Usahawan dan pempengaruh sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila menghadiahkan sebuah kereta mewah Porsche 718 Cayman berwarna hitam kepada anak lelakinya, Ammar Ahyan.
Menurut Aliff, keputusan itu dibuat kerana tidak mahu dilabel sebagai seorang bapa yang kedekut. Dalam masa sama, dia mahu memastikan Ammar tampil bergaya dan menjaga reputasi sebagai anak kepada seorang ahli perniagaan.
“Kereta mewah supaya nampaklah mewah sikit anak saya. Tak naklah orang fikir anak selekeh, saya seorang sahaja yang ke depan.
Kredit foto: IG Datin Nur Shahida
“Dulu saya dah penat bising fasal fesyen, seluar dan rambut dia ‘kembang’, tapi bila dia makin besar saya nampak dia ada kemajuan. Sekarang ada gaya sikit. Saya juga nak orang tahu, bapa dia bukanlah seorang yang kedekut.
“Saya tak nak orang pandang ‘anak jutawan tapi dia menyedihkan’. Saya tak nak begitu,” katanya kepada pemberita.
Ads
Bukan Sekadar ‘Manjakan’ Anak
Meskipun hadiah tersebut bernilai besar, Aliff menjelaskan pemberian itu bukan bermaksud dia sewenang-wenangnya memanjakan Ammar.
Sebaliknya, ia sebagai tanda penghargaan atas sokongan anaknya sepanjang perjalanan kerjayanya.
“Asalnya saya dan isteri nak belikan Ammar kereta Honda je. Paling maksimum pun kereta Mercedes lah. Fikir punya fikir, saya nak Ammar ‘enjoy’ zaman muda dia. Ammar punya impian nak beli kereta Perdana, Honda Accord atau Mercedes X-Class.
Ads
Kredit foto: IG Datin Nur Shahida
“Sebagai seorang bapa, saya memang nak nampakkan anak saya hebat. Ketika saya senang sekarang, saya nak anak rasa bersama. Waktu susah nanti, takut saya tak boleh bagi. Kalau mampu beli Axia, Axia sahajalah saya mampu tapi memandang ada kemampuan, saya nak dia seronok hidup sekarang.
“Apa yang saya buat sampai hari ini adalah untuk anak saya juga. Sejujurnya, saya gembira bila tengok dia (Ammar) gembira,” ujarnya lagi.
Ads
Kereta sport bernilai kira-kira RM350,000 itu akan digunakan Ammar sebagai kenderaan harian, termasuk untuk ke kolej.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila tiba datang bulan, hanya wanita sahaja yang memahami bagaimana keadaan mereka ketika itu kerana terpaksa berdepan dengan pelbagai kesakitan seperti senggugut, sakit pinggang, sakit badan dan macam-macam lagi mengikut keadaan yang berbeza-beza.
Ada yang sakit biasa-biasa, ada pula yang bila diserang senggugut boleh menyebabkan mereka hingga tidak boleh bangun seharian menahan sakit. Pengeluaran hormon yang banyak akan menyebabkan pengecutan rahim secara berlebihan dan ia menyebabkan sakit, bukan saja pada bahagian bawah perut yang kuat, tetapi juga pada bahagian belakang pinggang.
Terbaharu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang menjalankan kajian untuk memperkenalkan cuti haid sebagai sebahagian daripada perlindungan sosial untuk wanita dari keluarga B40 di Malaysia.
Kajian sedang dibuat melibatkan lebih 57,000 responden dan dijangka siap pada Oktober ini. Menurut Timbalan Menteri KPWKM, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, proses memperkenalkan cuti haid bukan sahaja melibatkan kesejahteraan pekerja wanita tetapi juga memberi implikasi kepada produktiviti dan ekonomi negara.
Pengenalan cuti haid juga memerlukan penelitian dan perbincangan lanjut dengan pihak-pihak berkepentingan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Sumber Manusia (KSM), Kementerian Kewangan, kesatuan sekerja dan pertubuhan majikan.
Selepas menemui jawapan untuk kajian yang dibuat, pihak mereka akan membentangkan isu ini kepada kerajaan untuk tindakan selanjutnya.
Bagaimana pula dengan pendapat korang? Adakah wajar sekiranya kaum wanita diberikan cuti haid?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak diumumkan oleh Perdana Menteri mengenai perlaksanaan sambutan Hari Batik Malaysia, rata-rata orang awam menyambut baik perlaksanaannya kerana melihat ia sebagai satu lagi cara memakmurkan identiti negara yang bersatu-padu di antara masyarakat majmuknya.
Inisiatif yang dilaksanakan semalam (3 Disember 2021) itu juga dilihat turut menerima sokongan mereka yang bukan dalam kalangan warganegara Malaysia. Contoh terbaik dapat dilihan di Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara semalam apabila sebahagian besar kakitangan kedutaan mengenakan pakaian batik.
Menerusi hantaran di Facebook kedutaan tersebut, mereka menyambut baik sambutan Hari Batik Malaysia dan turut mempromosikannya.
“Mewakili pihak kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, selamat menyambut Hari Batik Malaysia. Kami berbangga untuk mengenakan pakaian batik hari ini.
“Jika anda turut memakai batik pada hari ini, kongsikan gambar di ruangan komen,” catat mereka pada muat naik tersebut. Tinjauan
Biarpun ada kedengaran beberapa ‘pendapat nakal’ terutamanya yang berbaur politik mengenai perlaksanaan Hari Batik Malaysia ini, namun REMAJA merasakan wajar bagi kita semua memandang inisiatif ini dari sudut pandangan positif agar semangat nasionalisme rakyat kita dapat terus dipupuk dan tidak dilupakan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
‘Sayangilah diri sendiri, cintailah diri sendiri dan hormatilah ia sebagaimana kamu menyanjungi orang yang hebat di luar sana. Ingat, di saat kita tiada sesiapa lagi orang di atas dunia, kita masih ada diri kita sendiri’
Itulah ungkapan yang dicoretkan pakar motivasi tersohor tanah air, Datuk Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah mengenai cintai dan hormati diri sendiri.
Dalam Islam juga sememangnya menuntut umatnya agar mencintai dan menjaga kehormatan diri sebagai wujud rasa syukur atas nikmat yang dikurniakan Ilahi buat kita.
Selain itu, beliau turut mencoretkan tujuh pesanan ‘mahal’ bagi setiap insan untuk sentiasa beringat dalam menjaga diri.
1. Setiap orang yang bersama kita, akan ada satu hari yang akan menjadi hari terakhir mereka bersama kita. Kita cuma tak tahu bila, maka sayang kena berpada-pada. Benci juga kena bersederhana.
Perlu ingat, mereka adalah pinjaman dari Allah SWT. Maka, kita jangan terlalu sedih apabila mereka pergi. Berniatlah semoga dipertemukan di alam syurga kelak.
2. Bersamalah dengan mereka yang selalu buat kamu tersenyum. Walaupun pada saat mereka tiada di depan mata.
Bukan setakat kehadiran mereka membahagiakan, tetapi memori yang mereka tinggal juga membahagiakan buat kehidupanmu.
3. Ingatlah di saat, kamu bergaduh dengan pasangan, mak ayah atau sesiapa sahaja yang menyayangi kamu, pertengkaran itu kerana mereka sayang.
Bila mereka dah senyap, itu tandanya, “we are done.”
4. Masalah kamu, bukan masalah kamu sebenarnya. Tetapi “tindakbalas” kamu terhadap masalah, itulah masalah sebenar.
5. Benda baik dan bermakna, selalu ambil masa. Tetap sabar dan yakin dengan ketentuan Allah SWT.
6. Hargailah sesiapa sahaja yang ingat akan hal-hal kecil tentang diri kamu. Kecil bagi kamu, besar bagi dia. Maka, santuni dan jaga mereka baik-baik.
7. Ketentuan Allah, boleh jadi hal yang tidak kita duga dan boleh terima begitu sahaja. Kita marah dan kadangkala boleh kecewa. Kamu rasa pahit sangat atas apa yang berlaku.
Ingat, bukan pentingkan diri, tetapi jika tidak pelihara diri sendiri, mana mungkin kita boleh pelihara orang lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.