Tak Perlu Bayar! Peluang Belajar Bahasa Secara Percuma
Tak perlu bayar! Kerajaan Selangor tawar kelas Bahasa Mandarin, Tamil dan bahasa antarabangsa lain secara percuma bermula tahun 2026, sekali gus membuka peluang besar kepada rakyat negeri itu, khususnya golongan muda, untuk menambah kemahiran tanpa beban kewangan. Inisiatif kelas bahasa percuma Selangor ini dijangka memberi impak besar kepada pembangunan modal insan negeri.
Inisiatif ini pastinya mencuri perhatian ramai, terutama mereka yang berminat mempelajari bahasa baharu tetapi sebelum ini terhalang oleh kos yuran pembelajaran yang tinggi. Dengan pelaksanaan program ini, isu kewangan tidak lagi menjadi penghalang untuk menimba ilmu bahasa.
Foto: NUR SYAHEDA IMRAN (BERNAMA)
Kelas Bahasa Dijalankan Sepenuhnya Secara Dalam Talian
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan bahawa semua kelas bahasa yang ditawarkan akan dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian. Pendekatan ini membolehkan lebih ramai rakyat Selangor menyertai kelas bahasa percuma Selangor tanpa kekangan masa, jarak dan lokasi.
Menurut beliau, kaedah pembelajaran digital juga selari dengan keperluan semasa yang menuntut fleksibiliti, terutamanya bagi golongan bekerja dan pelajar. Dengan hanya memerlukan peranti dan capaian internet, penyertaan boleh dibuat dari mana-mana sahaja.
Senarai Bahasa Antarabangsa Yang Ditawarkan
Antara bahasa yang ditawarkan secara percuma menerusi program ini ialah Bahasa Mandarin, Tamil, Arab, Perancis, Jerman dan Sepanyol. Kesemua bahasa ini mempunyai nilai tinggi dalam dunia pendidikan, kerjaya serta komunikasi antarabangsa.
Ads
Penguasaan bahasa asing bukan sahaja meningkatkan kebolehpasaran individu dalam pasaran kerja, malah memberi kelebihan besar dalam sektor pelancongan, perniagaan antarabangsa dan hubungan diplomatik.
Gambar Hiasan AI
Usaha Melahirkan Rakyat Selangor Multilingual
Menurut laporan Suara Keadilan, Amirudin menjelaskan bahawa program kelas bahasa percuma Selangor ini merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri untuk memperkukuh keupayaan multilingual dalam kalangan rakyat, di samping memupuk semangat perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum.
Beliau turut berkongsi bahawa program kelas bahasa ini bukanlah sesuatu yang baharu. Ia pernah diperkenalkan semasa era pandemik COVID-19 oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dengan kerjasama pusat-pusat bahasa, ketika itu dikenakan bayaran minimum serendah RM10.
Ads
Sambutan Menggalakkan Sejak Pandemik
Menurut Amirudin, program terdahulu menerima sambutan yang sangat menggalakkan daripada rakyat Selangor, membuktikan minat tinggi masyarakat terhadap pembelajaran bahasa. Kejayaan itulah yang mendorong kerajaan negeri untuk menawarkan versi baharu yang lebih menyeluruh dan percuma sepenuhnya.
Gambar Hiasn AI
Bahasa Sebagai Kekuatan, Bukan Pemisah
Tambah Amirudin, penguasaan pelbagai bahasa tidak seharusnya dilihat sebagai faktor pemisah dalam masyarakat, sebaliknya menjadi kekuatan penting untuk rakyat Malaysia bersaing di peringkat global.
Selain membuka lebih banyak peluang kerjaya, kemahiran bahasa juga memberi manfaat besar kepada rakyat yang gemar melancong ke luar negara kerana ia memudahkan urusan komunikasi serta interaksi dengan komuniti setempat.
Ads
Beliau menegaskan bahawa sasaran program ini adalah untuk memastikan rakyat Selangor mampu menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa, termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, sebagai asas komunikasi global.
Diumumkan Sempena Sambutan Krismas Negeri Selangor
Pengumuman mengenai inisiatif kelas bahasa percuma Selangor ini dibuat sempena Sambutan Krismas Negeri Selangor 2025 yang berlangsung di pusat beli-belah 1 Utama, Petaling Jaya pada 14 Disember lalu.
Secara keseluruhan, inisiatif ini dilihat sebagai langkah progresif Kerajaan Negeri Selangor dalam melahirkan rakyat yang lebih berpengetahuan, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran dunia global yang semakin mencabar.
Bagi rakyat Selangor, peluang belajar bahasa percuma ini adalah satu kelebihan yang wajar direbut demi masa depan yang lebih cerah.
Lokasi rekreasi popular, Padang Merbok di Jalan Parlimen, Kuala Lumpur akhirnya dibuka sepenuhnya kepada orang ramai selepas penutupan selama lebih tiga tahun.
Padang Merbok yang popular dalam kalangan komuniti Kuala Lumpur yang ingin bersukan terutamanya untuk sesi latihan dan perlawanan ragbi telah dibuka semula sejak 14 Januari lepas setelah pagar penghadang diturunkan oleh Kerajaan MADANI.
Menurut Menteri di Jabatan perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh dalam satu hantaran di akaun Facebook, Padang Merbok bukan hanya merupakan lokasi bersejarah untuk digunakan bagi tujuan rekreasi terutamanya dalam kalangan penduduk Kuala Lumpur serta bagi tujuan perhimpunan aman.
Malahan, ia juga boleh digunakan bagi tujuan peningkatakan aktiviti pelancongan dan acara awam berskala besar.
“Ruang awam mesti berkhidmat untuk rakyat, bukan untuk kuasa.”
“Dengan memulihkan padang bersejarah ini, kerajaan menyediakan lokasi yang lebih selamat dan mudah diakses untuk rakyat berkumpul, sambil mengurangkan kesesakan dan melindungi kawasan warisan berdekatan.
“Padang Merbok kini dibuka semula dan berada tepat di tempat yang sepatutnya,” catatnya.
Faktor lokasi Padang Merbok yang terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka dan Parlimen membawa makna tersendiri dalam sejarah kebangsaan. Bak kata Hannah Yeoh, ia menjadi titik pertemuan semula jadi antara kehidupan komuniti dan ekspresi demokrasi.
Penutupan Sejak 2022 Undang Kritikan
Terdahulu, Padang Merbok ditutup sejak Ogos 2022 di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu. Penutupan tersebut secara tidak langsung menafikan penggunaannya dalam kalangan orang awam, khususnya komuniti sukan dan aktiviti rekreasi.
Pembukaan semula Padang Merbok kini dilihat sebagai satu langkah positif ke arah mengembalikan fungsi asal ruang awam serta memperkukuhkan hubungan antara kerajaan dan rakyat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika mahu dibandingkan dengan model Perodua Axia transmisi automatik, perbezaan harga adalah seperti berikut iaitu Axia 1.0L AV : RM49,500, Axia 1.0L SE : RM44,000, Axia 1.0L X : RM40,000, Axia 1.0L G : RM38,600 dan terbaharu Axia 1.0L E : RM22,000.
Dengan ini, ia menjadikan Axia E sebagai model paling murah pernah diperkenalkan oleh Perodua sejak model sulungnya, Kancil, yang dilancarkan pada Ogos tahun 1994 dengan harga RM24,800.
Selain itu, ia juga sesuai untuk pemilik motosikal yang bercadang memiliki kenderaan baharu.
Untuk Axia E, terdapat tiga pilihan warna yang dtawarkan iaitu Ivory White, Glittering Silver dan warna baharu Granite Grey.
Berikut fakta ringkas mengenai Perodua Axia E:
Dikuasakan oleh enjin petrol 1.0L 3-silinder
Hanya ditawarkan dalam versi transmisi manual lima kelajuan
Ada Aircond, ada Power Steering, ada Power Window
Servis setiap 10,000 KM, Warranty 5 tahun
Spesifikasi paling asas, tiada ABS
Tempahan untuk Perodua Axia E dibuka mulai hari ini di semua ruang pameran Perodua di seluruh negara dengan 3,000 unit stok sedia ada.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Terbaru, Kamus Bahasa Inggeris Oxford (OED) mencuri perhatian warga internet apabila kemas kini terbarunya pada 24 Mac lalu memperkenalkan beberapa perkataan dan ungkapan yang berakar daripada penggunaan bahasa di Malaysia dan Singapura. Penambahan ini menunjukkan bagaimana bahasa Inggeris terus berkembang melalui pengaruh budaya dan percakapan harian masyarakat di rantau ini.
Antara istilah yang mendapat perhatian ialah “agak-agak”, yang digunakan untuk menggambarkan pendekatan memasak atau membuat sesuatu berdasarkan anggaran, bukannya sukatan yang tepat. Selain itu, ia mencerminkan cara kerja yang lebih intuitif, berasaskan pengalaman dan ‘rasa’ yang sering menjadi kebiasaan dalam budaya tempatan.
Turut tersenarai dalam kemas kini tersebut ialah hidangan popular seperti “assam laksa” dan “ice kacang” yang kini diiktiraf sebagai sebahagian daripada rujukan bahasa Inggeris global. Ini secara tidak langsung mengangkat makanan serantau sebagai elemen budaya yang semakin dikenali di peringkat antarabangsa.
Perkataan ‘agak-agak’ yang pernah mencuri perhatian orang ramai dalam sebuah video ketika Aunty Aini memasak bersama chef selebriti terkenal, Gordon Ramsay.
Di samping itu, perkataan “boleh” yang sering dikaitkan dengan semangat positif dan galakan, termasuk melalui slogan terkenal “Malaysia boleh!”, turut mendapat pengiktirafan untuk menunjukkan keupayaan, persetujuan atau dorongan dalam pelbagai konteks komunikasi harian.
Pada masa yang sama, perkataan “wayang” pula turut dimasukkan dengan maksud yang lebih luas berbanding asalnya. Jika dahulu ia merujuk kepada persembahan tradisional, kini ia juga digunakan secara santai bagi menggambarkan seseorang yang bersikap berlebihan, suka menunjuk atau tidak sepenuhnya jujur dalam tindakannya.
Tidak ketinggalan, istilah “kaypoh” yang berasal daripada bahasa Hokkien turut diiktiraf dalam OED. Perkataan ini merujuk kepada individu yang terlalu ingin tahu atau suka mencampuri urusan orang lain, namun dalam penggunaan harian ia sering digunakan secara ringan dan bersahaja dalam perbualan masyarakat Malaysia dan Singapura.
Kemas kini ini juga memperlihatkan evolusi bahasa melalui kemasukan istilah seperti “jialat”, “Mat Salleh” dan “degazette”, yang menggambarkan pelbagai situasi harian, identiti sosial serta istilah pentadbiran. Perubahan ini secara tidak langsung menunjukkan bagaimana bahasa terus berkembang seiring perubahan budaya dan kehidupan moden.
Secara keseluruhan, pengiktirafan ini membuktikan bahawa cara pertuturan di Malaysia dan Singapura bukan sahaja unik, tetapi juga memberi impak kepada perkembangan bahasa Inggeris global. Ia menjadi bukti bahawa bahasa bukan sesuatu yang statik, sebaliknya sentiasa hidup dan berubah mengikut masyarakat yang menggunakannya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!