Terbaharu, pemilik nama penuh atau nama sebenarnya Arena Wan Mun-Yi Iman Wan berkongsi babak lakonannya untuk projek terbaharu bersama para peminat di laman Instagramnya.
Dewi Remaja 2018 ini turut berkongsi aksi lagak yang dilakukan oleh dirinya sendiri bagi siri seram tersebut.
Meski badan penuh dengan lebam dan luka, pelakon berusia 24 tahun ini sama sekali tidak mengeluh, bahkan berpuas hati kerana dapat memberikan komitmen dan tenaga sepenuhnya bagi naskhah tersebut.
“Alhamdulillah sejak Dewi Remaja 2018, banyak ‘job’ lakonan yang ditawarkan dan sejujurnya saya amat seronok dapat memainkan pelbagai jenis karakter,
“Baru-baru ini saya terlibat dengan penggambaran siri seram buat pertama kali dan memang aksi stunt di dalam projek itu sepenuhnya dilakukan oleh saya sendiri,
Ads
“Walaupun ada injury sana sini, lembab dan bengkak di beberapa bahagian badan. Namun, hal itu tidak memadamkan semangat saya sebab saya memang mahu bawak watak itu sepenuh raga dan jiwa saya. Ala-ala Michelle Yeoh gitew,” selorohnya kepada REMAJA ketika ditemui di uji bakat Hero Dewi Remaja 2023 hujung minggu lepas.
Pelakon She Was Pretty itu juga akui bahawa dirinya lebih teruja untuk melakonkan watak tersebut yang penuh dengan adegan aksi dek kerana selalu ditawarkan dengan watak budak sekolah.
Ads
“Saya sebenarnya lebih ‘looking forward to do more action’ sebab rupa dan fizikal saya menyebabkan saya asyik ditawarkan dengan watak budak sekolah, gadis baik atau innocent,
“Sejujurnya saya dahagakan watak yang lebih mencabar, antagonis misalnya. Tambahan pula, saya adalah seorang pelakon yang suka bereksperimen dengan watak,” jelasnya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: Instagram Arena Alieya
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Amat jarang menemui anak muda yang boleh berbual mesra dengan golongan tua. Mungkin pada pandangan mereka, orang tua sudah “out of date”, “tak chill” dan mungkin juga tak reti hendak berbicara topik apa. Anak muda sekarang lebih senang mengadap telefon bimbit dan mengambil sikap tak peduli.
Berbeza dengan Rasya Sofea bin Mohamed Nasurdin, seorang dari finalis Dewi Remaja bagi tahun 2018/2019 yang mengakui dia amat suka berkawan dan bergaul dengan golongan lebih tua usianya.
Mahu dikenali sebagai Rasya Dean dalam pertandingan Dewi Remaja, jelas Rasya dia amat senang sekali jika dapat merapati mereka yang lebih berusia.
“Bila berbual dengan mereka, banyak kisah-kisah kehidupan lalu dapat dipelajari. Rasya juga suka mencungkil kisah-kisah lama mereka. Kalau dapat kenal kawan-kawanmama, makcik-makcik sebagainya lagi Rasya suka. Lagi pun Mama selalu berpesan, bila kita bertemu golongan lebih tua, jangan hendak bercerita siapa diri kita sebaliknyadengar cerita mereka kerana golongan tua ini lebih banyak makan garam dan lebih lama pengalaman hidupnya.
“Bagi Rasya peluang dan mengenali golongan ini menjadikan diri Rasya lebih dewasa dan matang dalam membuat keputusan,” kata penuntut tahun dua semester enam pengajian Bachelor In Law & Commerce di Management & Science University (MSU), Shah Alam.
Rasya akui suka berbual dan berkawan dengan orang lebih tua kerana suka mendengar kisah-kisah lama.Gambar instagram RasyaSofeaDeanRasya akui mereka yang memiliki badan berisi tidak patut berasa rendah diri kerana tiada halangan untuk berjaya. Gambar instagram RasyaSofeaDean
Jelas Rasya lagi, dia boleh duduk berjam-jam bila berbicara bersama mereka yang lebih dewasa kerana begitu tertarik dengan kisah lama mereka.
“Banyak topik kami bualkan dan Rasya sangat seronok melalui kehidupan berbeza dengan remaja lain yang mungkin tak suka berbual dengan orang tua,” katanya sambil ketawa.
Minat kepada golongan lebih dewasa membuatkan anak gadis dari lima beradik kesemuanya perempuan ini menyukai lagu-lagu lama seperti nyanyian Puan Sri Saloma, Tan Sri P Ramlee, Tan Sri SM Salim, Datuk Sharifah Aini dan sebagainya.
“Rasya boleh menyanyi lenggok bahasa lagu-lagu lama ini. Ramai kawan-kawan akui suara Rasya sesuai nyanyi lagu begini,” katanya yang terus mendendangkan lagu Mengapa Di Rindu nyanyian Puan Sri Saloma. Disebabkan lagu tersebut yang di chorusnya berbunyi “anak punai anak merbah”, jelas Rasya, dia dipanggil anak punai oleh rakan-rakannya.
Jom dengar Rasya nyanyi lagu yang ada sebut Anak Punai
Mengakui mampu membawakan lagu tradisional dan moden kontemporari, Rasya juga amat berbakat dalam tarian Bollywood. Mungkin semasa zaman sekolah dia merupakan penolong kepada cheer leader sekolahnya, SMK Convent Bukit Nanas, Rasya akui bakat menari itu masih ada sehingga kini.
Ditanya benarkah cheer leader sering dianggap budak-budak gedik di sekolah, Rasya tak nafikan gelaran tersebut tetapi jelasnya, dia tidak pernah dianggap gedik oleh kawan-kawannya.
“Memang ada dengar orang cakap begitu tapi Rasya tak pula. Mungkin sebab masa sekolah Rasya boleh masuk mana-mana, budak lelaki boleh, budak perempuan boleh, jadi tak adalah gelaran macam tu,” katanya sambil ketawa.
Memiliki darah campuran France kerana sebelah bapanya berdarah France + Siam + Cina manakala sebelah ibunya, berdarah Arab Parsi + Baba Nyonya + India, Rasya akui ‘ biar diet bagaimanapun bentuk badannya akan kelihatan berisi. Bukan kerana dia banyak makan tetapi bakanya sudah begitu.
“Sebelum ini Rasya ada masuk Celebrity Fitness, ikutkan berat Rasya sebelum ini 64 kg. Lepas tu dan turun ke 60 kg. Sekarang ini menjadi 55 kg yang mana berat ideal Rasya sepatutnya 57 kg sahaja. Maknanya Rasya dah under weight. Berbanding Dewi yang lain, mungkin Rasya yang nampak berisi kot,”katanya memaklumkan mana-mana gadis yang mempunyai badan berisi jangan sesekali berasa terpinggir kerana tiada apa beza dengan mereka yang kurus.
“Rasya sudah alami dan Rasya sudah buktikan melalui pertandingan Dewi Remaja ini. Semua orang boleh buat, boleh nampak cantik asalkan mereka berusaha,’ katanya lagi.
Ditanya harapannya dalam pertandingan berprestij ini, jelas Rasya, seperti mana peserta lain yang bertanding, dia juga mahu membuktikan dirinya boleh berjaya. Rasya mahu jadi ikon kepada golongan remaja dan kalau boleh ia satu platform untuk Rasya memasuki dunia politik. Rasya sukakan dunia politik dan menganggap ia satu cabaran buat diri sendiri,” jelasnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan hos televisyen popular, Shaza Bae antara bintang yang diberi kepercayaan sebagai ‘muse’ untuk pertunjukan fesyen jenama lokal terkenal, neonate x svg Race Day yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang.
Tampil ‘mega’ sewaktu ‘runaway‘ dihadapan ribuan penonton, Shaza menzahirkan rasa teruja dan bersyukur kerana diberi peluang sebagai salah seorang model untuk memperkenal rekaan terbaharu daripada jenama tersebut.
“Saya sebenarnya amat teruja, bangga dan bersyukur kerana dapat berada di sini kerana saya sudah tidak ‘catwalk’ lebih daripada lima tahun. Jadi, dah lama sangat tinggalkan pentas peragaan ini.
“Jadi, kembali semula dan sebagai ‘muse’ adalah perasaan yang sangat teruja bersama dengan model yang top dan cantik-cantik belaka,” katanya kepada Remaja.
Selain itu, juara Dewi Remaja 2019/20 berkenaan turut menerima pujian sebagai seorang model yang cepat mengingati dan mempelajari sesuatu perkara, terutama ketika di pentas peragaan.
Menitipkan keterujaan, Shaza memberitahu hasil bakat yang ada pada dirinya itu adalah pinjaman Ilahi buatnya.
“Alhamdulillah, ini semua daripada pinjaman tuhan. Bagi saya, rasanya saya sangat teruja untuk lakukan ini dan membuatkan saya cepat ingat.
“Bila anda suka untuk melakukan sesuatu perkara, lagi cepat anda belajar perkara itu,” tuturnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kalau sudah namanya jodoh, maka terikat jugalah hubungan cinta di antara si uda dan dara.
Pelakon jelita, Nynaa Harizal selamat melangsungkan majlis pertunangan secara kecil-kecilan pada petang hari ini bersama pasangan pilihan, Fahmi Ilyas.
Nynaa, 25 memilih 21 Ogos 2021 sebagai tarikh bahagia setelah perancangan awal untuk bertunang terpaksa ditangguhkan hampir tiga bulan lamanya dek arahan Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Lembah Klang yang berlarutan disebabkan pandemik COVID-19.
Semasa dihubungi oleh REMAJA sebentar tadi, Nynaa berkata dia tidak berniat untuk menyorokkan berita baik ini daripada pengetahuan umum. Cuma, mereka ingin menunggu hingga majlis selesai sebelum ia dihebahkan kepada semua orang.
“Oleh sebab kekangan musim pandemik ini, kami bersetuju untuk hanya melangsungkan perkara yang wajib saja. Adalah sedikit rasa terkilan kerana kami sudah berbincang dengan pihak perancang majlis. Namun apa yang penting, urusan pertunangan telahpun selesai,” kata pemenang tempat ketiga pencarian Dewi Remaja 2019 itu.
Majlis pertunangan dilangsungkan di kediaman keluarga Nynaa hari ini bermula jam 2 petang hingga 4 petang. Tanpa kehadiran sanak saudara dan rakan-rakan, ia sekadar melibatkan persetujuan di antara kedua-dua ibu bapa pasangan dan makan tengah hari semeja.
Nynaa kelihatan cukup anggun dalam persalinan tajaan Hazara Boutique. Katanya, pereka fesyen yang sama akan terus berkolaborasi untuk beberapa lagi majlis Nynaa-Fahmi yang akan menyusul.
Bercakap mengenai perancangan pasangan ini ke fasa seterusnya, Nynaa memaklumkan mereka hanya menghitung hari sebelum melangsungkan acara akad nikah tidak lama lagi.
Pada asalnya, majlis tersebut dirancang diadakan di ruang dewan sebuah hotel terkenal di Kuala Lumpur. Demi mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, Nynaa dan Faris terpaksa melupakan hasrat itu dan mengecilkan skala menjadi sebuah majlis yang melibatkan ahli keluarga terdekat saja.
“Nynaa sudah bersedia dan begitu juga dengan si dia. Kadangkala, macam ada rasa tidak percaya juga Nynaa akan berkahwin pada usia semuda ini. Itulah dinamakan jodoh. Nynaa harapkan doa dari kalian agar segalanya berjalan lancar dan doakan agar kami berbahagia,” katanya.
Menyentuh sedikit mengenai jejaka bernama Fahmi Ilyas ini, tunangnya kini berusia 29 tahun dan bergelar seorang usahawan serta pengarah kewangan.
Sejak saling mengenali kira-kira tiga tahun lepas, Fahmi berjaya menambat hati Nynaa dan keluarganya dengan sikap yang menghormati orang lain serta mudah mesra. Tambah Nynaa, Fahmi menyokong dan memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon serta tidak mempunyai masalah sekiranya Nynaa ingin terus bergiat aktif dalam dunia lakonan selepas berkahwin nanti.
Astro Kita RunFest 2025 yang berlangsung di Serenia City membuktikan bahawa aktiviti larian kini berkembang menjadi sebuah perayaan komuniti yang sarat dengan semangat perpaduan,...