Astro Kita RunFest 2025 yang berlangsung di Serenia City membuktikan bahawa aktiviti larian kini berkembang menjadi sebuah perayaan komuniti yang sarat dengan semangat perpaduan, gaya hidup sihat dan kelestarian alam.
Seawal pagi hingga ke malam, suasana festival dipenuhi dengan muzik, gelak tawa dan lautan pengunjung yang hadir bukan hanya untuk berlari, tetapi untuk meraikan kehidupan aktif bersama.
Penyertaan Berganda, Semangat Pun Berganda!
Edisi 2025 menyaksikan peningkatan penyertaan yang luar biasa dengan 2,455 pelari bagi kategori 5km dan 10km yang hampir dua kali ganda berbanding tahun lalu. Lebih 6,800 pengunjung turut memeriahkan festival, menjadikannya antara acara paling meriah sejak penganjurannya.
Dengan lebih 30 perniagaan tempatan membuka reruai makanan, kraftangan dan aktiviti keluarga, RunFest tahun ini turut mengangkat ekosistem usahawan kecil. Kehadiran mereka bukan sahaja memeriahkan festival tetapi mengukuhkan budaya hidup sihat dan lestari dalam komuniti.
Larian Demi Bumi Kita
Selari dengan komitmen Astro terhadap inisiatif Rimba Kita, festival ini turut mengumpulkan dana bagi projek pemuliharaan hutan, pendidikan alam sekitar dan program komuniti lestari. Setiap langkah para pelari menjadi simbolik kepada usaha menjaga bumi untuk generasi akan datang.
Cabaran Oga Street: Laluan Paling ‘Fun’ Tahun Ini
Bagi peserta 5km, Cabaran Oga Street menjadi tarikan utama. Laluan unik ini diinspirasikan daripada Oga, IP pendidikan alam sekitar Astro, dengan cabaran mini interaktif yang menjadikan larian lebih menyeronokkan dan immersive. Peserta bukan sekadar berlari, tetapi menikmati pengalaman penuh energi bersama rakan dan komuniti.
Artis Popular Hidupkan Suasana Festival
Pentasan RunFest digegarkan oleh persembahan artis terkenal seperti Akim, Nadeera, Mimifly dan Soo Wincci, memastikan suasana festival kekal hype dari pagi hingga malam.
Kanak-kanak pula terhibur dengan kehadiran maskot popular Didi & Friends, Oga dan Reemo, menjadikan festival ini sebuah acara mesra keluarga yang sesuai untuk semua peringkat umur.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith, meluahkan rasa bangga melihat rakyat Malaysia berganding bahu memeriahkan acara ini.
“Inilah semangat yang ingin kami pupuk iaitu masyarakat yang bersatu dan saling mengangkat antara satu sama lain. Kehadiran hari ini membuktikan kekuatan komuniti Malaysia,” katanya.
Gerakan Nasional Ke Arah Kehidupan Lebih Hijau
Dengan momentum luar biasa yang ditunjukkan tahun ini, Astro Kita RunFest 2025 bukan sekadar festival larian, tetapi menjadi gerakan nasional yang mengajak rakyat Malaysia untuk lebih aktif, lebih sedar dan lebih bersatu demi masa depan yang lebih sihat dan hijau.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai yang mempunyai hobi ini dengan memelihara kucing di rumah yang terkadang ada yang menganggap binatang ini adalah rakan atau sahabat mereka. Melalui kajian ia juga dikatakan mampu menghilangkan tekanan atau stress yang dihadapi oleh mereka yang membelanya.
Sumber Gambar : Reuters
Pakaian kucing atau mengayakan kucing bukan satu perkara yang pelik malah tinjauan penulis mendapati ada je yang bijak membuat ‘duit’ dengan hobi ini.
Seorang bekas guru di Bogor, Indonesia sanggup meninggalkan bidang pendidikan untuk menceburi bidang fesyen dan menjadi pereka fesyen untuk si ‘bulus’ peliharaannya ini.
Sumber Gambar : reuters
Itulah yang dilakukan oleh Fredi Lugina Priadi, seorang lelaki yang berusia 39 tahun. Sebelum ini dia pernah menceburi pelbagai jenis perniagaan namun menjadi pereka fesyen bagi si bulus lagi menguntungkan.
Ads
Menurut laporan Reuters, pelbagai jenis pakaian buat si comel bulus itu untuk digayakan. Antaranya pakaian seragam, super hero seperti Thor dan juga pakaian tradisional islam.
Ads
Fredi berkata, pada mulanya idea itu datang daripada saudaranya yang mencintai kucing dan dia menganggap idea itu pelik namun apa yang terjadi sebaliknya kerana permintaan terhadap pakaian kucing agak tinggi.
Ads
Selain itu, Fredi memperoleh anggaran RM870 sebulan bagi menjual sekurang-kurangnya empat helai sehari setelah hampir tiga tahun menjalani perniagaan tersebut.
Meskipun ia kelihatan comel, namun ada juga segelintir warganet memberi komen yang negatif mengatakan ia sesuatu yang agak kejam, namun ia tidak mematahkan semangat Fredi untuk terus berusaha dalam memajukan perniagaanya.
Menarik juga, so korang yang nak mula berniaga boleh la ‘ceduk’ idea dari Fredi ini.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Wanita yang dilahirkan di Perth, Australia ini merupakan antara pengusaha teknologi bergelar billionaire termuda di dunia. Pada usia 34 tahun dia telah disenaraikan sebagai wanita kedua terkaya di Austalia.
Satu latar menarik tentang dirinya, walaupun berkebangsaan Australia dan dilahirkan di sana, ayah wanita terkenal ini merupakan jurutera asal Malaysia yang kemudiannya berhijrah ke sana dan berkahwin dengan ibu Melanie yang merupakan seorang guru warga Australia.
.
Bagaimana dia boleh terkenal? Semuanya kerana Canva!
Korang mesti sudah kenal benar dengan aplikasi untuk memudahkan kita menghasilkan poster dan juga kerja grafik tanpa memerlukan perisian kompleks. Kalau nak tahu Melanie merupakan antara orang kuat di sebalik idea pembangunan aplikasi yang kini digunakan oleh lebih 55 juta orang seluruh dunia.
Aplikasi Canva.
Perjalanan dalam bisnes ini bukanlah mudah seperti yang kita sangka. Memulakan aplikasi ini pada tahun 2013, untuk menembusi dan mendapat kepercayaan dari pelabur bukanlah muda apatah lagi syarikatnya berpangkalan di Australia dan bukannya terletak di lokasi banyak syarikat ‘start-up’ teknologi iaitu Silicon Valley, California.
Melanie tinggal bersama abangnya di San Francisco selama tiga bulan untuk ‘menjual’ aplikasi ini namun ditolak oleh lebih 100 pelabur yang mereka temui. Mengenang kembali perkara ini, dalam temubual bersama inc.com, dia tertanya-tanya, kenapakah ia terlalu susah. Namun kini siapa sangka dia antara pemilik teknologi terkaya dunia.
Melanie dan pengasas bersama Canva, Cliff Obrecht yang juga merupakan tunangnya dan Cameron Adams (duduk bawah).
Setelah berada di puncak kejayaan, Melanie memulakan usaha murni dengan menaja lebih 25’000 organisasi amal tidak berasaskan keuntungan. Semua ini dilakukan melalui pengumpulan dana menerusi aplikasi canva. Dengan usaha ini, kejayaan yang dicapai oleh syarikatnya lebih bermakna.
Nilai Canva kini mencecah USD 15 bilion, menjadikan penyedia alat kolaborasi reka bentuk ini sebagai salah satu permulaan aplikasi yang paling cepat berkembang di dunia.
Sumber gambar: canva.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Singapura meluluskan beberapa siri pindaan kepada Akta Imigresen, termasuk pelepasan biometrik terhadap penumpang di Lapangan Terbang Changi, pada Isnin, 18 September.
Ini bermakna penumpang tidak perlu lagi menunjukkan pasport, tiket dan pas masuk mereka apabila melalui lapangan terbang dan beberapa pusat pemeriksaannya.
Channel News Asia turut melaporkan bahawa sistem baharu itu akan berkuat kuasa pada permulaan tahun 2024.
Sebaliknya, Lapangan Terbang Changi akan memperkenalkan pelepasan imigresen automatik hanya menggunakan data biometrik. Fuiyoooo….
Biometrik merujuk kepada teknologi automatik untuk mengesahkan dan mengesahkan ciri-ciri badan manusia. Ini boleh termasuk cap jari, retina mata dan iris, corak suara, corak muka dan ukuran tangan.
Lapangan Terbang Changi, dan banyak lapangan terbang di seluruh dunia, telah pun menggunakan teknologi biometrik, bersama-sama dengan perisian pengecaman muka, di lorong automatik di pusat pemeriksaan imigresen.
“Singapura akan menjadi salah satu daripada beberapa negara pertama di dunia yang memperkenalkan pelepasan imigresen automatik tanpa pasport,” kata Menteri Komunikasi Josephine Teo
Menteri Komunikasi Josephine Teo mengumumkan beberapa perubahan kepada Akta Imigresen Singapura semasa sidang parlimen.
CNN memetik menteri berkata prosedur baharu itu akan “mengurangkan keperluan penumpang untuk mengemukakan dokumen perjalanan mereka berulang kali di titik sentuh dan membolehkan pemprosesan yang lebih lancar dan mudah.”
“Bagaimanapun, anda masih memerlukan pasport anda untuk negara di luar Singapura,” tegas beliau.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: CNN
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Skechers x Care Bears tampil dengan koleksi kasut comel dan ceria untuk wanita serta kanak-kanak, lengkap dengan glitter, light-up dan teknologi comfort.