Siapa sangka kasut lusuh sebenarnya mempunyai nilai. Jenama mewah Balenciaga telah memperkenalkan kasut edisi terhad dengan harga AS$1,850 (RM8,136.30) sepasang. Apa yang lebih mengejutkan, kasut itu seperti kasut yang lusuh dan kotor.
Koleksi rare itu mempunyai dua gaya berbeza iaitu high cut dan mule. Mule adalah gaya kasut yang tidak mempunyai bahagian belakang atau kekangan di sekeliling tumit kaki.
Menurut jenama mewah itu, hanya 100 pasang kasut ‘extra destroyed’ itu akan dijual, manakala untuk versi yang kurang kasar dijual di laman web Balenciaga pada harga AS$495 (RM 2171.30) dan AS$625 (RM 2741.60) bergantung pada gaya tertentu.
Dalam satu kenyataan akhbar, jenama yang berpangkalan di Paris itu berkata gambar kempen yang menunjukkan kasut itu adalah “extremely worn, marked up, and dirtied.” Ia membawa maksud Paris Sneakers untuk dipakai seumur hidup, satu titik yang dirasakan sangat relevan untuk industri fesyen.
Hadir dengan pilihan warna merah, putih dan hitam, kasut itu mempunyai semua kesan lusuh yang boleh ditemui pada sepasang kasut buruk yang sepatutnya dibuang dengan logo Balenciaga di hujung tapak.
Hal ini sudah tentu mendapat reaksi ramai yang turut memberi pandangan berbeza.
If you bought the $1,850 Balenciaga sneaker that looks like it was run over by a lawnmower please seek help but also please reach out to me because I would like to understand where your mind was at in that moment.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mengikut sejarah, teh hijau telah mula digunakan sejak ratusan tahun yang lalu ketika pemerintahan Maharaja Shennong di China.
Photo by Anna Pou from Pexels
Baru-baru ini, seorang jurumekap artis yang terkenal dengan jutaaan subscribers di Youtube berkongsi rahsia kulit flawless miliknya. Berasal dari Korea Selatan, Pony atau nama sebenarnya ialah Hye-Min Park berkongsi khasiat disebalik teh hijau.
Foto Via Soulspace
Pony arif dengan dunia kecantikan Korea sehingga membawa namanya serata dunia. Pony bukan sekadar Youtuber semata-mata, dia juga seorang beauty guru, trendsetter, jurusolek artis dan telah muncul dengan koleksi mekap sendiri.
Nak tahu cara Pony mendapatkan kulit flawless? Menurut Pony, dia membilas muka dengan air teh hijau selepas melakukan rutin cuci muka.
Melalui video ini, Pony dilihat mencampurkan serbuk teh hijau ke dalam takungan air atau besen air, kemudian cuci dan bilas mukanya dengan air teh hijau tersebut.
Menurut Pony, teh hijau adalah salah satu bahan semulajadi terbaik untuk merawat muka. Ia baik untuk kesihatan dan kulit anda khususnya kerana ia penuh dengan sifat antioksidan yang melindungi kita daripada merosakkan sel kulit.
Malah, penggunaan teh hijau kini semakin popular diamalkan dalam pelbagai bentuk. Ada yang datang dalam bentuk minuman, makanan, losyen, ubat gigi dan juga produk-produk kecantikan yang lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang lagi wakil Malaysia kini sedang cuba mengharumkan nama negara di pentas ratu cantik antarabangsa.
Andreana Celly, 20 yang berasal dari Lundu, Sarawak sedang mewakili Malaysia di pertandingan Miss Supranational 2024 dan ternyata, kehadirannya di Poland berjaya mencuri perhatian peminat ratu cantik dek personaliti dan stail fesyen Andreanna yang sering tampil on-point.
Andreana ketika dimahkotakan sebagai wakil pertama dari Sarawak yang memenangi gelaran Miss Supranational Malaysia pada 21 Mei lalu. Turut kelihatan ialah wakil negara pada tahun lalu, Deidre Walker.Andreanna ketika tiba di lapangan terbang antarabangsa di Poland.
Antara stail yang digemari REMAJA termasuklah gaya athleisure glamor apabila Andreana memadankan persalinan mesra sukan dengan jaket berbulu, gaun two-piece serba keemasan sewaktu acara kalungan kain sash dan helaian jaket telus pandang punting yang dipadankannya dengan gaun putih pendek dengan perincian fabrik lace.
Tidak lama lagi, satu lagi gaya yang dibawakan Andreana di Poland bakal menjadi bualan komuniti ratu cantik di sana.
Menerusi segmen kostum nasional, Andreana dan organisasi Miss Supranational Malaysia telah memperkenalkan kostum ‘Kumang’ yang diinspirasikan daripada seni kebudayaan dan kepercayaan masyarakat Iban di Sarawak.
Menurut kenyataan yang diberikan oleh pihak organisasi, Kumang adalah merupakan figura dewi ibu yang dihormati oleh masyarakat iban dan sering diraikan sewaktu pertandingan ratu cantik di Sarawak kerana kecantikannya yang tiada tandingan serta kemahiran menenun yang luar biasa.
Kostum Kumang ini turut mempamerkan warna-warna serasi dengan kebudayaan masyarakat Iban. Merah misalnya melambangkan darah, kehidupan dan tenaga.
Kuning pula mewakili matahari, cahaya dan kehangatan dan dikaitkan dengan Sengalang Burong; dewa peperangan dan penyembuhan. Warna emas pada kostum ini pula melambang kemakmuran dan nasib baik manakala putih mewakili elemen kesucian serta kebersihan.
Bagi yang tertanya-tanya makna disebalik gong pada kedua-dua belah lengannya, ia merupakan simbol irama kegembiraan, perayaan dan sering dekat di hati masyarakat Iban tanpa mengira peringkat kehidupan mereka. Sebagai info, gong selalu dimainkan semasa acara kemasyarakatan yang penting dalam komuniti Iban di Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perasaan ibu mana yang tidak tersentuh apabila melihat anak perempuannya membawa nama keluarga dan harapan peminat tempatan serta antarabangsa di pentas pertandingan.
Buat Veena Kaur yang merupakan ibu kepada Ajunee Kaur, peserta pertandingan ratu cantik Miss Universe 2022 yang baru sahaja melabuhkan tirainya 7 Oktober lalu; perasaan kagum berbekas dalam hatinya setelah melihat gadis berusia 20 tahun itu melakukan sehabis baik pada malam gala tersebut.
Ajunee yang merupakan peserta harapan peminat dunia ratu cantik untuk membawa pulang gelaran tersebut terpaksa akur dengan kedudukan naib juara daripada 13 finalis yang bertanding sekaligus memadamkan impian khalayak untuk menyaksikannya mewakili Malaysia di New Orleans, Amerika Syarikat untuk pertandingan Miss Universe.
Ajunee (kiri) bersama juara Miss Universe Malaysia 2022, Lesley Cheam dan pemenang tempat ketiga, Tee Wan Ying.
Bercakap kepada Veena selepas sidang media pada malam tersebut, beliau meluahkan rasa bangganya terhadap kerja keras serta persembahan keseluruhan Ajunee sejak hari pertama dia melangkah kaki di sesi uji bakat Miss Universe Malaysia 2022.
Menariknya, Veena pada peringkat tidak begitu ‘berkenan’ dengan keinginan anak gadisnya itu untuk menyertai sebuah pertandingan ratu cantik tatkala sibuk bergelar siswazah tathun kedua dalam jurusan perundangan di United Kingdom.
“Dia seorang ‘individual’. Keputusan menyertai pertandingan ini adalah di atas keinginannya sendiri. Pada awalnya, saya juga khuatir sekiranya dia akan melupakan pengajian selepas sibuk bertanding. Namun kakaknya memberitahu saya untuk meletakkan kepercayaan kepada Ajunee dalam menyeimbangi pelajaran dengan dunia ratu cantik.
“Ajunee telahpun berehat daripada pengajiannya selama setahun. Dia sepatutnya pulang ke United Kingdom pada bulan lalu namun perlu mengenepikannya dahulu demi fokus sepenuhnya pada pertandingan.
“Saya rasakan Ajunee telah memberi bermacam-macam usaha demi pertandingan ini dan tentunya, kami sekeluarga amat bangga dengannya,” kata yang juga bertugas sebagai seorang anak kapal di sebuah syarikat penerbangan terkenal di Hong Kong.
Pengajian Ajunee Kaur di UK kini berbaki 10 ke 11 bulan lagi sebelum dia memperolehi ijazah sarjana muda dalam bidang perundangan. FOTO : Instagram @ajuneekaur
Ingin Bertanding Sekali Lagi?
Berdasarkan kata-kata semangat yang membanjiri ruang komen akaun media sosial Ajunee Kaur, ramai jelas ingin menyaksikan Ajunee kembali bersaing dalam dunia ratu cantik memandangkan kaliber yang dimiliki serta usia muda yang melayakkannya.
Begitupun, Veena merasakan anaknya kini mempunyai matlamat berbeza selepas ini dalam kehidupannya.
“Saya benar-benar bangga dengannya, mungkin takdir sedang merancang sesuatu yang lain buatnya. Namun saya difahamkan ini (Miss Universe Malaysia) merupakan satu-satunya pertandingan ratu cantik yang ingin disertainya. Selepas ini, saya percaya dia hanya ingin fokus pada pelajarannya,” dedahnya.
Penulis kemudian bertanyakan sekiranya Ajunee mempunyai perancangan untuk merebut semula peluang bergelar wakil Malaysia. Begitupun, ini adalah jawapan Veena.
“Saya rasakan tidak. Saya agak pasti yang dia tidak akan (menyertai dunia ratu cantik lagi). Saya kenal anak perempuan saya, ini mungkin yang pertama dan yang terakhir,” sebelum menyambung dalam nada sedikit sebak :
“Agak sukar untuk saya gambarkan. Benar, dia telah menjadi ‘mega favourite’ dalam kalangan peminat tempatan dan antarabangsa. Saya lihat ada dari Indonesia, Filipina.. dan saya rasakan ramai yang turut kecewa (setelah keputusan diumumkan).”
“Sejak hari uji bakat, terpilih ke peringkat Top 24 dan seterusnya diumumkan sebagai finalis Top 15, dia sudah mula berusaha memperbaiki dirinya.” – Veena Kaur. FOTO : Instagram @ajuneekaur
“Saya nampak banyak yang telah Ajunee pelajari dan pada masa yang sama, telah berkorban masa rehat dan bersama rakan-rakannya. Kami amat berbangga dengannya,” tinta Veena.
Kata-Kata Ajunee Kaur
Dalam pada itu, Ajunee sewaktu sidang media Miss Universe Malaysia 2022 tidak melepaskan peluang mengucapkan penghargaannya di atas kasih sayang dan sokongan yang telah diberikan peminatnya sepanjang perjalanan ini.
“Semasa saya berada di atas pentas, teriakan anda.. saya rasakan seperti seorang ratu sebenar. Selagi saya telah membanggakan anda semua di Miss Universe Malaysia, itu saja yang penting untuk saya.
“Saya sentiasa mempercayai budaya positif, saya percaya ‘universe’ mempunyai perancangan yang lebih baik untuk saya. Kita lihat ke mana takdir akan membawa saya selepas ini,” komennya secara ringkas.
Adakah korang rasakan Ajunee Kaur wajar kembali menyertai pertandingan ratu cantik yang dianjurkan di Malaysia selepas ini?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!