Bakal Bergelar Bapa Tak Lama Lagi! Pelakon Zaki Azeman Umum Isteri Hamil Bayi Sulung

Share

Menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi, pelakon meningkat naik, Zaki Azeman akhirnya memaklumkan dia dan isteri tercintanya yang juga personaliti media sosial, Siti Nur Shahira Ahmad atau Raa Suzuran bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.

Berita gembira itu dikongsikan pelakon drama popular Ombak Rindu The Series itu menerusi sebuah hantaran video di platform Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nampak Macam Ada Baby Bump” Netizen Dakwa Wany Hasrita Kini ‘Berbadan Dua’?

“Bismillahirrahmanirrahim Aku Terima Orang Ketiga Sepenuh Hatiku #ZRJunior.” coretnya ringkas.

Menerusi hantaran tersebut turut dilihat pelakon tinggi lampai itu sempat mengimbau semula momen manisnya bersama isteri tersayang ketika di mailis resepsi mereka, pada tahun lalu.

Pelakon Telefilem Telunjuk Iblis itu bagaimanapun masih ‘merahsiakan’ jantina bayi yang bakal dilahirkan itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti turut menumpang gembira atas berita tersebut selain mereka mengucapkan tahniah kepada pasangan itu.

“Syukur Alhamdulillah, tahniah brother and family,” komen penyanyi Mark Adam.

“MasyaAllah Tabarakallah, tahniah both of you. Alhamdulillah,” komen juga penyanyi Farisha Iris.

Sekadar infotmasi, Zaki dan Raa Suzuran telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 29 Mei 2022.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Zaki Azeman

IKLAN