Mungkinkah ada sinar buat jemaah Malaysia untuk menunaikan umrah pada tahun ini? Ya, kami pasti ramai yang merindui untuk menjejakkan kaki di tanah suci bagi menyempurnakan ibadah umrah atau haji.
Terbaharu, Arab Saudi telah mengumumkan bahawa kerajaan mereka bakal membuka semula kepada jemaah dari luar negara bermula 10 Ogos ini.
Menurut laporan Gulf News menerusi kenyataan daripada Saudi Press Agency, pengumuman itu susulan kejayaan musim haji tahun ini. Ibadah umrah bagi rakyat Arab Saudi dan penduduk ekpatriat sudah pun dibuka.
Awal bulan ini, Kementerian Haji dan Umrah menggantung sementara permohonan untuk menunaikan solat dan ibadah umrah di Masjidilharam. Ia bagi membolehkan jemaah haji menunaikan ibadah dengan lancar dan petugas menyelesaikan kerja sanitasi di Masjidilharam.
Ads
Menurut Twitter Haramain Sharifain, penerbangan langsung dibenarkan dari semua negara kecuali India, Pakistan, Indonesia, Mesir, Turki, Argentina, Brazil, Afrika Selatan dan Lubnan yang dikehendaki untuk menjalani kuarantin selama 14 hari di negara ketiga sebelum tiba di Arab Saudi.
Selain itu juga, jemaah diwajibkan menerima vaksinasi COVID-19 lengkap, sama ada Pfizer, Moderna, AstraZeneca atau Johnson & Johnson (J&J).
Ads
Imunisasi lengkap membabitkan vaksin keluaran China pula dikehendaki berserta dos ‘penggalak’ sama ada suntikan Pfizer, Moderna, AstraZeneca atau J&J.
Kebenaran ini juga adalah untuk jemaah berusia 18 tahun dan ke atas, serta ketibaan melalui agensi umrah yang ditauliahkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Ads
Hm, nampaknya negara kita tidak dilarang untuk melakukan ibadah umrah, namun disebabkan kes positif COVID-19 masih meningkat, ia mungkin sedikit sebanyak menjadi ‘penghalang’ untuk jemaah Malaysia ke sana.
Apa-apa pun marilah kita berdoa agar situasi pandemik ini berakhir segera supaya masyarakat dunia dapat menjalani kehidupan seperti biasa. InsyaAllah!
Masjidil Haram, tempat terletaknya Kaabah yang menjadi kiblat pertama umat Islam. Saban hari persekitaran masjid ini tidak pernah sunyi dari puluhan ribu pengunjung yang akan memenuhinya setiap saat melakukan amal ibadat. Bagi mereka yang pernah mengunjungi Makkah, pasti tahu bahawa Masjidil Haram tidak pernah sunyi biar pun pada jam 2 atau 3 pagi kerana begitu ramai umat Islam sedang melakukan ibadah tawaf mengelilingi Kaabah.
Begitu juga Masjid Nabawi, Madinah yang di dalamnya terdapat Makam Rasulullullah SAW yang tidak pernah sunyi dari dikunjungi. Begitu ramai yang rindu untuk masuk ke Raudhah yang menempatkan Makam Rasulullah, berdoa agar memperoleh syafaat dari Baginda SAW pada hari akhirat kelak.
Suasana di perkarangan Masjid Nabawi yang tidak lagi dipenuhi umat IslamJalan raya amat lengang kerana tiada kunjungan berikut penggantungan visa umrah oleh kerajaan Arab Saudi.
Namun sejak 27 Februari lalu di mana Arab Saudi telah menggantung visa mengerjakan umrah bagi mengelak penularan wabak Covit-19 yang telah meragut ribuan nyawa selain sudah merebak ke puluhan negara, ternyata masjid-masjid yang amat dirindui oleh umat Islam ini mulai sepi dari kunjungan orang ramai. Sesuatu yang amat jarang kelihatan.
Perkongsian video dari Ustaz Che Pai di fbnya memperlihatkan suasana sekitar yang dahulunya dipenuhi pengunjung, tidak pernah tidak sesak tetapi kini agak sepi. Sama sekali berlainan dan amat jarang menyaksikan peristiwa sebegini.
Apa pun Ya Allah, peliharalah umat islam dan semoga Masjidil Haram dan Masjid Nabawi akan kembali dipenuhi umatMu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak kebelakangan ini, angka kes positif pandemik COVID-19 di negara semakin hari semakin meningkat hingga kadang-kala mencecah ratusan kes dalam sehari.
Paling banyak kes yang dikesan pula adalah di Sabah memandangkan banyak kluster yang wujud di sana apatah lagi sekarang ni sedang hangat berlangsungnya Pilihan Raya Negeri (PRN).
Setakat semalam, 27 September Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 124 kes warganegara daripada 150 dikesan di Sabah.
PECAHAN KES BAHARU (150)
KL-6
2 Kluster Setapak
1 pulang dari kawasan berisiko tinggi
2 import tiba/pulang dari Arab Saudi (1 WN, 1 BWN)
1 import pulang dari India
SELANGOR-11
8 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
2 saringan kontak rapat
1 import pulang dari Arab Saudi pic.twitter.com/7xheVjF50c
Susulan peningkatan mendadak bebarapa hari ini di Sabah, Pakar Perubatan Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Malina Osman berpendapat kerajaan perlu melaksanakan sekatan perjalanan keluar dan masuk negeri Sabah susulan kes jangkitan COVID-19 dikesan di Semenanjung Malaysia yang berasal dari negeri itu.
.
Menurut laporan Astro Awani, Malina berkata kerajaan perlu segera melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) di kawasan yang dikesan mempunyai kluster.
“Situasi ketika itu juga dicetuskan oleh kebimbangan terhadap beberapa kluster yang telah berlaku namun sukar dijalankan pengesanan kontak secara berkesan.
“Situasi semasa di Sabah dengan mengambil kira impak ekonomi perlu dinilai dengan teliti sebelum keputusan PKP dilaksanakan secara keseluruhan negeri,” jelasnya.
Dalam pada itu, KKM memaklumkan individu pulang dari Sabah ke Semenanjung akan dikuarantin di rumah bermula 27 September hingga 10 Oktober 2020.
Aktiviti saringan akan dijalankan kepada semua individu yang baru tiba dari Sabah di semua Pintu Masuk (Domestik dan Antarabangsa).
Rata-rata netizen meluahkan rasa risau dan takut dengan peningkatan kes yang berlaku di Malaysia.
.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Saban tahun, umat Islam dunia seakan tidak boleh lari daripada dugaan yang perlu dihadapi setibanya bulan Ramadan Al-Mubarak.
2021 tidak terkecuali apabila seorang remaja Palestin berusia 16 tahun maut ditembak pada hari Rabu minggu ini oleh tentera Israel.
Kejadian yang berlaku berhampiran bandar Nablus dekat utara Tebing Barat ini tercetus setelah penunjuk perasaan Palestin bertembung dengan tentera Israel di Kampung Oudla, di selatan Nablus.
Punca di sebalik pertempuran tersebut hadir daripada pihak tentera Israel sendiri yang m menyerang kawasan kediaman penduduk Palestin atas alasan memburu seorang lelaki Palestin yang melepaskan tembakan ke arah kenderaan warga Israel, awal minggu ini sehingga mengakibatkan kecederaan.
Biarpun tiada kaitan dengan insiden terdahulu, kehilangan nyawa remaja yang tidak bersalah ini menjadi petanda awal terhadap bentuk serangan yang menanti penduduk Islam Palestin beberapa hari kemudian.
Semalam, tentera Israel telah merobek kemuliaan bulan Ramadan yang masih berbaki empat hari lagi dengan menceroboh ke dalam Masjidil Aqsa dan menyerang penduduk Palestin yang berada di dalam. Lebih menyedihkan apabila kejadian ini berlaku pada Jumaat terakhir Ramadan, tahun ini.
Selain menceroboh, pihak tentera turut melemparkan bom asap, menyerang dan juga menembak para jemaah dengan peluru getah semasa jemaah sedang beribadah. Tindakan biadap itu sekaligus memaksa penduduk Palestin yang turut terdiri dalam kalangan jemaah wanita dan kanak-kanak untuk berlindung dan terperangkap di dalam masjid.
Susulan insiden ini, 178 orang penduduk Palestin dilaporkan cedera manakala 88 orang lagi dikejarkan ke hospital setelah dipercayai terkena peluru getah yang ditembak oleh tentera Israel.
Sumber Foto : Al Jazeera
Insiden di tanah suci ketiga umat Islam ini dikatakan berpunca daripada tentangan rakyat Palestin terhadap Israel yang merancang untuk merampas rumah dan tanah kediaman mereka di Timur Baitulmaqdis.