Pelakon yang semakin meningkat naik, Sean Lee Jia Ern atau lebih dikenali sebagai Sean Lee sudah pun berjaya mencuri hati peminat setelah lakonannya dalam filem Paskal (2018) dan drama My Coffee Prince (2017) membuahkan hasil.

Kini, kemunculannya sekali lagi menjadi sebutan kerana sedang mengacarakan sebuah program hiburan, I Can See Your Voice untuk musim kedua. Walaupun ini bukanlah pertama kali Sean bergelar sebagai seorang hos, tapi dia mengakui bahawa pengalaman ini merupakan sesuatu yang baru kerana ia lebih kepada live show dan perlu berinteraksi dengan ramai orang.

Sean Lee Kongsi Pengalaman Jadi Hos I Can See Your Voice Musim 2

“Rasanya lain sikit seperti rancangan-rancangan yang sebelum ini saya hos kan. Kali ini saya perlu berinteraksi dengan penonton di studio dan ramai artis popular turut menjadi tetamu undangan. Saya mengaku tidak terlalu rapat dengan ramai selebriti dan itu yang membuatkan ada sedikit rasa nervous ketika mengacarakan ICSYV 2 ini,” jelas Sean.

Ambil tempat Alvin Chong

Seperti yang semua sedia maklum, sebelum ini Alvin Chong menjadi host bagi rancangan hiburan tersebut, tetapi untuk musim baru ini ia telah diambil alih oleh Sean Lee dan ramai juga yang memperkatakan tentang perubahan yang berlaku dalam siri ICSYV 2.

IKLAN

“Saya rasa ini adalah soal rezeki masing-masing. Tidak perlu nak persoalkan sama ada saya mencaras atau pun tak, semuanya terpulang pada rezeki,”

“Kami mempunyai cara dan personaliti tersendiri, masing-masing ada kelebihan sendiri. Jadi, tidak adil untuk kita membandingkan cara kami mengacarakan rancangan tersebut. Semua orang ada kelainan yang ingin ditonjolkan. Ianya sangat subjektif mengikut pandangan masing-masing,” tambahnya lagi.

IKLAN

Sean Lee Kongsi Pengalaman Jadi Hos I Can See Your Voice Musim 2

Betul la tu, tak kiralah siapa pun yang mengacarakan ICSYV ni, paling penting kita semua terhibur ketika menonton rancangan tersebut. Betul tak?

IKLAN

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang diri Sean Lee, korang boleh dapatkan majalah Remaja keluaran Julai (terbaru) yang kini sudah pun berada di pasaran.

Grab it now!

Sean Lee Kongsi Pengalaman Jadi Hos I Can See Your Voice Musim 2

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI