Sukan yang berasal dari Thailand, Muaythai kini mungkin tak sepopular sukan bola sepak yang mempunyai billion pengikutnya tapi kini dilihat kian mendapat tempat dikalangan remaja dan anak muda.
Berbeza dengan bola sepak yang mementingkan skill dan kerjasama berpasukan, sukan Muaythai hanyalah untuk orang yang berani dan mempunyai jiwa terlalu kental.
Atlet Muay Thai 16 Tahun Foto Via Facebook Rizal Hakimm Punyer
Terbaru, anak muda kelahiran Sarawak mencipta kejutan dan sensasi apabila penampilan sulungnya dalam siri ONE Championship apabila menumbangkan peserta Tuan Rumah, Padetsuk Fairtex dengan pukulan ‘knockout’ (KO) di Stadium Tinju Lumpinee, Thailand hanya dalam masa 16 saat.
Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau turut dikenali dengan nama Jojo melakukan penampilan sulungnya di kejohanan seni mempertahankan diri profesional itu dikatakan turut menerima bonus prestasi berjumlah Baht 350,000 (RM44,560) selepas kemenangannya.
Ads
Atlet Muay Thai 16 Tahun Foto Via Facebook Rizal Hakimm PunyerAtlet Muay Thai 16 Tahun Foto Via Facebook Rizal Hakimm PunyerAtlet Muay Thai 16 Tahun Foto Via Facebook Rizal Hakimm Punyer
“Ia adalah mimpi yang menjadi kenyataan bagi diri saya untuk membuat debut pada ONE Championship dan kemenangan pukulan KO tidak dijangkakan,” katanya kepada Bernama selepas pertarungan tersebut.
Dalam pertarungan itu, Jojo beraksi dengan bijak sejak dari permulaan apabila berjaya memerangkap lawan dengan kombinasi pukulan bertubi-tubi yang menepati sasaran sehingga membuatkan lawan gagal meneruskan saingan.
Atlet Muay Thai 16 Tahun Foto Via Facebook Rizal Hakimm Punyer
Jojo jelas tidak membuang masa memastikan namanya akan terus diingati oleh mana-mana lawan selepas ini, apabila berjaya menumbangkan wakil tuan rumah, Padetsuk Fairtex di pusingan pertama dengan keputusan KO dalam kategori ‘Flyweight Muay Thai’.
Ads
Menurut ayahnya, ini adalah kemenangan pukulan KO terlaju didunia…Untuk pengetahuan, pada tahun lalu, beliau muncul juara Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia IFMA 2022, menewaskan peserta Rusia, Rustam Yunusob.
Tahniah Jojo, moga terus maju jaya di masa akan datang!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, sepasang kembar berkongsi kegembiraan apabila masing-masing meraih keputusan Purata Nilai Gred Keseluruhan Nasional (PNGK) 4.00 dan 3.84 dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang diumumkan pada 23 Julai.
Wong Shuang Er dan Wong Shuang Yee yang kini berusia 20 tahun dan juga penuntut Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin, Kedah mengakui sangat bertuah dilahirkan sebagai pasangan kembar kerana memberi kelebihan untuk mereka belajar dan berbincang bersama-sama jika ada subjek kurang difahami.
“Pada mulanya, kami keliru dan tidak tahu hendak menyambung pengajian ke mana selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tetapi atas nasihat bapa, kami buat keputusan memasuki Tingkatan Enam dan ternyata keputusan itu berbaloi”
“Saya rasa lebih mudah belajar apabila ada saudara kembar, kami berbincang mengenai pelajaran di rumah, malah kami juga dapat berkongsi banyak perkara kerana belajar di sekolah sama”
Menurut pasangan kembar ini, mereka berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kewangan di Universiti Sains Malaysia (USM).
Sekadar info, Shuang Er antara 10 calon STPM 2023 kolej berkenaan yang berjaya mencatat keputusan PNGK 4.00, manakala Shuang Yee memperoleh PNGK 3.84.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pasangan beregu wanita remaja negara, Low Zi Yu (15) dan Noraqilah Maisarah Ramdan (18) terus membuktikan kehebatan mereka di pentas dunia apabila berjaya menamatkan Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2025 sebagai naib juara selepas aksi sengit di Guwahati, India baru-baru ini.
Menerusi perlawanan akhir yang berlangsung penuh dramatik itu, gandingan muda negara yang diletakkan sebagai pilihan ketiga kejohanan beraksi cemerlang sebelum tewas tipis kepada pasangan China, Tan Ke Xuan-Wei Yue Yue dengan keputusan 13-15, 17-19 dalam tempoh 37 minit permainan.
Prestasi Zi Yu & Noraqilah Maisarah
Walaupun gagal membawa pulang kejuaraan, prestasi mantap mereka tetap menjadi kebanggaan apabila berjaya menyaingi kehebatan beregu China yang terkenal dengan corak permainan pantas dan pertahanan kukuh. Keupayaan Low Zi Yu dan Noraqilah Maisarah menyaingi pasukan pilihan dunia menjadi bukti ketahanan mental serta kematangan taktikal mereka di usia muda.
Kredit foto: Shuttlehard
Kredit foto: BAM
Pengalaman Berharga Di Pentas Dunia
Bagi Zi Yu, ini merupakan penampilan kedua berturut-turut di pentas akhir selepas turut mara ke perlawanan akhir edisi 2024 di Nanchang, China bersama rakan gandingannya ketika itu, Dania Sofea Zaidi. Namun, hasrat mereka ketika itu tidak kesampaian selepas Dania terpaksa menarik diri akibat kecederaan lutut kiri pada Ogos lalu.
Sementara itu, Noraqilah Maisarah turut mencatat pencapaian peribadi membanggakan apabila menambah koleksi pingat dalam kejohanan berprestij ini. Tahun lalu, beliau meraih gangsa dalam acara beregu campuran bersama Loh Ziheng. Kejayaan ini sekali lagi membuktikan konsistensi prestasi pemain muda ini di peringkat antarabangsa.
Sandaran Baru Badminton Remaja Negara
Aksi konsisten jaguh beregu remaja ini sepanjang kejohanan turut membuktikan kemampuan pemain muda negara bersaing di peringkat tertinggi apabila berjaya menyingkirkan beberapa pasangan pilihan termasuk dari Jepun dan Korea Selatan sebelum mara ke pentas akhir. Pengalaman beraksi dalam dua edisi berturut-turut memberi kelebihan besar kepada mereka untuk menjadi sandaran utama skuad remaja Malaysia pada masa hadapan.
Kredit foto; Sabri Hassan
Kebangkitan Badminton Remaja Malaysia
Kejayaan Low Zi Yu dan Noraqilah Maisarah di pentas dunia bukan sekadar bukti kebangkitan badminton remaja negara, tetapi juga satu isyarat bahawa Malaysia masih mempunyai barisan pelapis berkualiti tinggi yang mampu bersaing di peringkat dunia dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Dengan semangat juang yang tinggi dan sokongan berterusan daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM), pasangan ini dijangka mampu melakar lebih banyak kejayaan dalam kejohanan antarabangsa yang akan datang, sekaligus meneruskan legasi kecemerlangan badminton Malaysia di persada dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siti Nur Hanisah Omar Hashim, pelajar Kolej Vokasional (KV) Keningau mencipta sejarah apabila namanya tersenarai sebagai salah seorang daripada 50 finalis Global Student Prize 2025, sekali gus meletakkan Malaysia sebaris dengan pelajar terbaik dunia.
Remaja berusia 20 tahun ini terpilih daripada lebih 11,000 pencalonan di seluruh dunia atas pencapaian luar biasa, sumbangan bermakna, serta impaknya yang signifikan kepada komuniti pendidikan. Anugerah berprestij anjuran Varkey Foundation dan Chegg.org ini menawarkan hadiah utama berjumlah USD 100,000 (lebih RM400,000) kepada pemenang.
Lebih mengagumkan, Siti Nur Hanisah merupakan pengasas kepada Mearpet, sebuah perusahaan sosial inovatif yang mengubah pakaian dan patung terpakai menjadi boneka pendidikan. Boneka ini digunakan sebagai alat bantu mengajar untuk kanak-kanak di kawasan yang kurang mendapat akses kepada sumber pembelajaran berkualiti.
Selain itu, pelajar jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak ini yang juga dikenali sebagai pemimpin pelajar aktif yang sentiasa mencetuskan perubahan sosial positif. Melalui bengkel dan pertandingan anjurannya, rakan-rakannya turut menghasilkan projek bermakna seperti kelas bimbingan bahasa isyarat, kempen pengurangan sisa makanan, dan permainan pendidikan daripada bahan terbuang.
Dalam bidang akademik, beliau mengekalkan prestasi cemerlang dengan meraih anugerah pelajar terbaik setiap tahun serta pernah menjawat jawatan Naib Presiden Majlis Perwakilan Pelajar.
Malah, beliau turut merintis kelas tutorial Malaysian University English Test (MUET) bagi membantu pelajar vokasional melanjutkan pelajaran dan terlibat dalam projek pembelajaran dalam talian rentas benua, Virtual, Remote, Live (VRL).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Sinar Bestari
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.