Ramai yang ternanti-nantikan sama ada mereka dijemput atau tidak ke resepsi perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle, Sabtu lalu.
Iyalah, bila lagi dapat kita saksikan sebuah lagi perkahwinan diraja secara live di depan mata. kan? Namun khabarnya, ada beberapa ahli kerabat diraja Britain yang namanya tidak tersenarai! Ini termasuklah Lady Marina, Lady Amelia dan Lord Edward yang merupakan sepupu jauh kepada Putera Harry.
Dari kiri: Lady Marina, Lady Amelia dan Lord Edward.
Ini bermakna 600 jemputan yang hadir tempoh hari memang betul-betul istimewa. Penulis tertanya juga apa yang mereka dapat di dalam goodie bag masing-masing memandangkan ini merupakan perkahwinan diraja.
Rupa-rupanya, seramai 2000 orang termasuk orang ramai telah diberikan goodie bag. Golongan ini termasuklah pekerja persatuan amal, duta khas ke Great Britain dan golongan yang pernah berbakti kepada negara. Menurut Istana Kensington, ini merupakan permintaan dari Putera Harry dan Meghan Markle sendiri yang inginkan majlis resepsi mereka dihadiri oleh masyarakat kebanyakan juga.
Ads
So, ini adalah sebahagian daripada isi goodie bag tersebut:
Hhm, itu je. Lebih kurang sama nampaknya seperti goodie bag yang selalu kita dapat di majlis perkahwinan di Malaysia. Kalau ada pasangan pengantin yang memberi barangan lebih mewah daripada ini, maknanya mereka lebih vas daripada kerabat diraja! Hehe.
Tapi yang pasti, kesemua hadiah tersebut merupakan barangan custom made khas untuk perkahwinan ini. Jadi mereka adalah antara 2000 tetamu yang bertuah daripada berbilion penduduk dunia.
Sumber: People
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon, Lana Nordin baru-baru ini menzahirkan rasa syukur apabila suaminya, Mohd Daud David McKienzie yang berstatus mualaf kini sudah berjaya menunaikan umrah kali pertama.
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram miliknya, Lana atau nama sebenar Mazlina Hassan Nodin (44) yang kini masih berada di Tanah Suci turut meluahkan rasa terharu dan bahagia hingga menitiskan air mata saat melihat Kaabah di depan mata
“Alhamdullilah saya adalah isteri, ibu dan anak yang bertuah kerana kami sekeluarga sudah berjaya menunaikan umrah kali pertama. Terima kasih Allah SWT kerana memudahkan umrah dan memberikan barakah”
“Terima kasih ALLAH SWT kerana menjemput kami ke sini dan merealisasikan doa saya,” katanya.
Kredit: Instagram Lana NordinKredit: Instagram Lana Nordin
Dalam pada itu, pelakon yang berasal dari Kuching, Sarawak itu turut menzahirkan rasa bangga dan hormat kerana suaminya, David (45) berjaya menunaikan umrah buat kali pertama. Lana juga sempat memuat naik video memaparkan suaminya sedang menyempurnakan saie sambil mendukung anak lelaki mereka dan bertahallul.
“Kepada suami saya, saya sangat bangga dengan awak sebagai isteri. Tiada kata yang dapat menggambarkan betapa bahagianya, cinta, dan rasa hormat saya kepada awak. Terima kasih Allah atas kurniaan hidayah kepada keluarga saya,” kongsinya.
Sementara itu, rakan-rakan selebriti dan warga internet juga tidak henti mendoakan Lana serta keluarga dikurniakan umrah yang mabrur.
Sekadar info, Lana dan Mohd Daud David McKienzie yang merupakan bekas pemain bola tampar Amerika Syarikat telah mendirikan rumah tangga pada 15 Mei 2015. Pasangan manis itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Gia Quinn McKenzie (8) dan William Daud McKenzie kini berusia 4 tahun.
Sumber: Sinarplus
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon, Farhan Asri baru-baru ini melakar kejayaan tersendiri apabila berjaya menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Interpersonal dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Kejayaan ini menjadi bukti bahawa kerjaya dalam industri hiburan bukanlah penghalang untuk terus menimba ilmu di menara gading.
Menerusi sebuah video temubual di media sosial yang dikongsikan oleh Facebook UiTM, Farhan atau pemilik nama sebenar Muhammad Farhan Mohd Asri (28) mengulas tentang perjalanan akademiknya dan mengakui ia bukan sesuatu yang mudah.
“Cabaran bekerja sambil belajar memang sangat sukar. Industri hiburan menuntut masa yang tak menentu, kadang-kadang kelas jatuh pada hari Ahad, tetapi pada masa sama ada shooting atau program lain. Itu yang buatkan saya rasa sangat mencabar,” katanya.
Kredit foto: IG Farhan AsriKredit foto: IG Farhan Asri
Namun, menurut finalis Hero Remaja 2017/2018 ini juga, sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan menjadi pendorong utama buatnya untuk terus bertahan. Selain itu, beliau menegaskan semangat yang kuat amat diperlukan agar tidak mudah berputus asa.
“Kalau tidak kerana semangat itu, saya mungkin sudah berhenti separuh jalan,” ujarnya berseloroh.
Dalam pada itu, Farhan menyifatkan pendidikan sentiasa menjadi keutamaan dalam hidupnya.
“Saya percaya pendidikan itu nombor satu. Manusia ada tiga perkara utama iaitu pendirian, adab dan ilmu. Bila kita ada ilmu, adab dan pendirian itu akan terbina. Jadi, bila diberi peluang untuk belajar, lebih baik habiskan,” jelasnya.
Kredit foto: IG Farhan Asri
Tambahnya, perbezaan paling ketara ketika menyambung pengajian ke peringkat ijazah ialah cara pembelajaran. Jika ketika diploma beliau lebih bergantung kepada rakan-rakan untuk berbincang dan membuat tugasan, kali ini beliau perlu berdikari.
“Degree saya buat secara PJJ (Pendidikan Jarak Jauh), jadi banyak benda kena buat sendiri. Assignment pun kena cari kawan atau pensyarah untuk rujukan,” katanya.
Walaupun begitu, Farhan bersyukur kerana pengalaman itu membentuk dirinya menjadi lebih berdikari dan rendah hati.
“Apa yang penting jangan sombong. Bila kita cari ilmu dengan ikhlas, orang akan lebih mesra dan mudah membantu,” tambahnya.
Sementara itu, Farhan turut menitipkan pesan kepada anak muda agar menghargai peluang menimba ilmu di universiti. Katanya, tidak semua orang berpeluang melangkah ke menara gading, jadi setiap ruang yang ada perlu digunakan sebaik mungkin.
“Bila dah dapat peluang masuk universiti, gunakanlah betul-betul. Semangat, doa ibu bapa dan niat yang betul akan bantu kita berjaya,” jelasnya lagi.
Walau apa pun, dengan kejayaan akademik ini, Farhan membuktikan bahawa walaupun bergiat aktif dalam industri hiburan, pendidikan tetap menjadi asas yang penting dalam membina jati diri serta masa depan yang lebih terjamin. Tahniah kami ucapkan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tentu ramai pelajar lepasan sekolah khususnya pelajar SPM dan STPM memikirkan di mana lokasi paling sesuai untuk cari duit belanjakan. Dari duduk saja-saja di rumah, lebih baik korang melatih diri cari duit poket. Sekurang-kurangnya baru korang tahu “bekerja” ini penat ke tak. Ya la, sebelum ini kita mungkin tahu minta duit pada mak dan ayah sajakan tanpa tahu jerihnya bekerja untuk mendapatkan wang.
Jom tengok port minta kerja mana sesuai untuk lepasan sekolah sementara menunggu result keluar.
Restoran Makanan Segera @ Fast Food
Paling mudah untuk minta kerja tentunya adalah restoran makanan segera yang banyak ada dalam negara. Nama-nama seperti KFC, Mc Donald, Texas Chicken, Pizza Hut, Marry Brown dan banyak lagi banyak menawarkan pekerjaan kepada korang yang minat dalam penyediaan makanan.
Biasanya sebahagian majikan menawarkan gaji ikut kiraan jam, iaitu sejam RM5 atau lebih. Tapi untuk pengetahuan korang, gaji minimun yang kerajaan tetapkan adalah pada kadar RM1100 sebulan. Kalau korang rajin buat kerja lebih masa, boleh dapat lebih dari itu.
Butik pakaian
Butik juga harus menjadi pilihan remaja lepasan sekolah kalau mahu mencari pengalaman sementara menunggu keputusan keluar. Biasanya kalau di butik, penatnya tak sama seperti restoran fast food kerana restoran begini sering menjadi tumpuan orang ramai setiap masa berbanding butik yang hanya penuh ketika musim gaji.
Pusat beli-belah @ pasaraya besar
Banyak pekerjaaan separuh masa boleh dicari terutama di kompleks beli belah. Maksudnya selagi ada kedai-kedai yang menjalankan perniagaan, selagi itulah korang boleh buat pilihan tau. Boleh juga cari di pasaraya besar seperti Aeon Mall, Mydin, Checkers, NSK dan sebagainya.
Panggung wayang
Selalu pergi tengok wayangkan, apa kata kali ini korang pergi minta kerja di sana. Ada banyak pawagam seperti GSC, TGV, Cineplex dan lain.Lagi pun kerjanya taklah sesusah mana. Cuma pastikan tiket dijual betul, tukaran wang betul dan bersihkan panggung wayang. Bagi yang kaki movie pasti boleh layan pekerjaan begini. Tapi pekerjaan ini mungkin susah sikit untuk remaja perempuan sebab kerja ikut syif. Paling penting kalau kerja malam ada transport nak balikkan.
Kerja kilang
Biasanya kilang ini jarang menjadi pilihan terutama remaja di bandar. Mungkin korang dengar macam-macam persepsi tentang budak kilang. Tapi jangan fikir macam-macam kerana yang penting korang nak cari pengalamankan. Mungkin kalau hari ini korang pernah lalui kesusahan mencari duit, pada masa depan korang pasti menghargai duit itu sendiri.
Hotel
Allah janjikan rezeki bagi setiap hambanya yang berusaha mencari. Ingat tau, rezeki tak turun dari langit kecuali keluar dari poket mak ayahlah. Tapi itu pun berapa lama nak kena supportkan. Bagi yang ingin mencuba bidang perhotelan boleh minta kerja di sini. Bukan hotel saja, tapi guest house, resort dan sebagainya. Sebenarnya lagi cepat korang keluar mencari rezeki, lebih cepat proses kematangan korang. Jadi semua ilmu itu boleh korang gunakan semasa di universiti nanti.
Ops sebelum terlupa, bagi yang nak cari kerja part time, boleh minta di syarikat-syarikat katering saja. Gaji pun boleh tahan, lebih kurang RM60 ke atas bagi kerja sehari. Habis kerja dapat gaji dan kerja pun di hujung minggu saja.
Tapi kalau nak cari duit dengan hanya duduk di rumah saja pun dah boleh. Ada banyak pekerjaan korang boleh buat dan cuma perlu ada internet.
Jadi agen dropship
Hokay, ni kerja senang je ya. Tak payah keluar modal dan korang boleh jadi agen dropship sahaja. Lagi banyak barang korang boleh jualkan lagi bagus komisennya.
Jadi agen jualan produk
Kalau korang ada modal, bolehlah jadi agen jual produk yang banyak seperti cendawan tumbuh. Ada jual beli handphone, kasut, barangan sukan dan sebagainya. Pendek kata kena usaha.
Tapi bagi yang malas nak buat semua di atas tu, korang boleh cuba pekerjaan ini. Jadi agen dengan rekomen kawan korang bekerja di syarikat menawarkan ruang pekerjaan.
Baca perkongsian seperti disyerkan oleh blog maukerja.com ini.
Tutorial Mudah Jana Pendapatan Bersama Aplikasi Easy Earn
Langkah 1 : Download aplikasi Easy Earn di Playstore secara PERCUMA!
Langkah 2 : Lihat senarai jawatan kosong dengan gaji yang begitu menarik.
Cuba tengok berapa ganjaran korang boleh dapat setiap kali korang rekomenkan kawan kerja yang sesuai dengan kelayakan mereka
Langkah 3 : Rujuk kawan korang yang masih mencari kerja dengan jawatan yang sesuai.
Korangkan ada kawan-kawan dari pelbagai latar belakang, jadi boleh saja rekomenkan dia orang kerja yang sesuai. Bagusnya korang dapat duit dengan mudah
Langkah 4 : Duit akan dikreditkan ke dalam akaun anda setelah sahabat anda berjaya mendapat kerja! Mudahkan!
Jadi jangan tunggu lama-lama ya, buat keputusan dengan bijak dan baik. Tak salah menimba pengalaman kerja sebelum melangkah masuk ke universiti.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.