Hiburan

Atiq Azman Kini Bergelar ‘Daddy’! Kelahiran Bayi Lelaki Bernama Aaryan Jadi Pengikat Hubungan Keluarga Bahagia

Share

Pelakon, Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah dan isteri, Alia Natasha selamat bergelar ibu bapa dengan kelahiran bayi lelaki, Isnin lalu di sebuah hospital swasta di Seri Kembangan, Selangor.

Perkhabaran gembira yang dikongsikan oleh Atiq, 26 menerusi akaun Instagram itu turut mendedahkan nama yang diberikan buat cahaya mata sulung mereka berkenaan.

“Raja Muhammad Aaryan. Selamat datang ke keluarga kami, bayiku yang amat istimewa. Alhamdulillah atas rezeki yang sangat indah dari Allah SWT,” catatnya.

Dengan penuh harapan, Atiq yang menempah populariti menerusi drama bersiri Nur mendoakan agar Aaryan membesar menjadi seorang anak yang soleh, kuat, bijaksana dan dilindungi Allah dalam setiap langkah kehidupan.

“Semoga Allah memberkatimu dengan rezeki kesihatan berpanjangan, iman yang teguh, rezeki yang luas dan hati yang sentiasa penuh dengan kasih sayang.”

BACA: Atiq Azman Cari Kerja Sambilan, Mahu Tambah Pendapatan Sampingan

Ucapan Penuh Cinta Buat Isteri Tersayang

Pada masa yang sama, Atiq turut memanjangkan ucapan panjang lebar buat isterinya sambil menyifatkan Alia sebagai wanita paling kuat yang pernah dikenalinya.

“Dan buat isteriku tercinta, terima kasih atas pengorbanan, kesabaran dan kekuatan yang tidak terungkap dengan kata-kata.

“Awak adalah wanita paling kuat yang saya kenali, dan hari ini menjadi saksi betapa besarnya kasih sayang seorang ibu.

“Terima kasih kerana menghadiahkan keluarga ini sebuah anugerah yang paling berharga,” ungkapnya lagi.

Rakan Selebriti Ucap Tahniah

Tinjauan di ruangan komentar mendapati barisan selebriti menjadi antara pengguna media sosial terawal untuk memberikan ucapan tahniah kepada pasangan berkenaan.

“MashaAllah, congratulations to the new parents.” – Penyanyi, Yasmin Aziz

“Congrats brother.” – Penyanyi, Zynakal

“Tahniah brother!! Alhamdulillah.” – Pelakon, Esma Daniel

“Alhamdulillah, tahniah Atiq dan isteri.” – Penyanyi, Tajul

Selain Raja Atiq, dua lagi selebriti tempatan yang selamat menimang cahaya mata pada awal tahun 2026 termasuklah Aryan Naim dan Ain Edruce.

BACA: It’s A Girl! Finalis Hero Remaja 2021, Aryan Naim Selamat Timang Bayi Sulung

BACA: Ain Edruce Serahkan Tugas Pilih Nama Bayi Lelaki Kepada Suami

Sebagai info, Atiq dan Alia telah mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2025 dan mengumumkan bakal menimang cahaya mata pada bulan Jun, tahun yang sama.

FOTO: Instagram // therajaatiqullah

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ