Sekitar empat tahun lalu, filem Joker telah menjadi fenomena selepas berjaya menambat hati para penonton seluruh dunia, sehingga peminat tegar karya tersebut mengenakan kostum dan berdandan seperti watak utama.
Terbaharu, karya terkenal antarabangsa, Joker 2 yang dijangka ditayangkan pada tahun hadapan bakal menampilkan penyanyi tersohor, Lady Gaga sebagai Harley Quinn.
Perkhabaran itu telah terbongkar selepas dibocorkan sendiri oleh pengarah filem tersebut, Todd Phillips apabila memberi bayangan bahawa penyanyi lagu popular Bad Romance ialah pemegang watak yang paling digilai ramai itu.
Menerusi hantaran yang dimuat naik Phillips dalam Instagram miliknya, dia tampil berkongsi sebuah foto Lady Gaga bersama pelakon Joaquin Phoenix yang memegang watak sebagai Joker.
Ads
Sementara itu, penyanyi lagu Shallow itu turut berkongsi hantaran yang sama menerusi Instagram miliknya, sekali gus menguatkan lagi andaian bahawa dirinya memang terbabit dalam filem Joker 2.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa teruja dan tidak sabar untuk menantikan lakonan penyanyi hebat itu bergandingan dengan Phoenix.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Fattah Amin sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila menghadiahkan sebuah kereta Toyota kepada ibunya, Azizah Abdul Ghani, sebagai tanda kasih sayang dan penghargaan atas segala pengorbanan wanita yang telah membesarkannya sejak kecil.
Pelakon terkenal ini membuktikan kejayaan yang diraih tidak membuatkan dirinya lupa akan jasa seorang ibu. Tindakan Fattah Amin hadiahkan ibu kereta Toyota itu nyata menyentuh hati ramai peminat yang mengikuti perkongsiannya di media sosial.
Momen Emosi Fattah Amin Hadiahkan Ibu Kereta Toyota
Momen penuh emosi itu dikongsikan menerusi sebuah video di TikTok oleh syarikat jualan kereta terlibat, memaparkan reaksi terkejut dan terharu ibu Fattah sebaik menerima hadiah berkenaan. Wajahnya jelas menahan sebak apabila menyedari kejutan istimewa yang diberikan oleh anak tercinta.
Keikhlasan detik tersebut membuatkan ramai netizen tersentuh, malah tumpang gembira melihat kebahagiaan yang terpancar di wajah seorang ibu. Video berkenaan pantas tular dan menerima pelbagai reaksi positif daripada pengguna media sosial.
Hadiah Istimewa Tanda Kasih Seorang Anak
Kereta yang dihadiahkan ialah sebuah Toyota Noah berwarna red mica metallic, sebuah kenderaan jenis MPV yang cukup praktikal untuk kegunaan keluarga. Pemilihan kenderaan ini dilihat sesuai dengan keperluan harian dan keselesaan seorang ibu.
Dalam video berkenaan, turut tertera ucapan tahniah buat Fattah Amin serta doa agar pelakon itu bersama keluarganya sentiasa berada dalam lindungan dan kebahagiaan berpanjangan. Tanpa elemen berlebihan atau menunjuk kemewahan, tindakan Fattah Amin hadiahkan ibu kereta Toyota jelas mencerminkan nilai kesederhanaan.
Utamakan Keluarga Lebih Daripada Kemewahan
Rezeki yang diperoleh hasil titik peluh sendiri dikongsi bersama ibu tercinta, sekali gus mengundang rasa hormat dalam kalangan peminat. Sikap ini menjadikan Fattah Amin lebih dihormati bukan sahaja sebagai selebriti, malah sebagai seorang anak.
Ruangan Komen Dibanjiri Pujian Netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadap sikap Fattah yang disifatkan sebagai anak yang mengenang jasa dan sentiasa meletakkan ibu sebagai keutamaan. Ramai memuji keperibadiannya yang merendah diri walaupun bergelar pelakon terkenal.
Malah, ada yang menyifatkan tindakan Fattah Amin hadiahkan ibu kereta Toyota sebagai contoh “anak soleh” yang wajar dijadikan teladan oleh generasi muda. Bagi mereka, momen ini jauh lebih bermakna berbanding sebarang pencapaian glamor di pentas hiburan.
Inspirasi Buat Generasi Muda
Tindakan Fattah Amin turut menjadi inspirasi kepada ramai anak muda yang menyimpan impian untuk suatu hari nanti membalas jasa ibu bapa mereka. Dalam dunia yang sering meraikan populariti dan kemewahan, kisah seperti ini hadir sebagai peringatan bahawa nilai kasih sayang keluarga tidak pernah lapuk ditelan zaman.
Untuk rekod, Toyota Noah ditawarkan di pasaran Malaysia pada anggaran harga sekitar RM115,000 hingga RM170,000, bergantung kepada spesifikasi dan varian. Hadiah ini bukan sekadar simbol kejayaan, tetapi lambang kasih sayang seorang anak kepada ibu yang menjadi tulang belakang kehidupannya.
Bagi Majalah Remaja, kisah ini membuktikan bahawa kejayaan sebenar bukan hanya diukur melalui harta atau populariti, sebaliknya sejauh mana kita mampu membahagiakan insan yang paling berjasa dalam hidup.
Ouh, ini adalah filem pertama tahun 2021 yang korang WAJIB tonton.
Dah lama juga kita tidak dengar khabar daripada pelakon berbakat, Anne Hathaway.
Siapa je yang tidak mengenali pemenang anugerah Oscar’s itu daripada filem blockbuster seperti Les Miserables, Ocean’s 8, The Devil Wears Prada, The Dark Knight Rises dan tentunya, Princess Diaries.
Kali ini, Anne Hathaway akan ‘membuka’ senarai filem menarik bagi tahun 2021 menerusi filem Roald Dahl’s The Witches yang aka menemui penonton di HBO GO secara eksklusif, hari Jumaat ini.
The Witches diadaptasi daripada siri buku kanak-kanak karya Roald Dahl. Ia bukan saja hanya untuk bacaan kanak-kanak tetapi juga di kalangan pembaca segenap usia yang rata-rata ‘addicted’ dengannya.
Hasil adaptasi itu, terhasillah filem bergenre dark comedy ini yang mengisahkan tentang seorang anak yatim piatu yang tinggal bersama neneknya di kota Demopolis, Alabama pada tahun 1967.
Kanak-kanak dan neneknya itu ditakdirkan bertemu beberapa ahli sihir glamor dan jahat. Demi mengelakkan diri daripada diapa-apakan, Grandma lakonan Octavia Spencer membawa Hero Boy (Jahzir Kadeem Bruno) untuk melarikan diri ke pusat peranginan mewah, Grand Orleans Imperial Island Hotel di tepi laut.
Malang sekali nasib mereka apabila waktu ketibaan mereka sama dengan ketibaan Grand High Witch (Anne Hathaway) yang mengumpulkan rakan-rakan ahli sihir dari seluruh dunia untuk melaksanakan rancangan jahatnya dan menukar kanak-kanak dunia menjadi tikus.
Roald Dahl’s The Witches akan menyaksikan bagaimana Hero Boy melawan semula Grand High Witch dengan bantuan rakannya Bruno Jenkins.
Hanya berdasarkan tayangan trailer-nya saja, penulis sudah tidak sabar untuk menontonnya Jumaat ini.
Lebih-lebih lagi apabila filem ini mendapat sentuhan pengkarya ternama seperti penerbit Alfonso Cuaron yang terkenal dengan filem Harry Potter & Prisoner of Azkaban dan pengarah Robert Zemeckis (dari filem The Polar Express dan trilogi Back to the Future).
Anne Hathaway Jadi Witch ‘Mengandung’
Menariknya semasa penggambaran filem The Witches, Anne Hathaway rupa-rupanya sedang berbadan dua untuk anak keduanya, Jack!
Wow, macam mana dia dapat tenaga untuk beraksi dalam filem ini?
Kongsi Anne kepada OK! Magazine, “Saya merasa bertuah apabila kandungan kedua dengan Jack ini amat mudah dan tidak seperti kandungan pertama dulu bersama Jonathan (anak sulung berusia 4 tahun).
“Dulu dengan Jonathan, saya tidak larat untuk bangun dan hanya ingin makan saja.
“Dengan Jack, pemakanan saya lebih terkawal. Saya boleh merasa penuh dengan makan salad dan masih boleh ke gym,” katanya.
Walaupun sedang mengandung, Anne tetap memberi komitmen terbaik..
Anne juga menarik perhatian warganet terutamanya pencinta dunia solekan kostum apabila pelakon berusia 38 tahun itu memuat naik video time lapse untuk menunjukkan bagaimanakan kostum bagi karakter Grand High Witch ini dihasilkan, Oktober lalu.
Coway, yang juga berasal dari Korea Selatan sememangnya menumpukan kepada sasaran pelanggan di kalangan keluarga muda, pemilik rumah kali pertama dan golongan bujang yang ingin menambah baik kualiti kehidupan di rumah dengan kelengkapan yang berkualiti.
Banyak juga produk mereka yang menjadi pilihan pengguna dari tahun ke tahun seperti penulen udara, peralatan bilik mandi dan tilam.
Sudah semestinya, produk paling popular yang membuatkan jenama Coway menjadi sebutan ramai adalah alat penulen airnya.
Coway memilih BTS sebagai duta jenama global.
Kerjasama di antara Coway dan BTS ini pada hemat REMAJA sudah semestinya akan membawakan lebih banyak tumpuan orang ramai terhadap Coway sendiri dan kelebihan produk mereka. Untuk pengetahuan korang, sehingga kini lebih daripada tujuh juta rajyat Malaysia telahpun memiliki produk Coway dan bergantung kepadanya bagi menyempurnakan lagi kehidupan masing-masing.
Selepas ini, entah-entah jumlah itu mampu mencapai angka 10 juta hasil promosi melibatkan BTS pula.
Menurut Pengarah Urusan Coway Malaysia iaitu Kyle Choi, mereka memahami citarasa anak muda sekarang yang mengikuti perkembangan BTS dan K-pop secara amnya. Mereka turut mengakui kuasa muzik yang mampu mendekatkan masyarakat.
Encik Kyle Choi Ki Ryong, Pengarah Urusan, Coway Malaysia.
Lantas tidak lama lagi, BTS akan dipaparkan secara meluas dalam kempen yang dibawakan oleh Coway seperti di televisyen dan platform digital.
Hhm, agaknya akan ada lagu khas nyanyian BTS tak untuk jenama ini seperti yang pernah dilakukan oleh beberapa grup K-pop lain sebelum ini seperti Girl’s Generation dan Big Bang. Tak sabar!