Demi menyokong kesamarataan di antara jantina di Sukan Olimpik, atlet lelaki akan dibenarkan menyertai acara sukan renang artistik (dahulunya dikenali sebagai renang berirama) untuk julung-julung kalinya pada edisi Paris 2024.
Menurut World Aquatics, kebenaran tersebut telahpun diperolehi daripada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa. Katanya, sukan akuatik bersifat universal dan lelaki juga telah membuktikan diri mereka sebagai perenang artistik yang mahir malah cemerlang.
Sejak tahun 2015 lagi, kategori renang artistik bagi atlet lelaki mula diperkenalkan di kejohanan dunia akuatik yang berlangsung dua tahun sekali.
Pemenang pingat emas sulung renang artistik berpasangan Kejohanan Akuatik Antarabangsa 2015 Kazan Rusia, Bill May dan Christina Jones dari Amerika Syarikat. FOTO: USA Today
Memasuki edisi 2022 di Budapest tahun lalu, jumlah penyertaan atlet renang artistik lelaki menunjukkan peningkatan apabila 13 buah negara menghantar wakil masing-masing.
Bagaimanapun, kategori renang artistik bagi lelaki masih belum dipertandingkan di peringkat Sukan Olimpik sehinggalah sekarang.
Difahamkan, atlet lelaki ini boleh menyertai acara berpasukan di mana setiap pasukan boleh mengambil secara maksimum dua orang atlet lelaki manakala enam lagi kekal atlet wanita.
Ads
Manakala acara renang artistik bagi kategori berpasangan atau duet masih mengekalkan penyertaan atlet wanita sahaja.
Pemenang pingat emas di Kejohanan Akuatik Antarabangsa 2022 Budapest, Giorgio Minisini dan Lucrezia Ruggiero dari Itali. FOTO: China Daily
Dengan kebenaran yang diberikan kepada atlet renang artistik lelaki ini, ia sekaligus bermakna hanya sukan gimnastik berirama sahaja yang kini eksklusif kepada atlet wanita.
*
Ads
Untuk pengetahuan, acara renang artistik mula diperkenalkan di Sukan Olimpik pada edisi 1984 di Los Angelas. Atlet akan dinilai mengikut perlaksaan rutin mereka, gaya seirama, kadar kepayahan (degree of difficulty) dan gaya teknikal.
Sukan Olimpik Paris 2024 dijadualkan berlangsung bermula 26 Julai 2024 di mana ia diberi jolokan sebagai acara paling besar pernah dilangsungkan di Perancis. Ini termasuklah pengenalan acara sukan baharu seperti breaking (sejenis sukan tarian), memanjat (sport climbing), meluncur dan meluncur air.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, penerjun negara Nur Dhabitah Sabri berjaya menempatkan diri di tempat keempat dalam temasya sukan Olimpik Tokyo 2020 dan ia merupakan satu kebanggaan buat rakyat Malaysia. Atlet berusia 22 tahun itu berjaya mencatatkan sebanyak 326.15 selepas membuat lima pusingan.
Kalau korang perasan, setiap kali penerjun membuat terjunan, mereka akan mandi di kawasan air pancuran sejurus keluar dari kolam terjunan. Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa agaknya mereka makukan sedemikian ataupun perbuatan itu sekadar pilihan masing-masing?
Sebenarnya, sebab utama penerjun mandi di pancuran selepas membuat terjunan adalah demi memastikan otot badan sentiasa hangat dan lesu.
Sebelum kembali ke papan terjun atau platform, mereka perlu menunggu giliran yang boleh memakan masa 10-15 minit bergantung kepada jumlah atlet bertanding. Oleh itu, amatlah penting untuk otot badan terus berada dalam keadaan konsisten.
Arturo Miranda kini bertugas sebagai jurulatih penerjun Kanada, Jennifer Abel yang bertanding dalam acara 3m papan anjal.
Menurut perkongsian New York Times, bekas penerjun Kanada, Arturo Miranda pernah menjelaskan bahawa suhu pancuran air itu agak panas untuk memastikan otot dalam keadaan yang sentiasa bersedia.
Seorang lagi bekas penerjun Kanada, Kristin Wingfield yang kini bertugas sebagai doktor perubatan sukan di San Francisco juga pernah berkata perbuatan mandi di air pancuran ini menjadi kebiasaan kepada penerjun untuk mengurangkan risiko tarikan atau regangan otot yang boleh membawa implikasi buruk kepada penerjun sekiranya terjadi.
Ha, rupanya ada sebab mengapa mereka mandi selepas buat terjunan. Bukan saja-saja tau! Moga informasi ini memberikan pencerahan buat korang yang tertanya-tanya selama ini.
Aktres jelita, Zahirah Macwilson yang baru sahaja melahirkan cahaya mata keduanya pada Mei lalu, tampil berkongsi wajah comel bayinya itu di Instagram.
Dalam hantaran tersebut, Zahirah memperkenalkan bayi mereka yang dinamakan Inara Raisa.
Foto-foto yang dikongsi menunjukkan Inara mengenakan dres berwarna oren lembut dengan wajahnya yang comel.
“MasyaAllah, muka abang Isaac sangat pada Inara,” ujar pengguna Instagram yang lain.
“So cute macam muka Abang Ijack,” tambah seorang pengikut.
Untuk makluman, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson berkahwin pada 20 Februari 2020. Mereka kini mempunyai seorang anak lelaki, Isaac Raees, yang berusia dua tahun, dan bayi perempuan, Inara Raisa, yang dilahirkan pada 31 Mei 2024.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Meski kini menghampiri usia 50 tahun, pelakon Marissa Yasmin tetap tampil awet muda dan sering menerima pujian ramai. Namun bagi pelakon berusia 48 tahun ini, semua itu adalah rezeki daripada Allah dan bukan hasil pembedahan estetik.
“Alhamdulillah, rezeki Allah bagi. Saya tetap beruban dan ada kedut pada wajah tetapi pegangan saya mudah nak ‘age gracefully’ (menua dengan anggun),” kongsi Marissa semasa ditemui di pelancaran drama Viu Pabila Dia Tersenyum.
Pelakon drama hit Bidaah itu juga menjelaskan bahawa dia tidak percaya untuk ‘melawan masa’ hanya kerana ingin kelihatan muda.
“Tidak ada di mana-mana kitab kalau tua akan jadi muda. Sudah semestinya boleh buat pembedahan tetapi bagi saya kenapa nak ‘against the clock’.
“Kadang-kadang saya was-was orang kata saya muda sebab saya tahu saya tua. Seperti yang semua lihat, cara saya berpakaian dan bergerak, memang mengikut gaya Marissa Yasmin,” tambahnya lagi.
Selain itu, Marissa juga berkongsi rutin penjagaan kesihatannya yang bermula dari cara pemakanan seimbang.
“Benda saya nak kongsi kepada umum, makan semua makanan tetapi dalam kuantiti yang sikit. Kalau sukakan gula, ambillah tetapi selepas itu jangan makan nasi banyak.
“Kena seimbangkan, banyakkan makan sayur dan buah. Tidak mahu kata tak boleh makan itu ini sebab sistem badan kita Allah dah buat cantik.
“Kita kena makan semua benda sikit-sikit. Kadang orang kata tidak boleh makan telur sebab ada kolestrol tetapi telur banyak nutrisi,” jelasnya panjang.
Tambahnya, waktu tidur juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan berat badan dan kesihatan dalaman.
“Badan kita ada hormon, 10 malam sehingga 4 pagi adalah waktu cantik untuk tidur kerana hormon nak ubah suai badan.
“Kalau tidak tidur dalam masa tersebut, badan kita akan simpan lemak dan menyebabkan berat badan kita bertambah. Allah dah cipta badan kita cantik, kita sahaja yang gatal tidak tidur ikut masa,” katanya berseloroh.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!