Berita terbaru dari Jabatan Pengangkutan Jalan bahawa seramai 84,974 pesalah jalan raya bakal disenaraihitamkan dari rekod JPJ akibat kegagalan membayar saman kesalahan dirakam melalui Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) sejak 1 September tahun lalu.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, sejak pengambilalihan sistem AWAS daripada pihak swasta pada 1 September tahun lalu, JPJ sudah mengeluarkan jumlah keseluruhan saman sebanyak 95,850 kes sehingga 31 Disember 2018.
Menurutnya, daripada keseluruhan jumlah itu, hanya 10,876 bilangan saman dibayar oleh pesalah trafik, manakala selebihnya dibawa ke mahkamah atau telah disenaraihitamkan gara-gara sudah menerima waran tangkap daripada pihak mahkamah.
“Bilangan pesalah trafik di bawah kesalahan kamera AWAS disahkan sudah disenaraihitamkan sehingga kini adalah 28,500 susulan waran tangkap dikeluarkan ke atas mereka setelah gagal hadir perbicaraan di mahkamah.
“Setiap pesalah trafik di bawah sistem kamera AWAS diberi tempoh 60 hari untuk melunaskan pembayaran saman diterima dan JPJ tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas mendakwa mereka di mahkamah termasuk menyenaraihitamkan mereka dari rekod jabatan sekiranya gagal menyelesaikannya mengikut tempoh masa diberikan,” katanya pada sidang media majlis perasmian Stesen JPJ di Hentian Rehat dan Rawat(R&R) Gunong Semanggol Arah Selatan dekat sini hari ini.
Shaharuddin(tiga kanan) bersama Azman (dua kiri) menyempurnakan perasmian Stesen JPJ baharu di Hentian R&R Gunong Semanggol arah selatan, Bagan Serai pagi tadi. Gambar SINAR HARIAN
Turut hadir Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Datuk Azman Ismail, Timbalan Pengarah Penguatkuasaan JPJ, Datuk Ahmad Nasir Ab Gani dan Pengarah JPJ Perak, Mohd Zawawi Zakaria.
Shaharuddin berkata, sehingga kini, sebanyak 45 kamera AWAS sudah dipasang di seluruh negara dengan 17 daripadanya diletakkan di kawasan lebuhraya.
Menurutnya, kesemua kamera AWAS dipasang di kawasan lebuhraya akan merekodkan kesalahan pesalah trafik yang memandu melebihi had kelajuan 110 kilometer sejam sahaja.
Ads
“Sebelum kini, kita sudah mengalihkan tiga kamera AWAS yang merekodkan kesalahan kelajuan trafik melebihi 90 kilometer sejam.
“Bagaimanapun, sebanyak empat kamera AWAS yang menetapkan had kelajuan tidak melebihi 80 kilometer sejam dijangka akan dipasang JPJ di sepanjang laluan Terowong Menora memandangkan kawasan itu dikategorikan kerap berlaku kemalangan.
“JPJ masih dalam proses kajian dan perbincangan dengan PLUS dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) bagi menentukan kesesuaian lokasi pemasangan kamera AWAS melibatkan dua unit di arah utara dan dua lagi di arah selatan,” katanya.
Shaharuddin(tengah) menyempurnakan majlis menandatangani plak perasmian pembukaan Stesen JPJ baharu di Hentian R&R Gunong Semanggol arah selatan pagi tadi. Gambar SINAR HARIAN.
Shaharuddin berkata, pemasangan empat unit kamera AWAS di laluan Terowong Menora itu dijangka akan dilaksanakan pada tahun ini.
Menurutnya, JPJ sekali lagi ingin menekankan objektif pemasangan kamera AWAS adalah bagi mendidik pengguna jalan raya agar memandu kenderaan secara berhemah di samping mengurangkan risiko kemalangan.
Ads
“Sehubungan itu, mana-mana pemandu kenderaan melakukan kesalahan dirakam melalui kamera AWAS pada atau selepas 1 September 2018 dan telah menerima notis saman namun tidak menyelesaikan kompaun ditawarkan dalam tempoh yang ditetapkan, maka mereka diminta menyelesaikan segera bagi mengelakkan disenaraihitamkan dari rekod JPJ dan menerima waran tangkap.
“Oleh demikian, semua pesalah trafik dinasihatkan menyemak status saman mereka di mana-mana pejabat JPJ berhampiran atau di portal JPJ dan sekatan senarai hitam ini akan dilepaskan apabila pesalah kamera AWAS menyelesaikan kesnya secara membayar kompaun di mana-mana pejabat JPJ atau membayar denda di mahkamah,”katanya. SUMBER : SINAR HARIAN
Bagaimana nak tahu jika kenderaan kita disenarai hitamkan?
Apa yang korang perlu buat hanyalah pergi ke laman web rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan.
So secara automatik bila korang pilih saman tu akan keluar semakan saman JPJ dan AES. Dekat pilihan carian tu, korang pilih la no kad pengenalan dan no kenderaan. Boleh pilih ikut kategori korang nak. Masa yang sama, jangan isi kata laluannya tu ya.
Lepas masuk kad pengenalan dan no plat kenderaan, kalau korang tak ada saman, dia akan tulis TIADA SENARAI HITAM ya. So good luck tau sebab kalau kenderaan disenarai hitam, adalah menjadi satu kesalahan memandu kenderaan tanpa cukai jalan yang sah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bantuan Sara Hidup 2019 orang bujang akan diberi hujung Mac ini!
Tak tahulah nak menangis ke nak melompat dengar bantuan diberikan ini.
Korang yang bujang rasa bagaimana? Lompat ke menangis? Hikz.
Semalam Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan Bantuan Sara Hidup 2019 untuk orang bujang akan diberikan sebanyak RM100 pada penghujung Mac ini.
Memetik Kosmo, Menterinya, Lim Guan Eng berkata, bayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima dan bantuan berkenaan memberi manfaat kepada lebih tiga juta individu dengan peruntukan sebanyak RM300 juta.
Menurutnya, berhubung dengan bayaran selanjutnya, kadar bantuan BSH bagi 2019 untuk golongan bujang akan dikaji semula dan dibentangkan kepada Jemaah Menteri sebelum ianya dimuktamadkan.
“Berdasarkan keputusan Kabinet pada tahun lalu, kerajaan telah menyediakan BSH pada tahun ini dengan mengutamakan keluarga dan telah menyediakan kadar tambahan mengikut bilangan anak di bawah tanggungan.
“Namun begitu, Perdana Menteri telah menekankan bahawa isu tekanan kos sara hidup perlu diberi perhatian bagi semua yang berkeperluan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan.
Bantuan sara hidup untuk orang bujang memang agak kurang kerana kerajaan mengutamakan yang berkeluarga dahulu.
Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH), Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah menyarankan supaya turut dibantu anak muda yang belum berkahwin dan bekerja tetapi berpendapatan kecil.
Menurutnya, lantaran saranan tersebut, kerajaan telah memutuskan akan membuat bayaran sebanyak RM100 sebagai permulaan kepada setiap individu yang terdaftar di bawah kategori bujang dalam pangkalan data BSH 2018.
Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada bsh@treasury.gov.my jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut.
Hokay, jom lompat sampai langit sebab dapat duit hikz. Gambar hiasan
Saja nak bagi tahu tapi korang rilek-rilek la baca ya.
Bantuan RM100 tu kalau kita bahagikan selama setahun iaitu 365 hari, bersamaan sehari jumlah RM0.27 sen. Kalau ambil penggenapan yang kita belajar masa sekolah dulu, jadilah RM0.25 sen.
Apo boleh beli ya?. Teh ais kaw pun dah RM3.00 satu cup. Air suam boleh dapat barangkali. Saja nak bagitahu, budak sekolah pun dapat bantuan persekolahan RM100, hikz!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Situasi ini mirip dengan apa yang berlaku dengan kejadian program separuh akhir Muzik-Muzik, dua minggu lalu.
Wakil daripada agensi hiburan K-pop iaitu TOP Media telah mengesahkan desas-desus mengenai seorang artis mereka yang disahkan positif Covid-19.
Mangsa tersebut dikenal pasti sebagai Bitto yang merupakan ahli kumpulan UP10TION.
Sumber: XENews.Net
Dalam kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi, wakilnya berkata Bitto mungkin sekali dijangkiti pada 29 November (semalam) selepas diberitahu mempunyai kontak rapat dengan persekitaran yang mempunyai kes. Dia terus dibawa untuk melakukan ujian dan ia disahkan positif pada pagi tadi.
“Artis, staf dan pekerja di agensi kami yang telah berhubung dengan Bitto kini akan menjalani ujian Covid-19 dan kami ambil keputusan untuk kuarantinkan semua pihak di agensi mengikut arahan pegawai kesihatan.
“Kesemua aktiviti UP10TION yang telah dirancang juga telah dibatalkan. Kami memohon maaf kepada wakil penyiaran dan staf terlibat setelah (Bitto) ada di situ tanpa mengetahui dia telah berhubung rapat dengan pihak yang disahkan positif.”
Sumber: KPop Map
Untuk pengetahuan, UP10TION telah terlibat dalam jadual penggambaran program Show! Music Core, Sabtu lalu dan program Inkigayo, hari ini.
Setelah Bitto disahkan positif Covid-19, SM Entertainment mengumumkan ahli kumpulan AESPA dan NCT yang ada di tempat kejadian juga akan melakukan ujian.
Selain SM, beberapa lagi agensi akan meminta artis mereka melakukan ujian termasuklah JYP (SYRAY KIDS), FNC Entertainment (Chani dari SF9 dan CNBLUE), CUBE Entertainment (BTOB), Yuehua Entertainment (WOODZ), Woollim Entertainment (DRIPPIN).
Turut mengesahkan akan menjalani ujian Covid-19 ialah mengacara program Inkigayo iaitu Naeun (April), Minhyuk (MONSTA X) dan Jaehyun (NCT).
*
Kalau korang masih ingat, kejadian mirip ini telah berlaku kepada artis dan kru program separuh akhir Muzik-Muzik dari 20 – 23 November lalu setelah salah seorang pesertanya, Alif Satar disahkan positif Covid-19
Setelah 14 bulan menabur bakti kepada rakyat Malaysia, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) 2.0 akhirnya bakal melabuhkan tirai operasinya pada 8 Februari ini.
Terdahulu, kewujudan PKRC MAEPS 2.0 ini adalah merupakan salah satu langkah proaktif KKM bagi memastikan kesiapsiagaan hospital menangani virus COVID-19 sentiasa berada di tahap optimum. Bilangan katil terus dipertingkatkan sejak akhir tahun 2020, di mana wabak pandemik ini semakin menular di negara kita.
Menurut BERNAMA, sepanjang tempoh itu, PKRC MAEPS 2.0 telah merawat kira-kira 166,072 pesakit COVID-19 kategori satu hingga empat. Tinjauan mendapati tiada lagi pesakit, semua kawasan telah pun dinyahkuman dan proses kemas serta pindah sedang giat dijalankan. Kumpulan terakhir pesakit COVID-19 yang menerima rawatan di PKRC itu juga sudah dibenarkan keluar pada 30 Januari lepas.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua petugas barisan hadapan dan orang kuat di PKRC MAEPS 2.0 yang terdiri daripada pasukan perubatan, sokongan, teknikal, penyelarasan, pentadbiran, keselamatan, sanitasi dan katering.
Rata-rata rakyat Malaysia juga tidak ketinggalan mengucapkan terima kasih, malah ada yang berkongsi pengalaman kerana mereka juga pernah ditempatkan di pusat kuarantin ini.
Semoga negara kita tidak lagi memerlukan PKRC mega ini dan marilah sama-sama kita berdoa agar penularan wabak COVID-19 ini dapat diatasi dengan segera.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.