Skrub bibir ni adalah produk kecantikan yang korang guna untuk buang sel kulit mati kat bibir. Bila sel kulit mati tu hilang, bibir akan nampak lagi merah dan lembut..
DIY Skrub Bibir
Ada yang mengadu, katanya bibir kering. Kalau pakai lipmatte tak cantik. Jadi crack dan tak smooth.
Ya, itu normal. Bibir pun kena ada treatment dia sendiri. Paling senang, nak bibir cantik, lembab kena selalu skrub.
Nah, ini cara nak buat Lips scrub bagi yang rajin. Sangat sesuai diamalkan untuk yang ada bibir jenis kering, hitam dan menggelupas.
Ads
Haaa… selepas itu, nak pakai lipstik ke, lipmatte ke mesti bertambah gebu, licin je.
Pakai sekurangnya 2-3 kali seminggu atau paling rajin sebelum sapu apa-apa dekat bibir.
DIY Skrub Bibir
Bahan-bahannya:
1 Sudu gula putih/perang
1-2 titik Olive oil
1-2 titik Pewarna (Merah) OPTIONAL
1-2 titik Perasa (Vanila or Strawberi) Yang ini tak nak letak pun tak apa.
Cara-caranya:
1) Ambil 2 sudu gula kasar, masukkan ke dalam mangkuk.
2) Campurkan 1 sudu madu. Madu asli lagi bagus! Fungsi madu, membantu cerahkan bibir dan lembabkan bibir. Kacau rata.
Ads
3) Titikkan 1-2 Olive oil. Kacau rata. Fungsinya sama seperti madu. Lembab, merahkan bibir semula jadi.
3) Titikkan 1-2 perwarna. Boleh gunakan merah. Jangan terlalu banyak.
4) Kemudian, masukkan 1-2 titik perasa. Ikut selera lah nak perisa apa. Strawberi atau vanila ke. Kacau rata!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cantik tu memang la cantik kalau pakai contact lens ni tapi kena kena dengan gayanya. Pelbagai warna kanta lekap mampu untuk menaikkan seri gaya anda biarpun hanya kecil nampak di mata!
Banyak warna kanta lekap kini dijual di pasaran, rambang mata bukan? Namun usahlah pilih warna yang terlalu pelik sehingga meninggalkan tanda tanya pada mereka yang memandang anda!
Pilih warna yang bersesuaian dengan kulit anda.
Kadangkala, warna biru, hijau atau mungkin ungu tidak sesuai untuk orang Asia. Anda boleh memilih warna seperti kelabu atau hazel yang sangat sesuai untuk orang Asia.
Pilih kanta lekap yang menggabungkan 2 sehingga 3 warna
Hal ini kerana ia boleh menampakkan warnanya jauh lebih natural. Jadi, tidaklah terlalu pelik dan jelik untuk keseluruhan gaya anda!
Kanta lekap ‘big eyes’?
Kadang-kala kanta lekap jenis ini menjadikan saiz mata anda leibih galak dan seksi. Ada sesetengah orang amat sesuai dengan kanta lekap jenis ini. Namun, ada juga yang tidak sesuai dengan saiz besar ini sehingga menampakkan mereka seperti makhluk asing! Ringkasnya, jangan terlalu keterlaluan dengan memilih diameter lensa yang terlalu besar kerana ia akan membuatkan anda nampak pelik.
Menjaga kebersihan kanta lekap dengan betul
Boleh dijadikan sebagai penambah gaya fesyen anda, ada yang memakai kanta lekap sekadar perhiasan semata-mata. Bukan kerana ada masalah rabun jauh, rabun dekat mahupun silau. Sekiranya anda tidak mempunyai masalah penglihatan tetapi memilih untuk cantik dengan menggunakan kanta lekap, pastikan anda menjaga kebersihan kanta lekap dengan betul kerana bimbang jangkitan pada mata boleh merosakkan penglihatan anda.
Pilih kanta yang tidak mempunyai lingkaran gelap
Untuk korang yang suka tampak lebih semula jadi dan neutral, pilih kanta yang tidak mempunyai lingkaran gelap di bahagian luar.
woman holds a blue contact lens on her finger. Eye care and the choice between the means to improve vision.
Mencuba dulu sebelum beli
Kami tidak menggalakkan anda terus membeli kanta lekap tanpa mencubanya kerana warna yang anda lihat di dalam gambar tidak akan sama dengan warna sebenar setelah anda mengenakannya.
Namun, harus berhati-hati kala memakainya! Disebabkan ia dipakai di bahagian mata, pelbagai faktor harus diambil kira untuk memastikan kesihatan mata tidak akan terjejas!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Putik kapas antara alat yang sering digunakan untuk membersihkan telinga. Masa yang sama, putik ini turut berfungsi untuk menyapu luka. Dalam banyak fungsi kebaikannya, kita turut menggunakannya kalau tanpa terduga serangga masuk ke telinga.
Biasanya selepas memasukkan air, kita akan mengeluarkan serangga itu menggunakan putik kapas kerana beranggapan, ia teknik betul. Tapi baca perkongsian dari Dr Kamarul Ariffin ini teknik sebenar untuk mengeluarkan serangga khususnya lipas jika memasuki telinga seperti dikongsinya di fb miliknya, Kamarul Ariffin.
“Doktor, lipas masuk telinga saya!”
Kes serangga masuk dalam telinga ni kes yang lazim berlaku. Kalau ia berlaku pada kau orang, tahu tak apa nak buat? Nak tahu? Jom baca!
Tanda-tanda serangga masuk telinga:
– Berdengung
– Bunyi keritik
– Pergerakan
– Sakit
– Kurang dengar
– Keluar air/nanah
– Berdarah
Apa nak buat jika serangga masuk ke dalam telinga?
BERTENANG
Memanglah ngeri dan geli geleman bila serangga masuk dalam telinga tapi cuba untuk bertenang. Pergerakan yang terlalu banyak mungkin akan menyebabkan serangga masuk lebih dalam.
GUNA GRAVITI
Halakan telinga yang dimasuki serangga, ke bawah dan goyangkan sedikit kepala. Jika serangga itu tidak berada terlalu dalam, ia mungkin akan keluar atau terjatuh keluar dari telinga.
ELAK GUNA PUTIK KAPAS
Putik kapas atau pencungkil boleh menyebabkan serangga masuk lebih dalam lagi, terutamanya jika serangga itu masih hidup. Ada risiko serangga itu akan gigit gegendang telinga.
ELAK GUNA PENGEPIT
Melainkan serangga tu dah mati, elakkan guna pengepit (twizzers) untuk menariknya keluar. Kaki serangga tajam, jika ia meronta, ia boleh mencederakan salur dan gegendang telinga.
GUNA MINYAK ZAITUN
Jika graviti tak membantu, cuba titiskan minyak zaitun atau baby oil ke dalam telinga yang dimasuki serangga . Minyak akan melemaskan serangga itu, dan ia akan keluar atau mati.
CUCI DENGAN AIR
Jika serangga dah mati, selain keluarkan guna pengepit, boleh cuci dengan semburan air sehingga keluar. Gunakan picagari, tapi tak usah sembur kuat sangat. Rosak pula gegendang nanti.
JUMPA DOKTOR
Jika semua langkah di atas gagal, maka pergilah berjumpa doktor. Jika berjaya keluarkan, tetapi selepas itu telinga keluar nanah, masih sakit kuat dan telinga kurang dengar, maka jumpa doktor juga.
HATI-HATI!
Selepas keluarkan serangga dari dalam telinga, pastikan seluruh serangga tu dikeluarkan. Jangan tertinggal sisa.
Selepas prosedur keluarkan serangga, kemungkinan anda akan alami pening. Jadi, jangan terus berdiri. Rehat sebentar.
Peragawati Amerika Syarikat berdarah Palestin, Gigi Hadid sememangnya seorang antara model pilihan masa kini. Biarpun Gigi kini bergelar ibu kepada cahaya mata bersama Zayn Malik, dia masih aktif dalam dunia fesyen setelah melakukan comeback beberapa bulan lalu di Minggu Fesyen.
Sempena minggu fesyen bagi musim luruh/musim sejuk 2022, Gigi kembali ke pentas peragaan di kesemua empat buah ‘fashion capital’.
Namun, bukan gaya glamor Gigi sahaja yang kini mencuri tumpuan ramai.Terbaru, pendiriannya terhadap krisis kemanusiaan yang berlaku di seluruh dunia terutamanya Palestin dan Ukraine yang sedang bergolak dengan isu kemanusiaan dan peperangan telah menerima pujian ramai pihak.
Gigi, 27 tahun sebenarnya berketurunan Palestin di sebelah ayahnya, Mohamed Hadid dan sejak kecil, dia dan dua adiknya iaitu Bella dan Anwar telah didedahkan dengan perjuangan Palestin dalam memerdekakan tanah air mereka. Lalu, tiga beradik popular itu telah disematkan dengan sifat-sifat empati terhadap mereka yang perlu bergelut di medan peperangan di bumi kelahiran masing-masing.
Menerusi Instagram pada hari ini, Gigi telah mengumumkan dia bakal mendermakan KESEMUA pungutan gaji yang diterimanya menerusi pertunjukan fesyen yang melibatkannya pada minggu fesyen kali ini kepada mangsa-mangsa peperangan di Ukraine.
Kata Gigi, “Apabila saya mempunyai jadual pertunjukan fesyen yang tetap, ia bermakna saya dan rakan-rakan model saya tetap mampu mempersembahkan koleksi fesyen terbaru ketika dunia berdepan saat-saat menyayat hati dan traumatik sekarang.
“Kami ingin melakukan sesuatu untuk mangsa-mangsa ini. Saya akan mengikut jejak langkah rakan model saya, Mica Arganaraz dan berjanji akan mendermakan pendapatan saya daripada kesemua kerja-kerja musim luruh/sejuk 2022 untuk membantu mereka yang menderita akibat peperangan di Ukraine serta (menggunakan sebahagian dana tersebut) untuk terus menyokong mereka yang mengalami perkara yang sama di Palestin.”
Gigi Hadid sewaktu melawat kanak-kanak Rohingya bersama UNICEF.
“Semoga kita semua menganggap diri masing-masing sebagai adik-beradik; melangkaui kaum dan agama..”
“Akhirnya, nyawa yang tidak bersalah yang akan menjadi ‘bayaran’ kepada peperangan, bukannya pemimpin. Lepaskan Ukraine. Lepaskan Palestin. Keamanan. Keamanan. Keamanan,” catat Gigi.
Terdahulu, adiknya Bella turut membangkitkan beberapa isu kemanusiaan yang melanda dunia termasuklah isu penindasan gadis dan wanita berhijab di beberapa buah negara pada awal tahun ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!