Aktor berbakat, Amir Ahnaf mengambil keputusan berani apabila memilih untuk menarik diri daripada terlibat dalam produksi teater muzikal ikonik, Puteri Gunung Ledang (PGL) kerana merasakan dirinya masih ‘hijau’ dan belum bersedia untuk menggalas tanggungjawab besar tersebut.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan Amir melepaskan peluang keemasan untuk membawakan watak legenda, Hang Tuah, yang selama ini menjadi impian ramai pelakon tanah air.
Menurut bekas peserta Hero Remaja itu, tindakan tersebut bukan dibuat kerana tidak menghargai pelawaan daripada penerbit dan pengarah terkenal, Tiara Jacquelina, sebaliknya dia mahu memberi ruang untuk dirinya terus belajar dan memperbaiki mutu lakonan.
“Saya dapat jemputan daripada Tiara dan ketika itu jadual saya memang sibuk. Saya ada katakan kepadanya, insya-Allah kalau ada rezeki, saya akan buat pada lain kali.
“Malah, saya sendiri merasakan watak Hang Tuah itu sebenarnya belum sesuai untuk saya buat masa ini. Saya baru berusia 26 tahun dan rasanya banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari,” katanya.
Tidak Mahu Terburu-Buru Kejar Populariti
Ditanya media sama ada dia berasa ralat menolak peluang besar itu, Amir percaya setiap rezeki mempunyai waktunya tersendiri dan enggan terlalu terburu-buru mengejar populariti semata-mata.
Selain itu, pelakon filem popular Kahar itu turut menyifatkan pelakon Aqasha sebagai individu yang sangat sesuai untuk membawakan watak Hang Tuah dalam naskhah berkenaan.
Ads
“Tidaklah ralat, saya rasa belum sampai masanya lagi. Secara peribadi, saya melihat Aqasha sebagai seorang pelakon yang sangat bagus untuk naskhah ini.
“Bagi saya, peluang dan kepercayaan itu akan sentiasa ada jika kita konsisten mementingkan kualiti dalam kerja,” katanya.
Sokongan Peminat Dianggap Satu Penghargaan Besar
Sebelum ini, nama Amir hangat diperkatakan netizen yang rata-ratanya menganggap dia antara calon paling layak untuk menggalas watak pahlawan Melayu berkenaan.
Malah, pelakon berusia 26 tahun itu turut menerima sokongan padu daripada peminat yang mahu melihatnya tampil dalam teater ikonik tersebut.
Ads
Bagaimanapun, Amir tetap dengan pendiriannya untuk tidak menerima sesuatu tawaran sekiranya dia sendiri merasakan belum benar-benar bersedia daripada segi mutu lakonan.
“Saya ambil sokongan penonton itu sebagai satu simbol kejayaan. Insya-Allah, apabila usia saya mencecah 30 atau 35 tahun nanti, mungkin peluang itu akan datang lagi.
“Saya cuba sedaya upaya menjaga kualiti dalam setiap naskhah yang diambil. Kalau hati saya sendiri kata Hang Tuah itu belum milik saya, maknanya memang belum masanya lagi,” katanya.
Ads
Minat Mendalam Terhadap Naskhah Melayu & Sejarah
Dalam pada itu, Amir turut mengakui watak Hang Tuah sememangnya antara karakter impiannya sejak kecil memandangkan dia sangat meminati karya berunsurkan sejarah dan kebudayaan Melayu.
Menurutnya lagi, latar belakangnya dalam dunia teater juga menjadi faktor utama yang membuatkan dirinya jatuh cinta terhadap seni lakonan.
“Saya lahir daripada bidang teater dan platform itulah yang membuatkan saya jatuh cinta dengan seni lakon. Saya sangat menyukai teater PGL kerana membesar dengan naskhah sebegitu.
“Sejujurnya, saya memang lebih meminati naskhah yang terarah kepada elemen Melayu, cerita rakyat dan sejarah kita. Karakter seperti itu sudah saya impikan sejak kecil, cuma bezanya kali ini waktu yang mendedikasikan impian itu belum tiba,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Metro Online
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seperti yang sedia kita sedia maklum, personaliti popular ini baru sahaja selesai menjalani pembedahan untuk membuang apendiks setelah mengalami kesakitan yang teruk di bahagian bawah perutnya.
Walaupun apendiks tersebut telah berjaya dikeluarkan, namun wanita berusia 29 tahun ini telah disahkan mengalami komplikasi keradangan di bahagian dinding uterusnya.
Dia yang kini sedang dirawat dihospital berkongsi perkembangan terkini mengenai dirinya di ruangan Instastory. Ujarnya, “Salam semua, apendiks saya telah pun berjaya dibuang tetapi apa yang sedihnya, terdapat pula keradangan di sekeliling dinding uterus.”
Keradangan yang dihadapinya itu menyebabkan kesakitan dan ketika ini bergantung bertahan dengan mengambil ubat tahan sakit (painkiller) atas saranan doktor, walaupun begitu ubat tersebut tidak boleh diambil selalu kerana bimbang dengan keselamatan bayi dikandung yang baru sahaja memasuki trimester kedua.
“Saya masih lagi berada di wad. Bergantung kepada ubat tahan sakit.Tetapi doktor tak boleh nak bagi ubat tahan sakit selalu sebab bahaya untuk bayi. Ketika ini, saya hanya perlu menahan sakit dan terus bertahan. Tolong doakan saya,” kongsinya lanjut.
Semoga isteri kepada selebriti, Raja Syahiran ini segera sembuh dan diberikan ketabahan dalam menghadapi waktu-waktu sukar.
Uyaina dan Raja Syahiran telah mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2020 dan kini sedang menunggu kelahiran cahaya mata pertama mereka yang dijangka lahir tahun ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber & Kredit foto: Instagram Uyaina Arshad
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahukah kamu bahawa dunia perniagaan di retail store di Amerika Syarikat dan Eropah kini semakin mengecil dan tidak mendapat sambutan? Mengapa perkara ini berlaku?
Ini kerana kuasa membeli generasi baru kini lebih terarah kepada pembelian secara talian atau online shopping. Pada masa kini, bukan sahaja pelbagai jenis barangan yang ditawarkan dalam talian malah segala macam servis juga boleh dibeli dan dipesan menerusi telefon pintar sahaja.
Uniknya berbelanja secara online, kamu kadangkala tidak mendapat maklumat selengkapnya tentang barangan yang ditawarkan. Dan disebabkan risiko inilah ada orang yang terpedaya dengan iklan jualan yang mereka lihat di Internet.
Lain yang dijangka, lain pula yang dapat. Nak salahkan siapa? Mungkin salah sendiri sebab tak semak laman sesawang atau info lengkap produk atau ia adalah salah satu bentuk penipuan?
10 orang di bawah ini telah mendapat pengajaran yang besar. JANGAN SESEKALI BERBELANJA TANPA USUL-PERIKSA DENGAN LANJUT!
1. Ini permaidani ke sarung tangan? LOL
2. Dalam gambar bukan main cantik lagi rekaannya. Hehe
Sudah tentu ramai yang rindu untuk pergi melancong selepas beberapa bulan sektor pelancongam disekat gara-gara situasi pandemik COVID-19 yang melanda dunia.
Berita baik buat masyarakat di Sabah, beberapa sektor utama telah dibenarkan beroperasi secara berperingkat di negeri itu, namun mereka perlu mematuhi SOP perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).
Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sektor tersebut termasuklah pelancongan, kebudayaan dan alam sekitar serta rangkaiannya.
Sektor pelancongan dalam negeri (domestik) dan semua operasi perhotelan dibenarkan beroperasi kecuali fasiliti hotel seperti surau, bilik mesyuarat dan seminar, spa, sauna, gimnasium, kolam renang, dewan makan dan buffet kekal ditutup.
Tarikan pelancong hidupan liar yang diuruskan oleh Taman-Taman Sabah seperti Tabin Wildlife, Danum Valley dan Maliau Basin dibenarkan beroperasi.
Danum Valley
Pusat santuari termasuk Pusat Pemulihan Sepilok, Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Kinabatangan Wildlife Sanctuary serta KK Wetland juga dibenarkan dibuka.
Pusat Pemulihan Sepilok
Aktiviti kebudaayaan yang meliputi kegiatan seni visual, pakaian dan makanan tradisional, muzik serta tari (tidak melebihi 10 orang), penyelidikan dan Pendidikan budaya turut dibenarkan beroperasi.
Kerajaan Sabah juga telah memutuskan untuk mengizinkan lebih banyak penerbangan domestik beroperasi.
Wah, sudah tentu ini merupakan khabar baik buat si kaki travel. Apa salahnya ambil peluang ini untuk kita bercuti di dalam Malaysia bagi meningkatkan ekonomi negara sendiri.
Namun begitu, sebelum korang mengambil keputusan untuk melancong, pastikan keadaan sudah benar-benar selamat dan patuh pada SOP yang telah diarahkan.
Jangan pula ada yang berpusu-pusu ‘menyerang’ pusat pelancongan itu nanti.