Stadium Olimpik kembali menjadi saksi kehebatan atlet paralimpik Malaysia.
Pingat emas yang pernah diperolehi atlet olahraga para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli di Rio lima tahun lalu menerusi acara lontar peluru F20 telah berjaya dipertahankan di Tokyo 2020 sebentar tadi menerusi lontaran sejauh 17.94 meter.
Ini sekaligus menjadikan Ziyad sebagai wakil Malaysia pertama dalam sejarah yang berjaya mempertahankan pingat emas di Sukan Paralimpik selama dua kali berturut-turut.
Tambah manis lagi apabila Ziyad turut mencatatkan rekod dunia baharu sekaligus memecahkan rekod kebangsaan yang pernah dilakukan oleh Adi Alifuddin Hussin di Palembang, Indonesia pada tahun 2011.
Ads
Ziyad meninggalkan dua orang pesaing terdekatnya dari Ukraine dengan agak jauh. Pingat perak dimenangi Maksym Koval dengan lontaran 17.34 meter manakala Oleksandr Yarovyi berpuas hati dengan pingat gangsa setelah melakukan lontaran 17.30 meter.
Ads
Ini juga merupakan pingat emas kedua dan pingat ketiga Malaysia di Sukan Paralimpik Tokyo 2020. Emas pertama telah disumbangkan oleh atlet powerlifting, Bonnie Bonyun Gustin, manakala sebutir pingat perak juga hadir dari arena powerlifting semalam menerusi Jong Yee Khie.
Tentunya, rakyat Malaysia sedang meraikan kecemerlangan Ziyad ini yang dianggap sebagai hadiah terindah buat negara sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-64 pada hari ini. Tahniah Ziyad Zolkefli!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan penerbit, Redza Minhat berkongsi berita gembira apabila anak perempuannya, Kurnia Amelie berjaya melakar pencapaian membanggakan selepas terpilih sebagai salah seorang finalis serta menamatkan Primaly English Olympiad 2026 dengan cemerlang.
Perkongsian tersebut dimuat naik oleh pelakon filem KIL itu menerusi satu hantaran di platform Threads miliknya baru-baru ini.
Kejayaan Kurnia itu turut menarik perhatian warga maya yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan kata-kata penghargaan atas pencapaian berkenaan.
“Congrats Redza and Aidira! Raised a brilliant one..absolutely amazing Kurnia,” komen seorang pengguna.
“Pergh bijak ikut ayah ini,” tulis seorang lagi.
“Remarkable performance, Kurnia! Hope to see you again in next year’s Primaly English Olympiad!” komen Primaly.My.
“Fuh! Impressive,” komen juga pengguna lain.
Redza Ucap Terima Kasih Atas Sokongan
Dalam pada itu, Redza turut meluahkan rasa syukur serta berterima kasih kepada semua pengguna yang meninggalkan komen dan ucapan buat anaknya.
“Alhamdulillah, terima kasih semua,” balas pelakon berusia 45 tahun itu.
Setakat artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah meraih lebih 11,000 tanda suka serta menerima lebih 45 komen daripada pengguna Threads.
Apa Itu Primaly English Olympiad?
Untuk rekod, Olimpiad Bahasa Inggeris merupakan pertandingan akademik tahunan yang menghimpunkan pelajar dari seluruh dunia bagi menguji tahap penguasaan mereka dalam bahasa Inggeris.
Pertandingan itu merangkumi pelbagai aspek penilaian termasuk tatabahasa, kosa kata, pemahaman bacaan serta kemahiran komunikasi, sekali gus memberi peluang kepada peserta mengukur keupayaan mereka di peringkat antarabangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sempena sambutan bulan kemerdekaan kali ini, penulis tertarik dengan bingkisan nostalgik tentang satu kisah menarik membabitkan institusi akademik di Malaysia.
Dalam satu laporan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 12 Ogos 1968, ia pernah menceritakan mengenai asal usul nama Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC).
Jika sekarang, Kolej Universiti TAR merupakan sebuah institusi dengan reputasi tinggi dan popular dalam kalangan para pelajar di Lembah Klang.
Selain kampus utamanya di Jalan Genting Klang, Setapak Kuala Lumpur, Kolej Universiti TAR juga mempunyai beberapa cawangan lain di Pulau Pinang, Perak, Johor, Pahang dan Sabah.
Namun tahukah korang, dahulunya sewaktu pembukaan institusi ini di Batu Tiga, ia tidak dipanggil sebagai Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman. Nama asalnya ialah Kolej MCA kerana ia merupakan sebuah kolej anjuran parti Malaysian Chinese Association (MCA).
Parti politik yang mewakili masyarakat Cina Malaysia itu memutuskan untuk membuka institusi pengajian tingginya sendiri memandangkan peluang remaja Cina untuk melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi tempatan pada waktu itu adalah kurang.
Asalnya, MCA ingin membuka sebuah universiti bernama Universiti Merdeka yang menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa perantaraan pada tahun 1967. Namun, perancangan tersebut gagal. Setahun kemudian, barulah pihak kerajaan membenarkan MCA membuka Kolej MCA dengan sokongan. Tanpa mempunyai bangunan rasmi, beberapa kelas terpaksa dilangsungkan di sekolah rendah bahkan di kawasan outdoor juga.
Enam bulan kemudian, nama Kolej MCA telah diisytiharkan pula sebagai Kolej Tunku Abdul Rahman.
Ia diumumkan oleh Timbalan Yang di-Pertua MCA merangkap Menteri Perdagangan dan Perusahaan pada waktu itu iaitu Tan Sri Dr. Lim Swee Aun. Ia adalah satu bentuk penghargaan kepada Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj setelah beliau memberikan persetujuan untuk menggunakan nama beliau.
Keratan akhbar Utusan Malaysia pada 12 Ogos 1968.Tunku Abdul Rahman semasa majlis pecah tanah. Sumber Foto : The Star
Hanya pada Februari 1969, Kolej TAR memulakan operasi dengan mengambil seramai 349 orang pelajar yang mendaftarkan diri sebagai ‘batch’ pertama pengajian prauniversiti.
Sementara itu, seramai 250 – 300 penuntut lagi diambil setelah keputusan peperiksaan Sijil Seberang Laut dan Sijil Tinggi Pelajaran diumumkan pada bulan hadapannya.
Dari situ, barulah Kolej TAR berkembang dan memperkenalkan beberapa fakulti terawal seperti School of Business di mana pelajar diploma kewangan berpeluang menduduki peperiksaan ACCA UK, School of Technology, School of Arts & Science dan fakulti-fakulti lain.
Di antara batch pertama pelajarnya. Sumber Foto : TARC
Pada tahun 1973 pula, barulah tapak kampus utama TAR UC di Setapak, Kuala Lumpur diluluskan oleh kerajaan dan ia bertahan hingga ke hari ini.
Kolej Universiti TAR sekitar tahun 1979. Sumber Foto : The StarKeadaan kampus pertama Kolej Universiti TAR sekarang di Setapak, Kuala Lumpur.
Sebelum ini, REMAJA pernah menceritakan mengenai kisah ikonik di sebalik projek Battersea Power Station di United Kingdom yang melibatkan pemaju Malaysia.
Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah merupakan seorang individu yang komited menyebarkan kesedaran mengenai kesihatan metal.
Ujar Tengku Puteri Iman, amatlah penting untuk perbualan tentang kesihatan mental dari sudut pengalaman dan pandangan berbeza berterusan. Ia secara tidak langsung membantu semua orang untuk lebih memahami keadaan emosi, cara mengendalikan tekanan dan cara pemikiran dengan lebih mudah serta jelas.
Setelah dilantik sebagai perwakilan Persekutuan Kesihatan Mental Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada bulan Disember 2021, bulan Jun 2022 pula menyaksikan Tengku Puteri Iman menandatangani memorandum persefahaman pertama di antara Green Ribbon Group (di mana beliau merupakan presiden dan pengasasnya) dengan Universiti Heriot-Watt Malaysia.
Tidak cukup dengan itu, Tengku Puteri Iman juga merupakan ketua delegasi Malaysia ke Kongres Kesihatan Mental Persekutuan Dunia ke-23 di Westminster London, tahun ini.
Usaha Tengku Puteri Iman menyebarkan kesedaran tersebut kini bakal diiktiraf apabila beliau akan dianugerahkan ijazah kehormat Doktor Universiti oleh Universiti Heriot-Watt Malaysia esok (Khamis, 17 November).
Peranan puteri sulung Yang di-Pertuan Agong ini sebagai pemimpin yang memberikan inspirasi dalam memperjuangkan aspek kesihatan mental di Malaysia dan di peringkat antarabangsa dilihat memainkan peranan yang cukup penting terutamanya pada zaman ini.
Majlis penganugerahan ijazah kehormat ini bakal dilangsungkan bersempena majlis graduasi Universiti Heriot-Watt Malaysia esok dan akan dihadiri oleh Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebagai tetamu VIP.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!