Penjagaan organ intim bagi wanita bukan sesuatu perkara yang boleh dipandang remeh. Kawasan ini harus dijaga rapi kerana ia merupakan bahagian tubuh badan yang paling utama.
Oleh yang demikian, penting untuk korang mengetahui cara membersihkan alat kelamin bagi menjamin kebersihan dan kesihatan bahagian intin wanita.
Seorang doktor yang dikenali sebagai Aimi Rahaya AR telah pun berkongsi informasi tentang bagaimana penjagaan alat kelamin wanita dengan betul. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua.
Perkara yang tidak normal berlaku pada vagina
1. Lendir vagina biaa berlaku dan kebanyakkannya normal untuk wanita tersebut. Perubahan kepada kuantitinya juga boleh jadi normal berkait dengan perubahan hormon seperti dalam waktu tertentu kitaran haid, kehamilan dan menopaus. Sifatnya juga boleh berubah mengikut kitaran haid.
Namun, jika bertukar warna contohnya kepada warna hijau atau berbau busuk, ini adalah tidak normal.
2. Rasa gatal-gatal dan sakit pada alat kelamin, selalunya akan digaru, berdarah dan jadi sakit. Hal ini tidak normal. Ramai wanita mengalami simptom tersebut sebenarnya berpunca (selain jangkitan kuman) daripada ‘excessive genital hygiene’.
Ads
Mencuci secara berlebihan organ tersebut dengan menggunakan sabun pewangi, mandian buih, dan antiseptik sebenarnya boleh menyebabkan simptom ini berleluasa kerana dalam vagina ada banyak bakteria ‘baik’ yang melindungi vagina itu sendiri. Malah, kuantiti bakteria yang ada ini lebih banyak sebenarnya daripada mana-mana bahagian di dalam badan selepas di usus, dan tujuannya ialah perlindungan kepada vagina.
Gambar hiasan
Apa yang bakteria baik ini buat?
1. Numerical dominance – kuantiti bakteria baik ini melebihi bakteria lain (jahat) yang berpotensi menyebabkan jangkitan kuman.
2. Mengimbangkan tahap pH vagina (bersifat asidik) pada kadarnya, yang memastikan kesihatan vagina. Contohnya bakteria lactobacilli yang membantu vagina mengekalkan pH <4.5 yang menyekat pertumbuhan organisma lain.
3. Mengeluarkan bacteriocin (antibiotik semulajadi bakteria) yang mengurangkan atau membunuh bakteria lain yang mahu masuk ke dalam vagina.
Ads
4. Memastikan bakteria lain tidak boleh melekat pada dinding vagina. Jadi, jika kuantiti dan ekosistem vagina terganggu kerana ‘over-washing’ itu tadi, bakteria baik ini akan terganggu fungsinya, seterusnya membawa kepada risiko jangkitan dan radang.
Jika pH vagina meningkat, kuantiti dan fungsi lactobacilli akan menurun dan kehadiran bakteria lain boleh meningkat. Ini boleh menjejaskan faraj kepada jangkitan seperti bakteria vaginosis atau ‘thrush’ boleh berlaku.
Gambar hiasan
Cara memastikan kebersihan vagina tanpa over-doing it
1. Gunakan air bersih untuk mencuci vagina. Tidak perlu antiseptik atau basuhan feminin
Ads
2. Gunakan tangan apabila mencuci. Tidak perlu kain, kapas
3. Jangan ‘douching’ iaitu mencuci ruang vagina dengan memasukkan jari. Korang akan memusnahkan ekosistem semula jadi vagina dan boleh mengubah pH, akibatnya jangkitan lebih mudah terjadi
4. Selepas mandi, gunakan tuala bersih dan ‘pat gently’ untuk mengeringkan alat kelamin daripada luar
5. Digalakkan pakai seluar dalam daripada kain kapas
6. Buat senaman lantai pelvis bagi menguatkannya. Ia membantu kesan jangka masa panjang untuk mengelakkan masalah pembuangan air kencing seperti urinary incontinence dan organ peranakan jatuh
Selepas ini, kaum wanita perlu lebih alert dalam memastikan penjagaan alat kelamin adalah betul.
Aktres jelita, Datin Intan Najuwa mendedahkan cara unik yang diamalkannya untuk mengekalkan kulit wajah yang cantik, iaitu dengan merendam mukanya dalam ais setiap pagi.
Selain itu, pelakon berusia 29 tahun itu juga mengamalkan rutin pemakanan sihat bagi menjaga kesihatan kulitnya.
Menurutnya, rutin tersebut sudah menjadi amalan hariannya, di samping penggunaan produk kecantikan seperti ‘face mask’ dan ‘eye mask’.
“Setiap pagi saya akan rendam muka dalam ais. Saya juga rajin memakai ‘face mask’ dan ‘eye mask’.
“Kemudian minum saja jus saderi setiap hari kalau malas nak lakukan rutin rawatan penjagaan wajah. Memang dijamin kulit akan licin,” kongsinya menerusi Instastory.
Di samping itu, Intan turut memberitahu bahawa dia akan kembali aktif dalam dunia lakonan setelah sembuh sepenuhnya daripada proses pemulihan selepas melahirkan bayi sulungnya pada Disember lalu.
Sekadar info, Intan mendirikan rumah tangga bersama Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos 2023.
Hasil perkongsian hidup, pasangan tersebut dikurniakan seorang puteri yang diberi nama Imane Lunara, pada 15 Disember lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Intan Najuwa
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dunia ratu cantik dan gadis berhijab bukanlah satu perkara yang sinonim. Namun zaman sudah berubah dan gadis berhijab juga membuktikan bahawa sehelai selendang yang menutup kepala bukan penghalang untuk berdiri sama tinggi dengan yang lain. Malahan hijab menjadi sumber kekuatan disamping memenuhi tuntutan agama.
Terbaru, Shatu Garko,18, telah dinobatkan sebagai Miss Nigeria ke-44 pada 17 Disember 2021 menyaksikan dia sebagai gadis Muslim berhijab pertama memegang gelaran tersebut sepanjang 65 tahun sejarah pertandingan itu.
Kredit foto: Instagram Shatu Garko
Sejurus kemenangannya, gadis ini tidak menyangka yang dia mampu untuk bergelar juara. “Memenangi pertandingan ini merupakan satu perkara yang sangat bermakna buat saya. Seumur hidup saya selalu berangan untuk bergelar Miss Nigeria. Saya berterima kasih kepada penganjur dan juga penaja pertandingan ini,” jawabnya apabila ditemubual oleh wartawan Nigerian Tribune.
Berikutan kemenangannya, Shatu menerima wang tunai bernilai Nigerian Naira 10 juta ataupun bersamaan RM101’492.03, sebuah apartment mewah, sebuah kereta dan juga tugas sebagai duta.
Kredit foto: Instagram Shatu GarkoKredit foto: Instagram Shatu Garko
Berkongsi cerita tentang pembabitannya dalam dunia ratu cantik, gadis manis ini pada mulanya skeptikal dan agak gementar untuk bertanding memandangkan dia berhijab. Berkongsi cerita kepada Sahara Reporters, ujarnya, “Saya risau mereka tidak memilih saya kerana saya berhijab. Kebanyakan gadis di pertandingan ratu cantik harus mengenakan pakaian mandi atau bikini. Saya menghantar borang penyertaan sekadar mencuba nasib.”
Walaupun memegang gelaran Miss Nigeria, Shatu tidak akan mewakili negaranya di dalam mana-mana pertandingan peringkat antarabangsa. Miss Nigeria kini merupakan sebuah organisasi pertandingan ratu cantik yang bertujuan menganugerahkan biasiswa kepada para pemenang untuk menyambung pelajaran di samping akan bekerja bersama organisasi tersebut sepanjang memegang gelaran.
Pertandingan yang menghantar wakil ke Miss Universe dan Miss World dari Nigeria adalah anjuran Most Beautiful Girl in Nigeria (MBGN). Organisasi ini adalah pemegang lesen kepada dua pertandingan itu dan ia berbeza dari pertandingan Miss Nigeria.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam sesebuah pertandingan ratu cantik, segmen kostum nasional merupakan segmen yang menjadi perhatian ramai. Apatah lagi, menerusi segmen ini peserta boleh mempamerkan rekaan yang diinspirasikan daripada indentiti negara mereka.
Terbaharu, Yayasan Puteri Indonesia telah mempersembahkan kostum nasional yang akan digayakan oleh Adinda Creisheilla selaku Miss Supranational Indonesia 2022 yang akan bertanding di peringkat antarabangsa pada 15 Julai akan datang.
Adinda yang merupakan pemenang tempat ketiga pertandingan Puteri Indonesia 2022 telah diberikan gelaran Puteri Indonesia Pariwisata yang mana menerusi gelaran ini, dia secara automatik menjabat gelaran sebagai Miss Supranational Indonesia.
Memberi kejutan kepada pencinta dunia ratu cantik, Adinda tampil anggun dalam persalinan kostum nasional yang penuh dengan cantuman rangkaian bunga dengan warna merah jambu menjadi dasar kepada keseluruhan rekaaan.
Kostum Nasional wakil Indonesia ini menyerlahkan aura grandeur sekaligus membawa suntikan kemewahan dan kekayaan alam semulajadi Indonesia. Diberi nama Puspa Kusuma Negara atau The Exquisite of Indonesia Flower, kostum nasional ini merupakan hasil rekaan rumah fesyen Naranaia.
Kostum tersebut diilhamkan oleh keindahan bunga negeri di Indonesia iaitu bunga Melati sebagai bunga kebangsaan, bunga Orkid Bulan sebagai lambang pesona, dan bunga rafflesia yang merupakan bunga terpelihara.
Ada kisah menarik di sebalik penghasilan kostum ini. Seperti yang kita tahu Puteri Indonesia baru sahaja melabuhkan tirai, jadi pereka fesyen hanya memiliki masa yang singkat untuk membuat kostum nasional ini agar boleh di pakai Adinda di pentas Miss Supranational yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Dalam satu hantaran di Instagram Naranaia, mereka menyiapkan kostum ini dalam masa hanya 10 hari.
Setakat ini wakil Indonesia sudah tujuh kali berjaya bergelar semi-finalis di pentas Miss Supranational. Pencapaian tertinggi adalah menerusi perwakilan Jesica Fitriana pada tahun 2019 apabila dia berjaya memenangi tempat ketiga.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hidangan tradisional Malaysia, nasi kerabu sekali lagi membuktikan keistimewaannya apabila berjaya mencuri perhatian penduduk di London yang cukup menggemari sajian tersebut.
Menerusi perkongsian video di...