukan bagi memastikan tiada penularan wabak.
Anggaran awal menunjukkan kerosakan keseluruhan mencecah 100 juta Thai Baht (RM12.9 juta), melibatkan fasiliti pelancongan dan harta benda.
Ads
Banjir 10 Tahun Sekali, Tapi Kali Ini Lebih Dahsyat
Menurut Aida, banjir besar di Hatyai lazimnya berlaku setiap 10 tahun, namun impak kali ini jauh lebih besar daripada jangkaan. Beliau bagaimanapun melihat sisi positif — proses pemulihan membantu bandar itu dibersihkan daripada pelbagai sisa lama dan memberi ruang kepada pembaikan berskala besar.
Ads
Aida berharap industri pelancongan Thailand dan Malaysia dapat bangkit semula dengan lebih kukuh. Pemain industri disaran memanfaatkan tempoh ini untuk memperbaiki sistem operasi demi keselamatan dan keselesaan pelancong.
Walaupun Hatyai tetap menjadi destinasi kegemaran rakyat Malaysia, realitinya bandar itu masih berada dalam fasa pemulihan. Demi keselamatan dan pengalaman pelancongan yang lebih baik, sebaiknya tangguhkan dahulu perjalanan sehingga keadaan pulih sepenuhnya tahun depan.
Pemain gitar utama kumpulan Spider, Napie menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.54 pagi tadi di Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Berita duka pemergian Napie atau nama sebenarnya Hanafi Hamdan disahkan oleh isteri beliau, Norasidah Said kepada Astro Awani.
Allahyarham Napie yang juga jurutera bunyi di Studio Luncai Emas milik seniman Datuk M.Nasir meninggal dunia pada usia 51 tahun akibat strok.
“Sekitar jam 12 tengah malam tadi, suami saya dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh dan pada jam 3.54 pagi beliau menghembuskan nafas terakhir,” kata Norasidah.
Selain Norasidah, Allahyarham Napie juga meninggalkan tiga cahaya mata.
Menurut Norasidah, jenazah suaminya dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Country Homes, Rawang selepas solat Jumaat.
Difahamkan, jenazah Allahyarham Napie juga akan dibawa ke Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes, Rawang bagi pengurusan kafan dan solat sekitar jam 9 pagi.
Kepada mana-mana kenalan Napie yang ingin memberi penghormatan akhir buat Allahyarham, boleh terus ke Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes, Rawang.
Takziah kami ucapkan kepada seluruh keluarga. Al-Fatihah
Sumber: Astro Awani
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Susulan kes kematian empat individu yang berkait dengan penyalahgunaan dadah ketika menghadiri Konsert Pinkfish sempena sambutan ambang tahun baru di Bandar Sunway, Subang Jaya; Kerajaan Negeri Selangor ingin menyemak semula garis panduan pelaksanaan konsert di negeri itu.
Ini termasuklah mengesyorkan ujian air kencing sebagai salah satu prosedur operasi standard (SOP) kepada pengunjung konsert di Selangor.
Ketika ditemui awal minggu ini, Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri iaitu Datuk Ng Suee Lim berkata pengesyoran itu adalah antara perkara yang akan dibincangkan pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), esok.
Selain itu, antara penambahbaikan pada SOP penganjuran konsert di Selangor termasuklah menyediakan kelengkapan mesin pengimbas badan untuk mengesan sebarang bahan terlarang yang cuba dibawa masuk ke tapak acara oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Acara konsert ambang tahun baru ‘Pinkfish’ yang berlangsung di Bandar Sunway pada 31 Disember lepas.
Kebenaran Permit Konsert Ditangguh
Tambah Ng lagi, pihaknya memandang serius kes kematian tersebut. Ini kerana ia sedikit sebanyak menganggu perancangan kempen Tahun Melawat Selangor 2025 yang melibatkan beberapa penganjuran konsert.
Kesemua kebenaran permit kepada penganjur acara konsert di Selangor terpaksa ditangguhkan untuk sementara sehingga siasatan kes selesai.
Malah, beliau berkongsi mengenai satu konsert yang terpaksa dipindahkan lokasi dari Bandar Sunway ke Kuala Lumpur pada minggu hadapan disebabkan kes ini.
Sebelum ini, media melaporkan kematian empat individu berusia lingkungan 20 hingga 40-an termasuk dua wanita selepas menghadiri konsert ambang tahun baru ‘Pinkfish’.
Laporan polis berkaitan kematian mangsa dibuat oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu buli yang mengaitkan pelajar sekolah menengah dengan kes Allahyarham Zara Qairina terus menjadi perhatian masyarakat. Terbaharu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tampil menarik semula kenyataan yang dibuatnya di Dewan Negara selepas tersilap menyebut nama bapa kepada salah seorang remaja yang dikaitkan dengan kes tersebut.
Menurut laporan Suara Merdeka, Saifuddin mengakui kekhilafannya ketika menjawab soalan lisan pada 18 Ogos lalu dan mengesahkan perkara itu ketika membentangkan laporan penuh perubatan kes Zara di Dewan Negara.
“Saya akui khilaf apabila menyebut nama terbabit. Saya tarik balik kenyataan itu,” ujar beliau.
Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa doktor yang merawat pelajar Tingkatan Satu berkenaan telah menyediakan laporan perubatan lengkap mengenai keadaan mangsa selepas kematian. Malah, beliau menegaskan sekali lagi bahawa tiada individu VVIP terlibat dalam usaha menutup siasatan kes Zara Qairina di Sabah.
Apa Yang Remaja Perlu Ambil Serius?
Kes ini bukan sekadar soal salah sebut nama atau isu politik. Bagi remaja, ia mengingatkan kita tentang betapa seriusnya kesan perbuatan buli terhadap seseorang. Kehilangan Zara Qairina adalah satu tragedi yang membuka mata semua pihak tentang bahaya buli dalam kalangan pelajar.
Buli bukan gurauan. Ia boleh memberi kesan emosi yang mendalam dan dalam kes tertentu, meragut nyawa.
Jaga nama baik diri dan keluarga. Apa sahaja tindakan kita sebagai remaja akan membawa nama keluarga. Sedikit kesilapan boleh memberi kesan besar.
Berhati-hati dengan maklumat. Jangan mudah menyebarkan nama atau tuduhan tanpa sahih kerana ia boleh melukakan orang lain yang tidak bersalah.
Jadikan kisah Zara Qairina sebagai peringatan setiap tindakan, sama ada kata-kata atau perbuatan, membawa kesan yang mungkin kita sendiri tak sangka.
Kisah lucu seorang ibu apabila anaknya mahu membuat minuman selepas terpengaruh dengan komik Lawak Kampus. Siapa sangka komik itu juga mencetuskan minatnya terhadap matematik.