Bahaya Sos Keju ‘Leleh’ Kepada Kesihatan, Risiko Kencing Manis Dan Obesiti
25 Mac 2022
Foto Via Public Health Malaysia Page
Share
Seperti satu fenomena, pelbagai makanan telah dicipta bersama pilihan keju. Perkongsian ini mungkin akan membuatkan ‘cheese lover’ berfikir dua kali untuk memakannya.
Sebelum ini, rakyat Malaysia mungkin sudah biasa dengan keju dicampur dengan makanan popular kita. Namun pernahkah anda terfikir untuk mencampurkan keju dengan makanan-makanan yang lain.
Foto Via Public Health Malaysia Page
Satu perkongsian daripada Public Health Malaysia menyatakan sos keju ‘leleh’ ini sebenarnya mempunyai pelbagai keburukkan dan ia menyumbang kepada masalah kesihatan.
Kegilaan rakyat Malaysia kepada cecair keju ini bermula dari menu KFC cheesy wedges yang telah di perkenal sekian…
Jika diikutkan, keju sebenarnya mempunyai banyak kebaikan kerana ia merupakan sumber protein yang baik dan mengandungi kalsium yang tinggi.
Sebaliknya, sos keju ini sebenarnya mengandungi bahan proses yang terdiri dari pelbagai bahan perasa tiruan, garam, gula dan Maltodextrin.
Apa itu Maltodextrin?
Maltodextrin ialah serbuk putih yang tidak berperisa dan larut dalam air. Ia adalah bahan tambahan dalam pelbagai jenis makanan, kerana ia boleh meningkatkan tekstur, rasa dan jangka hayat sesuatu bahan makanan.
Foto Via Public Health Malaysia Page
Maltodextrin ini biasanya dibuat daripada bahan makanan berkanji, termasuk jagung, kentang, gandum, ubi kayu atau beras. Walaupun serbuk itu berasal dari produk semulajadi, ia kemudiannya menjalani pemprosesan sehingga boleh menghilangkan kebaikan semulajadi bahan tersebut.
Bahan ini juga menjadi pemekat dalam makanan berkuah ataupun sos.
Sangat bahaya terutamanya untuk mereka yang berpenyakit
Bahan ini mengandungi glycemic index (GI) yang cukup tinggi, selepas anda makan makanan yang mengandungi bahan ini, paras gula dalam darah akan meningkat dengan mendadak.
Pastinya makanan seperti ini ternyata tidak sesuai untuk pesakit kencing manis, malah individu yang sihat, pengambilan makanan ini meningkatkan risiko kencing manis di masa hadapan.
Untuk kanak-kanak pula, sos keju ini juga boleh menyebabkan kegemukan serta obesiti dan ia akan menganggu pembesaran serta kecergasan kanak-kanak. Mereka akan menjadi lebih cepat letih dan lesu.
Tapi pada penggemarnya, selepas ini, kenalah berhati-hati ya. Nak makan boleh, tapi berpada-pada ya!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.