Umum mengetahui bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim pernah bergelar suri Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah pada tahun 2005 sebelum bercerai pada tahun 2010.
Menerusi perkahwinan tersebut pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata yang diberi nama Pengiran Muda Abdul Wakeel yang lahir pada tahun 2006 dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah yang kemudiannya lahir pada tahun 2008.
Bersama adinda, Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.
Sebagai waris kepada Sultan, Pengiran Muda Abdul Wakeel dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah dibesarkan di Istana Nurul Iman, Brunei Darussalam.
Ads
Berbual bersama kekanda, Pengiran Muda Abdul Mateen (Baju Putih)
Baru-baru menerusi satu hantaran di laman Instagram Brunei Royal Family sempena acara Charity Polo 2021, gambar yang menampilkan Pengiran Muda Abdul Wakeel menjadi perhatian warganet apabila gambar tersebut jelas memancarkan sisi kedewasaan putera Brunei tersebut.
Perbezaan penampilan dan imej Pengiran Muda Abdul wakil dahulu dan sekarang.
Ramai yang memuji penampilannya yang semakin dewasa dan kacak sesuai dengan statusnya sebagai seorang putera. Tidak Kurang juga ada yang menyatakan baginda bakal menjadi the next Prince Mateen, iaitu kekanda baginda yang selama ini terkenal kerana kekacakannya.
Dalam dunia media sosial yang sering dipenuhi drama dan kontroversi, sesekali muncul satu kisah yang membuatkan ramai berhenti scroll seketika. Bukan kerana sensasi, tetapi kerana kejujuran dan usaha yang dipamerkan.
Kisah wanita kerja mengemas ini mula mencuri perhatian apabila satu thread ringkas yang dimuat naik di Threads menjadi viral.
Wanita yang dikenali sebagai hirememaybeeee berkongsi secara terbuka tentang situasi kewangannya serta keperluan untuk mengumpul RM4,000 dalam tempoh tiga minggu bagi melunaskan komitmen peribadi.
Apa yang membezakan kisah ini dengan perkongsian lain ialah pendekatannya yang jujur dan berprinsip.
Dia tidak meminta simpati, tidak membuka ruang untuk pinjaman, dan langsung tidak bercadang untuk berhutang.
View on Threads
Pilih Kerja Keras Daripada Berhutang
Dalam satu ayat yang ringkas tetapi kuat maknanya, dia menulis:
“Tak plan nak pinjam atau berhutang. Saya okay je untuk kerja apa yang ada.”
Ayat tersebut menjadi simbol kepada pendirian yang dipegangnya. Dalam keadaan ramai memilih jalan mudah dengan membuat pinjaman, wanita ini memilih untuk bekerja menggunakan kudrat sendiri.
Tanpa berlengah, dia mula menawarkan servis mengemas rumah, khususnya di sekitar Shah Alam. Setiap hari, dia mempromosikan khidmatnya di Threads dengan konsisten, walaupun pada peringkat awal, tempahan yang diterima hanyalah sedikit.
Rezeki Datang Bersama Keikhlasan
Walaupun kerja mengemas memerlukan tenaga fizikal yang tinggi, dia tetap meneruskannya tanpa mengeluh.
Dalam satu perkongsian, dia menceritakan pengalaman membersihkan sebuah dapur yang meninggalkan kesan mendalam.
Bukan sahaja menerima nasihat yang membina untuk memperbaiki cara kerja, malah pelanggan tersebut membayarnya dua kali ganda daripada kadar yang dipersetujui. Momen itu membuatkan kisah wanita kerja mengemas ini semakin menyentuh hati ramai.
Baginya, bayaran tambahan itu bukan sekadar rezeki, tetapi penghargaan terhadap usaha dan kejujuran yang ditunjukkan. Ia juga menjadi suntikan semangat untuk terus berusaha.
Kerja kerasnya bukan bersifat sementara. Bermula 31 Disember, dia mengemas tujuh buah rumah dalam tempoh enam hari berturut-turut tanpa henti.
Jadual yang padat itu menguji kekuatan fizikal dan mental.
Walaupun sempat berseloroh mengatakan belakangnya “dah nak patah”, dia mengakui masih menikmati proses tersebut. Penat memang terasa, tetapi kepuasan bekerja dengan hasil sendiri membuatkan segalanya berbaloi.
Kisah ini jelas menunjukkan bahawa kerja fizikal juga mampu memberi pulangan bermakna jika dilakukan dengan konsisten dan bersungguh-sungguh.
View on Threads
Sasaran RM4,000 Akhirnya Berjaya Dicapai
Kemuncak kepada perjalanan ini tiba pada 15 Januari. Dalam satu kemas kini terbaru, dia memaklumkan bahawa sasaran RM4,000 yang diusahakan akhirnya berjaya dikumpulkan.
Perkongsian tersebut disambut dengan ucapan tahniah dan rasa bangga daripada netizen yang mengikuti perjalanannya sejak awal. Ramai merasakan kejayaan itu seolah-olah dicapai bersama.
Sokongan Netizen Jadi Pembakar Semangat
Dalam ucap terima kasihnya, dia mengakui ada hari-hari yang sangat meletihkan, malah hampir berputus asa. Namun sokongan dan kata-kata semangat daripada orang ramai membuatkan dia terus kuat.
Membaca komen-komen positif dan doa daripada netizen menjadikan penat itu seakan hilang. Kisah wanita kerja mengemas ini membuktikan bahawa sokongan komuniti digital mampu memberi kesan besar dalam kehidupan seseorang.
Kisah ini menerima pujian meluas kerana keberaniannya memilih jalan bekerja keras tanpa berhutang. Ramai melihatnya sebagai contoh realistik bahawa usaha jujur masih mempunyai tempat dalam dunia hari ini.
Dalam dunia yang sering meraikan jalan pintas dan hasil segera, kisah wanita kerja mengemas ini menjadi peringatan yang kuat rezeki yang datang daripada usaha sendiri selalunya lebih bermakna.
Sumber : Thread Hirememaybeeee
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ekzema adalah sejenis keadaan kulit yang menyebabkan kegatalan dan keradangan kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah, malah kadangkala kelihatan seperti kulit melecur yang berair.
Ha, dengar pun dah seram kan? Apa lagi bagi mereka yang merasai sendiri penderitaan menanggung masalah ekzema ini. Biasanya, ia berlaku di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut.
Kebanyakan pesakit boleh menguruskan penyakit ekzema dengan rawatan perubatan dan dengan mengelakkan aktiviti atau perbuatan yang akan menyebabkan kerengsaan.
Ada beberapa jenis makanan yang boleh dielakkan sekiranya pesakit tidak mahu ekzema menjadi lebih teruk. Jangan tak tahu, sayur dan buah juga boleh mendatangkan bahaya untuk pesakit ekzema.
Mungkin ramai yang menganggap sayur dan buah-buahan adalah makanan terbaik untuk kesihatan. Namun menurut seorang pesakit ekzema yang dikenali sebagai Mizhana Padzi, ada beberapa sayur dan buah yang boleh dihindari oleh pesakit sekiranya mahu cepat pulih.
Berikut adalah senarai sayur dan buah yang bahaya untuk ekzema.
Brokoli yang menyihatkan ini harus dielakkan kerana ia mengandungi MSG dan sulfites yang sangat sensitif untuk usus penderita ekzema. Kalau makan, samada ekzema teruk atau lambat baik.
Tinggi dengan GMO dan alkaloid serta solanine yang menyebabkan keradangan kulit bertambah parah. Jika radang ekzema semakin pulih, tidak ada masalah untuk makan sayuran ini.
Seperti aprikot kering, kismis, buah tin atau prune, walaupun baik untuk kesihatan tetapi kalau korang ada ekzema elakkan kerana ia tinggi gula dan tinggi sulfites sekitar 500 ke 2, 500, lebih tinggi dari arak dan sulfites dalam buah-buahan kering ini boleh menyebabkan ekzema gatal dan radang.
Ha, mungkin ada yang baru tahu bukan? Selama ini kita ingat sayur dan buah-buahan memang baik untuk dimakan. Sekiranya korang mempunyai masalah ekzema, cuba elak ambil sayuran dan buah-buahan di atas okay?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Disebabkan musim pandemik sepanjang tahun 2020 dan 2021, lama sungguh rasanya kita tidak mendengar mengenai acara Jualan Gudang Karangkraf yang selalu menjadi lokasi rebutan pencinta buku tempatan untuk mendapatkan pelbagai genre bahan bacaan berkualiti.
Iyalah, dekat mana lagi ada jualan buku yang menawarkan diskaun sehingga 80 peratus dan bahan bacaan pada harga serendah RM1 kan?!
Well, berita baik untuk kita semua apabila Jualan Gudang Karangkraf 2022 bakal kembali pada bulan Junuari ini dan peluang ini tidak seharusnya dilepaskan korang semua.
Kata Penolong Besar Jualan Buku Kumpulan Karangkraf iaitu Roziana Omar, selain diskaun yang lebih tinggi diberikan kepada pengunjung berbanding edisi sebelum ini, tedapat pelbagai jenis bahan bacaan dan barangan yang boleh korang dapati secara muda di sini.
“Jualan buku serendah RM1 masih ada. Dan semua buku, al-Quran, alat tulis, novel dan buku sekolah ada diskaun yang hanya terdapat di jualan gudang. Tambahan pula sempena pembukaan sekolah yang bermula sejak Isnin lalu, banyak barangan yang boleh didapati pada harga berbaloi.”
Kongsinya lagi, pengunjung yang ingin mewakafkan Al-Quran juga boleh berbuat sedemikian di sini memandangkan ramai dalam kalangan masyarakat kita yang sedang mencari kitab suci tersebut setelah bencana banjir yang melanda lantas meranapkan harta benda sebelum ini.
Jualan Gudang Karangkraf akan berlangsung dari 21 Januari 2022 sehingga 30 Januari 2022 di kompleks Kumpulan Media Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam. Untuk makluman lanjut dan perkembangan semasa mengenai promosi yang ditawarkan ini, kunjungi Instagram Buku Karangkraf.
Jumpa korang di sana!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...