Baru-baru ini, jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, sekali lagi membuktikan statusnya sebagai pelumba elit dunia apabila meraih pingat emas dalam acara keirin elit pada Kejohanan Siri Trek ASEAN (Piala Presiden) 1 yang berlangsung di Velodrom Nasional, Nilai, pada Khamis.
Pelumba yang dikenali dengan julukan ‘The Pocket Rocketman’ itu, mewakili Team Azizul, bagaimanapun berjaya mengetepikan cabaran pelumba Indonesia, Dika Alif Dhentaka yang meraih perak, manakala gangsa menjadi milik To Cheuk Hei dari Hong Kong dalam perlumbaan final yang sengit.
Dalam pada itu, dua lagi wakil negara yang turut beraksi dalam final keirin elit lelaki, Muhammad Ridwan Sahrom dan Muhammad Fadhil Mohd Zonis, masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat keempat dan kelima, sekaligus menampilkan persaingan sengit dalam kalangan pelumba serantau.
Pada masa yang sama, kejayaan kem negara diteruskan dalam acara keirin wanita elit apabila Nurul Alyssa Farid muncul juara selepas menewaskan rakan senegara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang meraih pingat perak, manakala pelumba Hong Kong, Cho Yiu Yeung, menamatkan saingan di kedudukan ketiga.
Ads
Sehubungan itu, Azizulhasni juga menetapkan sasaran untuk kembali mencatatkan masa terbaik peribadi dalam acara pecut sebagai persiapan menghadapi Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland yang dijadual berlangsung dari 23 Julai hingga 2 Ogos ini.
“Pada kejohanan ini, masa yang saya catatkan dalam acara pecut antara 9.5 hingga 9.9 saat berbanding di Olimpik masa terbaik saya 9.4 saat, bagaimanapun untuk pelumbaan seperti ini, ia suatu catatan yang baik walaupun cabarannya bukan mudah,” katanya.
Ads
“Untuk dapatkan catatan masa 9.8 atau 9.9 saat itu sudah dilihat sebagai cabaran besar apa lagi jika mahu mendapatkan 9.4s. Namun, saya perlu berusaha keras untuk kekalkan prestasi baik ini jika mahu mencapai kembali masa terbaik 9.4 saat yang pernah dilakukan sebelum ini,” jelasnya lagi.
“Sasaran KPI (petunjuk prestasi utama) saya adalah menjelang Sukan Komanwel tahun ini, walaupun masih ada masa, tapi saya tidak anggap ia terlalu lama,” ujarnya.
Mengulas lanjut, Azizulhasni mengakui beliau tidak lagi boleh berlumba secara terlalu agresif seperti sebelum ini berikutan beberapa faktor, namun optimis graf prestasinya akan terus meningkat dari satu kejohanan ke kejohanan lain menjelang Sukan Komanwel dan Sukan Asia di Aichi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober ini.
Sementara itu, Muhammad Ridwan Sahrom yang beraksi bersama pasukan Malaysia A mengakui berdepan cabaran sukar dalam acara keirin apabila sekadar menamatkan perlumbaan di tempat keempat, selepas meraih pingat gangsa dalam acara pecut elit, semalam.
“Walaupun hari ini gagal meraih sebarang pingat kerana cabaran dalam acara keirin bukan mudah, namun saya tetap puas hati,” katanya.
Beliau turut menjelaskan fokusnya ketika ini adalah untuk memburu catatan masa terbaik bagi melayakkan diri ke kejohanan dunia pada Mac depan, selain menjadikan kejohanan tersebut sebagai platform persiapan menghadapi Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) tahun ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa yang tidak mahu melihat ruang kediaman mereka didekorasi dengan cantik, tambahan pula kita sekarang lebih banyak menghabiskan masa di rumah berbanding berada di luar.
Memiliki ruang yang selesa dan menarik adalah impian bagi setiap pemilik kediaman kerana ia sedikit sebanyak dapat menghilangkan tekanan apabila melihat rumah kita cantik dan kemas.
Betul tak?
Selain ruang tamu, bilik tidur juga antara tempat yang menjadi ruang ‘favorite’ keluarga untuk meluangkan masa rehat. Jadi, sudah tentu
Bagi mendapatkan dekorasi gaya mewah tetapi dengan bajet kos yang murah, korang tidak perlu upah pereka hiasan dalaman, sebaliknya boleh cuba untuk melakukan wainscoting secara DIY.
Pandemik Covid-19 nyata tidak merencatkan perjalanan pertandingan Miss Universe di setiap negara yang terlibat. Sebagai contoh Malaysia mengadakan pertandingan secara tertutup dan menyiarkannya secara virtual, terbaru negara jiran kita, Singapura telah melakukan pengumuman siapakah wakil mereka menerusi aplikasi Zoom.
Tidak melakukan pertandingan seperti tahun sebelumnya, Organisasi Miss Universe Singapura menerusi Pengarah Kebangsaannya, Valerie Lim, telah memilih Bernadette Belle Ong, 26, sebagai wakil negara tersebut. Bernadette yang merupakan seorang model pelakon dan juga pengacara merupakan finalis Miss Universe Singapura 2019 dan berada dalam kelompok 10 terbaik.
Awalnya dia dipilih untuk mewakili Singapura dalam pertandingan Miss Charm International, namun disebabkan pandemik dan pertandingan tersebut ditunda, organisasi mengambil keputusan untuk menghantarnya ke pertandingan Miss Universe yang lebih berprestij.
Dengan ketinggian 170cm, Bernadette merupakan gadis berketurunan cina yang berasal dari Filipina sebelum berpindah ke Singapura bersama keluarganya pada tahun 2004. Untuk mempersiapkan diri agar lebih kompetitif fan bersedia, dia akan dihantar ke Filipina untuk dilatih oleh Jonas Gaffud yang merupakan Pengarah Kreatif bagi organnisasi Miss Universe Filipina.
Dalam sejarah Miss Universe, Singapura pernah dua kali menjadi finalis separuh akhir iaitu pada tahun 1983 dan 1987.
Baru-baru ini, pasukan e-sport Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor telah mencipta nama apabila muncul sebagai juara Kejohanan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) Selangor Future Cup 2025.
Menurut sebuah perkongsian akaun Facebook Media Rasmi SMK Kota Kemuning, para pelajar yang mewakili SMK Kota Kemuning itu telah membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, berlian bernilai RM20,000 dan biasiswa penuh RM160,000 bagi Diploma Kemahiran Malaysia tajaan Todak.
Dalam pada itu, sekolah ini juga memenangi RM30,000 untuk pembangunan hab e-sukan, trofi, pingat dan barangan eksklusif daripada Selangor Red Giants (SRG) dan Todak.
Pemain SMK Kota Kemuning terdiri daripada lima individu hebat dalam sukan e-sport iaitu Wong Kae Juen (17), Muhammad Fariez Arsyad Zuriadi (16), Muhammad Imran Muhamad Aswad (16), Anantha Raj Kumar (16), dan S Phiraphad (17) dengan bimbingan jurulatih, Adib Sulaiman Mohd Mulyadi (17).
Sementara itu, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi memberikan ucapan tahniah kepada SMK Kota Kemuning atas kejayaan merangkul kejohanan sulung Selangor Future Cup 2025 MLBB.
Beliau berkata, kemenangan itu turut memberi peluang kepada pemenang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Sekadar info, Selangor Future Cup 2025 Kejohanan MLBB yang dianjurkan kerajaan negeri telah disertai 64 buah sekolah dan berlangsung selama dua hari di pusat beli-belah AEON Shah Alam.
SMK Saujana Utama diumum sebagai naib juara dalam pertandingan itu. Mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,500. Manakala SMK Seksyen 19 (tempat ketiga) dan SMK Bandar Sunway (tempat keempat), masing-masing memperoleh RM1,000, trofi dan barangan eksklusif SRG dan Todak.
Sumber: Sinar Bestari
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktor berpengalaman, Kamal Adli berkongsi bahawa Ramadan tahun ini terasa sangat berbeza, lebih-lebih lagi selepas hidup bersendirian.“Ramadan tahun ini sangat berbeza sebab bila balik...