Ekoran daripada peningkatan gelombang ke tiga wabak pandemik COVID-19 yang melanda negara sekarang terutamanya Selangor yang mencatat kluster terbanyak semalam, ramai yang menggesa agar kementerian menutup operasi persekolahan demi memutuskan rantaian wabak itu daripada terus merebak.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat kenyataan media berhubung penutupan sebahagian sekolah di daerah Petaling bermula 12 Oktober 2020 sehingga 25 Oktober 2020. Ini melibatkan sebanyak 298 buah sekolah di seluruh daerah Petaling.
Sebanyak 298 sekolah di kawasan yang disahkan sebagai zon merah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diarahkan tutup.
Ads
Berikut adalah senarai sekolah-sekolah yang akan ditutup di daerah Petaling, Selangor.
Ads
Untuk makluman korang, senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke sama dan akan dimuat naik di portal KPM di www.moe.gov.my, serta di platform media sosial rasmi KPM.
Bersama-samalah kita mendoakan agar wabak pandemik ini cepat berakhir dan kita boleh menikmati hidup seperti dahulu. Rindunya nak lakukan aktiviti harian tanpa rasa risau pasal virus maut ni.
Tular di media sosial berkenaan seorang pelajar Malaysia Azhar Ali dikatakan mendapat biasiswa dari NASA selepas menyertai satu pertandingan reka bentuk sut angkasa lepas.
Namun, pada hari ini, Azhar menebalkan muka untuk tampil memberi kenyataan balas mengenai dakwaan bahawa namanya tidak tertera dalam senarai penerima biasiswa NASA.
Menerusi bebenang di Twitter, remaja itu mengakui dirinya telah ditipu ataupun di-scam oleh pihak tertentu. Azhar menjelaskan bagaimana dia boleh mempercayai dirinya telah benar-benar menerima biasiswa daripada NASA.
“Sekitar 20 Mac lalu, saya memang menyertai pertandingan merekacipta sut NASA bagi kategori gred 9-12.
“Seperti peserta lain, saya juga menunggu agar rekaan saya terpilih 2 minggu berikutnya. Saya menerima layangan emel yang mengatakan saya telah terpilih sebagai antara peserta terbaik. Saya terus kongsikan berita gembira ini dengan rakan saya.”
Rasa Tak Sedap Hati
“Antara petunjuk awal bahawa saya mungkin telah menjadi mangsa scam adalah apabila saya diminta untuk memilih foto sendiri untuk dimuat naik. Saya pun mengambil screenshot daripada portal tersebut untuk dikongsikan dengan kamu semua.
“Kemudian, saya juga menerima lagi emel daripada ‘NUS’ tanpa domain NUS, membuktikan ia adalah scam.”
Azhar berani mengakui silapnya dan sedar kesan yang akan diterima atas penularan perkara tersebut. Selain berasa sedih kerana menjadi mangsa penipuan yang bukan sahaja boleh membuatkannya kerugian, dia juga berpendapat isu ini secara tidak langsung telah mencemarkan namanya sendiri.
*
KJ Beri Pesanan
Susulan daripada hal ini, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi iaitu Khairy Jamaluddin yang pernah mengucapkan tahniah kepada Azhar sebelum ini meninggalkan pesanan kepada remaja tersebut dan semua followers beliau menerusi ulang kicau di Twitter.
“Ya, ini adalah satu pengajaran untuk kita semua (termasuklah diri saya) supaya benar-benar memeriksa fakta sebelum berkongsi secara online.
“Pujian yang kamu terima daripada ramai pihak menunjukkan bahawa rakat ingin melihat seorang remaja Malaysia berjaya (di mata dunia).
“Jangan pernah berputus asa. Apapun yang diperkatakan oleh orang, teruskan impian kamu.”
Sekitar petang tadi tular di media sosial kenyataan dari Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin dalam sidang Dewan Rakyat mengenai Veveonah Mosibin yang didakwa tidak menjalani sebarang peperiksaan ketika videonya tular memanjat pokok untuk menjawap peperiksaan bagi mendapatkan liputan berikutan masalah susah mencapai capaian internet.
Menurut Timbalan Menteri ini, rakaman video seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang didakwa terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet bagi membolehkannya menduduki peperiksaan secara dalam talian di Pitas, Sabah sebenarnya sekadar dilakukan hanya bertujuan hiburan dan menaikkan 'viewer' rancangan YouTubenya.
Perkara itu didedahkan oleh beliau yang menjelaskan hasil siasatan kementeriannya mendapati Veveonah yang juga merupakan seorang Youtuber, sebenarnya tidak menduduki peperiksaan ketika video tular itu dirakam.
“Untuk pengetahuan Yang Berhormat, adik (Veveonah) yang tadi tersebut seorang Youtuber dan tidak ada peperiksaan. Kita dah semak dah. Dia hanya Youtuber untuk ambil nama, dia terkenal sekejap dan dia buat hanya untuk hiburan.
“Ini perbuatan yang kadang-kadang kita tertipu dan kadang-kadang kita sebagai Yang Berhormat jangan mudah tertipu dengan Youtuber untuk membuat isu," katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Donald Peter Mojuntin yang bertanyakan tindakan kerajaan bagi memastikan keseimbangan capaian internet antara bandar dan luar bandar serta mengaitkan isu video tular Veveonah dengan perkara itu.Sumber : Sinar Harian
Timbalan Menteri minta maaf, dapat info salah
Bagaimana pun sekitar satu jam tadi, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia ini telah membuat catatan di fbnya mengenai maklumat mengenai pelajar Veveonah tidak tepat dalam menjawap soalan tambahan.
Malah beliau turut membuat permohonan maaf kepada pelajar tersebut dan akan membuat pembetulan di Dewan Negara Isnin nanti.
Merujuk kepada perbahasan di Dewan Negara hari ini, saya ingin membetulkan kenyataan mengenai adik Veveonah Mosibin tidak menjalani sebarang peperiksaan ketika video beliau belajar di atas pokok tular di media sosial.
Saya telah mendapat maklumat yang tidak tepat dalam menjawab soalan tambahan. Saya ingin memohon maaf kepada adik Veveonah Mosibin dan juga akan membuat pembetulan di Dewan Negara Isnin nanti.
Semoga adik Veveonah Mosibin terus maju jaya dalam setiap bidang yang diceburi.
Zahidi Zainul Abidin
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia
Erm, jadi tak betullah kenyataan yang Veveonah saja nak dapatkan viewer untuk saluran Youtubenya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wabak pendemik COVID-19 yang melanda dunia semakin menyukar keadaan ekonomi. Di samping ramai mengetatkan jumlah perbelanjaan masa yang sama 90,000 orang hilang kerja dari Januari ke Oktober tahun ini dari data dikeluarkan oleh Sosco. Masa yang sama, dari data DOSM pula seramai 741,600 orang tidak bekerja setakat Ogos 2020. Lebih menakutkan sebanyak 51,000 kedai pelbagai jenis perniagaan (retail) dijangka ditutup dalam masa 4-5 bulan akan datang (data Retail Group Malaysia).
Terkini, gedung beli belah terkemuka, Robinson Co. (Malaya) Sdn Bhd akan menutup dua gedung beli-belah di negara ini dan memulakan proses pembubaran berikutan ketidakmampuannya untuk meneruskan operasi kerana permintaan yang lemah.
Robinsons, antara pengusaha gedung serbaneka di seluruh dunia, terus mengalami kesan pandemik COVID-19, terutamanya dari segi jualan gedung berbanding jualan dalam talian.
Di peringkat global, corak belian runcit menyaksikan peralihan signifikan daripada perbelanjaan di luar talian ke perbelanjaan dalam talian dengan laporan Edagang Global 2020 menunjukkan Asia Pasifik akan menghasilkan hampir 63 peratus daripada semua jualan digital tahun ini.
Pengurus Besar Kanan Robinsons Danny Lim berkata perubahan landskap pengguna menyukarkan syarikat untuk berjaya dalam tempoh jangka panjang dan ditambah pula dengan pandemik yang memburukkan lagi keadaan.
Pengusaha gedung beli-belah itu mengakui permintaan untuk konsep gedung serbaneka telah menyusut dengan ketara dengan laporan menunjukkan kemerosotan dalam jualan runcit, mencatatkan kadar pertumbuhan negatif 8.5 peratus di Malaysia untuk suku pertama 2020 berbanding tempoh yang sama setahun lepas.
Pada masa sama, gedung Robinsons di Singapura turut mengalami proses pembubaran yang serupa dengan pelantikan Cameron Duncan dan David Kim dari KordaMentha sebagai penyelesai sementara.
Mengambil contoh kajian mengenai trend runcit, Robinsons berkata peserta nama besar seluruh dunia telahpun keluar daripada industri dan lebih separuh gedung serbaneka di pusat beli-belah akan ditutup dalam tempoh lima tahun akan datang.
"Begitu juga di Malaysia, industri runcit mencatatkan kadar pertumbuhan terburuk dalam tempoh 33 tahun dengan prospeknya kekal negatif untuk baki bulan tahun ini kerana pengguna dijangka mengetatkan lagi perbelanjaan masing-masing," katanya.
Dua gedung beli-belah itu terletak di The Gardens Mall dan The Shoppes di Four Seasons Place.
Sementara itu, tertakluk kepada pengesahan, penyelesai yang dilantik berharap gedung-gedung ini akan tetap dibuka pada minggu-minggu mendatang bagi memudahkan penjualan akhir sebelum ditutup. Sumber : BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!