
Kecoh baru-baru ini apabila pasangan ‘daredevil’ dari Rusia, Ivan dan Angela terkenal dengan keberanian memanjat puncak bangunan pencakar langit di seluruh dunia memuat naik hantaran foto terbaru di puncak menara Merdeka 118 di Kuala Lumpur.
ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan RUSIA Tawan Puncak Menara Merdeka 118, Warganet Skeptikal Mana Pegawai Keselamatan?

Malah, jika semalam pasangan ini membuat pendedahan bagaimanana dia menceroboh masuk ke Menara Merdeka 118, pendaki ekstrem wanita warga Rusia, Angela Nikolau tampil memohon maaf kepada rakyat Malaysia.
Permohonan maaf itu dilakukan Angela menerusi satu ciapan balas terhadap seorang pengguna Twitter yang tampil meluahkan beberapa sebab kenapa perbuatan wanita itu dan pasangannya dibenci rakyat Malaysia.
I appreciate you making a thread about it and I apologise if I offended the feelings of Malaysian people. That was never my intent.
I wish nothing but piece and art, and in no way am I interested in any kind of conflict or hatred.
Apologies to Malaysia and its people.
— Angela Nikolau (@AngelaNikolau_) January 5, 2023
“Saya menghargai anda membuat bebenang tentang itu (menceroboh) dan saya memohon maaf jika saya menyinggung perasaan rakyat Malaysia. Itu bukan niat sebenar saya,” kata Angela.
Hanya Berkarya Dan Kerja Seni
Dia dalam masa sama turut menjelaskan tindakan menceroboh dan memanjat menara itu hanyalah satu kerja seni dan karyanya.
“Saya tidak mengharapkan apa-apa selain hanya karya dan seni. Saya juga tiada niat untuk mencetuskan sebarang konflik atau kebencian. Minta maaf kepada Malaysia dan rakyatnya,” kata wanita itu lagi.
Terdahulu, wanita Rusia ini menerusi satu bebenang panjang lebar di Twitter berkongsi pengalamannya menceroboh masuk ke dalam menara kedua tertinggi di dunia itu. Malah lebih menjengkelkan apabila dia turut menyamar menjadi pekerja binaan dengan menyarung uniform pekerja, topi keselamatan dan juga tudung sewaktu membuat cubaan tersebut.

Dia turut menyifatkan perasaannya terhadap Menara Merdeka 118 umpama ‘jatuh cinta pandang pertama’.
Hmm…amacam guys nak maafkan tak ni?
Selain itu, REMAJA juga pernah berkongsi mengenai seorang pegawai wanita yang berani berkhidmat sebagai juruteknik akses tali di Menara Berkembar Petronas.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Malaysia Berani Takluki Bangunan Pencakar Langit Demi Tugas – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagaimana Nak TAHU Harga Barangan Kita Beli Hari Ini Benar-Benar Sudah SIFAR GST?

Hari ini, 1 Jun 2018 rakyat bebas dari beban cukai 6 peratus yang dikenakan kepada setiap barangan dibeli sebelum ini. Janji kerajaan Malaysia yang mahu menghapuskan cukai barangan dan perkhidmatan itu disambut dengan lega oleh rakyat yang terbeban selama ini.
Namun di sebalik isu sifar peratus GST, bagaimana kita sebagai rakyat patut tahu bahawa barangan yang kita beli itu sudah benar-benar sifar GST?
Untuk info, cuma dua perkara asas perlu ambil tahu iaitu korang CUMA PERLU PRIHATIN dan KENAL PASTI HARGA barangan yang biasa korang beli sebelum ini.
Jangan bersikap sambil lewa, pilih barang dan kemudian bayar di kaunter. Kalau ada sikap begini, tak tahu harga barang sudah turun atau naik BERMAKSUD, korang akan hanya menguntungkan tokey lintah darah yang tamak kerana duit 6 peratus itu akan masuk ke kantung mereka kerana peniaga sudah tidak mengisytiharkan lagi cukai pada kerajaan.
Jadilah pengguna yang prihatin ya. Baca tulisan ditulis oleh Azizul Azli Ahmad ini untuk lebih faham tentang kebaikan sifar GST ini.


“GST TURUNKAN HARGA BARANG”?
1. Apa KESAN kalau harga tak turun selepas 1 Jun 2018?
Kesannya adalah:
2. Sia sia lah kerajaan baru menurunkan kadar GST kepada 0% dari 6 % sebelumnya kerana harga tidak berubah.
3. Paling menyakitkan hati, selama ini GST yang dibayar akan disalurkan ke kerajaan akan masuk poket peniaga lintah darat.
4. Siapa paling rugi? KITA SELAKU PENGGUNA! yang rugi. YANG UNTUNG ADALAH PENIAGA.
.5.Yang malangnya kerajaan. Dahlah hasil GST tidak disalurkan lagi kepada kerajaan, bahkan harga tak turun. Rakyat akan marahkan kerajaan lagi sekali.
6. Bayangkan berpuluh bilion hasil GST yang sepatutnya jadi hasil negara akhirnya masuk ke poket peniaga.
7. Jangan hanya kerana kita tidak mahu menggunakan kuasa kita selaku pembeli, kita tetap menjadi ‘orang lama’ .
8.Kuasa selaku rakyat telah digunapakai pada PRU14, mengapa tidak kali ini?
9. Kerajaan Malaysia prihatin dalam mengurangkan kadar GST kepada 0%. GST masih ada, Cuma peratusnya adalah 0% .
10. Secara mudahnya, barang sebelum ini ada jumlah cukai perlu bayar, namun bermula 1 Jun 2018, tiada lagi cukai yang perlu pengguna bayar bagi barang tersebut.

11. HANYA BAYAR HARGA BARANG SAHAJA! Jadi seharusnya barang tersebut adalah murah berbanding sebelumnya.
12. Apa TINDAKAN kita untuk menurunkan harga barang?
13. MEMASTIKAN HARGA BARANG DITURUNKAN. Itu MESTI!
14.Kalau peniaga tu BERDAFTAR GST, harga mesti turun ON THE SPOT bermula 1 Jun 2018. Hari ini bang!
15. Tiada istilah pembelian sebelum ini adalah mahal (kerana ada GST) kerana peniaga tersebut telah menuntut cukai input kepada kerajaan semasa pembelian stok tersebut. (ini hujah anda boleh guna untuk lawan peniaga tamak!)
16. Jadi bermula tarikh 1 Jun 2018, harga mesti turun.
17. Cara nak kenalpasti kedai tersebut ada GST atau tidak?
18. Gunakan pengalaman.
Berdasarkan pengalaman anda membeli di kedai tersebut. Resit sebelum ni ada GST atau tidak? Jika ada, harga barang tersebut mesti TURUN! (kecuali barangan yang mmg tiada GST seperti bahan makanan asas Beras, Minyak Gula dsb) kalau sos, pampers, kuali, meja, Maggie, susu semuanya MESTI TURUN!
19. Boleh Semak peniaga yang berdaftar Di https://gst.customs.gov.my/TAP/_/#1.
.
20.Kalau peniaga tu BUKAN BERDAFTAR GST (Kedai kecil2) kemungkinan memerlukan sedikit masa untuk diturunkan harga barangan kerana pembelian stok tersebut tidak boleh dituntut kepada kerajaan sebelum ini kerana tidak berdaftar GST.

21. BERAPA SEPATUTNYA TURUN?
Anda boleh mengambilkira formula 6/106 dan didarabkan dengan harga barang sebelum 1 Jun 2018. Itulah harga yang patut turun.
Contoh :
Beli lampin anak jenama Birkin Hermes pada 10 Mei 2018 adalah RM 39.90.
Apabila 1 Jun 2018,harga pampers tersebut mestilah turun pada kadar berikut : RM 2.26
Kiraan : 6/106 X RM 39.90 = RM 2.26.
Harga lampin anak jenama Birkin Hermes bermula 1 Jun 2018 : RM 37.64 sahaja harga pampers tersebut.
Kiraan : RM 39.90 – rm 2.26 (GST)
= RM 37.64.
Betul memang hanya sedikit sahaja yang turun.RM 2.26 ni apa sangat lah kan pada sorang. Bayangkan kedai beliau ada 100 pampers? 100 orang membeli? Cukai yang telah masuk poket saja dah brapa tu? itu baru pampers. Lain?
22. Bagaimana jika anda ada beli barang lain. Saya bagi contoh beli barangan keperluan sahaja RM 500 sebulan (kadar rata untuk setiap keluarga)
Jumlah yang boleh jimat adalah
6/106 x RM 500 = RM 28.30.
23. Itu baru satu family. Kalau satu taman? Agak-agak berapa dah kita akan DERMA FREE pada peniaga yang tak bertanggungjawab tu?
KESIMPULAN
24. Nak jadi negara yang baru , kena ada sikap yang baru. Jangan tunggu penguatkuasa saja yang perlu buat kerja.
25. Kita selaku pengguna juga boleh menggunakan kuasa kita sepertimana yang telah dilakukan pada PRU14 tempoh hari.
26. Jadilah pengguna bijak, bantulah kerajaan baru dalam mengekang eksploitasi penjual dalam menentukan harga.
27. Kita mampu mengawal sebagaimana kita mampu memilih pemimpin.
Sila ambil perhatian juga hal ini
28. Harga yang perlu turun adalah harga yang selain dari barangan asas. Ini kerana gula, beras, nasi, gula, barang asas adalah tiada GST dari dahulu.
29. Jangan pukul rata pulak tau. Antara barangan yang terlibat adalah semua kecuali yang diberikan pengecualian dan pelepasan ya.
30.Beli barangan seperti baju, meja, kereta, biskut marie, jam, tayar kereta, komputer, selipar, makanan kucing, handphone, plastic sampah, cat berus cat Tupperware, beg Birkin Hermes dan macam- macam kalau saya nak masukkan dalam senarai memang tak habis adalah barang yg tergolong dalam kumpulan berkadar 6% satu ketika dahulu.
31. Servis kereta dan sebagainya, makanan di restoran pun sama! Mesti turun! Nak ke tak nak lepak mamak?
32. Jika ada peniaga yang berkeras dan memberikan alasan bilamana harga tidak turun, sila laporkan kepada KPDNKK. Takat jadi hero kat fb tak guna
33. Kita boikot peniaga tamak!
Siapa nak join?
Tapi ini tidak termasuk harga maskawin tau. Itu jangan buat main. Kerajaan runtuh hantaran tetap naik tinggi!
Azizul Azli Ahmad
#HargaBarangMestiTurun #RakyatPantauHarga #MenteriBijakRakyatBijak#SkuadPantauHarga
#SkuadMakcikBawang
Tolong share dengan semua makcik bawang Bombay
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bermula Di Ruang Tamu Keluarga Kini Bergelar Wanita Terkaya, Ini CEO Aplikasi Canva

Mesti korang perah mengunakan aplikasi Canva untuk design pelbagai bahan grafik kan?
Tapi korang tahu siapa CEO kepada Canva ini.
Canva merupakan salah satu perkhidmatan berasaskan web yang memudahkan pengguna hadir dengan rekaan grafik tersendiri secara mudah. Ia menggunakan konsep drag-drop dalam susunan grafik, sekaligus memudahkan lagi proses penghasilan dan penyuntingan grafik sebelum dikongsikan.

Siapa sangka, wanita berketurunan Filipina Melanie Perkins merupakan CEO Canva yang pernah dinobatkan sebagai salah seorang wanita terkaya dan baru berusia 32 tahun. Wow hebatnya kamu!
Berikut lapan fakta menarik tentang Melanie Perkins yang boleh korang boleh jadikan inspirasi.

1. Bermula Di Ruang Tamu Ibunya
Melanie Perkins mencipta Canva pada tahun 2012, sebelum ini beliau adalah penerbit buku terbesar Fusion Books. Idea Canva tercetus apabila Melanie mempunyai masalah mengunakan perisian reka bentuk grafik yang sulit ketika itu, Perkins memulakan sebuah syarikat yang fokus secara khusus pada reka bentuk buku tahunan, yang membolehkan sekolah memilih susun atur dan warnanya.
Kalau korang nak tahu dia memulakan syarikat itu hanya di ruang tamu ibunya, dan akhirnya mengambil alih sebahagian besar rumah keluarga itu.
2. Memulakan Hari Dengan Twitter

Kalau kita sebagai orang muslim akan memulakan hari dengan solat subuh tapi lain pula dengan Melanie. Beliau gemar memulakan harinya dengan membuaka sosial media.
Baginya, melayari Twitter, bersama dengan jurnal, memulakan harinya.
“Saya suka membaca tweet dari komuniti Canva kami dan baru mula menggunakan Jurnal Lima Minit, di mana anda menulis jawapan kepada beberapa soalan, seperti ‘Saya bersyukur untuk …’ dan ‘Apa yang akan menjadikan hari ini hebat,'” kata Perkins dalam temu bual dengan Thrive Global.
“Ini adalah cara yang baik untuk memulakan hari dan membantu memastikan saya proaktif membentuk hari saya ke depan.”
3. Salah Seorang Wanita Terkaya di Australia
Bukan sekadar antara orang paling popular di Australia, dia juga antara wanita terkaya di negara tersebut.
Menurut Australian Financial Review, Melanie menduduki tempat No.17 dalam Young Rich List 2018, yang mengumpulkan golongan muda terkaya di negara ini, dari model termodel hingga usahawan.
Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Canva, Kekayaan Perkins dilaporkan bernilai $ 177 juta.Wow!
4. Menjadikan Tunang Sebagai Rakan Kongsi

Melanie memiliki rakan kongsi perniagaan iaitu Cliff Obrecht yang merupakan tunangnya sendiri. Mereka memulakan usaha ini sejak 2013 ketika Melanie dan Cliff masih bergelar mahasiswa. Ketika itu, Melanie merasa jika perisian merekabantuk dari Adobe atau Microsoft terlalu sukar digunakan. Akhirnya mereka sama-sama membangun Canva hingga sekarang.
5. Dapat Dana Dari Aktor Hollywood
Adat dalam berniaga, Melanie juga pernah mengalami kesulitan dalam mencari dana dan pelabur. Namun ia tak patah semangat hingga akhirnya dia akhirnya menarik minat pelakon Woody Harrelson dan Owen Wilson. Menurut The Inc, kedua-dua bintang Hollywood menyukai ideanya dan melabur di Canva, bersama dengan Tai.
6. Tahu Menghargai Diri
Meski bekerja keras dengan Canva, Melanie Perkins mengakui pentingnya ‘me time’.
Itulah sebabnya dia merasa sangat penting untuk menghabiskan masa untuk dirinya sendiri.
“Saya rasa pergi bercuti, walaupun untuk hujung minggu atau seminggu, sangat menyegarkan,” jelas Perkins di LinkedIn.
“Saya secara peribadi suka melakukan percutian yang cukup mencabar, kerana tidak memberi saya masa untuk membiarkan fikiran memikirkan perkara lain. Penting untuk memberi otak anda rehat kadang-kadang sehingga dapat kembali segar.”
7. ‘Semua Orang Kesulitan di Awal’
Perkins mahu orang tahu bahawa semua orang gagal, walaupun tidak jelas.
“Saya rasa sangat penting untuk mengetahui bahawa setiap orang akan melalui ujian dan penderitaan mereka sendiri,” katanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Super Volcano Di YellowStone Bakal Meletup? Surah Ad Dukhan Sudah Membuktikan 1400 Dahulu

Semalam, ahli geologi memberi amaran dua pertiga populasi dunia ini akan pupus sekiranya kawah berapi Yellowstone meletus. Kesan dari letusan itu juga akan menyebabkan seluruh Amerika musnah. Menurut Dr Jerzy Zaba dari University of Silesia di Poland, letusan itu sangat berbahaya dan ia merupakan kejadian alam yang tidak dapat dielakkan, lapor Daily Star.
Kawah berapi yang terletak di Yellowstone National Park di Wyoming, Amerika Syarikat ini dilaporkan bakal meletus pada bila-bila masa sahaja dengan beberapa amaran dikeluarkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
“Saya menjangkakan letusan yang sama seperti 640,000 tahun dahulu bakal berlaku sekali lagi dan letusan itu sangat hebat sehingga memusnahkan kebanyakan daerah di AS.
“Bahan-bahan letusan dari kawah itu akan meliputi segalanya dalam radius 500 kilometer.
Malah, akibat dari debu dan pembebas gas dari sulfur monoksida ke ruang udara akan menyebabkan cuaca sejuk.
“Saya turut menjangkakan akibat dari letusan kawah berapi yang menyebabkan perubahan iklim secara drastik, lebih lima bilion penghuni dunia ini akan mati akibat kelaparan,” katanya sepertimana laporan portal Wirtualna Polska.


Di sebalik kejadian yang membimbangkan dunia ini, al-Quran yang menjadi kitab untuk dibaca, dirujuk dan diamalkan oleh umat Islam sudah membicarakan hal ini dalam surah ad-Dukhan sejak 1400 tahun dahulu.
Dinyatakan jika sebuah gunung meletus, abunya dapat berterbangan menutupi atmosfer bumi. Debu yang menutupi langit dapat membuat sinar matahari terhalang dan cuaca di bumi menjadi dingin seketika.
“Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang nyata, yang meliputi manusia. Inilah azab yang pedih,” Surah Ad-Dukhan ayat 10-11.
Penduduk bakal dipindahkan besar-besaran
Dalam pada itu Astro Awani dalam laporan, sebagai langkah keselamatan awal, Dr Zaba berkata satu-satunya cara yang boleh dilakukan adalah dengan melakukan pemindahan penduduk setempat secara besar-besaran terutamanya apabila ada tanda-tanda letusan dalam masa terdekat ini.
Untuk rekod, sejak 2.1 juta tahun dahulu kawah berapi itu pernah meletus sebanyak tiga kali dan landskapnya akan berubah setiap kali ia terjadi.
Sejak 2001, badan organisasi yang menjalankan kajian pemerhatian dikenali sebagai The Yellowstone Volcano Observatory (YVO) yang diketuai oleh Kajian Geologi AS telah melakukan pemerhatian terperinci kawah berapi itu.
Untuk memahamkan pembaca mengenai Yellowstone ini, seorang pengguna fb atas nama John Mohamed menulis agak detail mengenai Yellowstone ini yang harus kita fahami.
Super Volcano di Yellowstone bakal meletup?
Yellowstone merupakan taman negara yang terletak di daerah Wyoming di Amerika Syarikat, merupakan tempat pelancongan yang sentiasa menjadi tarikan orang ramai dan para saintis. Sememangnya sangat indah untuk dilawati kerana kawasannya yang mempunyai geiser dan kawah air panas yang berwarna warni.
Yellowstone mempunyai satu rahsia terpendam yang mungkin ramai tidak tahu iaitu terdapat satu ruangan yang cukup besar dan mengandungi magma atau batuan cair. Tempat ini juga merupakan sebuah gunung berapi yang masih aktif cuma mengambil masa yang agak lama untuk meletus. Ahli sains dan kaji bumi yang membuat kajian berkata, terdapat beberapa gegaran kecil iaitu gempa bumi yang lemah akibat magma yang berada dibawah tanah sedang bergerak. Yellowstone mempunyai takungan magma yang besar dan berukuran hampir 5 batu kedalam bumi dan disalurkan oleh magma dari mantle bumi.

Kawah Yellowstone ini mencapai keluasan 72km yang boleh dilihat dari angkasa, kalau buka google earth anda akan nampak betapa besarnya kawah Yellowstone ini. Letusannya yang terdahulu 2500 kali lebih kuat berbanding letusan gunung berapi St Helen yang terletak di Amerika Syarikat. Gunung berapi ini telah meletus sebanyak 3 kali dalam sejarah nya, 2.1 juta tahun,1.3 juta tahun dan paling terbaru 640,000 ribu tahun dulu.
Letusan yang terdahulu menghamburkan kira kira 1000km kubik padu yang bercampur dengan batu serta debu ke langit. Ini bermakna peluang untuk gunung berapi ini untuk meletus kali ke 4 masih besar dan kemungkinan yang paling hebat. Ini menyebabkan ramai saintis dan ahli kaji bumi risau mengenai perkara ini.


Melalui kajian terbaru dan hasil bacaan saya di internet menunjukkan setiap bulan pasti ada berita terbaru yang akan menyebabkan orang yang sentiasa mengikuti perkembangan Yellowstone akan merasa risau, setiap hari akan direkodkan gempa bumi lemah disekitar Yellowstone tersebut.
Para saintis sudah dapat lihat tanda awal kehadiran magma yang menyebabkan pokok disekitar kawasan tersebut mati akibat gas dan suhu tinggi yang mula naik dari bawah tanah.
Kesan buruk akibat letusan Yellowstone ini sangat bahaya, boleh menyebabkan jutaan manusia mati akibat gas dan debu yang sangat beracun, aliran pyroclastic yang mencecah 300kmj dan gas panas setinggi 1000c akan menghancurkan seluruh isi yang terdapat disekitar Yellowstone dan hampir separuh dari negara Amerika akan musnah akibat letusan hebat yang sudah lama menunggu masa untuk meletup dalam abab ke 21 ini.
Beberapa jam selepas letusan berlaku, keadaan disekitar tempat tersebut mula bertukar menjadi gelap segelapnya sehinggakan perlu bantuan lampu, itu pun kalau meletup pada waktu siang. Perubahan iklim yang mendadak akan berlaku dalam tempoh beberapa hari kemudiannya.

Selang beberapi hari, asap dan debu kemudiannya akan dibawa oleh angin dan akan menutup cahaya matahari dibeberapa negara. Akibatnya banyak tanaman dan haiwan ternakan akan musnah akibat kekurangan makanan, wabak dan penyakit akan melanda seluruh dunia pada ketika itu,kejadian ini dinamakan sebagai Volcanic Winter yang disebabkan oleh debu gunung berapi mengandungi sulfur oksida yang mampu menghalang cahaya matahari dari sampai ke permukaan bumi.
Partikel halus dan tajam akibat ledakan gunung berapi ini akan mula masuk didalam lautan,tasik dan sungai yang akan menyebabkan bekalan air bersih tidak dapat disalurkan. Kemungkinan besar pada waktu tersebut akan berlaku kacau bilau yang sangat hebat, mana tidaknya sudahlah makanan dicatu malah air untuk diminum pun hampir kering.
Begitu hebat kesan letupan gunung berapi yang berskala mega ini yang akan menyebabkan jutaan manusia mati, ekonomi akan menjadi tidak tentu, harga makanan melambung tinggi secara mendadak, suhu dunia mulai turun. Manusia yang terselamat pada ketika itu mungkin terkapai kapai untuk menyelamatkan diri.
Tanda-tanda akhir mahu berlaku kiamat
Dinyatakan juga sebahagian dari tanda-tanda berlakunya kiamat yang ditulis dalam buku Tafsir Ilmi dengan tema “Kiamat dalam Perspektif Alquran dan Sains“, dijelaskan bahawa segala peristiwa pasti diawali dengan munculnya tanda-tanda.
Sebelum gunung berapi meletus misalnya, di sekitar kawasan tersebut biasanya terjadi beberapa tanda sebagai isyaratnya.
Tanda-tanda itu seperti udara semakin panas, dedaunan mengering, haiwan-haiwan turun dari gunung, munculnya semburan (letusan) asap dari kawah, dan sebagainya. Bila peristiwa seperti gunung api meletus itu memiliki tanda-tanda, maka kiamat yang merupakan peristiwa besar juga demikian.
Sumber : ASTRO AWANI, FB JOHN MOHAMED
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

