Dunia belum reda lagi dengan pandemik COVID-19 dan varian Delta. Perkara terakhir yang kita semua inginkan adalah kewujudan satu lagi varian baharu; dikenali sebagai COVID-22.
TAPI, jangan lekas risau. Panggilan wabak COVID-22 yang tular dalam masa semalaman tadi bukanlah satu wabak baharu yang sudah dikenal pasti oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Sebaliknya, ia merujuk kepada spekulasi oleh pakar akan varian yang boleh muncul pada tahun hadapan. Mereka (pakar) sedang mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkannya daripada merebak seperti COVID-19.
Kali pertama nama COVID-22 digunakan adalah oleh seorang penolong profesior dalam bidang Sistem & Sintetik Imunologi di Universiti ETH Zurich bernama Profesor Sai Reddy.
Dalam temubual mengenai pandemik bersama akhbar tempatan Swiss-Jerman, Blick; beliau berkata situasi yang dihadapi oleh dunia sekarang bukan lagi boleh dipanggil sebagai COVID-19 tetapi harus dinamakan COVID-21. Ini memandangkan dunia sedang berdepan wabak lain seperti varian Delta dan kemungkinan lebih banyak lagi varian menjelang tahun 2022.
Disebabkan kenyataan beliau itu, banyak akhbar dan portal media di Eropah menggunakan nama ‘COVID-22’. Serta-merta, warganet seluruh dunia berpendapat bahawa akan muncul wabak yang lebih merbahaya berbanding COVID-19 dan varian Delta pada tahun hadapan.
Masing-masing mula memikirkan sampai bilakah situasi yang melanda dunia ini akan berterusan dan sama ada tahun 2022 juga kekal seperti tahun 2020 dan 2021 di mana pergerakan penduduk dunia terhenti begitu saja.
We started with COVID-19 then Delta then Delta Super and NOW Covid-22? that enough I’m calling in these mf’s to handle it pic.twitter.com/T9P8P8mP6U
Berdasarkan pendapat beberapa pakar dalam respon balas kenyataan Professor Sai Reddy, mereka menyebut adalah lebih wajar untuk masyarakat dunia cuba menghentikan varian sedia ada daripada merebak dan untuk penduduk dunia terus mendapatkan vaksinasi.
Tidak lama selepas itu, Professor Sai Reddy tampil memperbetulkan kenyataan awalnya kepada Blick.
Ads
“Ada salah faham terhadap apa yang saya katakan dalam temubual bersama akhbar tersebut. Saya ingin mengambil peluang untuk menjelaskannya. Adalah tidak tepat untuk memanggilnya sebagai COVID-22, kerana nama yang tepat dan rasmi untuk wabak yang disebabkan oleh SARS-CoV-2 ini ialah COVID-19.
“Agar tiada orang salah faham, kenyataan saya sebenarnya merujuk kepada situasi COVID-19 pada tahun 2022 terutamanya pada suku pertama (Januari-Mac).
“Ada kemungkinan ia lebih teruk berbanding COVID-19 pada tahun 2021.
“Ini berdasarkan kemunculan varian Delta yang menunjukkan transmisi pantas, kemungkinan munculnya varian lain yang bermutasi dan berdasarkan jumlah penduduk di Switzerlang yang masih belum divaksin serta kelonggaran pergerakan yang dibenarkan di Switzerland (merujuk kepada negara beliau sendiri),” ulas beliau.
So guys, jangan pantas menamakan apa-apa varian baharu sebagai COVID-22 ya!
Pengaruh Oppa di Malaysia memang bukan calang-calang. Ada yang memang sanggup travel ke negara kimchi ini bukan saja terkenal dengan K-Pop dan K-Drama, malah makanannya yang sedap-sedap!
Maklumlah, nak rasai pengalaman sendiri berada di negara K-Pop. Sudah pasti perkara pertama selalunya masyarakat Malaysia khususnya yang beragama Islam cari adalah makanan halal.
Seorang pengguna Twitter, Najib Ayub telah berkongsikan video beliau di Myeongdong Street dan kelihatan dalam video tersebut papan tanda yang memiliki logo halal diletakkan di bawah dan papan tanda dengan gambar menu khinzir tertera di kedai.
Dekat Myeondong Street, penjual dekat stall ni bila dia nampak ramai orang pakai tudung jalan dekat situ dia tukar signboard yang ada halal tapi bila dah ramai tourist dari tempat lain *(time ni ramai orang Filipina dtg stall) dia turunkan signboard tu letak dekat tepi. pic.twitter.com/cNIL8n7Z6o
Yang mengejutkan guys, menurut Najib, pemilik gerai itu akan menukar papan tanda yang dipamerkan bergantung kepada crowd, jika ada ramai pengunjung beragama Islam melalui jalan tersebut beliau akan tukar kepada papan tanda halal. Jika tidak ramai pengunjung Islam, mereka akan menggunakan papan tanda yang biasa. Whatttt!!!! Pandai betul trik perniagaan dorang ni kan.
Babi ‘halal’???
Selain itu, melalui sebuah posting restoran halal di Seoul turut mengesahkan bahawa kebanyakan makanan jalanan di Myeongdong Street tidak halal. Malah, ia adalah sesuatu yang tidak menyenangkan.
Rata-rata netizen berasa terkejut dengan perkongsian tersebut dan berharap mereka yang akan melancong ke sana akan lebih berhati-hati serta memeriksa dahulu bahan-bahan yang ada dalam makanan tersebut. “So buat kajian tentang sesuatu tempat yang nak pergi. Bagi muslim makanan halal memang penting kecuali bila darurat,”
Just avoid buying daging related
Najib turut berkongsi tip kepada semua travel yang nak ke Korea agar melawat Korea Tourism Organisation Malaysia untuk mendapatkan maklumat dan info-info halal.
So apa pendapat korang dengan perkongsian saudara Najib Ayub ini. Sebenarnya, ada banyak makanan termasuklah makanan yang di jual penjaja jalanan tapi Muslim boleh makan di Korea Selatan. Cuma kita perlu lebih berhati-hati dan bijak memilih.
Memanglah kita perlu memeriksa jika Halal, tapi tak ke rugi kalau dah ada di sana dan enggan mencari makanan Korea yang Halal?
Bukan hanya negara Indonesia sahaja yang melalui penukaran bagi ibu negara mereka baru-baru ini, negara jiran utara kita iaitu Thailand turut melakukan perkara yang sama. Thailand tidak menukar ibu negaranya, Bangkok ke lokasi yang baru. Sebaliknya, hanya nama rasminya saja yang bertukar.
Perkara tersebut telah diumumkan oleh Pejabat Diraja Thailand (ORST) di mana nama Bangkok bakal dikenali secara rasminya sebagai Krung Thep Maha Nakhon. Begitupun, nama ‘Bangkok’ masih boleh digunakan oleh orang ramai dan dijadikan sandaran rujukan.
Krung Thep Maha Nakhon dilaporkan sekadar akan digunakan sebagai nama rasmi dan untuk urusan rasmi bandar raya itu. Manakala nama Bangkok akan ditulis dalam kurungan sebagai rujukan.
Selasa lalu, kabinet Thailand telah meluluskan draf pengumuman Perdana Menteri untuk mengemas kini nama negara-negara, wilayah, zon pentadbiran dan ibu negara seperti yang disyorkan ORST.
Sebagai contoh, ORST telah mengemas kini ejaan ibu negara Itali, Rom; ibu negara Myanmar iaitu Yangon pula telah bertukar kepada ejaan Nay Pyi Taw manakala nama negara Nepal pula kini dikenali sebagai Republik Persekutuan Demokratik Nepal.
Buat masa ini, nama Krung Thep Maha Nakhon yang membawa maksud ‘The Great City of Angles’ masih belum diguna pakai dan sedang menunggu proses penelitian jawatankuasa yang menguruskan draf undang-undang. Kabinet Thailand turut meminta agar panel jawatankuasa bertanggungjawab untuk mempertimbangkan pemerhatian lanjut daripada Kementerian Luar.
Untuk pengetahuan, nama Bangkok telah digunakan sebagai nama rasmi ibu negara Thailand sejak diumumkan oleh ORST pada November 2021. Difahamkan, nama Bangkok berasal daripada nama wilayah metropoitan raya ibu negara, Bangkok Noi dan daerah Bangkok Yai.
Jujurnya, kami tidak dapat bayangkan sekiranya nama Kuala Lumpur berubah menjadi sesuatu yang berlainan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ekoran daripada peningkatan gelombang ke tiga wabak pandemik COVID-19 yang melanda negara sekarang terutamanya Selangor yang mencatat kluster terbanyak semalam, ramai yang menggesa agar kementerian menutup operasi persekolahan demi memutuskan rantaian wabak itu daripada terus merebak.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat kenyataan media berhubung penutupan sebahagian sekolah di daerah Petaling bermula 12 Oktober 2020 sehingga 25 Oktober 2020. Ini melibatkan sebanyak 298 buah sekolah di seluruh daerah Petaling.
Sebanyak 298 sekolah di kawasan yang disahkan sebagai zon merah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diarahkan tutup.
Berikut adalah senarai sekolah-sekolah yang akan ditutup di daerah Petaling, Selangor.
Untuk makluman korang, senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke sama dan akan dimuat naik di portal KPM di www.moe.gov.my, serta di platform media sosial rasmi KPM.
Bersama-samalah kita mendoakan agar wabak pandemik ini cepat berakhir dan kita boleh menikmati hidup seperti dahulu. Rindunya nak lakukan aktiviti harian tanpa rasa risau pasal virus maut ni.