Putik kapas antara alat yang sering digunakan untuk membersihkan telinga. Masa yang sama, putik ini turut berfungsi untuk menyapu luka. Dalam banyak fungsi kebaikannya, kita turut menggunakannya kalau tanpa terduga serangga masuk ke telinga.

Biasanya selepas memasukkan air, kita akan mengeluarkan serangga itu menggunakan putik kapas kerana beranggapan, ia teknik betul. Tapi baca perkongsian dari Dr Kamarul Ariffin ini teknik sebenar untuk mengeluarkan serangga khususnya lipas jika memasuki telinga seperti dikongsinya di fb miliknya, Kamarul Ariffin.

Guna Putik Kapas Keluarkan Serangga Masuk Telinga, Tak Sangka TEKNIK TU SALAH

“Doktor, lipas masuk telinga saya!”

Kes serangga masuk dalam telinga ni kes yang lazim berlaku. Kalau ia berlaku pada kau orang, tahu tak apa nak buat? Nak tahu? Jom baca!

IKLAN

Tanda-tanda serangga masuk telinga:

– Berdengung
– Bunyi keritik
– Pergerakan
– Sakit
– Kurang dengar
– Keluar air/nanah
– Berdarah

Apa nak buat jika serangga masuk ke dalam telinga?

IKLAN
  1. BERTENANG
    Memanglah ngeri dan geli geleman bila serangga masuk dalam telinga tapi cuba untuk bertenang. Pergerakan yang terlalu banyak mungkin akan menyebabkan serangga masuk lebih dalam.
  2. GUNA GRAVITI
    Halakan telinga yang dimasuki serangga, ke bawah dan goyangkan sedikit kepala. Jika serangga itu tidak berada terlalu dalam, ia mungkin akan keluar atau terjatuh keluar dari telinga.
  3. ELAK GUNA PUTIK KAPAS
    Putik kapas atau pencungkil boleh menyebabkan serangga masuk lebih dalam lagi, terutamanya jika serangga itu masih hidup. Ada risiko serangga itu akan gigit gegendang telinga.
  4. ELAK GUNA PENGEPIT
    Melainkan serangga tu dah mati, elakkan guna pengepit (twizzers) untuk menariknya keluar. Kaki serangga tajam, jika ia meronta, ia boleh mencederakan salur dan gegendang telinga.
  5. GUNA MINYAK ZAITUN 
    Jika graviti tak membantu, cuba titiskan minyak zaitun atau baby oil ke dalam telinga yang dimasuki serangga . Minyak akan melemaskan serangga itu, dan ia akan keluar atau mati.
  6. CUCI DENGAN AIR
    Jika serangga dah mati, selain keluarkan guna pengepit, boleh cuci dengan semburan air sehingga keluar. Gunakan picagari, tapi tak usah sembur kuat sangat. Rosak pula gegendang nanti.
  7. JUMPA DOKTOR
    Jika semua langkah di atas gagal, maka pergilah berjumpa doktor. Jika berjaya keluarkan, tetapi selepas itu telinga keluar nanah, masih sakit kuat dan telinga kurang dengar, maka jumpa doktor juga.

HATI-HATI!

Selepas keluarkan serangga dari dalam telinga, pastikan seluruh serangga tu dikeluarkan. Jangan tertinggal sisa.

Selepas prosedur keluarkan serangga, kemungkinan anda akan alami pening. Jadi, jangan terus berdiri. Rehat sebentar.

IKLAN

Itu sahaja! Moga bermanfaat!

Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Kesihatan kita, tanggungjawab kita

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI