Keputusan pelari pecut remaja kebangsaan, Muhammad Azeem Fahmi untuk berkelana ke Amerika Syarikat dan menyambung pengajian di Auburn University mula membuahkan hasil.
Ini setelah dia berjaya meleburkan rekod kebangsaan acara lari pecut 60 meter dalam dewan yang sebelum ini dipegang oleh jaguh pecut lagenda dari Sarawak, Watson Nyambek sejak 24 tahun lepas.
Bertempat di Kejohanan Texas Tech Open&Multi di Texas pada awal pagi Sabtu, Azeem yang mewakili pasukan Auburn (FR) telah mencatatkan masa 6.63 saat sekaligus mengatasi rekod 6.66s yang dipegang oleh Watson.
Muhammad Azeem Fahmi.
Menariknya, kedua-dua catatan rekod yang direkodkan oleh Azeem dan Watson ini berlaku di gelanggang antarabangsa. Sekiranya Azeem melakukannya di Texas, Watson pula melakukannya semasa Kejohanan Dunia di Maebashi, Jepun pada Mac 1999.
Ads
Siapa sangka, rekod Watson berjaya dipertahankan selama lebih dua dekad sehinggalah kehadiran pelari pecut pelapis seperti Azeem.
Catatnya di Instagram, “New national record! Alhamdulillah.”
Ads
Azeem sekaligus menamatkan cabaran final di tempat kedua di belakang wakil Oregin (SO), Micah Williams yang mencatatkan masa 6.49s. Manakalah tempat ketiga menjadi milik Rodnye Heath Jr yang mewakili Louisiana Tech (SO) dengan catatan masa 6.67s.
Terdahulu, Azeem mencatatkan masa 6.72s sewaktu pusingan kelayakan untuk berada di tempat kelima bagi meloloskan diri ke pusingan final.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nama pasukan TeamMYS tercatat dalam sejarah sebagai juara sulung kejohanan Pokémon UNITE Malaysia 2022, baru-baru ini!
Tampil bersemangat semasa menewaskan 53 lagi pasukan lain dari seluruh Malaysia, TeamMYS sekaligus membawa pulang hadiah terkumpul berjumlah USD20,000 dan kini secara rasminyya menjadi juara rasmi Malaysia pertama dalam arena Pokémon UNITE.
Pada perlawanan akhir Isnin lalu, TeamMYS bertembung dengan pasukan DUNE dan berjaya mengutip 849 mata perlawanan dalam pusingan pertama serta 864 mata lagi dalam pusingan kedua. Ia sekaligus muncul sebagai pasukan terbaik daripada tiga perlawanan.
Untuk pengetahuan, kejohanan Pokémon UNITE Malaysia 2022 ini merupakan projek kerjasama di antara The Pokémon Company dan syarikat telekomunikasi Malaysia, Yoodo. Sehingga April 2022, permainan Pokémon UNITE telahpun mencatatkan lebih daripada 70 juta muat turun di seluruh dunia dan ia membuktikan betapa popularnya permainan ini dalam kalangan peminat e-sukan.
Menariknya, khas bersempena permainan Pokémon UNITE ini, Yoodo telah melancarkan pelan tambahan atau Add-On yang boleh didapati pada haga promosi RM1 untuk 20GB sehingga 31 Disember ini.
Oleh itu, korang bolehlah bermain dengan tambahan 20GB pada bila-bila masa dengan data berkelajuan tinggi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jaguh olahraga tanah air, Umar Osman berjaya merakam masa yang amat menakjubkan dengan catatan bawah 46 saat (s) apabila beraksi pada final 400 meter (m) pada Sukan Universiti Dunia (Universiade), yang berlangsung di Chengdu, China, baru-baru ini.
Atlet berusia 20 tahun itu terus mencipta sensasi tersendiri apabila memecahkan rekod kebangsaan buat kali kedua dalam tempoh kurang 24 jam, dengan masa baharu 46.09s, pada kelmarin.
Selain itu, Umar juga merakam masa tersebut sewaktu separuh akhir 3 di Stadium Shuangliu sehari selepas memecahkan rekod kebangsaannya di peringkat saringan dengan catatan 46.33s di peringkat saringan kelmarin.
“Semalam saya berjaya kurangkan masa saya hampir 0.30 saat. Namun, saya perlu lebih berusaha keras untuk dapatkan catatan sub-46 dan saya akan cuba lakukannya di final esok (hari ini),” katanya kepada media.
Menariknya, masa dilakukan atlet dari Johor itu pada kelmarin adalah catatan keempat terpantas di separuh akhir, di belakang empat lagi pesaing yang lain.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Setelah kali terakhir meraih Jersi Merah sebagai simbolik kepada gelaran ‘Raja Bukit’ dalam kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL) pada tahun 2020, pelumba muda Terengganu Polygon Cycling Team (TSG); Muhammad Nur Aiman Zariff berjaya mengekalkan kejayaannya itu pada tahun ini.
12 Oktober lalu, Nur Aiman telah merampas Jersi Merah daripada rakan sepasukannya, Jambaljamts Sainbayar pada perlumbaan Peringkat 2 dari Kelawang ke Raub.
Nur Aiman seterusnya berjaya mengekalkan Jersi Merah itu hingga ke perlumbaan terakhir awal minggu ini di Pekan Kuah, Pulau Langkawi dengan mengumpul 29 mata secara keseluruhan.
Sekaligus, pelumba berusia 25 tahun itu telahpun mencatat sejarah selaku pelumba Malaysia yang berjaya meraih Jersi Merah dalam dua edisi berturut-turut. Tambah membanggakan adalah apabila ia berlaku sewaktu LTdL 2022 di mana enam pasukan Jelajah Dunia dan pelumba-pelumba berkaliber hadir memberikan saingan.
Kejayaan ini juga katanya dibantu melalui persiapan awal pasukan termasuklah perlumbaan di Turki, Tour of Taiwan dan Le Tour Iran.
Untuk pengetahuan, Nur Aiman yang berasal dari Marang, Terengganu merupakan pelumba Malaysia pertama yang bergelar Raja Bukit di LTdL sejak ia pertama kali dianjurkan pada tahun 1996.
Manakala pada bulan lalu, Nur Aiman telahpun dikurniakan Pingat Jasa Kebaktikan atas pencapaian sebagai atlet berbasikal sempena ulang tahun ke-60 hari keputeraan kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu 2022.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!