Papadom, memang enak bila dimakan bersama nasi kandar atau pun nasi briyani. Keropok ini sememangnya sinonim dijual di kedai-kedai mamak dan tidak sah tidak memakannya. Rasanya yang agak enak membuatkan papadom diterima sebagai penambah selera ketika menikmati nasi mamak!
Tapi pada penggemarnya, selepas ini, kenalah berhati-hati ya. Ini kerana ujian makmal yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati papadom sebenarnya sangat bahaya jika dimakan dalam kadar banyak.
Papadom antara keropok yang biasa dimakan dengan nasi setiap kali ke kedai mamak
Penggemar kerepek rangup yang dikenali sebagai papadom dinasihatkan agar mengurangkan pengambilannya kerana kandungan garam yang tinggi.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris berkata, dalam ujian makmal yang dijalankan ke atas 11 sampel papadom, kesemuanya mengandungi lebih 1,000mg/100 gram garam.
Ads
Menurutnya, empat daripada sampel tersebut mengandungi lebih 2,000mg/100 gram garam.
“Pengambilan papadom yang banyak dalam makanan akan menyebabkan kandungan garam dalam badan tinggi. Ia akan menyebabkan tekanan darah tinggi, meningkatkan risiko strok dan serangan jantung.
“Sekeping papadom mengandungi 260 mg garam. Bayangkan jika satu hidangan, anda mengambil lima keping papadom, maknanya kandungan garam yang diambil adalah 1,300mg,” katanya kepada media tadi.
Ads
Kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang mendapati selepas ujian makmal dilakukan, papadom mengandungi garam yang tinggi
Jelasnya, walaupun papadom boleh dianggap tidak memudaratkan, pengambilan berlebihan akan menyebabkan sembelit dan perut berangin.
Sehubungan itu, CAP menggesa Kementerian Kesihatan menetapkan kadar garam dalam papadom agar pengambilan perasa itu dapat dikawal.
Budak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang dilaporkan hilang tengah hari semalam di Damansara Damai, ditemui di aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamannya jam 10 malam tadi.
Mayat Zayn Rayyan berusia enam tahun itu ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencari mangsa.
Mangsa ditemui terbaring di sungai yang terletak pada jarak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya, di Aparment Idaman, Damansara Damai di sini.
Setakat ini, pihak polis sudah menutup laluan belukar dari kawasan kediaman menuju ke lokasi mayat mangsa ditemui.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, yang berada di lokasi kejadian turut mengesahkan penemuan mayat mangsa.
“Saya tidak dapat mengulas lanjut kerana kita baru menemui mayat mangsa dan kini dalam peringkat menyiasat lokasi sekitar kawasan mayat ditemui,” katanya kepada sumber Berita Harian.
Zayn Rayyan, kali terakhir dilihat memasuki kawasan belukar berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai.
Kanak-kanak itu disedari hilang ibunya ketika menaiki tangga untuk pulang ke rumah mereka di tingkat tiga apartment berkenaan, kira-kira 12.30 tengah hari.
Ismanira Abdul Manaf, 28, berkata selepas kehilangan anaknya dia cuba mencari di kawasan sekitar tetapi gagal sebelum memaklumkan kepada suami dan penduduk setempat untuk membantu mencari Zayn.
“Pada petang semalam, ada beberapa budak yang baru balik dari sekolah beritahu melihat anak saya masuk ke kawasan belukar berhampiran.
“Tapi apabila pasukan bomba dan unit anjing pengesan (K9) polis cuba carinya di kawasan itu, mereka maklumkan tiada kesan tapak kaki atau sebarang petunjuk anak saya berada di situ,” katanya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat pengguna jalan raya yang mempunyai saman tertunggak, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah bersetuju memberikan tawaran pengurangan pembayaran saman sehingga 70 peratus kepada semua saman JPJ yang boleh dikompaun bermula hari ini hingga 16 September depan.
Menurut JPJ, saman yang tidak boleh dikompaun adalah kes yang masih dalam sebutan pihak mahkamah termasuk yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan.
Tawaran pengurangan pembayaran saman ini dilaksanakan bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke-64 tahun ini.
Pengurangan kompaun itu akan diberikan kepada semua notis saman yang telah dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), serta Kaedah-Kaedah dan Perintah-Perintah di bawahnya termasuklah kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.
Tawaran ini turut diberikan kepada semua saman yang masih aktif dan tempoh kompaunnya masih berkuatkuasa dengan syarat pembayaran dilakukan dalam tempoh yang dinyatakan.
So guys, bagi korang yang masih mempunyai saman tertunggak, bolehlah ambil peluang ini untuk melunaskan pembayaran dengan kadar yang lebih rendah.
Sejak prosiding kes penganiayaan seorang remaja perempuan sindrom down yang dikenali Bella berlangsung, warganet semakin rancak dan ‘berlagak’ arif mengenai isu tersebut. Ia dapat dilihat pelbagai spekulasi, dakwaan dan dokumen daripada kes perbicaraan tersebut tersebar di media sosial.
Malah, kerjaya sebagai seorang peguam juga kini menjadi perdebatan hebat netizen terutamanya di media sosial.
Foto Via Pexels
Baru-baru ini Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut mengeluarkan kenyataan mengenai kerjaya peguam yang menurutnya berdosa jika seorang peguam itu membela pihak yang diketahui bersalah dan menerima bayaran daripada pihak yang bersalah itu adalah lebih buruk daripada hasil pelacuran.
“Kerana dosa pelacur antara dia dengan Allah sahaja. Sementara dosa wang guaman yang batil merupakan kezaliman ke atas pihak yang lain,” katanya yang menjawab pertanyaan beberapa peguam mengenai kerjaya tersebut yang adakalanya membela atau mempertahankan kes-kes yang mereka tahu berada di pihak yang salah ataupun zalim.
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Jelas Mohd Asri, menjadi prinsip Islam untuk menyuruh membela yang benar dan mengharamkan membela yang salah ataupun yang dosa. Kebenaran dan kesalahan diukur dengan pengetahuan seseorang mengenai hakikat sesuatu perkara yang dibela tersebut.
“Jika dia percaya itulah yang benar berdasarkan keilmuannya yang mencukupi pada keyakinannya, maka pembelaan itu menjadi pahala untuknya. Sekalipun kemungkinan pada ijtihad orang lain pendapat itu salah.
“Demikian juga kesalahan atau kebatilan. Jika seseorang itu tahu bahawa perkara yang dibela itu salah atau dia percaya tidak benar, namun dia tetap membela kerana kepentingannya atau ketaksubannya atau sikapnya yang tidak adil, maka dia berdosa,” katanya.
Berlandaskan faktor-faktor tersebut, maka seseorang peguam itu wajar membuat penilaian terhadap kes-kes yang diambilnya untuk dibela. Walaupun begitu, peguam perlu diingatkan bahawa, pembelaan perkara batil akan memenangkan pihak yang diwakili tetapi menzalimi pihak yang ditentang. Kezaliman tersebut akan dituntut dalam kehidupan di dunia dan akhirat.
“Jika ia membabitkan harta atau nyawa atau maruah atau apa sahaja, maka doa pihak yang dizalimi akan memburu orang yang zalim. Kehidupan itu bukan sahaja di mahkamah, tetapi di luar mahkamah ada kehidupan sebenar peguam itu sendiri.
“Demikian kehidupannya di akhirat. Allah tidak lupa kepada orang yang zalim. Maka berhati-hati bagi setiap kes yang diambil dan dibela agar tidak menzalimi pihak yang lain,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di portal Jabatan Mufti Negeri Perlis pada 15 Disember 2019.
Foto Via Malay Mail, Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Namun, seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar, tampil menolak kenyataan Asri dan menjelaskan sekiranya menerima bayaran dan yuran guaman itu adalah berdosa, maka tiada orang Islam yang mahu menjadi peguam.
“Peguam tidak mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan sama ada seseorang itu bersalah atau tidak. Hanya hakim yang mempunyai kuasa mengenai perkara itu,” katanya.
Hmm…apa pendapat korang?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Portal Jabatan Mufti Perlis, Free Malaysia Today
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!