Pelakon dan bekas finalis pencarian Dewi Remaja 2018/19, Arena Wan meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang membuat persembahan nyanyian pertamanya secara langsung di acara tayangan drama bersiri Astro Originals, Generasi: Perfect 10 (GP10)baru-baru ini.
Kemunculan Arena, 25, di acara berkenaan bukan sekadar untuk menyambut tayangan episod terakhir GP10 bersama media dan penonton setia drama berkenaan. Bahkan, Arena menerima pelawaan untuk menyanyikan lagu miliknya berjudul Perfect di hadapan orang ramai.
Pelakon dan penyanyi, Arena Wan. FOTO: Instagram / arenalieya
Tidak menyangka dirinya mampu mengenepikan rasa gementar sebelum itu, Arena berkata momen tersebut cukup istimewa baginya untuk menutup kemas penglibatannya dalam drama bersiri itu.
“Sampai bila saya nak takut untuk menyanyi di depan orang? Produksi dan pihak pemasaran Astro bertanyakan jika saya boleh menyanyikan lagu Perfect semasa acara itu. Semua yang hadir memberikan respon positif dan saya amat berterima kasih di atas pengalaman ini,” jelas Arena.
Lagu Perfect Menggambarkan Kisah Watak Dalam Generasi: Perfect 10
Tambah anak kepada penerbit muzik terkenal Iman Wan ini, lagu Perfect yang diciptanya bersama Darien Sebastian, Elias dan Naki Zainal mempunyai lirik mendalam serta menggambarkan kisah watak-watak perempuan yang ada dalam drama GP10.
Biarpun sukan gimnastik yang menjadi nadi utama dalam drama ini sering memperlihatkan sisi kesempurnaan, hanya mereka yang berada di sebalik glamor dunia sukan itu memahami makna pengorbanan dan kepayahan yang dilalui demi mendaki tangga kejayaan.
Menerusi Perfect, Arena berhasrat menjadi autentik dan personal bukan hanya untuk penonton GP10 tetapi juga sesiapa sahaja yang memendam rasa lara mereka.
Ads
“You don’t have to be so hard on yourself all the time. You don’t have to be perfect all the time. It is okay to make mistakes because we are just human.” – aRENA wAN
Sewaktu mencipta lagu ini, Arena memasukkan point of view (POV) daripada setiap karakter dalam drama GP10.
“Sebagai pelakon untuk watak Ezie, saya memahami diri Ezie. Namun demi Perfect, saya turut mendalami watak lain seperti Victoria, Yasmin, Amal dan lain-lain. Mereka semua mempunyai perjuangan masing-masing yang menjadikan GP10 lebih berwarna-warni,” katanya lagi.
Oleh itu, lagu ini didedikasikan kepada semua watak perempuan dalam GP10 serta kepada semua orang yang kadangkala merasakan dunia ini terlalu membebankan untuk mereka.
Ads
Arena Wan di samping Arabella Ellen sebagai penghias wajah hadapan edisi digital REMAJA Oktober 2025.
Berbaloikah Untuk Mengejar Kesempurnaan? – Arena Wan
Bagi Arena, majoriti golongan remaja masa kini mudah terjatuh ke dalam perangkap media sosial yang sering menggambarkan kesempurnaan hidup orang lain. Lantas, ramai yang cuba membuktikan sesuatu kepada orang sekeliling walaupun bertentangan dengan nilai diri sendiri.
“Ada satu lirik berbahasa Inggeris dalam Perfect yang berbunyi, ‘Is it worth it to be perfect?’. Kadangkala, kita semua cuba terlalu keras untuk memuaskan hati orang lain. That shouldn’t be the way. Please remember, your dreams are valid and you are perfect just the way you are,” simpul Arena.
Siapa boleh lupa penangan telenovela terkenal Filipina, Pangako Sa Yo yang menjadi kegilaan ramai lebih 23 tahun lalu. Tidak kira golongan remaja hingga ke golongan dewasa, boleh dikatakan fenomena drama bersiri ini melekat di hati ramai.
Gandingan pelakon muda Filipina yang baru naik daun ketika itu iaitu Jericho Rosales dan Kristin Hermosa cukup serasi dan ikonik. Bayangkan, drama bersiri ini bukan hanya popular di negara Asia Tenggara bahkan ia turut disiarkan di Tanzania dan Kenya.
STILL HOT!
Jadi apa khabar terkini pelakon utama lelaki drama ini, Jerico Rosales yang meniti usia 44 tahun? Biarpun usia hampir setengah abad, namun kekacakannya masih jelas terlihat dan kekal awet muda. Dengan bentuk tubuh yang tegap, dia kerap menghiasi kempen dan juga muka hadapan majalah.
Masih lagi aktif sebagai seorang pelakon dan juga penyanyi, bapa kepada seorang cahaya mata ini turut berjinak-jinak sebagai seorang penerbit. Pada tahun 2018 dia menjadi penerbit kepada filem yang bertajuk The Girl In The Orange Dress yang menyaksikan dia turut berperanan sebagai pelakon utama lelaki.
Jerico yang memulakan langkah dalam dunia seni sejak berusia belasan tahun lagi sepanjang kerjanya telah memenangi lebih 30 anugerah yang merangkumi pengiktirafan terhadap kerja kerasnya sebagai seorang pelakon dan juga penyanyi.
KISAH CINTA & ANAK
Dikaitkan rapat dan pernah bercinta dengan rakan pelakonnya seperti Kristin Hermosa dan Heart Evangelista, hubungan tersebut tidak berakhir di jinjang pelamin. Sebaliknya pada tahun 2014, Jericho atau lebih mesra digelar Echo menikahi Kim Jones yang merupakan seorang warga Australia yang bekerja dalam bidang digital kreatif.
Bersama anaknya, Santino Rosales.
Walaupun perkahwinannya bersama Kim belum dikurniakan cahaya mata, Jericho memiliki seorang anak lelaki berusia 23 tahun hasil perhubungannya dengan model, Kai Polamores. Anaknya, Santino Rosales dilahirkan pada tahun 2000 ketika dia berusia 21 tahun.
Ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Santino yang memiliki ketinggian 180cm menceburi dunia peragaan ketika berusia 17 tahun, dan pernah telah mengikat kontrak dengan syarikat pengurusan Viva Artist Agency.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, seorang saintis muda Malaysia, Dr. Siti Khayriyyah Mohd Hanafiah telah mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai juara dunia di pertandingan FameLab International 2018, United Kingdom.
Dr. Siti Khayriyyah bersaing dengan 11 lagi finalis dari pelbagai negara antaranya Australia, Itali, Ireland, Qatar, Korea dan Portugal sebelum muncul sebagai juara di peringkat akhir. Kepetahannya dalam pembentangan berkenaan penggunaan pasangan antibody-antigen untuk diagnosis penyakit tibi.
FameLab International merupakan pertandingan menguji kemahiran lisan saintis muda dalam menyampaikan teori dan konsep sains secara kreatif dan penyampaian mudah untuk difahami oleh penonton dalam masa tiga minit saja.
Pertandingan ini telah berlangsung sempena Pesta Sains Cheltenham pada 7 Jun lalu. Dr. Siti Khayriyyah yang juga merupakan seorang pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia sebelum ini telah memenangi saingan FameLab di peringkat kebangsaan setelah menewaskan Sembilan orang saintis muda tempatan, dan seterusnya melayakkan beliau mewakili Malaysia pada saingan peringkat akhir ini.
Kejayaannya ini turut mendapat perhatian Menteri Pelajaran Malaysia, Dr. Maszlee Malik yang juga bangga dengan kejayaan beliau.
Wow, serious hebat. Bayangkan kalau kita nak buat presentation depan lecturer pun dah ketar, ini pula di peringkat antarabangsa. Apa-apa pun kami ucapkan tahniah buat Dr. Siti Khayriyyah dan semoga kejayaannya menjadi inspirasi buat anak muda Malaysia.
Pelakon dan pelawak serba boleh, Ebby Yus, dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persilatan (Honorary Doctorate of Martial Art) oleh Akademi Persilatan Sedunia (APS).
Pelakon berusia 59 tahun itu menzahirkan rasa kesyukuran dan rendah diri apabila menerima anugerah tersebut.
Menurut Ebby, yang terkenal dengan filem I Know What You Did Last Raya itu, pada awalnya dia menolak pencalonan untuk anugerah berkenaan.
“Ketika pihak mereka menghantar surat pencalonan dua minggu lalu, saya jawab secara baik menolak kerana saya rasa tak layak,” katanya.
Baginya, dia merasakan ilmu persilatannya belum cukup untuk menerima penghargaan tinggi itu. Namun, sokongan dan nasihat dari rakan baiknya, Ustaz Dr Mohd Ashraf Suarin, mengubah pandangan Ebby.
Menurut Ustaz Ashraf, pelawak itu terpilih kerana sumbangannya dalam memartabatkan seni silat dalam industri hiburan tanah air.
Majlis penganugerahan itu berlangsung di Dewan Tun Fatimah, Hotel Riverside Melaka, dan disampaikan oleh Presiden Akademi Persilatan Sedunia Sdn Bhd, Profesor Dr Zainal Abidin Sakom.
Ebby menerima anugerah berkenaan sebagai pengiktirafan atas dedikasi dan sumbangannya terhadap seni silat.
“Walaupun saya tidak mengharapkan anugerah, apabila diberi, saya terima dengan hati terbuka. Ini adalah satu penghargaan atas kerja keras saya selama ini dan juga menjadi motivasi untuk terus memartabatkan silat,” jelas Ebby lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!