Berita baik buat peminat Bigbang dan juga penyanyi terkenal, Taeyang baru-baru ini mengumumkan akan mengadakan konsert jelajah Taeyang 2024 ‘The Light Year’ di Kuala Lumpur pada 7 Disember ini.
Hal itu diumumkan sendiri oleh pelantun lagu Wake Me Up dan Darling itu menerusi media sosial pada 4 September.
Konsert yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur itu bakal diadakan di Axiata Arena pada jam 5 petang.
Ads
TAEYANG 2024 TOUR [THE LIGHT YEAR] IN KUALA LUMPUR
◼︎ 공연 일시 (Date/Time)
2024.12.07.Sat 5PM (Local Time) @ Axiata Arena
Bagi penjualan tiket pula, peminat boleh mula membeli secara talian pada 11 pagi, 7 Oktober akan datang. Walau bagaimanapun, info lanjut mengenai harga tiket konsert tersebut masih belum rasmi dikeluarkan.
Sekadar info, Taeyang atau nama sebenar Dong Young-bae (36) merupakan ahli kumpulan K-Pop terkenal, Bigbang yang terdiri daripada lima orang anggota.
Ads
Ads
Taeyang sebelum ini pernah bernaung di bawah YG Entertainment dan terbaru dia berada di bawah pengurusan The Black Label pada tahun 2022. Antara lagu popular yang dihasilkan penyanyi itu semasa bersama The Black Label adalah ‘Shoong!’ (feat. LISA of BLACKPINK)’ dan ‘VIBE (feat. Jimin of BTS)’.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Desas-desus mengenai aktor terkenal Fattah Amin dan penyanyi bersuara lunak, Amira Othman yang dikatakan bakal mendirikan rumah tangga terus menjadi bualan hangat netizen.
Terbaharu, pengurus kepada Fattah Amin iaitu Aca tampil bersuara selepas ditanya peminat ketika bersiaran langsung di TikTok.
Menerusi satu soalan yang dilontarkan, seorang pengguna bertanya mengenai laporan media yang tersebar sebelum ini.
“Aca betul ke artikel pagi tadi kata Fatmira dah nak kahwin?” soal netizen berkenaan.
Tanpa mengiya atau menafikan, Aca sekadar memberi respon ringkas namun penuh makna.
“Doalah yang baik-baik,” jawab Aca sambil tersenyum.
Jawapan tersebut sekali gus mengundang reaksi pelbagai dalam kalangan peminat. Malah, ramai yang mula membuat spekulasi sendiri seolah-olah memberi bayangan bahawa berita itu ada benarnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja serta mendoakan yang terbaik buat pasangan ini.
“Alhamdulillah, kalau dah Aca cakap macam itu faham-faham lah yaa. Tak sabar yaaa,” tulis seorang pengguna.
“Tak sabar. Lelaki baik untuk wanita yang baik… Allah bagi pada waktu yang tepat,” komen seorang lagi.
“Kalau betul mereka berjodoh, minta-minta ini jodoh yang terakhir untuk mereka berdua. Semoga kekal hingga akhir hayat. #doayangbaik2,” tulis netizen lain.
“Betul lah apa Aca cakap tu, doa saja baik-baik,” ujar seorang lagi.
Untuk rekod, sebelum ini sebuah portal hiburan telah melaporkan bahawa Fattah dan Amira dipercayai sedang menghitung hari bahagia mereka.
Namun begitu, sehingga kini, masih tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kedua-dua selebriti berkenaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kolaborasi Kaka Azraff, Loca B dan Noki Kclique nampaknya mendatangkan hasil apabila lagu nyanyian mereka berjaya menambat hati juri pada malam Anugerah Juara Lagu ke-35. Seakan tidak percaya, Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji meluahkan rasa syukur apabila lagu ciptaan bersama Ezra Kong, Loca B dan dirinya sendiri dinobatkan sebagai pemenang.
“Sejujurnya memang saya mengharapkan kejayaan lagu Gila ini di pentas akhir AJL 35. Sebelum ini ada banyak hint yang saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan, sepertinya lagu ini bakal mendapat pengiktirafan. Tetapi, saya tidaklah berharap untuk menjadi juara. Asalkan dapat tempat di dalam senarai pemenang, kami sudah cukup berpuas hati,”
“Ketika diumumkan Aina Abdul sebagai naib juara, waktu tu saya seperti dapat merasakan bahawa kami sudah tidak ada rezeki untuk mendapat tempat dalam AJL 35 itu. Tetapi, sebaik sahaja diumumkan lagu Gila sebagai juara, memang saya rasa terkejut dan kalau korang boleh nampak, saya terduduk di atas pentas. Muka dah ganas, buat lirik rap, tapi menangis bila diumumkan sebagai pemenang,” jawab Noki sambil ketawa.
Kemenangan ini sememangnya memberi satu makna besar buat Noki kerana sekali lagi, mereka telah membuktikan bahawa muzik rap mampu untuk memberikan persaingan dan diiktiraf di anugerah berprestij.
“Alhamdulillah, semakin muzik rap diterima ramai, semakin murah rezeki untuk artis-artis hip hop mencari rezeki di negara kita. Ini membuka lebih banyak peluang untuk penggiat seni hip hop mendapat tempat dalam industri muzik,”
“Kalau nak cerita tentang pembabitan saya dalam lagu ini pula, sebenarnya saat pertama kali diberikan demo untuk lagu Gila ini, saya terus bersetuju kerana merasakan ia adalah sesuatu yang unik. Lagu ini tidak common dan muziknya juga segar. Pendek kata, pendengar tidak akan pernah mendengar bait-bait lagu ini seperti lagu-lagu lain,”
“Lirik yang ditulis oleh saya ini juga berlaku secara on the spot sewaktu rakaman. Pada mulanya, lirik yang dibuat tanpa melodi, tapi bila waktu rakaman tu barulah semuanya dilengkapkan,” kongsi Noki.
Nama Kclique bukan hanya dikenali sebagai kumpulan rap, seperti yang kita sudah maklum, mereka juga menghasilkan lagu single tersendiri dan kolaborasi bersama penyanyi lain. Selain Noki, anggota Kclique yang lain turut aktif dalam projek solo mereka sendiri, termasuklah MK, Tuju, FareedPF dan SoMean.
Namun, kejayaan Noki di pentas akhir AJL 35 telah membuka mata ramai, sekali gus membuktikan bahawa usahanya selama ini tidak sia-sia.
“Sebenarnya kemenangan ini bukan untuk Noki, tapi ia adalah rezeki buat keluarga Kclique. Mereka sentiasa memberi sokongan dan tidak pernah menghalang jika salah seorang daripada kami ingin berkarya secara solo atau berkolaborasi bersama orang lain,”
“Setiap ahli Kclique yang mempunyai projek solo, pastinya kami semua memberikan sokongan dan kejayaan saya pada malam AJL 35 itu juga adalah kejayaan bersama Kclique,” jelasnya lagi.
Noki juga menjelaskan bahawa dia kini sibuk dengan persembahan pentas bersama Kclique, selain mereka juga sedang mempersiapkan album penuh.
“Buat masa ini saya memang memberikan keutamaan kepada Kclique kerana kami sedang dalam usaha menyiapkan album penuh. Namun, insyaAllah saya juga akan menghasilkan single terbaru yang akan dilancarkan dalam tahun ini,” tambahnya.
Sekali lagi Remaja ingin mengucapkan tahniah kepada Noki, Kaka Azraff, Loca B dan Ezra Kong kerana dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu 35.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan semua tawaran berlakon yang diberikan kepada selebriti diterima oleh mereka kerana mungkin skrip yang tidak sesuai atau ada percanggahan waktu penggambaran dengan jadual asal. Jadi, tidak timbul soal jika seseorang selebriti itu menolak untuk berlakon dalam sesebuah drama itu.
Tahukah korang sebenarnya ada beberapa orang selebriti Korea pernah hampir untuk menolak tawaran drama yang dibintangi oleh mereka?
Berikut kami senaraikan pelakon Korea yang hampir menolak untuk berlakon dalam k-drama popular.
Gong Yoo pada awalnya telah menolak untuk berlakon dalam drama Goblin kerana dia tidak yakin untuk membawa peranannya dalam drama tersebut. Gong Yoo akhirnya berubah fikiran setelah berbual dengan penulis, Kim Eun Sook. Perbualan mereka membantu Gong Yoo untuk merasa lebih selesa menerima peranan dalam Goblin.
Ketika IU mula-mula ditawarkan peranannya dalam drama My Mister, dia pada mulanya ingin menolak tawaran tersebut kerana kontroversi Lolita yang lalu. IU merasakan bahawa jika dia menerima peranan itu akan membawa beberapa masalah yang tidak diingini berkaitan dengan kostumnya. Namun, dia akhirnya menerima peranan itu setelah berbincang dengan pengarah.
Park Hae Joo pada awalnya ragu-ragu untuk menerima peranannya dalam The World of the Married kerana tidak yakin untuk membawa watak berat itu. Dia tidak pasti bahawa dia orang yang tepat untuk membawa peranan itu.
Park Hae Joo akhirnya berubah fikiran setelah berbincang dengan rakan baiknya dan pengarah filem Byun Yong Joo yang mengatakan kepadanya bahawa dia rugi jika tidak menerima tawaran ini.
Suzy pada awalnya menolak tawaran drama Dream High kerana dia tidak percaya terhadap kemampuan lakonannya. Pada ketika itu, Suzy lebih selesa menonjolkan dirinya sebagai penyanyi dan lakonan bukanlah pilihan utama. Namun, Suzy akhirnya menerima tawaran itu setelah mempertimbangkannya.
Ketika ditawarkan berlakon dalam drama ini, Jun Ji Hyun pada awalnya menolak kerana dia sudah bersiap sedia untuk masuk ke set penggambaran filem. Namun, beberapa masalah penjadualan dengan dengan filem itu membolehkannya untuk mengosongkan jadual dan menerima peranan dalam drama My Love From The Stars.
Im Soo Hyang hampir menolak tawaran dalam drama ini kerana dia tidak pastis ama ada boleh membawakan watak remaja berusia 20 tahun, iaitu 8 tahun lebih muda dari umurnya. Namun, dia tertarik dengan watak itu dan tidak akan melepaskan peluang untuk bekerjasama dalam menjayakan drama popular itu.
Ketika Jung Hae In ditawarkan peranan dalam Something in The Rain, hanya beberapa bulan setelah dia selesai menjalani penggambaran untuk Prison Playbook. Pada mulanya dia hampir menolak kerana kepenatan, namun setelah membaca skrip drama tersebut, dia terus menerima tawaran itu.
Ha, rupanya ini cerita disebalik k-drama popular yang korang tonton tu. Tak dapat bayangkan bagaimana agaknya rupa k-drama tersebut tanpa wajah mereka kan? Hiks!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...