Selalu bila beli kopi panas, teh tarik atau coklat panas, kita rasa lebih “selamat” bila ia dihidangkan dalam cawan kertas dan bukannya plastik. Lagipun, cawan kertas nampak lebih mesra alam dan macam pilihan yang sihat, kan? Tapi realitinya — kajian terbaru mendapati bahawa setiap teguk minuman panas dalam cawan kertas mungkin sedang “meracuni” tubuh tanpa kita sedari! 😱
Kajian Dedah Mikroplastik Dalam Minuman Panas
Kajian yang dijalankan oleh Institute of Technology (IIT), India mendedahkan bahawa apabila air panas dituangkan ke dalam cawan kertas, bahan kimia dan mikroplastik dari lapisan dalam cawan boleh larut ke dalam minuman. Hanya dalam masa 15 minit, sebanyak 25,000 partikel mikroplastik boleh terbebas ke dalam 100 mililiter air panas.
Lebih menakutkan, kajian turut menemui lebih 10.2 bilion partikel submikron per mililiter — zarah halus yang terlalu kecil untuk dilihat tapi cukup berbahaya jika terkumpul dalam tubuh manusia.
Ads
Bukan Sekadar Mikroplastik, Tapi Juga Ion Toksik
Selain mikroplastik, penyelidik turut menemui ion toksik seperti fluorida, klorida, sulfat, nitrat serta logam berat berbahaya seperti plumbum (Pb), kromium (Cr) dan kadmium (Cd). Semua bahan ini berasal daripada lapisan plastik yang digunakan di bahagian dalam cawan kertas untuk mengelakkan kebocoran. Tapi bila terkena haba tinggi, lapisan inilah yang mula melepaskan bahan kimia berbahaya ke dalam minuman kamu.
Kesan Kesihatan Jangka Panjang
Zarah halus dan bahan toksik daripada cawan kertas ini boleh memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan seperti:
Mengganggu sistem imun dan hormon
Menyebabkan keradangan kronik
Menjejaskan fungsi hati dan buah pinggang
Meningkatkan risiko kanser dalam kes yang lebih serius
Alternatif Lebih Selamat Daripada Cawan Kertas
Menurut pakar kesihatan, cara terbaik adalah mengelak penggunaan cawan pakai buang sepenuhnya. Pilih cawan seramik, kaca atau keluli tahan karat, terutama untuk minuman panas. Selain lebih selamat, ia juga lebih mesra alam dan boleh digunakan berulang kali.
Ads
Kalau terpaksa guna cawan pakai buang, pastikan kamu pilih produk yang bebas lapisan plastik (PE coating) atau diperbuat daripada bahan biodegradasi asli. Dengan cara ini, kamu dapat mengurangkan pendedahan kepada mikroplastik dan bahan toksik daripada cawan kertas.
Pengajaran Penting Tentang Bahaya Cawan Kertas
Kadang-kadang benda yang nampak kecil pun boleh beri kesan besar. Mungkin selepas ni, bila beli kopi atau teh panas “to go”, kita patut bawa tumbler sendiri. Nampak kecil, tapi ia langkah besar untuk jaga kesihatan dan alam sekitar.
Tahniah diucapkan kepada Universiti Teknologi Petronas (UTP) kerana telah disenaraikan antara universiti terkemuka dunia dalam 11 mata pelajaran menerusi Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings by Subject 2022.
Menurut Naib Canselor UTP Prof Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib, mata pelajaran itu ialah Kejuruteraan dan Teknologi, Sains Semula Jadi serta Sains Sosial dan Pengurusan.
Sumber: Universiti Teknologi Petronas – Main Page
Bagi mata pelajaran Kejuruteraan dan Teknologi, UTP kini berada di kedudukan ke-159 di peringkat global, meningkat 71 anak tangga daripada kedudukan sebelum ini iaitu 230 dan sekali gus menjadikan UTP berada pada kedudukan keempat terbaik dalam kalangan universiti di Malaysia.
Mata pelajaran Kejuruteraan Petroleum ditempatkan di kedudukan ke-22 dan mengekalkan kedudukan 50 teratas, manakala subjek Kejuruteraan Mineral dan Perlombongan, UTP berada di tempat 60 teratas.
Pencapaian ini menunjukkan reputasi kukuh UTP di peringkat global dari segi kecemerlangan akademik menerusi kaedah pengajaran dan pembelajaran serta kepakaran dan kekuatan mereka sebagai institusi pengajian tinggi yang berfokuskan industri dalam bidang penting berkaitan industri.
Tahniah sekali lagi Remaja ucapkan kepada UTP kerana telah membuktikan bahawa institusi pengajian di negara kita juga mampu menjadi yang terbaik dalam bidang akademik.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jika menyebut tentang Tanah Arab, kita hanya terbayangkan Kaabah, Masjidilharam, Masjid Nabawi dan lain-lain tempat bersejarah lain selain tempat kelahiran Nabi Muhammad SAW.
Namun, sejak setahun dua ini Arab Saudi dalam era menuju ke arus modenisasi yang dilakukan oleh Arab Saudi untuk mengubah imej negara yang lebih dikenali sebagai pengeluar petroleum. Malah, Putera Muhammad bin Salmansebelum ini telah melancarkan Projek Rua Al Madinah yang akan membangunkan kawasan yang terletak di timur Masjid Nabawi.
Terbaru, dilaporkan sebuah masjid Masjid dengan menggunakan teknik cetakan 3D akan dibina di Dubai. Menariknya bukan apabila teknik cetakan 3D akan digunakan untuk sebuah masjid.
Malah, proses pembinaan juga akan mengambil masa yang singkat iaitu hanya empat bulan untuk struktur asas. Kemudian proses menambah keperluan lain akan mengambil masa setahun lagi.
Apabila siap kelak, masjid ini akan mempunyai keluasan lantai 21,500 kaki persegi dan mampu menampung 600 orang jemaah serentak. Pembinaan akan dilakukan di Bur Dubai pada Oktober depan dengan ia boleh digunakan menjelang 2025.
Untuk fasa cetakan 3D, hanya tiga orang pekerja diperlukan dengan mesin mencetak campuran konkrit pada kadar 2 meter persegi sejam. Masjid ini direka oleh firma seni bina JT + Partners.
Kos pembinaan adalah 30% lebih mahal berbanding teknik pembinaan konvensional kerana ini kali pertama teknik seperti ini digunakan tetapi akan berkurangan selepas teknik cetakan 3D digunakan secara lebih meluas. Pasca pembinaan, bangunan dijangka boleh bertahan selama 30 tahun.
Wah….canggih betul teknologi di Arab Saudi sekarang ye!
Sebelum ini, Arab Saudi juga telah melucutkan undang-undang yang melarang wanita memandu. Arab Saudi juga telah membenarkan konsert dengan penonton lelaki dan wanita. Begitu juga dengan pawagam yang dibuka secara bebas.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sistem pendidikan Malaysia sekali lagi membuktikan kejayaan apabila kedudukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melonjak ke tangga 138 dalam penarafan Times Higher Education (THE) Asia University Rankings 2022 berbanding kedudukan ke-150 tahun lalu.
Penilaian ini merangkumi lima petunjuk iaitu sitasi, penjanaan industri, pengantarabangsaan, penyelidikan dan pengajaran, sekali gus meletakkan mereka di tempat ketiga berbanding kelima dalam kalangan universiti terbaik di Malaysia.
Menurut kenyataan UKM, berdasarkan lima petunjuk tersebut, UKM memperoleh sebanyak 43.8 markah bagi indikator dan 64.3 berbanding 49.3 pada tahun lalu bagi petunjuk pengantarabangsaan.
UKM juga dikatakan menjadi antara universiti yang mencatatkan peningkatan ketara di Malaysia dalam THE Asia University Rangkings tahun ini, iaitu selepas Universiti Teknologi Petronas yang melonjak 16 anak tangga.
Penggunaan bahasa Melayu yang diterap oleh UKM sedikit pun tidak membuatkan mereka mengabaikan elemen pengantarabangsaan yang juga penting bagi mengekalkan reputasi universiti itu di persada dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penutupan jalan Batu Caves Thaipusam bermula 30 Januari hingga 3 Februari. Ketahui senarai jalan ditutup, laluan alternatif dan amaran penting untuk elak kesesakan teruk.