Personaliti popular, Azrinaz Mazhar Hakim merupakan figura yang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Dia dahulunya terkenal dek kredibilitinya sebagai wartawan penyiaran dan juga pembaca berita TV3. Kemudian mengundurkan diri dari lensa kamera, dia berkahwin dengan Sultan Hassanal Bolkiah. Perkahwinan tersebut dikurniakan dua cahaya mata.

Anak sulungnya Pengiran Muda Abdul Wakeel dilahirkan pada 1 Jun 2006 manakala anak keduanya, Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah pula dilahirkan pada 28 Januari 2008. Selepas bercerai, kedua-dua anaknya kekal menetap di Brunei bersama bekas suaminya.

Terbaru, Azrinaz telah memuat naik gambar terkini anak sulungnya, Pengiran Muda Abdul Wakeel di ruangan Instagram. Terserlah ketampanan putera raja yang menginjak usia 16 tahun dalam gambar tersebut, hantaran itu disertakan dengan kapsyen, “Son of my life.”

IKLAN

Menuai pujian ramai, foto tersebut telah menerima lebih 22 ribu tanda suka saat artikel ini ditulis. Dengan rambut yang tersusun rapi dan wajah cerah mulus, ramai warganet berkongsi pandangan mengatakan yang Pengiran Muda Abdul Wakeel mewarisi raut wajah ibunya.

Sedikit latar tentang Pengiran Abdul Wakeel, baginda kini merupakan pelajar di Sekolah Antarabangsa Jerudong. Sekolah ini menawarkan pendidikan yang berasaskan kurikulum pembelajaran British. Kini gelaran rasmi untuk baginda ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.

IKLAN

Sekadar info, Azrinaz Mazhar Hakim kini telah berkahwin dengan pilihan hatinya, Fairos Khan Abdul Hamid pada 2018.  Mereka telah dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mencecah Usia 15 Tahun, Kekacakan Pengiran Muda Abdul Wakeel Tarik Perhatian

IKLAN

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Azrinaz Mazhar Hakim

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI