Siapa sahaja tidak kenal dengan ikon perfileman, Tan Sri Michelle Yeoh. Ketangkasan beliau dalam melakukan adegan aksi semestinya mencuri perhatian setiap penonton.
Dan sebaik sahaja nama beliau disebut sebagai pemenang pelakon wanita terbaik di acara Oscar ke-95, bergema satu Malaysia dengan sorakan kegembiraan.
Menurut laporan dari Awani, dikhabarkan bahawa pelakon kelahiran Ipoh itu akan kembali ke Malaysia untuk bertemu peminatnya dalam masa dua minggu lagi.
Ads
Dikatakan bahawa Yeoh akan bertemu peminatnya di acara karpet merah di Centre Court, Pavilion Kuala Lumpur pada 18 April jam 5.30 petang.
Sesi ramah mesra itu turut dibuka kepada orang ramai dan tiada pendaftaran awal diperlukan.
Menurut pihak Pavilion, satu sidang media akan berlangsung sebelum sesi ramah mesra berkenaan.
Ads
Di samping itu, Yeoh juga dijadualkan akan menghadiri majlis konsert makan malam tertutup pada malam yang sama untuk meraikan hari lahir ibunya, Datin Janet Yeoh.
Sekadar informasi tambahan, beliau merupakan pelakon pertama dari Asia yang memenangi anugerah berprestij itu. Tambahan lagi, beliau turut diangkat sebagai pelakon wanita terbaik bagi anugerah Golden Globe dan Screen Actors Guild.
Selain dianugerah filem terbaik, Everything Everywhere All at Once turut memenangi kategori pengarah terbaik, pelakon pembantu wanita dan lelaki terbaik, lakon layar asal terbaik, dan suntingan terbaik.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO:
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi penggemar alam semulajadi, mahu lakukan aktiviti sihat, hujung minggu ini bersambung dengan cuti sehingga Isnin, boleh try mendaki Gunung Pulai yang terletak di Baling, Kedah.
Apa yang bestnya tentang Gunung Pulai ini berbanding di tempat lain? Di gunung ini mengandungi lebih dari 15 gua boleh diterokai dalam tempoh sehari berjalan.Jika korang sukakan alam semulajadi, kajian yang dilakukan oleh Mineral dan Geosains mengakui batu-batu yang terbentuk dalam gua ini usianya di antara 450 juta-550 juta tahun lamanya. Wow, memang cantik bentuknya! Ada sesetengah batu yang ditemui tidak pernah dilihat ditempat lain tetapi ada di Gunung Pulai ini.
Inilah Gunung Pulai di Baling Kedah
Ini pemandangan awal pagi yang dapat dilihat dari puncak Gunung Pulai setinggi 620 meter
Okay, ada kemudahan titi dalam gua bagi memudahkan penerokaan dilakukan
Bukan itu saja, kajian dari Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Negeri Kedah yang dipengerusikan oleh Dato Dr Haji Wan Shamsuddin bin Mohd Yusof mengesahkan di lokasi ini terdapat lebih 20 kubur lama berusia ratusan tahun termasuk satu darinya adalah milik seorang Syahbandar (di salah satu kubur ini tertera tulisan tahun 996 yakni semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah 11 (1804-1845).
Mengikut sejarah negara, peranan Syahbandar kerjayanya menguruskan pelabuhan suatu ketika dahulu selain menguruskan cukai, menguatkuasakan keluar masuk kapal selain menguruskan gudang suatu masa dahulu.
Baru-baru ini, Persatuan Alam Sekitar Gunung Pulai telah meneroka gunung ini. Menurut seorang darinya, Roshazliza Abdul Razak di gunung ini terdapat birut tinggalan zaman British di lokasi ini.
Beberapa cabang sungai mengalir jernih dalam gua ini. Hidupan seperti ikan tengas, sebarau, udang, kura-kura, cicak tokek, katak bersaiz besar dan pelbagai hidupan lain. Puluhan ribu kelawar akan menyambut “tetamu” yang datang. Bagi yang sukakan “misteri” mengikut cerita penduduk kampung, terdapat seekor ular putih sebesar ular tedung selar tapi ia tidak mematuk. Sebaliknya ular ini akan mati apabila terkena matahari.
Stalaktit yang terbentuk 450juta-550juta tahun lamanya
Berbagai bentuk seperti gajah dan lain-lain akibat titisan air dalam gua ini
Batu stalaktik yang sudah berusia jutaan tahun
Lebih menyeronokkan, batu-batu stalaktik membentuk binatang seperti gajah, kambing, kerusi permaisuri, katil diraja, gong, burung, tempat berucap dan lain-lain lagi akibat penitisan air selama ratusan juta tahun sekaligus menjadikan Gunung Pulai mencipta kisahnya yang berbeda berbanding gunung lain di negara ini.
Tambah Roshazliza lagi, semasa penerokaan gua yang dilakukan bersama dengan Jabatan Warisan Negeri Kedah, mereka turut menemui Titi Besi Syahbandar termasuk sebuah surau tanpa paku yang masih boleh dilihat utuh di lokasi ini. Jarak surau berkenaan dari permukukaan gua hanyalah 10 kaki, terletak berdekatan dengan makam Syahbandar.
“Kami turut menyaksikan sungai-sungai yang amat jernih airnya sekalipun musim kemarau. Boleh nampak kehijauan airnya dengan dipenuhi ikan-ikan yang belum terusik,” kata Roshazliza yang memaklumkan, sungai-sungai ini memiliki kelebaran 7kaki lebar dengan kedalaman 5-6 kaki paras airnya.
“Amat sesuai untuk aktiviti riadah selain boleh berkelah, mandi-manda, menahan pukat, menjala, memancing, menyelam, menembak ikan di waktu malam dan macam-macam lagi. Semua pengalaman adalah sama seperti dilalui oleh orang zaman dahulu,”katanya memaklumkan penduduk berhampiran akan menahan “candik” iaitu sejenis alat menahan ikan yang akan dilakukan pada setiap bulan Disember.
Inilah makam Syahbandar berusia ratusan tahun. Di batu nesan tertulis 996. Batu ini juga hidup dan semakin membesar hari ke hariIni aktiviti boleh dilakukan di Gunung Pulai, terjun tirukBirut yang ditinggalkan dari zaman British dulu
Aktiviti mendaki Gunung Pulai oleh Persatuan Alam Warisan Gunung Pulai, Baling
Bukan saja, pendaki dan penerokaan gua akan dapat menyaksikan flora dan fauna lebh dari 250 spesis pokok hiasan dan perubatan.
“Begitu juga kehadiran burung seperti Enggang, Mawas, Tupai, Nandong, Burung Helang dan banyak lagi. Jika cuaca baik, kita akan dapat melihat ke beberapa daerah seperti Keroh, Perak, Kulim, Gunung Gerai Kedah selain Bukit Mertajam Pulau Pinang.
Jelas Roshazaliza lagi, Gunung Pulai bukan saja indah tetapi cukup bernilai dari sudut artifak dan sejarah ketamadunan negara.
“Kami mengharapkan gunung ini menjadi salah satu lokasi pelancongan dalam dan luar negara. Malah para pengkaji sejarah juga dialu-alukan kerana gunung ini belum diterokai sepenuhnya,” katanya memaklumkan, di luar Gunung Pulai ini ada dijual laksa dan bihun sup oleh penduduk tempatan. Bukan saja rasanya enak tetapi boleh menikmati pemandangan sawah padi dan duduk di tepi sungai yang jernih airnya sambil menikmati hidangan lazat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dapat bayangkan selebriti Korea menyebut, “Oh Mak Kau” ?
Ia sebenarnya adalah sebahagian daripada video promosi saluran atas talian, Netflix untuk mempromosikan K-drama terbaru mereka, Vagabond kepada penonton di Malaysia.
Sebelum ini, pelakon Hollywood Neoh Centineo dan Odiseas Georgiadis pernah melakukan video berkonsep seakan sama untuk mempromosikan filem The Perfect Date. Kali ini, tiba giliran pelakon Korea Selatan pula.
Pasangan serasi, Bae Suzy dan Lee Seung-gi yang merupakan teraju utama drama Vagabond diminta untuk meneka maksud beberapa slang percakapan berbahasa Malaysia.
“Jom tengok siapa yang dapat pelajari Bahasa Malaysia dengan lebih pantas!” kata Seung-gi sebelum bermula.
Antaranya slang yang perlu mereka teka maksudnya termasuklah ‘Oh Mak Kau’, ‘Alamak’, ‘Fuyoh’, ‘Power’ dan ‘Member’.
Kami ingatkan game seperti ini mudah untuk Suzy dan Seung-gi memandangkan mereka agak familiar dengan peminat di rantau ASEAN. Tetapi tidak! Hehe..
Ada jawapan yang mereka dapat agak, ada yang tersasar.
Cer tengok video yang dikongsikan oleh Netflix Malaysia di bawah. Serius comel!