Bintang ikonik K-Pop, BIGBANG sekali lagi mencuri perhatian selepas dilantik sebagai duta kehormat pertama Korea AeroSpace Administration (KASA), sekaligus membuka lembaran baru buat kumpulan itu dalam usaha memperkenalkan visi angkasa Korea Selatan kepada masyarakat global.

Menerusi sebuah kenyataan yang dikongsi oleh YG Entertainment, BIGBANG akan memainkan peranan sebagai wajah KASA dalam menyampaikan visi masa depan serta dasar-dasar utama berkaitan aeroangkasa kepada orang ramai dengan pendekatan yang lebih dekat dan mudah difahami.

Dalam pada itu, pelantikan tersebut turut mencatat sejarah tersendiri apabila BIGBANG menjadi kumpulan pertama yang dipilih sebagai duta kehormat sejak KASA ditubuhkan pada 2024. Dengan pengaruh mereka yang merentasi pelbagai generasi dan negara, BIGBANG dilihat mampu membantu meningkatkan kesedaran serta minat masyarakat terhadap perkembangan industri aeroangkasa Korea Selatan.

“Kami melantik BIGBANG sebagai duta bagi membantu mencetuskan cabaran baharu untuk masa depan aeroangkasa Korea Selatan bersama-sama orang ramai,” kata KASA.

BIGBANG ‘Terbang' Ke Angkasa, Kini Dilantik Duta Kehormat Pertama KASA BIGBANG ‘Terbang' Ke Angkasa, Kini Dilantik Duta Kehormat Pertama KASA

Agensi tersebut turut menyatakan komitmen untuk bekerjasama dengan BIGBANG dalam memperluaskan minat dan penyertaan masyarakat menerusi pelbagai aktiviti melibatkan bidang aeroangkasa.

Ads

Menariknya, kerjasama ini dilihat cukup sinonim dengan identiti BIGBANG memandangkan nama kumpulan tersebut sendiri mempunyai kaitan dengan kelahiran alam semesta. Lebih istimewa, tema angkasa turut menjadi sebahagian daripada konsep jelajah dunia sempena ulang tahun ke-20 debut mereka yang diberi judul ‘BIGBANG 2026-2027 World Tour <XX: COSMOS>’.

BACA: Penantian Peminat Berakhir, BIGBANG Kembali Dengan Single Terbaharu ‘BiiiG’ Selepas Empat Tahun

Ads

Dalam peranan baharu itu, BIGBANG yang kini dianggotai oleh G-Dragon, Taeyang dan Daesung itu turut akan menyertai program penyertaan awam ‘Dream Capsule’ yang berkait dengan projek-projek aeroangkasa utama Korea Selatan. Menerusi program berkenaan, mereka bakal menjadi penghubung antara peminat, masyarakat dan dunia angkasa, termasuk mengumpulkan kenangan serta mesej daripada peminat (V.I.P) di seluruh dunia.

BIGBANG ‘Terbang' Ke Angkasa, Kini Dilantik Duta Kehormat Pertama KASA

Ads

Mesej yang dikirim para peminat itu kemudiannya akan diubah menjadi imej kod yang diinspirasikan daripada ‘Arecibo Message’ sebelum dimuatkan ke dalam Nuri No. 5 untuk dibawa ke angkasa. Inisiatif tersebut bukan sahaja memberi peluang kepada peminat menjadi sebahagian daripada sejarah, malah menjadikan kenangan mereka sebagai simbol hubungan antara manusia dan alam semesta.

Untuk perkembangan terkini, BIGBANG bakal melancarkan single digital terbaru berjudul ‘BiiiG’ pada jam 6 petang, 19 Ogos ini, sebelum memulakan jelajah dunia mereka di Goyang Stadium dari 21 hingga 23 haribulan.

Jelajah yang meraikan dua dekad perjalanan BIGBANG itu kemudiannya akan merangkumi 33 persembahan di 19 bandar di Asia, Amerika Utara, Eropah, dan Oceania, membuktikan bahawa selepas 20 tahun, nama BIGBANG masih terus berkembang merentasi sempadan malah kini hingga ke angkasa.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads