Kolaborasi Kaka Azraff, Loca B dan Noki Kclique nampaknya mendatangkan hasil apabila lagu nyanyian mereka berjaya menambat hati juri pada malam Anugerah Juara Lagu ke-35. Seakan tidak percaya, Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji meluahkan rasa syukur apabila lagu ciptaan bersama Ezra Kong, Loca B dan dirinya sendiri dinobatkan sebagai pemenang.
“Sejujurnya memang saya mengharapkan kejayaan lagu Gila ini di pentas akhir AJL 35. Sebelum ini ada banyak hint yang saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan, sepertinya lagu ini bakal mendapat pengiktirafan. Tetapi, saya tidaklah berharap untuk menjadi juara. Asalkan dapat tempat di dalam senarai pemenang, kami sudah cukup berpuas hati,”
“Ketika diumumkan Aina Abdul sebagai naib juara, waktu tu saya seperti dapat merasakan bahawa kami sudah tidak ada rezeki untuk mendapat tempat dalam AJL 35 itu. Tetapi, sebaik sahaja diumumkan lagu Gila sebagai juara, memang saya rasa terkejut dan kalau korang boleh nampak, saya terduduk di atas pentas. Muka dah ganas, buat lirik rap, tapi menangis bila diumumkan sebagai pemenang,” jawab Noki sambil ketawa.
Kemenangan ini sememangnya memberi satu makna besar buat Noki kerana sekali lagi, mereka telah membuktikan bahawa muzik rap mampu untuk memberikan persaingan dan diiktiraf di anugerah berprestij.
“Alhamdulillah, semakin muzik rap diterima ramai, semakin murah rezeki untuk artis-artis hip hop mencari rezeki di negara kita. Ini membuka lebih banyak peluang untuk penggiat seni hip hop mendapat tempat dalam industri muzik,”
Ads
“Kalau nak cerita tentang pembabitan saya dalam lagu ini pula, sebenarnya saat pertama kali diberikan demo untuk lagu Gila ini, saya terus bersetuju kerana merasakan ia adalah sesuatu yang unik. Lagu ini tidak common dan muziknya juga segar. Pendek kata, pendengar tidak akan pernah mendengar bait-bait lagu ini seperti lagu-lagu lain,”
“Lirik yang ditulis oleh saya ini juga berlaku secara on the spot sewaktu rakaman. Pada mulanya, lirik yang dibuat tanpa melodi, tapi bila waktu rakaman tu barulah semuanya dilengkapkan,” kongsi Noki.
Nama Kclique bukan hanya dikenali sebagai kumpulan rap, seperti yang kita sudah maklum, mereka juga menghasilkan lagu single tersendiri dan kolaborasi bersama penyanyi lain. Selain Noki, anggota Kclique yang lain turut aktif dalam projek solo mereka sendiri, termasuklah MK, Tuju, FareedPF dan SoMean.
Ads
Namun, kejayaan Noki di pentas akhir AJL 35 telah membuka mata ramai, sekali gus membuktikan bahawa usahanya selama ini tidak sia-sia.
“Sebenarnya kemenangan ini bukan untuk Noki, tapi ia adalah rezeki buat keluarga Kclique. Mereka sentiasa memberi sokongan dan tidak pernah menghalang jika salah seorang daripada kami ingin berkarya secara solo atau berkolaborasi bersama orang lain,”
“Setiap ahli Kclique yang mempunyai projek solo, pastinya kami semua memberikan sokongan dan kejayaan saya pada malam AJL 35 itu juga adalah kejayaan bersama Kclique,” jelasnya lagi.
“Buat masa ini saya memang memberikan keutamaan kepada Kclique kerana kami sedang dalam usaha menyiapkan album penuh. Namun, insyaAllah saya juga akan menghasilkan single terbaru yang akan dilancarkan dalam tahun ini,” tambahnya.
Sekali lagi Remaja ingin mengucapkan tahniah kepada Noki, Kaka Azraff, Loca B dan Ezra Kong kerana dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu 35.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, pelakon popular Korea Selatan yang pernah membintangi drama Bloodhounds, filem The Man from Nowhere dan The Neighbours, Kim Sae Ron ditemui meninggal dunia pada usia 24 tahun di rumahnya di Seongsu-dong, timur Seoul, semalam.
Menurut seorang rakan yang merancang untuk bertemu dengannya, Sae Ron ditemui sekitar jam 4.55 petang (waktu tempatan).
Disebabkan gagal menghubungi Sae Ron, rakannya kemudian terus mengambil keputusan untuk menelefon polis.
“Kami tidak menemui tanda-tanda perbuatan jenayah setakat ini tetapi kami sedang menyiasat punca kematiannya,” kata pihak polis dalam satu kenyataan.
Terdahulu, Sae Ron pernah ditangkap kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam tahun 2022 selepas keretanya melanggar besi penghadang jalan dan sebuah transformer sehingga menyebabkan dia didenda sebanyak 20 juta won (RM54,000).
Pada April lalu, pelakon tersebut cuba kembali ke dunia lakonan dengan mengambil bahagian pada satu pementasan tetapi susulan satu kontroversi, dia menarik diri disebabkan masalah kesihatan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon terkenal, Aedy Ashraf baru-baru ini rasmi dilantik sebagai duta Warrior Carbonated PLUS, iaitu salah satu jenama minuman bertenaga bersempena musim Ramadan dan Raya bagi tahun 2025.
Menurut Ketua Pemasaran TCP Red Bull Malaysia, Adelene Tay berkata, pemilihan Aedy sebagai wajah utama jenama Warrior kerana Aedy mempunyai keyakinan bersahaja, gaya peribadi unik, dan aura memukau sesuai dengan minuman ini yang menggambarkan muda, ekspresif, dan bertenaga.
“Sebagai jenama yang memberi tenaga kepada setiap masa, Warrior mahu menjadikan setiap pertemuan lebih menyeronokkan, terutamanya sepanjang musim Ramadan dan Raya,” katanya.
Aedy Ashraf sebagai duta Warrior
“Aedy mempunyai perwatakan yang mesra serta mempunyai kemampuan berhubung dengan generasi hari ini adalah wakil paling sempurna bagi kempen ini, dan kami sangat teruja untuk bekerjasama dengannya,” ujar Adelene.
“Minuman ini sesuai dihidangkan sebagai minuman pilihan untuk berbuka puasa, majlis raya, serta perjalanan balik kampung,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, sebagai duta Warrior, Aedy meluahkan rasa syukur dan berbesar hati kerana diberikan peluang ini. Selain itu, beliau juga teruja dengan majlis berbuka bersama peminat yang akan diadakan tak lama lagi.
“Sebelum ini saya tak pernah lagi buat benda ini tapi sejak saya jadi duta Warrior, saya ada hasrat untuk mengadakan majlis berbuka puasa bersama para peminat saya,” kata Aedy ketika ditemui REMAJA di majlis pelancaran minuman Warrior Carbonated PLUS, Sabtu lalu.
Pada masa yang sama, bagi menyemarakkan lagi suasana perayaan, Warrior turut menganjurkan peraduan ‘Beraya Bersama Warrior & Aedy Ashraf’ yang memberikan peluang kepada para peminat untuk memenangi pengalaman eksklusif beramah mesra bersama pelakon Kahar: Kapla High Council itu.
Jadi bagi peminat Aedy, inilah peluang anda untuk sertai peraduan ‘Beraya Bersama Warrior & Aedy Ashraf’ ini sebab senang saja tau nak menang!
Untuk mengambil bahagian, cuma perlu beli produk Warrior Carbonated PLUS bernilai RM5 dan ke atas dalam satu resit di mana-mana kedai yang menjualnya.
Selain itu, Warrior turut menawarkan promosi eksklusif di pasaraya Mydin iaitu beli dua (2) pek Warrior Minuman Berkarbonat (6 x 320ml) dan dapat satu (1) pek percuma sebagai pilihan terbaik untuk stok Raya untuk dinikmati bersama insan tersayang. Promosi ini berlangsung di mana-mana cawangan Mydin seluruh Malaysia.
Untuk maklumat lanjut tentang peraduan ‘Beraya Bersama Warrior & Aedy Ashraf’, korang boleh layari laman media sosial Warrior Carbonated PLUS di Facebook, Instagram, dan TikTok.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peminat kucing mesti geram bila melihat selipar yang direka dengan rekaan berbentuk haiwan peliharaan tersebut.
Dalam sebuah portal online shop di Jepun, Narageta menawarkan 9 reka bentuk sandal daripada pelbagai pilihan mengikut warna bulu kucing termasuklah hitam, tabby dan Russian blue. Terdapat juga design yang baru yang dipanggil sebagai hachiware, iaitu istilah yang digunakan untuk menggambarkan kucing dengan tanda di dahi mereka yang menyerupai watak kanji hachi, bermaksud nombor 8.
Sandal ini dibuat daripada EVA, dimana materialnya yang lebih elastik, tidak berbau dan boleh digunakan di dalam atau pun di luar rumah.
Kalau lihat pada setiap koleksi yang ada, memang geram rasa macam nak kumpul semua design. Tapi, nun jauh dekat Jepun la pula.
Jika memang ada yang nak ke sana atau kawan-kawan yang pergi bercuti ke Jepun, bolehlah suruh mereka cari dan kirim dalam sepasang dua kan. Hiks!
Nak beli online, tak faham bahasa Jepun pula sebab website produk ini menggunakan 100% bahasa ibunda mereka.
Hm, atau mungkin korang boleh try cari di online shop yang lain. Manalah tahu ada jual kan?
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...