Selepas tiga dekad menjadi antara peneraju kandungan dan hiburan negara, Astro kini meraikan ulang tahun ke-30 dengan pelbagai tawaran istimewa buat rakyat Malaysia.
Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang sentiasa memberikan sokongan sejak penubuhannya, Astro memperkenalkan pelbagai kandungan eksklusif, ganjaran menarik dan pengalaman istimewa yang akan berlangsung bermula Ogos hingga Disember tahun ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan, sambutan berkenaan merupakan simbol penghargaan kepada jutaan rakyat Malaysia yang telah menjadikan Astro sebahagian daripada kehidupan mereka sepanjang 30 tahun ini.
“Bermula Ogos hingga Disember ini, pelanggan akan menikmati pelbagai ganjaran istimewa. Antaranya, akses percuma kepada semua saluran Astro dari 15 Ogos hingga 16 September, selain dua saluran khas sempena ulang tahun ke-30 iaitu Astro 30 (Saluran 100) dan Aniplus (Saluran 120).
“Saluran Astro 30 akan menampilkan pelbagai filem blockbuster, konsert dan program popular, manakala Aniplus menawarkan siri anime terbaharu dan popular dari Jepun sehingga hujung tahun ini.
“Selain itu, pelanggan Astro turut mendapat akses kepada Astro X3 di TV pintar tanpa memerlukan dekoder, manakala pelanggan NJOI akan menikmati empat saluran tambahan secara percuma yang menjadikan jumlah keseluruhan saluran percuma kepada 26,” katanya.

Pelbagai ganjaran eksklusif menanti pelanggan
Antara tawaran paling menarik ialah akses percuma kepada semua saluran Astro selama sebulan bermula 15 Ogos hingga 16 September.
Selain itu, Astro turut memperkenalkan dua saluran khas sempena ulang tahun ke-30 iaitu Astro 30 yang bakal menampilkan filem blockbuster, konsert serta program popular, manakala Aniplus pula menawarkan pelbagai siri anime popular dan terbaharu dari Jepun sehingga penghujung tahun.
Dalam masa sama, pelanggan Astro juga boleh menikmati Astro X3 menerusi TV pintar tanpa memerlukan dekoder, sementara pelanggan NJOI menerima empat saluran tambahan secara percuma sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan saluran percuma kepada 26.

Sambutan dibawa lebih dekat dengan komuniti
Bukan sekadar meraikan pelanggan di rumah, Astro turut memperluaskan sambutan ulang tahun ini ke seluruh negara menerusi jelajah KITA FM 2026: Satu Nama, Satu Suara.
Inisiatif tersebut menghimpunkan kesemua jenama Astro Audio bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, sekali gus mendekatkan lagi platform itu dengan masyarakat di pelbagai lokasi.
Showcase gilang-gemilang di Pavilion KL
Kemuncak sambutan ulang tahun ke-30 Astro bakal berlangsung pada 23 Ogos 2026 menerusi Astro 30th Anniversary Showcase di Pavilion Kuala Lumpur.
Anda mungkin berminat dengan
Acara berkenaan dijangka dimeriahkan dengan persembahan daripada barisan artis terkenal seperti Faizal Tahir, Sherry Al Hadad, Stacy Anam, ALPHA dan Vanessa Reynauld. Pengunjung juga berpeluang bertemu pelakon serta personaliti Astro sepanjang acara berlangsung.
Lebih menarik, pelanggan Astro terpilih turut berpeluang menikmati pengalaman eksklusif di Zon VIP Rock, yang membolehkan mereka berada lebih dekat dengan artis dan selebriti kegemaran.
Sempena ulang tahun ke-30 ini, Astro terus menghargai sokongan rakyat Malaysia dengan menawarkan pelbagai kandungan, ganjaran dan pengalaman eksklusif sebagai tanda terima kasih atas kepercayaan yang diberikan selama tiga dekad.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Baru-baru ini, industri hiburan Korea Selatan tanpa henti menunjukkan kreativiti dan inovasi bagi menarik perhatian penggemar dan peminat muzik K-Pop utamanya.
Salah satu syarikat hiburan terkenal, SM Entertainment sekali lagi kembali dengan mencipta hal baru inovatif dan bakal memikat hati para peminat melalui kerjasama bersama syarikat Jinaem mengumumkan akan membina Hotel K-Pop yang dibangunkan khas untuk peminat K-Pop di seluruh dunia.
Kolaborasi ini rasmi diumumkan pada 29 Julai lalu ketika Jinaem dan Kreation Music Rights (KMR) yang merupakan anak syarikat kepada SM Entertainment menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) untuk membangunkan hotel residensi bagi peminat K-Pop, penulis lagu/lirik, penerbit lagu yang datang dari seluruh negara.

“Kolaborasi ini adalah contoh dari kesan hubungan baik antara investor dan syarikat yang menerima investasi. Selain itu, kami juga dapat mencipta ‘angin baru’ dari pembinaan Hotel K-Pop ini”
KMR juga akan turut menyediakan pelbagai bahan sokongan muzik dan penciptaan kandungan. Sementara itu, Jinaem yang merupakan syarikat baru dalam bidang gaya hidup dan kesihatan akan mengelola projek ini termasuk dari segi perancangan, operasi dan perkembangan dari masa ke semasa.
Mengikut perancangan awal, Hotel K-Pop ini akan dibina di bandar Seoul dengan kapasiti 20-30 buah bilik. Hotel ini juga dijangka akan menjadi pusat budaya bagi penggemar agar mereka dapat menikmati muzik dari pelbagai komposer KMR selain mendapat keistimewaan tambahan yang lain.
BACA: Kawan Sekolah Buka Cerita Lama, Ungkap Seungkwan Seventeen Pernah Bela Mangsa Buli

Dalam pada itu, menurut laporan Global Hallyu Status bagi tahun 2023. Jumlah penggemar budaya Hallyu secara global telah mencapai sehingga 225 juta pada Disember lalu dan ia menunjukkan peningkatan 24 kali ganda berbanding tahun-tahun sebelumnya sejak Korean Wave pertama mendapat sambutan pada tahun 2012.
Melalui pembinaan hotel ini juga, mereka berharap akan memberi suasana baru dalam industri K-Pop. Malah, para peminat juga dapat menikmati pengalaman muzik dan budaya K-Pop dengan lebih dekat.
BACA: “Jangan Risau, Saya Akan Baik-Baik Saja…” Bambam Tenangkan Peminat Selepas Kongsi Status Yang Cetuskan Kebimbangan
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Inkues dedah warden arah pelajar angkat Zara Qairina sebelum ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar pada awal pagi 16 Julai lalu. Kes ini terus menarik perhatian kerana pelbagai fakta baharu terungkap sepanjang prosiding.
Ketua Warden, Azhari Abd Sagap, 31, yang juga guru Bahasa Arab kepada Zara Qairina, memberitahu Mahkamah Koroner bahawa sepanjang beliau bertugas, arwah tidak pernah membuat aduan mengenai sebarang masalah di asrama. Zara Qairina yang berusia 13 tahun ketika itu, tinggal di Asrama Qurratu Ayun tingkat 3 Blok Rabiatul Adawiyah bersama 11 pelajar lain di bawah seliaannya.

“Saya Nampak Zara Masih Bernafas”
Azhari berkata, beliau menerima panggilan kecemasan daripada pengawal keselamatan pada jam 3.04 pagi. Ketika tiba di lokasi, beliau melihat Zara Qairina terbaring di longkang asrama dalam keadaan tidak sedarkan diri, namun kelihatan bernafas seperti tidur berdengkur.
Ketika itu, lima pelajar dan pengawal keselamatan sudah berada di tempat kejadian. Azhari kemudian mengarahkan mereka mengangkat arwah ke kawasan terlindung dan rata sejauh kira-kira 20 meter dari lokasi asal. Selepas membantu mengangkat, barulah beliau perasan ada kesan darah di bucu longkang serta kecederaan pada pergelangan kaki kiri mangsa.

Hubungi 991 & Pengetua
Beliau segera menghubungi talian kecemasan 991 pada 3.17 pagi untuk mendapatkan bantuan perubatan, sebelum memaklumkan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan pengetua sekolah. Azhari juga cuba menghubungi ibu bapa arwah, namun panggilannya tidak berjaya.
Panggilan kedua dibuat ke talian 991 pada 3.47 pagi, sebelum ambulans tiba menghantar Zara Qairina ke hospital. Malangnya, arwah meninggal dunia pada 17 Julai di Hospital Queen Elizabeth, sehari selepas ditemukan tidak sedarkan diri.
Inkues & Arahan AGC
Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan polis. Malah, sebelum itu, AGC turut mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur arwah pada 8 Ogos bagi membolehkan bedah siasat penuh dilakukan.
Tanda Tanya Terus Timbul
Pendedahan dalam inkues ini menimbulkan pelbagai persoalan, termasuk soal prosedur kecemasan di asrama serta keputusan untuk mengangkat mangsa sebelum ambulans tiba. Ramai ibu bapa dan pelajar sebaya meluahkan rasa simpati terhadap keluarga arwah serta menanti keputusan inkues bagi merungkai kebenaran dan memberi keadilan buat Zara Qairina Mahathir.
Sumber : Harian Metro, Sinar Harian
BACA LAGI : Inkues Zara Qairina: Dituduh Curi, Warden Arah Pelajar Cuci Darah – Fakta Mengejutkan Minggu Kedua
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Baru-baru ini, persatuan mahasiswa Universiti Kebangsaan Chungnam (CNU), Korea Selatan telah meraih perhatian apabila meminta maklumat peribadi dan meminta tanda tangan akur janji daripada peminat kumpulan terkenal, AESPA untuk festival universiti yang akan diadakan pada hujung Oktober ini.
Difahamkan, pada 21 Oktober lalu, persatuan mahasiswa CNU telah memuat naik pengumuman menerusi akaun rasmi mengenai festival CNU 2024 “ACCESSIO: Soaring” dan memaklumkan bahawa jadual penampilan AESPA adalah pada hari ketiga iaitu 30 Oktober.
Dalam pada itu, wakil persatuan mahasiswa universiti tersebut juga turut memberitahu jika mana-mana pihak ingin mengambil gambar atau merakam video persembahan AESPA, mereka perlu membuat permohonan sah dan izin, perjanjian yang ditandatangani, dan perjanjian pengumpulan dan penggunaan maklumat peribadi pemohon.

Dilaporkan, permohonan tersebut dibuka bermula 21 sehingga 23 Oktober, namun pihak persatuan mahasiswa CNU menyatakan mereka akan menapis permohonan dan hanya individu tertentu sahaja yang bakal dipilih seterusnya keputusan akan dimaklumkan pada 24 Oktober.
Susulan itu, hal tersebut telah mendapat kritikan ramai pihak terutama peminat AESPA kerana ada yang berpendapat persatuan mahasiswa bukanlah entiti sah berdaftar seperti bank atau organisasi kerajaan yang berhak mengumpul data dan maklumat peribadi.

Selain itu, ada juga yang mempersoalkan kesahihan dan kelayakan persatuan mahasiswa universiti berkenaan dalam mengumpul maklumat peribadi tanpa borang kebenaran tambahan.
Walau bagaimanapun, pihak persatuan mahasiswa CNU berkeras bahawa sebarang peranti rakaman yang tidak diluluskan adalah dilarang sama sekali kecuali telefon bimbit.
Tambahan, mereka juga mengharamkan penggunaan tripod, makanan, tempat letak kaki dan ‘selfie stick’, dan memberi amaran jika mana-mana individu gagal mematuhi arahan tersebut boleh mengakibatkan mereka dikeluarkan daripada acara itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞